About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday 1 September 2009

Hujan

Salam.

Alhamdulillah, cuaca pagi ini sangat tenang dan nyaman. Sebenarnya pagi ini saya bercadang ingin menyiapkan assignment reading saya. Tapi disebabkan terlalu banyak sehingga saya rasa saya tidak mampu menyiapkannya hanya dalam masa beberapa jam ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyambung update blog SATU PERJUANGAN ini.

Saya tahu. Sepatutnya prioriti saya sekarang terletak pada assignment reading saya, tapi, hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi pagi ini telah memberikan saya satu perasaan yang belum pernah saya rasakan sebelum ini. Belum pernah saya merasakan tenang yang sebegini. Belum pernah saya merasakan kedinginan yang sebegini. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah menurunkan hujan pada pagi ini. Walaupun ia hanya sekadar titisan-titisan air yang turun dari langit, namun siapa sangka terdapat 1001 rahsia yang terkandung dalam setiap titisan-titisan ini.

Hujan bukan saja mampu memberikan ketenangan kepada kita, tapi kerana ia lah segala hidupan lain mampu untuk meneruskan kehidupan mereka. Ya, memang tidak dapat dinafikan kebanyakan dari kalangan kita sendiri yang tidak suka akan hujan. Pada mereka hujan hanyalah menyusahkan dan menyukarkan pergerakan mereka untuk ke sana dan ke sini. Hujan membuatkan baju mereka yang cantik dan mahal harganya rosak dan hujan juga menyebabkan kasut-kasut mereka yang moden terpaksa menakung air. Tapi, tidakkah kita merasakan bahawa perkara-perkara seperti itu hanyalah masalah kecil kalau ingin dibandingkan dengan berpuluh kali ganda mukjizat hujan yang telah diciptakan oleh zat yang Maha Kuasa demi kebaikan makhluknya?

Cuba kita fikir apa akan jadi kepada bumi sekiranya tiadanya limpahan hujan? Apa akan terjadi kepada haiwan jika tiadanya hujan? Dan yang lebih utama sekali ialah bagaimana dengan nasib manusia tanpa hujan?

Kadang-kadang kita sebagai manusia sering memandang kepada negatif sesuatu perkara berbanding dengan positifnya. Kita lebih cenderung melihat keburukan sesuatu daripada melihat kelebihannya. Mengapa ini sering terjadi? Kita sama-samalah tanya pada diri masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Hanya kita yang mengetahui jawapannya.

Jadi, janganlah kita memandang rendah terhadap kuasa Tuhan ini. Walaupun ia hanya sekadar hujan, tapi dengan hujan inilah manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain berpeluang menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini.




Marilah sama-sama kita berdoa, meminta diampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan kepada Allah kerana antara waktu-waktu yang amat mustajab untuk doa kita diperkenankan adalah ketika turunnya hujan. Jika kalian punya sebarang hajat yang ingin Allah perkenankan, angkatlah tangan dan mula berdoa. Semoga hujan yang penuh rahmah dan barakah ini mampu menjadi utusan doa kita kepadaNya. Insya Allah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails