About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday 25 January 2012

Kahwin 5: Nadia dan Umar




Debaran semakin terasa

Hari yang dinanti-nantikan bakal kunjung tiba.

2 hari lagi!

Kalau si pengapit ni pun dah rasa berdebar-debar semacam, 
apatah lagi bakal pengantin dua orang ni, kan?

Apa-apapun saya mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga Allah permudahkan urusan dan memberkati pernikahan mereka berdua.

Insya-Allah.

Doa: Ya Allah, manusia hanya mampu merancang, namun Engkau jualah 
sebaik-baik perancang. Berikanlah hanya yang terbaik buat 
dua orang sahabatku ini. Berkatilah mereka dan 
kekalkanlah mahligai cinta yang bakal mereka 
bina hingga mereka dipertemukan semula 
di syurga-Mu. Seseungguhnya hanya 
kepada-Mu kami berserah. 
Amin.

p.s.: Insya-Allah, saya akan upload gambar dan rakaman video pernikahan mereka
dan update juga cerita tentang pernikahan mereka nanti. 
Tunggu...

Peace yo! ^_^V

Sunday 22 January 2012

Kahwin 4: Mahligai cinta





"Maha suci Allah yang menciptakan semuanya berpasangan daripada apa yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka, juga daripada apa yang mereka tidak ketahui." (Surah Yasin, ayat 36)

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami." (Surah az-Zariyat, ayat 51)


Salam.

Alhamdulillah, semalam ada dua wedding yang saya attend. Satu, wedding kakak Azrai (jiran saya) dan satu lagi wedding junior saya (al-Amin), Azah. Wah! Dah kahwin dah Azah ni. Sedangkan umurnya itu baru saja setahun jagung, tapi ternyata jodohnya sampai awal. Itulah ketetapan yang terbaik yang Allah berikan pada Azah. Sebanrnya macam tak percaya sangat yang Azah dah kahwin. Mengalahkan saya! (gelak) Saya ni entah bila entah. Tak nampak masa depan kalau dalam bab-bab jodoh ni. 

Tapi sebagai senior dia, saya bahagia untuk Azah. Saya bersyukur sebab akhirnya adik saya ni ditemukan dengan insan yang telah dipilih oleh Allah untuk menjaganya dan memimpinnya mencapai redha Allah. Siapa tak happy melihat orang lain sudah mendirikan sebuah masjid? Insya-Allah apa yang saya harapkan ialah agar mereka berdua mampu membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Semua yang berkahwin, inginkan ini. Tak terkecuali saya :)

Bercakap tentang kahwin, siapa yang tak mahu kahwin dalam dunia ni? Ce angkat tangan macam saya? (tiru ayat Usop Weelcha lah pula) Tak ada. Semua pasti ingin berkahwin. Fitrah manusia yang Allah jadikan dalam diri kita semua ialah setiap daripada kita memerlukan teman hidup. Lelaki perlukan wanita, dan wanita juga perlukan lelaki dalam hidup mereka. Sebab apa? Sebab Allah sendiri dah terangkan dengan jelas dalam kitab-Nya yang agungm bahawa setiap daripada ciptaan-Nya, Allah jadikan pasangan masing-masing. 

Saya tiba-tiba teringat kata-kata Dr. Hafidzi semasa menyampaikan ceramahnya dalam forum "Mahligai Cinta" baru-baru ni. Beliau berkongsi sikit tentang kisah Nabi Adam. a.s. semasa awal-awal baginda diciptakan oleh Allah dan diletakkan di dalam syurga. Masa tu, Nabi Adam a.s. seorang saja manusia yang hidup pada masa tu (tapi dalam syurga, belum diturunkan ke dunia). Suatu hari, baginda rasa resah gelisah. Baginda sendiri tak tahu kenapa, sedangkan dalam syurga Allah tu macam-macam nikmat yang Allah sediakan tapi masih saja Nabi Adam terasa hidupnya kosong. Baginda rasa sunyi dan tidak tenang walaupun pada saat itu baginda berada di syurga. Namun, baginda kurang pasti kenapa baginda berasa demikian. 

Sampailah satu saat, baginda tertidur. Bila terjaga saja daripada lena, bila Nabi Adam a.s. buka saja kedua-dua matanya, baginda terlihatkan satu kelibat sedang duduk di hadapan baginda. Pada masa nilah Hawa diciptakan oleh Allah sebagai peneman Nabi Adam a.s. di syurga. Mulanya baginda pelik, dia rasa makhluk ni sama macam baginda (manusia) tapi lain sikit (tak serupa). Ternyata wanita bernama Hawa itu diijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Bila Hawa diciptakan Allah untuk Nabi Adam a.s., barulah kegelisahan baginda tadi hilang dan baginda tak berasa sunyi lagi hidup di dalam syurga sebab kini baginda sudah punya teman di sampingnya.

(Seingat saya ada satu ayat Qur'an yang mengisahkan tentang penciptaan Hawa daripada tulang rusuk Adam a.s. Tapi maaf, saya tak ingat ayat berapa. Insya-Allah nanti saya check semula.)

Subhanallah... indahnya fitrah ni, kan? Kalau kita kaji semula sejarah penciptaan dan percintaan Adam dan Hawa, mesti kita akan rasa sebak dan terharu. Kenapa? Sebab siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa manusia memang sangat  memerlukan pasangan hidup. Perkahwinan tu merupakan salah satu jalan atau cara bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun ia bukanlah satu-satunya jalan, tapi banyak fadhilatnya bila seseorang berkahwin (atau bernikah).

Bukan ke Allah s.w.t. sendiri sudah berfirman di dalam al-Furqan yang bermaksud, 

"Dan sesungguhnya, Dia yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan." (Surah an-Najm, ayat 53) 

Macam yang saya terangkan di atas, setiap lelaki dan perempuan Allah jadikan pasangan bagi diri masing-masing, sebab hakikatnya memang kita saling memerlukan antara satu sama lain, bukan demi kepentingan dunia semata-mata, tetapi demi kepentingan akhirat, demi meraih keredhaan-Nya. Selain daripada berkahwin, memang banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Contohnya macam banyakkan ibadah, amar ma'ruf nahi munkar, perbanyakkan sunnah Nabi s.a.w. dan sebagainya tapi bagi saya, perkahwinan merupakan antara jalan yang paling mudah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab kalau kita kaji balik fadhilat-fadhilat sesebuah perkahwinan, kita akan faham kenapa ianya penting.

Kepada mereka yang tidak ingin berkahwin, pasti punya alasan sendiri. Kenanngan silam yang pahit menghantui, trauma melihat keretakan rumah tangga orang lain, kes dera terhadap isteri dan anak dan macam-macam lagi boleh jadi salah satu sebab mengapa mereka tak ingin berkahwin. Tapi, kalau kita ingat balik ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan tentang pernikahan, saya yakin pasti pendirian mereka akan berubah slowly. Kepada yang menolak konsep perkahwinan dalam hidup mereka, cuba tanya balik diri kita, kenapa kita tak nak berkahwin sebenarnya? Kalau kerana kisah silam yang pahit tu, kenapa kita biarkan diri masa lalu kita mempengaruhi kita dalam membuat keputusan untuk masa depan? Bukankah kita ni hidup untuk masa depan, bukannya masa lalu? Masa lalu tu adalah sejarah bagi kita. Lebih elok kalau kita tutup buku lama dan buka buku baru pula. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing sebelum ini, jika ini yang menghlanag kamu untuk berkahwin, janganlah bersikap prejudis dan tidak adil. Jangan overgeneralize. Tak semua orang dalam dunia ni seperti pasangan kamu yang tidak setia atau penipu tu. Pasti ada hikmah kenapa Allah tak izinkan kamu terus berhubungan. Jadi, ramai lagi insan-insan yang Allah pilih untuk kamu sebagai pilihan dan saya yakin yang mereka lebih soleh dan mulia berbanding dengan pasangan kamu yang tak berapa nak setia dengan kamu tu. Lelaki dan perempuan diciptakan Allah bagi saling lengkap-melengkapi. Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud,

"... isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian untuk kamu dan kamu pula sebagai pakaian untuk mereka..." (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Sedangkan Nabi s.a.w. pun berkahwin, kenapa tidak kita, umat baginda? Malah, baginda sendiri menggalakkan perkahwinan. Tapi ingat, niat utama perkahwinan adalah kerana Allah dan agama-Nya, bukan kerana cinta semata-mata. Kalau kita ikhlas berkahwin atas rasa tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ni, cinta tu Allah akan anugerahkan setelah wujud sebuah ikatan yang sah antara kita  dan pasangan kita. Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda yang bermaksud,

" Nikah adalah sebahagian daripada sunnahku. Siapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia tidak termasuk dalam golonganku." (al-Bukhari)

Tapi, dalam buku "Sebarkan Cinta-Mu" karya Fatimah Syarha, Kak Ha ada menjelaskan, ada sebuah hadis yang mengatakan bahwa wanita yang tidak mahu bernikah (atas sebab-sebab tertentu) tidak dilabel oleh Nabi s.a.w. sebagai menolak sunnah baginda. Ni berdasarkan sebuah hadis (tapi saya kurang tahu sumbernya. Saya akan cuba cari, insya-Allah). Sebabnya, ia menunjukkan bahawa Islam mengormati suara atau hak wanita. Yang pastinya, wanita bukanlah menolak 100% konsep perkahwinan dalam hidup mereka, tapi disebabkan sebab-sebab yang tertentu yang meyakinkan bahawa mereka tidak mampu memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu, mereke terlepas daripada tanggung jawab berkahwin. Wallahua'lam.

"Empat perkara yang termasuk dalam sunnah-sunnah para rasul adalah memakai inai, memakai wangian, bersiwak dan berkahwin." (At-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi)

Kalau nak cerita semuanya di sini, alamatnya sampai minggu depan tak habis agaknya, tapi kalau kita nak tahu apa kebaikan dan kelebihan pernikahan, banyak kitab yang boleh kita rujuk. Contohnya, karya-karya Burhan Sodiq, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol dan A. Ubaidillah banyak menekankan tentang isu pernikahan dalam Islam. Saya sering membaca hasil tulisan mereka dan alhamdulillah semuanya memang kena dengan jiwa saya. Cara penyampaian yang tulus dan uslub bahasa yang indah membuatkan saya rasa pernikahan itu juga merupakan sesuatu yang sangat indah sebenarnya bagi seseorang manusia yang bergelar hamba macam kita ni. Jadi, kalau kamu nak tahu lebibagi h tentang manisnya sesebuah pernikahan, tanyalah pada mereka yang sudah membina mahligai cinta sendiri. Tak pun, rujuk pada al-Qur'an, hadis-hadis Nabi s.a.w. dan buku-buku agama pun sudah lebih dari cukup sebenarnya. Ilmu tidak akan mudah didapati mahupun dipelajari tanpa usaha keras dan azam yang tinggi. Tapi, ia sentiasa menanti untuk direbut oleh kita semua. Insya-Allah.

Sekian.


Nota 1: Tahniah kepada adik azah yang sudah menemukan "Adamnya". Semoga Allah memberkati pernikahan mereka berdua dan semoga mahligai cinta yang terbina ini mampu menjadi kekuatan kepada perkembangan da'wah Islam. Sesungguhnya bagi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah itu, mereka akan bertemu di syurga dan akan berkahwin lagi sesama mereka di sana. Subhanallah. Seronoknya!
  
Nota 2: Menghitung hari untuk menghadiri majlis pernikahan sahabatku, Farrah Nadia, pula. Disuruhnya saya jadi pengapitnya masa majlis tu nanti. Saya ni dahlah fobia nak jadi pengapit ni sebab saya teringat satu taboo yang nenek moyang kita reka. Mereka cakap anak dara tak elok jadi pengapit sebab nanti lambat kahwin. Waa, saya tak mahu kahwin lambat-lambat! Tapi, orang suka sangat minta saya ni jadi pengapit. Kenapa, ya? (geleng-geleng kepala) Apa-apa pun, saya tak akan miss majlis tu, insya-Allah ;)

Nota 3: Pernikahan memang sesuatu yang indah, indah pada agama, indah juga pada mata manusia. Tapi, ia bukanlah prioriti bagi seorang insan yang terasa dirinya masih kurang berjasa kepada keluarganya (terutama kepada kedua-dua ibu bapanya) dan sahabat-sahabatnya serta cintakan ilmu seperti saya. Dulu impian saya ialah ingin berkahwin awal. Tapi seiring dengan berjalannya waktu, sedikit demi sedikit saya dipujuk dan ditarbiah semula oleh Murabbi saya (Allah 'azza wajalla) bahawa ada banyak lagi perkara yang menjadi keutamaan saya pada saat ini, selain pernikahan. Masih ramai lagi insan yang memerlukan saya dalam hidup mereka. Jika saya berkahwin sekarang, pergerakan saya akan menjadi lebih terbatas kerana menggalas tangungg jawab dalam rumah tangga. Jadi, for the time being, biarlah saya tetap single dulu. Yang paling penting ialah keyakinan pada-Nya. Sungguhpun tiada jodoh yang Allah sediakan untuk kita di dunia, yakinlah bahawa ada jodoh yang jauh lebih baik yang Allah sediakan untuk kita di syurga dan dia sedang menghitung hari menunggu kepulangan kita dan untuk dijodohkan dengan kita. Marilah kita bersangka baik dengan Allah.

Nota 4: Tak sabar nak pergi najlis pernikahan Farrah. Horrraaaaaayyy!!! Semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua. Amin.


Wallahua'lam.

Thursday 19 January 2012

Selamat berjuang, sahabat!





Salam.

Inilah buah hati saya. Si cantik manis berjilbab hitam. Namanya, Yusfanadia Binti Yaakob atau lebih mesra dengan gelaran Kak Yusfa.

Bolehlah nak kata Kak Yusfa ni  kakak saya dan dalam masa yang sama, Kak Yusfa juga merupakan salah seorang sahabat karib saya di UIAM. Pelajar jurusan Psikologi sebab tu dia selalu psiko saya setiap kali saya dilanda masalah. Kak Yusfa orang Sungai Petani, Kedah Darul Aman, tapi cakap dengan saya pakai bahasa Melayu standard aje. Macam tahu-tahu saja saya ni lemah bab-bab loghat utagha ni. (gelak)

Macam mana kami kenal? Hmm...

First time kenal Kak Yusfa masa kami sama-sama jadi komiti bagi salah satu program, QYC, iaitu PASAK. Apa PASAK tu? PASAK ialah akronim bagi "Penghayatan Aqeedah Berlandaskan Sains dan Al-Qur'an." Masa tu Kak Yusfa memegang jawatan Public Relation (PR) dan saya pula Setiausaha (SU). Tapi sejujurnya, setiap kali datang meeting, tak pernah pun sekali kami bersembang bersama, sebab masa tu saya masih baru lagi dalam QYC. Dan muka-muka dalam meeting PASAK tu, semuanya muka-muka baru. Saya hanya kenal Kak Mustakizah saja dalam QYC masa tu sebab Kak Mustakizahlah yang promote saya untuk join program PASAK ni. Siapa sangka, di sini rupanya bibit pertemuan antara saya dan Kak Yusfa tercipta.

Dah banyak kali datang meeting pun, tapi still saya dan Kak Yusfa kelihatan awkward antara satu sama lain. Tak tahu macam mana nak mulakan perbualan sebab maklum sajalah saya ni SU, kan? Jadi, tak banyak sangat kena berurusan dengan orang lain. Berurusan dengan PM, APM, dan orang-orang tertentu sajalah. 

Cumanya yang paling saya ingat, saya dengan Kak Yusfa banyak berhubung melalui SMS saja. Pernah sekali tu, Kak Yusfa hantar SMS pada saya beritahu saya tentangs sesuatu. Sesuatu yang sangat menggelikan hati saya bila membaca SMS itu. Tapi tak nak cakap dekat sini, nanti mengundang salah faham orang kamu pula. (ngee)

Sampai saja pada hari kejadian, lepas habis saja program PASAK, semua komiti disajikan dengan sedikit juadah. Penat kerjalah katakan.  Masa ni, barulah kami semua dapat duduk bersama-sama dan saling mengenali diri masing-masing. Seorang lagi sahabat saya yang saya mula kenal melalui program yang sama ialah Kak Aan (nanti ada masa lain, saya cerita pasal Kak Aan pula ya). 

Masa makan-makan nilah saya dan Kak Yusfa mula berborak-borak, berjenaka, bergelak tawa bersama-sama, bajet macam dah lama kenal aje. Bila dah bersembang tu, barulah saya tahu yang Kak Yusfa ni pelawak juga orangnya. Kak Yusfa seorang yang penuh dengan sense of humor. Ada saja lawak-lawak yang direkanya untuk menghiburkan orang lain. Kadang-kadang, apa yang dicakapkannya tu bukanlah lawak sangat pun, tapi cara dia menyampaikannya kepada kami sangat kelakar dan memang sangat menggelikan hati. Kak Yusfa memang sangat pandai buat orang ketawa. Even orang seserius Kak Khaty pun boleh ketawa, apatah lagi orang-orang tak serius macam saya ni kan? (gelak)

Sejak itulah, kami mula rapat dan saling berbalas SMS.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sem berganti sem, akhirnya hubungan kami bertambah akrab. Lagi pula sejak Kak Yusfa naik jadi board QYC bagi tenure sesi 2010/2011, kami kerap berhubung dan bertemu. Selalu jugalah lepak sama-sama, makan sama-sama, borak sama-sama, tidur sama-sama, solat berjemaah sama-sama, sampaikan pernah sekali kami pakat untuk beli baju yang sama. Sweet, tak?

Oleh sebab Kak Yusfa ni bakal pakar psikologi, dia merupakan salah seorang sahabat yang banyak mendengar luahan hati saya. Kak Yusfa seorang pendengar yang baik dan setia. Dia pandai jaga rahsia sahabatnya. Setiap kali mendengar masalah dan cerita-cerita saya, Kak Yusfa akan sertakan sekali dengan nasihat-nasihat yang membina. Nasihat dia semuanya berguna untuk saya, dan saya ingat hingga ke detik ini. Bolehlah nak kata yang semua nasihat Kak Yusfa untuk saya telah menjadikan saya seorang Hazimah yang baru kini. Dulu, saya seorang yang lemah semangat dan sering menangisi takdir yang Allah tentukan untuk saya, tapi melalui Kak Yusfalah saya belajar untuk ingat kembali tujuan hidup saya yang sebenarnya. 

Bila saya ada masalah hati dan perasaan, nasihat Kak Yusfa yang paling lekat dekat dalam memori saya ni ialah, "... bila kita sukakan someone, kita tak boleh bagi hati kita sepenuhnya pada orang tu. Sebab nanti kita akan tersiksa. Sebaiknya kita bahagi-bahagikan hati kita pada Allah, Rasul, mak ayah, si 'dia' dan 3% untuk diri kita sendiri. Sebab, kalau kita beri semua hati kita pada si 'dia' tanpa tinggalkan sedikit pun perasaan cinta tu untuk diri kita, nanti apa yang tinggal untuk diri kita?" (saya paraphrase balik ayat Kak Yusfa. InsyaAllah, maksudnya masih sama)

Lebih kurang macam nilah nasihat Kak Yusfa untuk saya. 


Novel ini dihadiahkan oleh Kak Yusfa masa ulang tahun kelahiran saya.
Kak Yusfa sentiasa aware dengan kegemaran atau minat sahabat-sahabatnya.
Kak Yusfa tahu saya gemar baca novel, sebab tu dia hadiahkan saya sebuah novel oleh penulis favorite saya
Terima kasih, Kak Yusfa :)

Apa lagi ya pasal Kak Yusfa ni? Hmm... Haa! Kak Yusfa ni juga merupakan seorang sahabat yang sangat memahami. Dan sifatnya yang paling saya kagumi ialah dia pandai menjaga rahsia (aib) orang lain, suka menghormati orang lain dan sentiasa nampak keistimewaan orang lain. Pernah sekali saya tanya Kak Yusfa,

"Akak, Zimah ni jahat, akak. Zimah banyak kelemahan dan selalu sakitkan hati orang lain. Hinggakan kawan-kawan yang pernah rapat dengan Zimah dulu, seorang demi seorang pergi tingglakan Zimah. Dia orang dah tak nak kawan dengan Zimah lagi sebab tak tahan dengan perangai Zimah. Tapi, akak still mampu bertahan dengan Zimah. Kenapa, kak?" (masa ni memang tengah sedih sangat sebab saya ada konflik dengan beberapa orang sahabat saya dan saya luahkannya pada Kak Yusfa)

Lepas tu, Kak Yusfa jawab,

"Macam ni jelah Zimah. Akak kan, kawan dengan Zimah bukan sebab kebaikan atau kelebihan Zimah, tapi sebab kekurangan dan kelemahan Zimah. Sebab, kalau kita berkawan dengan orang sebab kelebihan dia, once kita nampak kelemahan atau keburukan dia, kita akan terus ada rasa tak nak berkawan dengan dia lagi dan kita akan cuba jauhkan diri kita dengan dia. Elak daripada berjumpa dengan dia. Sebab tulah, dalam bersahabat kita kena ikhlas. Bersahabat dan berkasih kerana-Nya semata-mata."

Terharu saya dengar jawapan Kak Yusfa. Pertama kali saya dengar istilah "berkawan (bersahabat) dengan orang kerana kelemahannya, bukan kerana kelebihannya..."

Dalam hidup saya, saya selalu merasakan yang diri saya ni nothing, tapi Kak Yusfa sentiasa membuatkan saya rasa yang saya ni something. Something kepada diri saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya, mahupun kepada ISLAM. 

Tak pernah sekalipun bila bersama dengan Kak Yusfa saya tak gelak. Saya sentiasa bahagia bila bersamanya. Sedih macam mana pun saya, marah macam mana pun saya, geram macam mana pun saya, moody  macam mana pun saya, saya Kak Yusfa tetap akan menghiburkan saya dengan lawak jenakanya yang jarang-jarang dijumpai di mana-mana. Gayanya bercakap, volume suaranya, ekspresi mukanya dan semua tentang Kak Yusfa membuat hati wajah saya tak pernah lekang dengan senyuman. Kak Yusfa tahu yang sya ni suka sangat masam, jadi dia berusaha buat saya ketawa dan akhirnya dia berjaya. 

Haii... kalau nak cerita tentang seseorang yang penting dalam hidup saya, alamat sampai ke pagi tak habis-habis. Tapi apa yang saya dapat simpulkan dekat sini ialah sejak masuk QYC, saya dah berjumpa dengan ramai orang-orang yang hebat, yang saya jadikan sebagai pendukung dan tulang belakang saya, yang sentiasa bagi sokongan pada saya dan sentiasa bersama saya tak kira masa. Dalam cerita kali ni, Kak Yusfa ialah salah seorang daripada mereka. Ada beberapa sahabat lagi yang mendapat tempat istimewa di hati saya dan insyaALlah akan saya ceritakan kemudian. (pasti)

Hanya ini yang mampu saya coretkan di laman ni. Yang lain, biarkanlah ia tersimpan rapi di dalam kotak memori saya sampai saya pergi meninggalkan dunia ini. Sebab, tak semua boleh diceritakan di sini. 

Apa-apapun, saya bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan kami dalam sebuah majlis ilmu. Dalam suasana yang penuh barakah. Dalam majlis yang mana kami sama-sama dinaungi oleh para malaikat yang sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah untuk kami. Sungguh, indahnya pertemuan kami ni.

Saya harap persahabatan ini kekal hingga kami bertemu lagi di syurga.

Wallahua'lam.


Ini hadiah untuk kamu! ^_^


"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri."- Imam Syafie


Nota: Tengahari tadi ada lunch date dengan Kak Yusfa dekat Restoran Ayam Penyet, Sri Gombak. Dari pukul 3 ptg sampai pukul 4 ptg. Kami makan, minum dan berborak bersama setelah sekian lama tak berjumpa. Bajet macam bertahun-tahun tak jumpa je.  Esok, Kak Yusfa akan bertolak ke Thailand untuk misi da'wah dengan sahabat-sahabat di sana. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan memberi perlindungan terbaik untuk mereka. Sayu sangat hati ni nak melepaskan Kak Yusfa pergi berda'wah di kawasan yang sedang bergolak. Tapi atas nama cintakan da'wah dan Islam, aku cuba ikhlaskan hati. Saya yakin, Allah sebaik-baik pelindung dan Dia akan sentiasa melindungi hamba-hamba-Nya yang berjuang menegakkan agama-Nya. Doa saya akan sentiasa bersama Kak Yusfa.


SELAMAT BERJUANG, SAHABATKU!


Wednesday 18 January 2012

Cuti bermula: Apa perancangan kamu?


Picture taken from: http://popoks.deviantart.com/art/Consideration-246969176?q=gallery%3Apopoks%2F6047329&qo=146


Salam.

Apa khabar para pembaca yang setia menanti post-post terbaru saya di laman Curhat Zimah Zaiwani? Salam mahabbah saya ucapkan kepada yang masih sudi menatap bait-bait kata dalam laman ini, termasuk open readers dan silent reader. Semoga Allah memberkati kamu, ya.

Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu saya bercuti dan masa saya banyak saya habiskan di UIAM, universiti tercinta. Bukan apa. Ada sebab kenapa saya tidak duduk di rumah cuti-cuti ni. Disebabkan bayang tragedi lama masih terus menghantui, saya terpaksa membawa diri sampai ke UIAM ni. Dah tak berani nak duduk seorang diri di rumah. Maklum sajalah, setiap hari kes jenayah semakin berleluasa dan para penjenayah berada di mana-mana saja, hatta di rumah kita sendiri pun sudah tidak selamat lagi untuk diduduki pada siang hari. Itulah fitrah kehidupan di dunia. Dunia merupakan penjara bagi orang-orang yang beriman. Pernah dengar tak ungkapan ni?

Okeylah, tak mahu bercerita panjang mengenai kisah lama. Bacaan tiga Qul, al-Ma'thurat dan Surah al-Mulk sebagai pelindung diri tidak pernah ketinggalan (insya-Allah) dan sesungguhynya hanya kepada Allah saya berserah. Sebab Allah adalah sebaik-baik pelindung bagi orang-orang yang beriman.

Berbalik kepada tadi, dah hampir dua minngu saya bercuti. Hmm, agak-agak apa saja yang saya lakukan dan akan lakukan sepanjang cuti separuh bulan ni? Sebenarnya dah banyak juga perkara yang saya dah mulakan bagi memenuhi masacuti saya yang masih mentah ni dan (insya-Allah) akan ada beberapa kerja lagi yang sedia menanti sebelum buka semester baru nanti.

Masa cuti ni, macam biasalah masa saya memang banyak dihabiskan di hadapan laptop/komputer saja. Memang betul (boleh dikatakan) 24 jamlah saya online, tapi  tidaklah 24 jam sepenuhnya tu saya duduk di depan skrin Asou tak bangung-bangun. Kewajiban, tetap kewajiban dan ia harus ditunaikan tak kira walau sibuk macam mana pun kita. Solat lima waktu sehari, jangan sesekali diabaikan. Solat sunat rawatib, dhuha, zikir, istighfar, al-Ma'thurat dan al-Qur'an jadikan amalan. Soal kerja rumah, haa yang ni special case sikit. Macam saya cakap tadi. Bila saya berada di rumah saja semua kerja rumah akan disiapkan, iaitu masa hari minggu. Hari Sabtu dan Ahad seboleh-bolehnya saya manfaatkan sebaiknya untuk menyiapkan segala kerja rumah yang tergendala masa hari bekerja. Tapi 'sakit' sikitlah sebab banyak permata hati yang datang ke rumah. Jadi,kena kuatkan semangat sikit. Faham-faham ajelah. Budak-budak comellah katakan. Hehe.

Selain tu, saya juga nak isi terluang saya dengan membaca novel.  Al-maklumlah, ulat buku dan kaki novel, macam nilah. Ada masa senggang sikit, mesti novel (kadang-kadang buku,majalah atau komik) yang dicarinya. Tak ada benda lain dah. Surat khabar tak berminat pula nak membaca. He he. So, target saya masa cuti ni saya ingin habiskan membaca sekurang-kurangnya tiga buah novel termasuk dua versi (BM dan BI), iaitu Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin, 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah dan The Time of My Life karya Cecelia Ahern. Tiga-tiga buah novel ni boleh tahan banyak jugalah mukasuratnya, tapi kalau dah kak novel tu, insya-Allah takada masalah nak mengkhatamkannya (selagi mana semangat membaca ni masih terus berkobar-kobar) hehe.

Hah, sebelum terlupa,ada satu lagi kerja penting saya yang sudah tertangguh sejak sekian lama. Novel saya. Tahu cerita tak tentang novel saya, Aku Ingin Bahagia? Novel sulung saya tak bernasib baik setakat ni (belum lagi). Sudah tiga publisher menolak karya saya tanpa memberitahu sebab-sebab ia ditolak. Bila saya tanya apa kelemahan novel saya ni, mereka semua tak menjawab. Tak adalah, sekurang-kurangnya saya punya hak untuk tahu sebab karya saya ditolak. Hatta kalau cerita saya tak best sekalipun, merekaperlu menjelaskan kepada saya kenapa mereka menolak untuk menerbitkannya. Supaya senang sikit kerja saya nak menyunting dan memperbaiki semula hasil tulisan saya. Tapi tak apalah. Cikgu saya, yang juga merupakan seorang penulis buku pernah cakap yang selalunya buku yang banyak kali kena tolak dengan penerbit ni buku yang hebat dan akan menjadi rebutan syarikat penerbitan pada masa akan datang. Contohnya, siri Harry Potter karya J.K. Rowling. Oleh sebab kena reject sebanyak 13 kali lah akhirnya novel bersiri Harry Potter mendapat perhatian di mata dunia.

Tapi sebenarnya bukan itu pun yang saya inginkan. Apa yang saya mahukan ialah mesej novelsaya sampai kepada pembaca dan memberi kesan kepada hidupnya, biarpun hanya seorang yang dapat tapi sekurang-kurangnya terlaksana sudah kerja da'wah saya kepadanya. Itu lebih baik daripada berjuta orang baca novel kita tapi tak bisa mengutip mutiara yang sudah tersedia di dalamnya. Jadi, sasaran saya masa cuti ni, saya nak perbaiki semula novel sulung saya ni, dalam masa yang sama minta nasihat orang-orang yang pakar dari sudut gaya bahasa dan penceritaannya. Akhir sekali, barulah saya sendiri yang akan pergi syarikat penerbitan tertentu dan hantar karya saya untuk dianalisis oleh mereka sebelum mereka bersetuju untuk menerbitkannya. Semoga Allah memudahkan urusan saya (mohon doa semua ya).

Aktiviti-aktivi lain yang saya buat masa cuti ni, hmm macam biaslah, facebooking (sudah semstinya), blogging, dan e-mailing  kawan-kawan yang belajar di seberang laut. Insya-Allah, saya akan cuba untuk mengupdate status FB dan post di blog saya dari semasa ke semasa, sebab saya tahu bila semester baru buka saja, agak tipis peluang saya untuk terus berkongsi rasa di sini. Tapi sesibuk mana pun saya nanti, saya akan berusaha juga untuk mencuri masa mencurhat di sini ya. Jadi, jangan risaulah. (senyum)

Okey, tadi tu lebih kepada aktiviti-aktiviti harian saya yang kecil-kecilan. Sekarang saya nak kongsi pula apa aktitivi atau kegiatan besar saya (bolehlah nak kata projek sederahana besar) yang akan saya buat masa cuti ni. Ni semua berkaitan dengan kelab yang saya sertai sejak di semester kedua menuntut di UIAM, iaitu Quranic Youth Club (QYC). Antara rancangan saya sebagai pembantu biro Penerbitan dan Informasi QYC ni adalah:

- Belajar menggunakan Adobe Photoshop dan membuat graphic untuk video dan poster (bersama dengan bekas guru al-Amin saya)
- Carta atau pelan perancangan biro PnI bagi semester hadapan (sem 2, 2011/2012) di atas kertas mahjong
- Adun sekurang-kurangnya tiga video QYC, termasuk video korporat QYC, video memperkenalkan barisan board baru QYC, video kenangan tenure QYC yang lepas dan video ucapan barisan board baru QYC (jika perlu) 
- Buat poster main board QYC (beramai-ramai dan persendirian - dengan gaya bebas)
- Design poster dan banner untuk "Calling for committees", "Welcoming New Students of IIUM", promote QYC, dll (kalau ada)
- Tolong ketua saya untuk design juga carta organisasi QYC, planner, dan business card bagi setiap main board
- Update website QYC
- Hmm, tak berapa nak ingat yang lain tapi adalah (insya-Allah)

Haa, banyak kan aktiviti saya masa cuti ni? Harpanya saya mampulah beristiqamah dengan SEMUA yang saya rancangkan ni. Harapnya tak jadi macam sem-sem yang lepas; buat kerja sekerat jalan saja. Insya-Allah, kalau kita ikhlas Allah akan bantu permudahkan kerja kita. Perancangan tu yang paling penting, sebab bila kita dah ada perancangan untuk melakukan sesuatu sekurang-kurangnya dah jelas apa kita nak buat kemudian. Dapa siapkan 45% pun jadilah. Sebab manusia ni kan hanya mampu merancang, tetapi yang tentukan Allah. Betul, tak?

Okey, rasanya cukup itu saja untuk hari ini. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Sekadar ingin berkongsi perancangan saya masa cuti-cuti UNI ni. Saya yakin kamu semua pun ada perancangan cuti masing-masing, kan? Nasihat saya, cubalah untuk laksanakan apa yang telah dirancang. Jangan jadikan semua itu hanya sekadar tulisan di atas kertas mahupun di minda kita, tapi selagi kita berkemampuan ni kita cuba laksanakan. Yang penting, usaha. Manfaatkan masa cuti kita dengan sebaiknya, okey?

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BEKERJA JUGA!


p.s.: Post ini ditulis sebab minda masih belum dapat aktif sepenuhnya untuk mengupdate artikel-artikel ilmiah. Tolong doakan saya mendapat ilham untuk terus menulis dan berkarya di sini.


Wallahua'lam.
  

Saturday 7 January 2012

Nasihat dari sebuah lagu

Kalau engkau miskin
Sabar atau redhalah
Jangan meminta-minta
Meminta-minta itu jatuh maruah dan air muka

Kalau engkau kaya
Jadilah pembela orang-orang yang susah
Juga korbankan
Harta untuk fisabilillah

Kalau engkau pemimpin
Jadilah pelindung
Berilah kasih sayang
Kepada pengikut
Seperti bapa kepada anak-anaknya
Urus agama mereka

Berilah ilmu untuk penyuluh hidup mereka
Urus makan minum mereka
Berilah simpati di waktu susah
Seperti ziarah atau beri nasihat

Dengarlah pengaduan mereka
Mengadu itu cara mereka
Bermanja-manja
Kerana salah satu
Watak pemimpin
Itu adalah berwatak ibu
Ibu tempat anak-anak bermanja

Kalau engkau kawan
Utamakan kawan lebih dahulu dari dirimu
Bantulah di waktu dia kesusahan
Setidak-tidaknya tunjukkan simpati
Serta lahirkan rasa sedih di waktu kesedihannya

Bantulah lebih dahulu
Sebelum dia meminta
Tanda kita peka
Dengan kehidupan mereka
Bahkan keluarga mereka
Kena jagalah sama

Begitulah sifat atau watak
Kawan terhadap kawannya


Dinyanyikan oleh: Qathrunnada'


Nota:
- Semua tulisan yang dibesarkan dan diwarnakan ialah nasihat yang dapat Zmah korek daripada nasyid ni.
- Kadang-kadang kita terlepas pandang apa sebenarnya peranan dan tanggung jawab kita sebagai seorang   sahabat kepada sahabat kita.
- Dalam Islam, sahabat (atau kawan) bukan sekadar sahabat. Sahabat ialah seseorang yang bersahabat dengan sahabatnya kerana Allah. Dalam erti kata lain, sahabat adalah perantaraan antara seseorang hamba untuk mendekati Tuhannya. Sahabatlah yang akan memimpin kita untuk menuju keredhaan-Nya.
- Seorang sahabat, perlu ada ciri-ciri yang disebutkan dalam nasyid di atas. Pembela, pelindung, pemberi, pendengar, sentiasa mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya, peka dengan kehidupan sahabatnya, bantu sahabat sebelum diminta, tunjuk rasa simpati dan paling penting sekali menuntunnya menjalani kehidupan yang diberkati Allah di dunia ni demi mencapai kebahagiaan di akhirat.
- Tapi sayang sekali, Zmah tengok dunia sekarang dah tak macam tu. Istilah "kawan makan kawan," "kawan tikam belakang kawan,"kawan pakai buang," dan sebagainya telah menceritakan kepada kita bahawa kawan-kawan yang baik sudah semakin pupus. Susah dah nak jumpa kawan yang betul-betul ikhlas membantu kita mencari hidayah Allah. Ada, tapi susah nak cari kalau tiada usaha.
- Jadi, marilah kita hargai sahabat-sahabat kita yang masih setia di sisi kita dan yang paling penting sekali, jadilah sahabat yang baik kepada mereka. Sahabat yang ketika berada bersamanya, mampu membuatkan diri kita terasa lebih dekat dengan Rabb.

Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang antara mereka umpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh, sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Hadis riwayat Muslim)


"Seorang Muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinanya." (Hadis riwayat Muslim)


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringatkan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kamu teringatkan mati."   

p.s.: Terima kasih kepada sahabat-sahabat 'bulatan gembira' Zmah dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan Zmah kepada Allah. Zmah berdoa agar suatu hari nanti, kita akan dipertemukan semula di laman syurga yang indah. Sama-samalah kita mengharap pada Allah agar diberkati dan dikekalkan ukhuwah kita ni hingga yaumul akhirah. Zmah cintakan antum kerana Allah :')


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails