About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday 8 November 2014

Kini kembali

~Bismillah~

Setelah sekian lama diri menghilang, menyepi daripada sebarang perkongsian, kini diri kembali membawa seribu kisah suka dan duka sepanjang perjalanan diri menjadi seorang guru.

Chewah! Gurau saja!
Mulai dari saat ni, diri cuba unuk tak berkongsi kisah sedih di sini ya.

Lebih baik kita bercerita tentang sesuatu yang boleh buat orang lain happy,
daripada melihat orang lain menakung air mata, kan?
Tapi kalau nak buat orang menangis pun, 
diri cuba untuk buat mereka mengalirkan air mata kegembiraan daripada kedukaan.

Bisa, kan?

Sebab kini diri kembali dengan satu misi dan matlamat baru dalam hidup.
Diri kembali dengan sebuah keputusan yang diri rasakan keputusan terpenting yang diri pernah buat dalam hidup. Iaitu ingin membuat orang lain senyum dan ketawa sepanjang mereka bersama diri.
Walaupun sukar, tapi diri percaya diri mampu.
Caranya mudah saja.
Menjadi orang yang baik dan menyenangkan dalam hidup mereka.
Diri tekad untuk sentiasa berada di samping orang-orang yang menyayangi diri dan memerlukan diri,
bila-bila masa saja.

Wahh... tenang sekali perasaan ni.
Bisa buat orang lain gembira di saat kedukaan.
Melembutkan hati orang lain di saat dia sedang dikuasai amarah.
Walaupun diri selalu rasa diri adalah api, tapi dalam setiap peristiwa yang pernah diri alami dalam hidup bersama orang lain, diri tak tak pernah bertindak sebagai api.
Sebaliknya, diri menjadi air yang menenangkan dan membelai jiwa mereka.

Sesiapa yang belum mengenal diri memang awalnya akan menyangka bahawa diri ialah api.
Tapi diri adalah Sailor Mercury. Yang mempunyai kuasa air yang boleh 
melembutkan dan melenturkan hati dan jiwa yang keras.

Diri berasa izzah dengan sifat yang diri miliki.
Diri bersyukur sebab diri dilahirkan dan dibesarkan dengan sifat ini.
Sifat air.

Hmm...
Sebab dah terlalu lama meninggalkan dunia penulisan, diri berasa agak kekok untuk menulis semula.
Sejujurnya tak banyak idea yang tercurah dari kotak fikiran untuk diri nukilkan di sini.
Dengan kesibukan yang melanda diri sejak bergelar guru,
sejujurnya diri memang tak sempat nak fikir tentang mengupdate blog lagi,
walaupun diri tahu ada orang-orang tertentu yang selalu buka blog ini dan ingin melihat update diri.
Terutama dia. (terima kasih kamu)

Sejak kebelakangan ni, diri melihat kawan-kawan diri semua dalam proses menjadi orang-orang hebat.
Eh, bukan dalam proses tapi sudah pun menjadi orang-orang hebat.
Alhamdulillah. Tak sangka. Sekarang segala bakat terpendam yang ada dalam diri mereka
sudah bersinar kini. Mereka ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan di dada malam.

Ramai yang sambung master, ada yang sudah pun bergelar doktor falsafah, ada yang sudah jadi penulis di laman sesawang Malaysian Insider, penggiat dakwah islamiah, dan yang lebih membanggakan sudah ramai dalam kalangan serikandi-serikandi Islam ni yang sudah bergelar permaisuri dalam hidup insan tercinta di sisi mereka. Alhamdulillah.

Mulanya diri cemburu dengan mereka semua sebab mereka sudah mendapatkan apa yang paling mereka inginkan dalam hidup. Tetapi bila diri fikir semula, diri silap. Diri tak patut rasa cemburu sebab mereka berhak mendapatkannya atas usaha dan doa mereka kepada Pencipta selama ni. Diri rasa gembira melihat mereka bersinar dengan kejayaan-kejayaan mereka. Mereka kini bukan lagi manusia biasa di mata diri tapi mereka adalah manusia luar biasa yang bisa membuka semua mata hati di luar sana membuktikan bahawa Islam bukan agama yang tak mampu menghasilkan produk-produk hebat seperti mereka.

Terima kasih kalian sebab menaikkan nama Islam.
Terima kasih kerana mempamerkan kecantikan Islam di mata dunia.
Terima kasih kerana mengharumkan nama seikandi Islam dengan kejayaan-kejayaan kalian itu.
Terima kasih kerana masih terus bersinar di dalam kegelapan dunia akhir zaman.

Setiap hari, tika diri bersendiri, kotak memori sering mengulang-ngulang saat-saat penting
diri bersama permata-permata Islam ini. Sungguh, diri rindu saat-saat itu.
Kalau Doraemon wujud, dah lama diri minta izinnya untuk pinjamkan mesin cahaya masanya.
Diri ingin kembali ke saat itu. Untuk bersama-sama mereka semula.

Kerana merekalah diri berjmpa dengan identiti diri.
Kerana merekalah diri sentiasa muhasabah dan perbaiki diri.
Kerana merekalah diri bangga menjadi diri.
Kerana merekalah sahabat sampai ke syurga diri yang tak mungkin diri lupakan sampai bila-bila.

Setiap seorang daripada mereka mengajar diri satu lesson dalam hidup.
Walaupun diri kini seorang guru, namun hakikatnya merekalah guru terbaik bagi diri.
Dan setiap kali berjumpa meeka semula, jauh di sudut hati, diri dapat rasakan ketenangan itu.
Perasaan yang sangat menenangkan dan mendamaikan.
Diri rasa disayangi dan dihargai ketika bersama mereka.
Mungkin mereka tak perasan, sebab karakter diri ialah diri akan senyap secara tiba bila berada dalam satu kumpulan besar. Tiba-tiba diri jadi pendiam. Tapi sebenarnya diri happy berada di samping mereka.

Syahidah mengajar diri bahawa kegagalan yang berkali-kali akan membuahkan kejayaan yang unggul.
Khadijah mengajar diri bahawa keyakinan diri sangat penting untuk kita mencapai matlamat hidup.
Husna mengajar diri bahawa sebuah senyuman adalah pembunuh bagi setiap kedukaan.
En Siyah mengajar diri bahawa kesabaran dan jiwa yg kental boleh menjadikan kita insan yg kuat dan hebat.
Kak Yusfa mengajar diri bahawa kelemahan dalam diri kita boleh berubah menjadi kekuatan.
Kak Khaty mengajar diri bahawa keberanian dalam bersuara bisa membuat kita lebih percaya diri.
Kedua-dua Aishah mengajar diri bahawa malu merupakan mahkota wanita yang paling mulia.

Dan...
'Dia' mengajar diri bahawa kasih sayang dan kepercayaan adalah kuasa hebat yang boleh membuat diri percaya diri untuk meneruskan hidup ini. 
'Dia' mengajar diri untuk menjadi seperti mawar berduri yang kembang mekar setiap hari, memantulkan keindahan Islam dari sudut luaran apatah lagi dalaman. 
'Dia' mengajar diri untuk mnjadi seperti air yang sentiasa melembutkan dan menenangkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang kusut dengan pelbagai masalah.

Mereka semua mengajar diri lesson-lesson terpenting dalam hidup dalam keadaan diri sendiri tak sedar.
Entri ini khas untuk mereka semua.

Diri cuma ingin katakan bahawa diri gembira, gembira menjadi sebahagian dari masa lalu dan masa kini mereka.

Ya Allah... berkatilah mereka semua.
Sampai di syurga, mereka tetap dalam hati ini.

;)

1 comment:

Unknown said...

Welcome back mizuno.
May Allah bless u and strengthen ur ukhuwah among ur good friends.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails