About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 31 August 2009

Lama

Salam.

Saya tahu sudah agak terlambat untuk saya ucapkan kepada semua sahabat sekalian, Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Seribu kemaafan saya hulurkan kerana sudah agak lama tidak mencoretkan kata-kata di sini. Bukanlah niat di hati ingin membiarkan terus blog SATU PERJUANGAN ini kosong tidak berisikan ceritera-ceritera menarik untuk dikongsi, tapi apakan daya, kehidupan sebagai mahasiswa universiti ini sememangnya amat meletihkan. Lebih-lebih lagi di penghujung semester seperti ini. Disebabkan terlalu banyak assignment yang diberikan pensyarah-pensyarah, juga dengan competetion drama dan sebagainya menyekat saya untuk terus mengukir kata-kata di sini.

Kalau ingin diikutkan, memang terlalu banyak sangat cerita tentang kehidupan yang ingin saya kongsi bersama kalian. Tapi, kesempatan itu tiada. Saya cuba untuk mencuri sedikit masa untuk menulis di sini, namun, keadaan badan dan otak saya yang sebegini telah menghalang saya. Tapi, insya Allah, malam ini saya diizinkan untuk mengupdate blog ini, walaupun tidaklah banyak cerita yang ingin dikongsikan.

Sebenarnya, untuk entry kali ni, saya bukanlah ingin menceritakan semuanya tentang perihal kehidupan saya. Cuma, saya sekadar ingin berkongsi mengenai tazkirah ringkas yang saya dengar menerusi siaran radio IKIM.fm mengenai kelebihan bulan Ramadhan, yakni bulan yang mulia.

Saya cuma ingin simpulkan sedikit apa yang telah disampaikan oleh pentazkirah (ustaz yang tidak diketahui namanya) tentang bulan Ramadhan. Beliau berkata, di bulan ini, Allah telah menawarkan promosi hebat kepada kita semua, umat Islam. Mega sale yang Allah tawarkan ini hendaklah kita rebut sesama kita demi mencapai keredhaan-Nya. Saya yakin, kalian semua pasti sudah mengetahui terdapat banyak kelebihan yang Allah berikan kepada kita pada bulan Ramadhan ini. Antaranya seperti pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya; pahala amalan berlipat kali ganda, malam lailatul qadr, syaitan dirantai dan sebagainya. Tapi persoalan yang ingin saya ungkapkan di sini ialah mengapa kita tidak berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah sedangkan kita tahu pahala yang bakal Allah tawarkan kepada kita amatlah lumayan dan bukan itu sahaja. Jika kita sertaikannya dengan keikhlasan hati, bukan sahaja pahala malah rahmat dan berkatNya juga kita bisa dapatkan. Mengapa kita tidak ingin merebut peluang ini?

Maaf sekiranya kata-kata ini agak kasar. Sebenarnya nasihat ini juga adalah peringatan bagi diri saya sendiri. Ya, sememangnya manusia itu tidak sempurna dan manusi itu sangta lemah. Kadang-kala kita mudah lupa, leka dan alpa dengan keseronokan dunia yang sementara ini. Tapi, janganlah pula kalian menyalah tafsirkan kata-kata ustaz di atas. Bukanlah di bulan Ramadhan saja baru kita ingin berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah, tetapi apa yang ingin disampaikan di sini ialah di bulan inilah masanya untuk kita wujudkan Pesta Ibadah kerana siapa tahu kalau Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. Tidakkah kita merasa rugi sekiranya suatu masa nanti malaikat Izrael menceraikan roh dari jasad, sedangkan amalan kita pada bulan ini masih belum sempurna? Renung-renungkanlah...

Alhamdulillah... setakat ini dululah celoteh saya untuk kali ini. Jadi, para sahabat yang disayangi sekalian, marilah kita semua wujudkan pesta ibadah di bulan mulia ini, sebelum bulan ini meninggalkan kita semua. Tapi ingat, bukan bulan Ramadhan saja, bulan-bulan Islam yang lain juga perlu kita imarahkan dengan ibadah kepada yang Maha Esa.

Sekian dulu dari saya.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERIBADAH!

Uhibbukum fillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails