About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday 26 December 2011

Muhasabah exam


Designed by Sister Masturah (QYC) ^^


Salam.

Semakin hari semakin berdebar-debar rasanya hati ni.
Peperiksaan akhir semester 1 sesi 2011/2012 semakin menghampiri. 
Rasa macam tak percaya, kan?
Pejam-celik, pejam-celik kita dah pun sampai ke penghujung semester.

Di hujung-hujung sem ni, 
masih ada lagi mereka yang membanting tulang, menyiapkan assignment yang diberikan oleh lecturer.
Tak lupa juga mereka yang sedang mengerah otak, mengingat fakta-fakta penting yang dipelajari
semasa di dalam kuliyyah sebelumnya.

Buat latihan soalan-soalan peperiksaan yang lepas-lepas, discussion bersama rakan-rakan dan bagusnya
mereka yang masih consult dengan lecturer di saat-saat akhir ni; meminta tips-tips penting exam di samping memohon doa dan restu mereka sebelum melangkahkan kaki ke dalam dewan peperiksaan.

Sambil mengulang kaji pelajaran, menjengah sekejap di laman IIUM dan melihat jumlah carry mark yang didapati setakat ni. Dengan carry mark yang ada dalam genggaman sekarang ni, rasa-rasanya cukup ke tak untuk dapatkan A (at least lulus) dalam semua subjek?

Bukan itu persoalannya, sebab dapat A ke B ke B+ ke hatta LULUS sekalipun, semuanya bukan bergantung kepada jumlah carry mark semata-mata. Banyak hal lain yang menjadi faktor kepada kejayaan kita dalam meraih sesuatu.

Antaranya,

hubungan kita dengan Allah,
  • solat kita macam mana? (solat di awal waktu atau menangguh-nangguh)
  • berapa banyak kita berzikir setiap hari?
  • konsisten tak bacaan al-Qur'an kita? 
  • setiap kali sebelum mula belajar, baca doa tak (at least basmalah) dan sudahi tak dengan alhamdulillah?
  • berapa banyak kita berdoa, memohon pertolongan Allah dan keberkatan ilmu, dalam sehari?
  • sejauh mana pengharapan kita pada Allah dalam mengharapkan sesuatu kejayaan?
Sesibuk manapun kita dalam membuat persediaan peperiksaan, jangan pernah sekalipun kita mengenepikan hak kita kepada Allah. Hak terhadap Allah seharusnya/sewajibnya kita penuhi sebelum kita memenuhi hak-hak yang lain.

hubungan kita dengan ibu bapa,
  • cuba ingat balik. sejak akhir-akhir ni, ada tak kita bergaduh dengan mak dan ayah kita?
  • sudah minta maaf belum dengan mereka?
  • kalau mak atau ayah kita minta tolong kita, apakah jawapan kita?
  • kalau mak dan ayah call atau minta kita balik rumah, apakah reaksi atau respon kita?
  • pernah tak kita berkasar dengan mereka?
  • sudahkah kita mohon restu dan halal makan dan minum daripada mak dan ayah kita?
Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah atau off-campus, make sure sebelum masuk dewan exam, salam, peluk dan cium mak dan ayah masing-masing. Mohon maaf atas setiap kesalahan kita terhadap mereka dan minta mereka halalkan kasih sayang dan rezeki yang mereka curahkan kepada kita. Restu ibu bapa juga merupakan kunci kejayaan kita di masa depan.

hubungan kita dengan guru/pensyarah
  • dalam kelas, masa lecturer tengah mengajar, kita berborak tak dengan kawan sebelah?
  • dalam assignment kita, berapa percent kita plagiat?
  • sejauh mana rasa hormat kita pada lecturer kita?
  • pernah tak kita bergosip tentang lecturer kita dengan kawan-kawan kita?
  • ada tak kita buat sesuatu yang menyinggung perasaan lecturer kita?
  • dah minta maaf belum dengan lecturer kita bila kita buat salah pada mereka?
Kita selalu dengar ungkapan "guru ibarat lilin yang membakar diri menerangi alam." Tapi sejauh mana pemahaman dan penghayatan kita pada ungkapan ni? Tanpa guru, siapalah kita. Tanpa mereka, dari manalah kita nak dapat ilmu yang banyak. Kalau bukan kerana mereka, tak masuklah kita dalam universiti, kan? Jadi, jangan hampakan mereka. Jangan musnahkan harapan mereka untuk melihat kita berjaya. Jangan lupa juga mendoakan kesejahteraan mereka dan keluarga.

hubungan kita dengan manusia lain,
  • macam mana hubungan kita dengan adik-beradik dan kawan-kawan kita?
  • masih ada tak lagi adik-beradik atau kawan-kawan kita yang kecil hati dengan kita?
  • ada tak adik-beradik/kawan-kawan kita yang berdendam dengan kita tanpa kita sedari?
  • pernah tak kita melukakan hati mereka?
  • kalau kawan kita minta tolong kita ajarkan subjek yang dia tak faham, macam mana respon kita?
  • pernah tak kita buat sesuatu di belakang (luar pengetahuan) kawan kita?
  • dah minta maaf belum dengan kawan-kawan kita?
Kawan atau sahabat merupakan salah satu anggota badan kita. Tanpa sokonga, dukungan dan pertolongan mereka, kita bukanlah sesiapa. Kalau kita ada menyakiti hati mereka tanpa sempat meminta maaf dengan mereka, jangan haraplah Allah nak bagi kita kejayaan yang kita impikan sangat tu. Jadi, sebelum masuk dewan exam nanti, sama-samalah bermaaf-maafan sesama kita ya.

hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain,
  • adakah kita buat baik dengan alam dan tumbuh-tumbuhan?
  • pernah tak kita buat sesuatu yang merosakkan alam?
  • cuba ingat balik. ada tak sejak akhir-akhir ni kita cemarkan alam dengan membuang sampah merata-rata?
  • pernah tak kita menyakiti kucing-kucing terbiar dan kelaparan dekat kafe HS atau kafe mahallah?
Alam, binatang dan tumbuh-tumbuhan pun makhluk Allah yang deserve kasih sayang dan layanan yang baik dari manusia macam kita. Jangan kita lupa, setiap penduduk langit dan bumi ni sentiasa berzikir pada Allah dan dengan izin Allah, mereka yang akan mengaminkan setiap doa hamba Allah yang bertakwa dan juga memohon keampunan dari Allah untuk setiap dosa yang kita buat dalam hidup. Jadi, sayangilah mereka sebagaimana kita menyayangi saudara semakhluk kita yang lain. Penuhi hak-hak kita terhadap mereka.




Nah... amacam? Dah terkena belum?
Sebelum exam besar mula, mari kita muhasabah diri masing-masing.
Tanya pada diri, dah betul-betul bersedia ke belum nak hadapi exam ni?
Spiritual, fizikal dan mental...

Opps, lagi satu! 
Jangan lupa jaga kesihatan diri baik-baik. Jangan asyik study je sampai lupa hak-hak badan kita.
Rehat secukupnya dan berhentilah for about 15 minutes untuk pergi beriadah.
Otak perlukan rehat yang secukupnya supaya dia boleh proses semua maklumat yang masuk.
Minum air masak banyak-banyak dan makan kismis untuk dapat ingatan yang kuat dan sihat.

Wallahua'lam.

Salam sayang dari Zmah.

ALL THE BEST TO ALL ^_^

Sunday 18 December 2011

Kenangan Teater Kronologi Cinta





Sahabat
Di sini tempat kita bertemu
Berjuang bersama-sama
Berdakwah kepada mereka
Tanpa kita sedari
Ikatan yang terbina ini
Menjadi semakin akrab 
Setiap kali namamu terpahat di hati
Akan kuingat kenangan yang kita cipta ini
Tidak kusangka
Ternyata selama ini
Tanpa kita sedari
Kita telah mencipta 
Sebuah kronologi cinta 
Mengisahkan suka duka kita bersama
Mengharungi cabaran dakwah 
Hingga ke detik ini



Rindu sangat masa teater dulu T__T

Kepada sahabat-sahabat teater,
semoga ukhuwah kita akan terus berkekalan sampai kita bertemu di syurga ya.

Insya-Allah,
kita akan bersama lagi selepas ni,
terus memperjuangkan dakwah islamiah menerusi media.

Selamat berjuang, sahabat-sahabatku!


Congratulations!







Quranic Youth Club (QYC) new line-up for 2011/2012 session:

Main board

President              : Br. Umar
Vice President 1   : Br. Fikri Ahmad
Vice President 2   : Sr. Noraini Ahmad
Secretary 1           : Br. Afiqi
Secretary 2           : Sr. Huda
Treasurer             : Sr. Shairah

Management board (secretariat)

Ukhuwah and Welfare (WnU)
Head          : Br. Asyraf Syafiq
Assistant    : Sr. Nabilah Ali

Education and Development (EnD)
Head           : Br. Lukman
Assistant     : Sr. Nabilah (Abel)

Finance and Entrepreneur (FnE)
Head            : Br. Amirul Aizat
Assistant      : Sr. Hajar

Training and Leadership (TnL)
Head             : Br. Irfan
Assistant       : Sr. Nik Khatijah

Publication and Information (PnI)
Head              : Br. Ridhuan
Assistant        : Sr. Wan Hazimah 



Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru QYC (2011/2012).
Semoga kita semua dapat bekerjasama dalam menjayakan usaha dakwah kepada ummah.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Amin.


TOWARDS A UNIQUE QURANIC GENERATION


p.s.: Maaf, entri ni agak lambat :P


Tuesday 13 December 2011

Puisi: Kesibukan


Picture taken from: http://popoks.deviantart.com/gallery/?offset=48#/d4d0pnb


Kesibukan
Yang melanda diri
Saban hari
Hingga perut lupa diisi
Sampai diri terkena gastrik

Kesibukan
Yang semakin menghimpit
Membuat diri seperti tersepit
Tiada hala tuju
Hilang arah
Mencari-cari jalan keluar

Kesibukan
Datang bertalu-talu
Semakin hari kian bertambah
Kerja bertimbun
Tidak tersentuh
Entahkan bila semua ini akan berhenti

Sungguh
Diri terasa kian lemah
Terasa masa juga makin mencemburui
Memotong dengan lajunya
Tanpa menunggu lagi

Bilakah kesibukan ini
Akan berakhir?


Nota: Sibuk sangat sekarang ni sampai hilang selera nak makan. Sebab terlalu risaukan final exams yang dah sibuk-sibuk mengintai. Bilalah semua kerja dan presentation ni nak selesai? Ya Allah, berikan aku kemudahan dan jalan keluar bagi setiap kesulitan yang aku hadapi. Kuatkan jiwa batinku untuk meneruskan perjuangan di medan ini. Amin.

Sunday 11 December 2011

Fakta menarik: Lain hari, lain warna


Salam.

Sebenarnya ini bukan rekaan aku, tapi aku petik daripada video Kak Ija (Heliza Helmi) daripada Page FB dia. Bila aku tengok video dia, macam menarik sangat fakta yang dia kongsikan dengan kami. Jadi, why not aku kongsikan pula dengan kalian di sini. Tak salahkan? Setiap hari, ilmu kita bertambah. Insya-Allah, ilmu itu akan lebih berkat kalau kita berkongsi pula dengan orang lain. Ya, tak? Sebagai seorang Muslim sekalian Mu'min, takkan kita nak jadi macam peribahasa Arab, "al-ilmu bila amalin kassyajari bila thamarin?" Kan kan?

Okey. Berhenti berceloteh sekarang. Jom mula baca fakta menarik di bawah. 
Bismillahirrahmanirrahim...


Tajuk: Lain hari, lain warna (oleh Kak Ija <3)


Isnin - Hari Putih



Kenapa hari Isnin, sesuai untuk memakai warna PUTIH? haaa, kenapa? ceciter? Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin. Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa - Hari Merah Jambu/Ungu


Hari Selasa ialah hari kasih sayang, sebab warna merah jambu dan ungu itu sendiri simboliknya melambangkan kasih sayang. Percaya tak? Kalau kita pakai baju warna pink/purple, perasan tak kita akan berubah karakter jadi seorang yang lemah lembut dan sopan santun? Haa, sebabnya warna pink/purple tu sendiri warna yang lembut dan menenangkan. Bagi lelaki, kalau malu nak pakai pink, tak apa. Anda ada alternatif lain, iaitu purple. Kedua-dua warna ni sebenarnya menyamai Vibration Thalamus (NW3). Thalamus ni terletak di bahagian otak manusia. Thalamus berperanan untuk menjaga penghayatan dan dan juga kasih sayang. Hari Selasa, bila kita pakai warna pink, ialah hari yang paling sesuai untuk kita beremosi dengan emosi yang baik atau nak meluahkan kasih sayang dengan pasangan kita. Hari Selasa juga sesuai untuk pakai warna pink sebab pada hari ini kita ada kuasa pujukan yang sangat tinggi. Hari ni sesuai sangatlah bagi para ibu yang nak membentuk dan memujuk anak-anak mereka yang mungkin agak sedikit degil dan susah nak dipujuk dan juga orang-orang yang nak bunuh diri. Rawatan untuk penyakit apakah yang sesuai dilakukan pada hari selasa? Hmm... jawapannya ialah, rawatan bagi penyakit migrain dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), iaitu kanak-kanak yang bermasalah yang berkaitan dengan otak (Thalamus NW3).

Rabu - Hari Biru


Rabu ialah hari berkomunikasi dan warna biru pula ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya. Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.



Khamis - Hari Kuning/Jingga


Hari Khamis warna sesuai warna kuning.: Khamis Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17). Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat - Hari Hijau


Jumaat Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10). Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat). Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain. Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan. Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung NW11) dan respirasi (Paru-paru NW10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu - Hari Merah





















Ahad - Hari Hitam 





















Menarik tak? Haa.... bila berkawan dengan Kak Ija melalui alam maya ni, tak sangka banyak jugaklah ilmu-ilmu baru yang aku dapat daripadanya. Semoga ilmu-ilmu ni bermanfaatlah untuk kita semua.

Selamat berwarna-warnilah kepada kamu semua ya!

Ngee ^__^


Short Film: Tomato


 


Filem ringkas yang menarik dan sangat menyentuh hati.
Menitis air mata aku menonton filem yang dibikin oleh pelajar-pelajar muda ini.
Betapa terkesannya ibrah yang cuba disampaikan oleh mereka dalam hati ini,
melalui jalan cerita yang begitu simple tapi outstanding ni.
Oklah. Tak nak tulis panjang-panjang tentang video ini di sini.
Yang penting, kamu kena menontonnya.
Barulah kamu dapat rasa apa yang aku rasa.

P.S.: Lepas ni, aku pun nak buat video berbentuk dakwah macam ni. Terima kasih kepada ikhwah2 ni sebab mencetuskan idea baru macam ni.

Semoga Allah merahmati kita semua. 
Amin Insya-Allah.


Saturday 10 December 2011

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?




Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.






Perkongsian Antarabangsa: Apa Sebenarnya Berlaku Di Syria?


Salam. 

* Aku ada sedikit benda yang ingin dikongsikan di sini. Artikel ini aku petik daripada laman sesawang IKRAM dan ini adalah sesuatu yang harus diketahui oleh semua saudara Muslimku. Cubalah kita sama-sama renungkan apa yang sedang menimpa saudara-saudara kita di negara-negara Islam sekarang ni, terutamanya di Syria.

Berita

Perkongsian Antarabangsa Syria

SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.
Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.
Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Perkongsian Antarabangsa Syria
Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”
Perkongsian Antarabangsa Syria
Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.


Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Perkongsian Antarabangsa Syria
Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.


Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Perkongsian Antarabangsa Syria
Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.


Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.
“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Perkongsian Antarabangsa Syria Perkongsian Antarabangsa Syria Perkongsian Antarabangsa Syria
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”
Perkongsian Antarabangsa Syria
Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.
Perkongsian Antarabangsa Syria
Berdasarkan amanat tersebut, kutipan derma dilancarkan bagi membantu rakyat Syria yang tertindas. Kutipan derma dianggarkan berjumlah RM38,000 termasuk mata wang asing seperti USD, Won, NZD, SGD, Rupiah dan Iraq Dinar. VCD 'Syria Revolution' yang dijual IKRAMedia, dengan semua keuntungannya disalurkan kepada Tabung Syria juga habis dalam masa yang singkat.


Program anjuran Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu diadakan di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia di sini Selasa lalu dan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli IKRAM. Terdahulu, Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran Dr Khalid.
Turut hadir adalah Pengerusi JK Antarabangsa IKRAM Pusat Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan Timbalan Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar yang bertugas sebagai penterjemah. Bertindak mengacarakan majlis pada malam itu adalah Yang Dipertua IKRAM Selangor Ustaz Shamsul Maarif Ismail.
Majlis ditutup dengan bacaan doa penuh syahdu seluruh hadirin yang dipimpin oleh Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.


P.s.: Semoga Allah melindungin saudara-saudara kita di sana.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails