About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Showing posts with label Cetusan Hati. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Hati. Show all posts

Sunday, 11 June 2017

Kembali blogging

Salam.

Hai semua!

Alhamdulillah... setelah bertahun-tahun lamanya tak berblogging, akhirnya Zimah kembali. Maaflah ya sebab lama sangat tinggalkan blog kesayangan ni keusangan macam tak bertuan. Kadang-kadang Zimah rasa bersalah nak update ke tak blog Zimah ni sebab memikirkan ada lagi ke orang follow  dan baca pos-pos Zimah dalam LCS ni. Kalau ada yang masih terus membaca dan ternanti-nanti pos-pos terbaru Zimah, ya Allah, Zimah berterima kasih yang tak terhinggalah kepada awak sebab awak dah bagi semangat balik dekat Zimah untuk kembali berblogging. Dan Zimah nak awak tahu yang sebab awaklah, Zimah update blog Zimah ni. Zimah tak nak kecewakan awak. Zimah cuba sebaik mungkin untuk tulis benda best best je dalam ni ok? Maksud Zimah, something yang boleh memberi inspirasi kepada awak dan sesuatu yang baik untuk awak pelajari. Tapi awak kena selalu sokong Zimah, ok?

Hmm...

Bila dah lama tak menulis, nilah akibatnya. Ada je idea sebenarnya nak berkongsi cerita tapi cerita-cerita yang nak dikongsi tu terlalu banyak. Berterbangan dalam minda niha. Susah pulak nak susun tak tahu mana satu yang nak didahulukan. Hehe... bak kata suami Zimah, pelan-pelan kayuh. Jangan gopoh. Biar  lambat asalkan sampai ke tempat yang nakk dituju.

Masuk bulan ni, dah masuk enam bulan Zimah bergelar isteri kepada insan yang Zimah cintai dan dah masuk empat bulan Zimah menganggur dan bergelar suri rumah sepenuh masa. Mesti awak tertanya-tanya, kenapalah Zimah berhenti kerja? Zimah dah tak minat mengajar ke? Eyh, siapa kata Zimah tak minat mengajar? Meh nak cepuk sikit. Hehe... takdelah. Main-main je.

Zimah minat je mengajar. Dan yang lebih mengharukan Zimah rindu sebenarnya nak mengajar. Tapi atas sebab kesihatan, Zimah terpaksa buat keputusan untuk berhenti dan cari tempat kerja yang stress-freelah konon-kononnya. Tapi ditakdirkan tempat kerja kedua tu lebih stres rupanya. Hahaha... ditambah pulak dengan masalah kesihatan yang double lagi Allah nak bagi. Memang Zimah rasa dunia ni bukan tempat untuk bersuka ria dah. Memang dunia ni medan ujian, kan? Dan disebabkan itu jugalah Zimah berhenti lagi. Zimah sempat jadi guru di sekolah baru hanya untuk dua bulan. Memang tempoh yang sangat singkat tapi Zimah anggap hanya selama tu je Allah nak bagi peluang untuk Zimah rasa bekerja di tempat yang kononnya stress-free. Lepas dah experience kerja di situ, barulah Zimah sedar yang manalah ada tempat kerja yang stress-free dan manalah ada kerja yang tak stres langsung. Setiap pekerjaan ada dia punya tingkatan stres. Hanya terpulang pada kita nak stres ke tak atau urus stres tu dengan baik. Tapi masa dah buktikan yang Zimah gagal urus stres Zimah dengan baik. Zimah rasa Zimah kena rest sekejap dan beri ruang untuk diri sendiri, muhasabah balik semua yang Zimah dah buat.

Dan sekarang bila dah bergelar suri rumah, hari-hari tengok suami bekerja keras demi sesuap nasi dan melangsaikan hutang-hutang yang kami ada, barulah sedar yang dalam hidup ni tak semua benda manis. Hakikat perkahwinan tu jugaklah bukanlah manis je setiap masa sebenarnya. Nak berhoneymoon  setiap masa, bercouple secara Islami atau enjoy the married life all the time. Ia lebih daripada semua ni. Bila semua ni dah jadi dekat batang hidung sendiri, Zimah belajar sesuatu. Hakikat perkahwinan adalah susah senang kita sama-sama, kita kena sama-sama berkorban , kena sama-sama bersabar dan sentiasa bertawakal. Dan kena sama-sama cari jalan  macam mana nak selesaikan semua masalah yang ada untuk pastikan kita terus hidup dengan rahmat Allah. Kalau nak tahu lebih lagi pasal perkahwinan, nanti Zimah tulis dalam pos lain ok.

Jadi, dalam pos berikutnya, Zimah akan kongsikan dengan awak apa sebab utama Zimah terpaksa berpindah ke Melaka, tempat di mana suami Zimah mencari rezeki. Apa sebenarnya dah jadi dekat Zimah selama ni, semuanya Zimah akan cerita secara ringkas dan jelas supaya awak faham dan manalah tahu awak nak doakan ke yang baik-baik untuk Zimah. Tak salah nak saling mendoakan kan? Kita kan adik-beradik :)

Sampai sini dululah update dari Zimah ya. Tak terkata happynya Zimah dapat blogging semula. Zimah harap awak pun konsisten baca blog Zimah supaya semangat Zimah untuk menulis tak terhenti setakat ni. Masih terlalu banyak untuk dikongsikan. Percayalah.

Doakan Zimah kuat dan tabah menghadapi hidup ni.
Dan semoga persahabatan Zimah dan awak akan kekal sampai kita bertemu di syurga.

Terima kasih sebab sudi singgah dan baca.

Selamat berpuasa!

ZZ

Monday, 26 January 2015

You Are My Man

'coz i'm your lady
and you're my man


i want to be your lady
now, tomorrow and always


you're the best choice of all my choices
you're the best decision of all the decisions i've made
you mean so everything to me


'coz you're my man
and i'm your lady


i love you sayang

Monday, 2 June 2014

Dup dap... dup dap...

~Bismillah~

sejak akhir-akhir ni, diri perasan satu benda.
bila diri marah atau sedih yang teramat,
oleh sebab tidak dapat meluahkannya pada sesiapa...
oleh kerana terlalu banyak yang dipendam...
dada diri jadi sakit.
terasa debaran yang amat dahsyat. 
degupan jantung tidak laju, perlahan...
perlahan tapi begitu kuat sehingga mengetuk dada..
sampai terasa sesak dibuatnya.
sampai susah sikit ingin bernafas.
tapi ia terus dipendam.
kerana diri tak mahu jadi seorang yang suka berterus-terang,
sebab kerana sikap terlalu berterus-terang itu
telah melukakan hati orang-orang yang diri sayang.
biarlah diri yang terluka
biarlah diri yang terseksa...
menanggung beban demi meletakkan mereka dalam 
syurga kebahagiaan.
diri rela....
tapi sekarang sakitnya yang datang dari semalam...
masih belum menghilang.
air mata tidak berhenti mengalir.
diri perlu ke 'gua' semula.
  

Friday, 23 May 2014

Kesah

~Bismillah~

dulu
kalau kita sunyi
beramai-ramai orang hadir
menghiburkan
kini
tiada satu pun yang kesah 
untuk datang menggembirakan

dulu
kalau kita bosan
seorang seorang jumpa
berborak-borak mesra
kini
tiada satu pun yang kesah
menghubungi

dulu
kalau kita sakit
ada yang datang menjenguk
tak dapat jenguk
bagi kata-kata semangat
menerusi SMS pun jadilah
kini
tiada satu pun yang kesah
hidup ke mati ke kita

dulu
kalau kita sedih
pasti akan ada yang datang
meminjamkan 'bahu
supaya kesedihan yang terbeban di hati
cepat surutnya
kini
tiada lagi yang kisah
apa yang hati ini alami

itulah namanya manusia
manusia berubah
yang dahulunya seorang pendengar setia
kini dialah yang paling jauh dan 'ignorant'

kenapa ini terjadi?
pada persahabatan kita?

bulan... simbolik persahabatan kita...
apakah kau masih ingat itu?

Monday, 19 May 2014

en siyah #rindubersamadia

~Bismillah~


hari berganti hari
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun... erkk....
tak sampai tahun lagi kot...
walau jarang bersua muka
tapi kami masih lagi bertemu
masing-masing sibuk bekerja
mencari nafkhah hidup
seiring dengan pengalaman yang
diharapkan mampu mematangkan diri
sekali-sekala bertemu dia
alhamdulillah
dia makin sihat
namun riak wajah keletihan
jelas terpampang di wajah manisnya
kuatnya dia bekerja
dia seorang yang sangat bertanggungjawab
dan amanah dalam bekerja
kelebihannya membuatkan dirinya begitu disayangi
oleh orang atasannya




setiap kali berbalas pesanan dengannya
minda pasti berputar ligat
mengenangkan saat-saat kami bersama
bershopping bersama...
bermake-up bersama...
berkayak bersama...
berbadminton bersama...
ber'motor' bersama...
berbaking bersama...
berroller-blade bersama...
banyak juga hal kami lakukan bersama
dan saat terkenangkan semua itulah
hati ini semakin rindu ingin bersamanya
tapi diri musykil apakah dia turut merasakan hal yang sama
entah dia baca entri ini entah tidak
namun
doa yang sentiasa mengirinya diharapkan
mampu menyampai pesanan rindu ini padanya

selamat malam sayangku
en siyah #

<3 p="">

Sunday, 18 May 2014

HAPPY TEACHER'S DAY

~Bismillah~

Happy Teacher's Day.
It's a very beautiful wish a teacher could ever receive from her pupils.
It's easy to say them,
but not all people could realize and feel the sacrifices made by teachers 
in nurturing and educating the children.

Being a teacher...
is not all about teaching... because without teaching the knowledge...
the children themselves can learn it with their own ability and capability...

But being a teacher is all about taking care of the children's behaviour and akhlak...
Their well-being... their personality...
Their relationship with other people...
Their closeness to the nature...
Their relationship with God and the religion...

It makes me realize that teaching profession is so much challenging and a tough work to handle.

May Allah bless all my teachers who had brought me until 'here.'
May Allah grant them with happiness in their lives for turning me into what I am now.
I've become a part of them.
I've turned to be just like them.

THANK YOU TEACHERS.

Written by me.

HAPPY BELATED TEACHER'S DAY :)

Monday, 24 March 2014

Aku ingin jadi seperti...

~Bismillah~



Aku ingin jadi seperti air...
Yang sifatnya tenang dan menyejukkan...
Aku ingin menenangkan dan menyejukkan hati manusia...
Yang sedang dalam amarah dan emosi.

Aku ingin jadi seperti angin...
Yang sifatnya lembut dan membelai...
Aku ingin melembutkan dan membelai jiwa manusia...
Yang sentiasa ingin dekat dengan Penciptanya.

Aku terasa lemah tak berdaya tapi DIA sumber kekuatanku.
Satu persatu teman yang pergi meninggalkanku!
Kini DIA datangkan dua lagi teman baru;
Mereka ialah AIR dan ANGIN yang selalu mendamaikan kalbu.

Taman Tasik Titiwangsa
23 Mac 2014
11.25 am


Friday, 7 March 2014

menangis dalam rindu

~bismillah~

suatu petang yang indah
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
sinaran matahari yang memancar dengan teriknya
semakin menghangatkan hati yang sedang berduka

di sebuah tempat itu
diri bersiar-siar ambil angin petang
yang ada di situ 
hanyalah diri, tasik dan alam
melayani perasaan
membelek-belek kenangan silam
yang semakin berputar ligat dalam ingatan

di situ tempat pertemuan dua hati
di situ tempat perkenalan
di situlah kisah diri dan dia bermula
tasik itulah saksi keakraban diri dan dia
sebagai sahabat hingga syurga

angin yang bertiup kencang 
seperti berbicara dengan diri
cuba memahami bahasa tangisan yang diri pamerkan
melalui setiap titisan air mata yang mengalir

alam seperti memahami keadaan diri
yang sedang di ambang kesedihan
sebak di hati tak mampu ditahan lagi

di tasik itu
bermain kayak bersama
berborak bersama
mendalami hati dan peribadi masing-masing
semuanya bermula di atas sebuah kayak
mendayung kayak bersama sambil menikmati keindahan alam
dengan dia, saat itu, diri sudah dapat rasakn tautan hati

memandang tasik itu
bayang-bayang dua insan mendayung-dayung kayak
semakin jelas dalam ingatan
diiringi gelak tawa riang
hanya senyuman tak pernah lekang di bibir

air mata semakin laju merembes
tatkala terkenangkan saat bahagia itu
bayang-bayang dua insan itu berjalan-jalan mengelilingi tasik
masih terus bermain di mata

ya Tuhan
betapa diri merinduinya
diri menangis lagi kerana hati yang sudah tak tertahan

kini 
banyak yang sudah berubah
kehidupan
ikatan
dan juga hati

semuanya sudah tak sama macam dulu
kalau dalam masa diri masih sendiri ni pun
diri sudah terasa sunyi
nikan pula diri sudah bergelar isteri

ya Allah...

T_T


p/s: sampaikan salam diri padanya. tolong Kau jaga dia dengan sebaik-baik jagaan. dia, cermin diri. dulu, kini dan selamanya,

Sunday, 19 January 2014

I'm just me-P1

~Bismillah~

I know you guys have been waiting for my new post for such a long time and
I'm just so sorry for not being able to update new posts as I'm getting busier this new year.
But no matter what, I hope you guys have been looking forward to know my new updates.
So stay calm and keep reading.

This post is going to be just simple and straightforward in which I will be talking specifically about myself.

Actually just now, right before I posted this entry, I tried to record a few videos to be uploaded on my Youtube channel. But all of them didn't work out. You know what, I just can't film a good video just like my inspirers. Michelle Phan, Aiman Azlan, Aisya Syakira, Adibah Awang... all of them are very great vloggers. They are good bloggers to. They have talents in both speaking and also writing. But me... it's pointless to state here but I'm going to say it anyway... 

I'm such a suck when it comes to speaking in front of a camera (webcam actually)...

I wish I could be like all of them (stated above). I also want to have my own Youtube channel whereby I can upload as many videos as possible telling people so many things about my life. I just want to inspire other people through my videos but when I had created one, I failed to get people's attention to even watch my videos. Because (I know) all my videos are sucks and none of them inspires anyone. How sad is that.

Until now, I'm still looking for my own special features but I just don't know in which area does my talent lie.
I've such no talent in almost everything. (I'm feeling down again)

I think I'm lost in the battle.
Sorry, can I have some tissues? (feeling like crying)

Why can't I be a source of inspiration to anyone?
None of these two skills; writing or speaking I'm good at.

I'm such an untalented person.
Oh God, why must I feel this way about myself?
When I was a kid, I always believed that one day I could see my true self, which at least I could try
to discover my true identity without imitating others. But I don't think that is what I'm doing right now.
All I can see now in myself is that I've always tried to pretend to be like other people; like Michelle, Aiman, Adibah etc.... although I know it's nearly impossible for me to be one of these great people whom I respect so much.

I feel very stressful right now and I'm tired too.
I do wish I could be like these people but doesn't that mean I'm still keeping my true identity?

What is my true identity anyway?
What am I?
No, the question is supposed to be like this...
WHO AM I????????

Yes, I'm Wan Hazimah. Mostly everyone knows that. They know my name. My look. My personality.
But the only think that they and I myself don't know is that what and who am I to them?

Oh Lord, I've no idea of what I'm babbling about right now.

But all I'm saying is that, no matter how much I struggle to inspire other people,
no one would get inspired by me. And the worst fact that I would ever have to accept in my life is that
none of those people out there would love to have me as their source of inspiration.

Seriously, this is the most saddest thing about myself. About a lady named Zimah.
I'm so helpless. 
I think I'm useless too. 
I just can't find the ways to shine again.
My life is getting dark again.
'My star' has stopped to shine and I almost stop shining...

What should I do???

to be continued...

Sunday, 12 January 2014

tak tahu





ada kalanya apa yang ada dalam hati susah untuk diperjelaskan
bila diri tidak diberi peluang untuk memperjelaskan
semuanya akan jadi musnah
dan dua hati akan hidup dalam persangkaan dan persengketaan 
yang semakin membuat diri merana
jika kata-kata yang keluar dari mulut
terus diambil bulat-bulat dan dibawa masuk ke dalam hati
tanpa sebuah interpretasi yang nyata
tanpa sebarang bukti yang kukuh
apakah perkataan-perkataan yang keluar itu
ialah kebenaran yang disahkan oleh hati?


tak tahu nak jelaskan macam mana lagi
tapi apa yang mampu diungkapkan ialah

mengasihi seseorang kerana kelemahannya
bukan kerana kelebihannya

mencintai sesorang bukan kerana rupanya
tapi kerana keindahan akhlaknya yang sangat menyenangkan hati

menyayangi seseorang biarlah setelah melalui liku-liku hidup dengannya
bukan hanya sekadar berhubung melalui gadget
dan terus jump into conclusion 
terhadap semua yang diperkatakannya






Friday, 22 November 2013

Let's be friends again, shall we?

~Bismillah~

sometimes things don't work out as we plan
we want this thing to happen but it turns around
whenever i feel like i'm ready to get married
many challenges that i need to face
until
i got failed
i may not know what's best for me and for we both
but i do know one thing for sure
no matter where we go, how far we live
we always have 'us' in our hearts
and that is 'friendship'

love chain may not last
but friendship chain will remain until the last breath

so, will you do the honor of becoming my best friend again?
let's be friends!
best friends!

and that's the safest way

:')

Thursday, 21 November 2013

It's a good feeling!

~Bismillah~

It's the best day of my life so far. My graduation day! 
The day in which I received a lot of gifts from my loved ones. It's a good feeling knowing the fact that there are still many people who love you with all their hearts. They never forget about you and never forget to make you smile and feel happy always, even though they seldom contact you. Honestly, this is what I'm feeling right now. These bunch of people always make me feel that this life is worth living.
Never bother about those who hurt me nor who had left me.
With these bunch of people, I feel that I am me again and 
they always motivate me to always make a fresh start every time I fell.

Being in their circle somehow makes me feel protected and I become my trueself.

These are the gifts I had received from my loved ones in conjunction with my convocation.














I thank these people. If it's not because of their du'a and supports, I don't I would be graduated with flying colors. This success I'm celebrating doesn't just belong to me but
I consider it valuable gift I can ever offer to all my loved ones, who never stop
believing in me.

May Allah bless us all.
Thank you again ;)

Tuesday, 12 November 2013

Ya Allah, bantu hamba!

~Bismillah~

i know it's hard. i know it's tough. but no matter how life must go on and this journey... i still need to continue although it doesn't guarantee that i'll succeed by the end of the day. o Allah... it's too hard for me to go through all this. i'm feeling very tired right now. extremely tired! when i tell some people, they may end up saying it'll be the same even if you work at other places. every work has its own challenges. yup, it's true! but i don't think it's the same with teaching profession. to me, teaching people is like treating people. in other words, the role of a teacher is nearly similar to the role of a doctor. as a doctor's responsibility is to take care of people's health almost everyday, so does a teacher needs to take care of the education and the upbringing of her pupils. if a doctor needs to stay back just to make sure that the patients get a proper health care, while a teacher needs to stay up late keying in all her pupils' exam marks, doing lesson plans and so many other stuffs pertaining to the school matters. it's tiring! i'm kinda enjoying my life as a teacher, honestly, but somehow i can't stand the tiredness of teachings, scolding, and shouting at the pupils all the time. it somehow hurts me. it hurts my throat. i just wanna go back. to my childhood life  whereby i don't need to think of earning incomes just to survive. o Allah, help me please! help me to be strong! help me to be sincere in my job... just help me out of this feeling!

p.s.: i'm feeling like quitting. seriously.

Friday, 8 November 2013

Puzzle 44: Useless

~Bismillah~

sometimes i just think that i'm a useless person
i'm useless in pretty much everything
i'm a useless child in my family
i'm a useless friend among my best friends
i'm a useless student to all my teachers
i'm a useless ........... (you fill in the blank for me)

i'm just useless
no explanation for that

and this time around
i'm feeling like i'm totally a loser
i lost a battle which i've never taken part in it
i lost something precious which i've never owned
i've lost mostly everything

i've lost in this fight
and i don't think i have the strength to stand up again
when i badly need someone beside me
that someone is always miles away from me
no call no textings no news at all

all that someone gave me was
disappointness and upsetness

oh, i'm such a horrible person!
if i'm not, i wouldn't have been treated like this

i'm so useless
i'm even worthless to most people
sometimes they see me as nothing
they always think that my heart is empty

and now
to be frank
it is empty

i need to be away for a while
coz right now
i feel so miserable

so long
  

Sunday, 3 November 2013

Batuk

~Bismillah~

batuk yang sudah hampir sebulan
batuk yang sangat menyesakkan
batuk yang sangat menyiksakan
batuk yang membuat nafas menjadi semakin pendek
batuk menyukarkan sesebuah pekerjaan dilaksanakan
batuk yang sangat mengganggu gugat keamanan

batuk
adakah penawar batuk?
berapa pun sanggup bayar
asalkan batuk ini dapat cepat-cepat disembuhkan

batuk
silalah berhenti

(T)_(T)

Tuesday, 29 October 2013

Penat

~Bismillah~

Seriously, these two weeks I'm very busy and now I'm already exhausted. So many workloads are awaiting.
Exam papers marking, KSSR, oral tests, report card pick-up, performance practices and everything!
Just don't know how to manage everything properly.
I need guidance. I need support. And most importantly, I need enough rest!

So sorry for not be able to update new posts at the moment.
In sha Allah, as soon as everything is settled, I'll get back here.

I promise.

T__T

Thursday, 17 October 2013

Cinta Tuhan VS Cinta Manusia

~Bismillah~

Kasihnya Tuhan pada hamba-Nya yang begitu dicintai-Nya belum tentu dapat dipersembahkan dengan selautan air yang melitupi dunia. Kasihnya Tuhan pada hamba-Nya yang begitu dicintai-Nya belum tentu dapat ditukarkan dengan intan permata. Kasih-Nya Tuhan tak mampu ditandingi oleh apa-apa pun di dunia ini.

Tapi cinta manusia...
manisnya mampu menginjak-injak harga diri dan
pahitnya mampu membawa kepada bunuh diri akibat kekecewaan yang teramat. 

Cinta Tuhan membahagiakan dan menenangkan.
Cinta manusia memusnahkan dan menderitakan.
Cinta Tuhan penuh dengan bunga-bunga pahala.
Cinta manusia beronakan corak dosa.

Pilihan di tangan masing-masing.
Mau cinta Tuhan atau cinta manusia.
Bersedialah untuk memilih...

Sunday, 6 October 2013

Lonely, weak

~Bismillah~

I feel lonely. I'm feeling very weak, without his presence. I gain no strength when realizing that he's not around. Meowing and playing in the grass where he used to play.Climbing up the small tree where he used to climb. My dear Po. He's no longer exist. He had gone. Gone forever. Gone with the tears. 
Po, he left without me giving him a big last hug and kiss.

My dear Po... I miss you so much!

T__T

Po, saya sayang kamu!

~Bismillah~


Kenangan Po (atas badan Lala

"Hello. Assalamualaikum. Li... ko sehat?" teresak-esak.
"Waalaikum salam. Aku sihat alhamdulillah. Ko?"
"Aku baik... kurang baik...." tak dapat nak tahan esakan tangis. menangis jugak dekat telinganya.
"Kenapa ni, Zmah? Cuba ko cite kat aku."
"Li..... kucing aku dah takde! Dia dah takde, Li. Dia dah pergi! Tak dapat dikesan lagi." terus menangis. Air mata tak henti-henti mengalir.
"Ya Allah... kenapa boleh jadi macam tu? Dia sakit ke? Kejap. Kucing ko yang mana satu ni?" dia bertanya.
"Anak Lala. Nama dia Po. Yang kelabu mix dengan putih yang Nanny Zai pernah post dalam FB wall dia dulu."
"Oh... yang tu. Ok2."

Saya pun ceritakan hal sebenar yang jadi pada Po sebelum pemergiannya pada Li.

"Aku cite kat ko ni pun sebab masa aku sedih tadi, aku teringat kat ko. Ko pun ada kucing. Ko pun pernah kematian kucing yang ko sayang. So, aku pikir, aku nak luah kat ko je sebab ko je yang faham dan tahu perasaan tu."
"Ya.... aku faham.. aku faham perasaan ko. Aku pun dulu masa kucing aku mati, aku dekat asrama. Bila mak aku bagitahu kucing aku mati, aku menangis gila2 sebab sedih." 
Saya sambung, "Aku sedih sangat Li. Aku paling sayang Po. Dia manja dengan aku. Dia baik sangat."

Li hanya mendengar dengan setia. Mendengar setiap satu ucapan saya yang diselangi dengan esakan tangis yang tak henti-henti.

"Dah tiga hari dia tak ada dengan kitorang aku rasa kehilangan sangat-sangat. Sebab tu aku duduk dekat luar rumah aku. Tengok anak-anak Lala menyusu, tiba-tiba aku sedar Po takde. Then, aku terbayang-bayang dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah aku...aku rindu dia..."

"Zmah... tu maknanya Allah nak uji ko. Itu Allah baru uji dengan binatang kesayangan. Belum lagi Allah nak uji dengan manusia yang kita sayang.."
"Tapi kenapa Li? Kenapa setiap benda yang kita sayang takkan lama dengan kita?"
"Haa.... tu maksudnya Allah memang nak ujilah tu. Allah lebih sayang dia. Dan Po pulak pergi senyap-senyap sebab dia tak nak mati depan ko. Dia takut ko tak boleh terima kematian dia. Nanti ko lagi sedih."

"Aku selalu terbayang roh dia datang dekat aku."
"La... janganlah terbayang macam tu. Cuba bayangkan tiba-tiba suatu masa dia hidup lagi. Dia berjalan ke arah ko. Nak buat surprise!"

Saya tersenyum.

Bila telefon diletak beberapa minit lepas tu, mata terus pandang ke langit.
Terbayang-bayang wajah Po.
Termasuk hari ni, dah tiga hari saya bersedih kerana pemergiannya.
Tapi baru hari ni saya menangis sepuas-puasnya sebab teringat kat dia.

Po.
Kucing saya. Dia masih bayi tapi sudah mendahului saya.

Po, saya rindu kamu.
Po, saya sayang kamu.

Kenangan Po (kanan gambar)


:')

Allah knows best, kan?

~Bismillah~

kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti;

"kita takkan pernah dapat apa yang kita nak"
"selalunya benda yang kita sayang takkan lama dengan kita"
"kita nak benda lain tapi benda lain yang Allah kasi"

... dan macam-macam lagi. bila diselami balik kata-kata ni, 'alahai... daifnya aku sebagai hamba-Nya. langsung tak pernah mensyukuri nikmat pemberian-Nya.' kan?

*tersentap

biasalah tu. sebagai manusia biasa, kita takkan pernah lari daripada merasakan semua ni. 
bukan sebab kita tak pernah bersyukur, hanya kita sukar menerima takdir yang sudah tertulis untuk kita.

dalam usrah yang lepas, naqibah memberi satu soalan kuiz yang tak pernah ditanya sebelum ni.

"apakah benda yang paling pertama yang Allah ciptakan?"

ada yang jawab syurga. ada yang jawab neraka. ada yang jawab Nabi Adam a.s.
dan saya? saya jawab yang saya tak tahu.

bila naqibah mengulangi soalan, maka jawapan yang diberikan ialah QALAM.
apa itu QALAM? QALAM nilah yang menulis takdir manusia sebelum ia dilahirkan ke dunia.
antara perkara2 yang QALAM tuliskan sebelum Allah lahirkan manusia ke dunia ni ialah:

- nasibnya (bahagia atau derita)
- rezekinya
- jodohnya
- ajalnya

subhanallah... hati terus memuji-muji Allah. hal ini terlalu kecil sebab itu sering dilepas pandang.

naqibah sambung lagi dengan satu cerita tentang seorang muallaf.

"setiap kali saya terdengar perkataan, 'tercatat,' saya mesti teringatkan kisah muallaf ni," katanya.

"muallaf ni pernah cakap kita tak pernah terfikir yang segalanya sudah tercatat sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi. kita tak pernah terfikir bahawa Allah sudah mengarahkan si QALAM tadi menulis dalam buku takdir kita bahawa kita akan dilahirkan ke dunia sebagai seorang Muslim dan terpilih pulak untuk jadi umat Nabi Muhammad SAW yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. kita tak pernah terfikir pun dalam jutaan manusia yang Allah lahirkan ke dunia ni, sudah tercatat oleh QALAM bahawa kitalah yang akan menjadi penggerak yang akan menyambung perjuangan Nabi2 kita dan para sahabat. kita tak pernah terfikir pun bahawa sudah tercatat dalam buku takdir kita bahawa kita adalah THE CHOSEN ONE. sedangkan ramai orang bukan Islam di luar sana masih meraba-raba mencari cahaya kebenaran. sebab tu kita ambil ringan benda ni."

nikmat Islam dan Iman adalah antara nikmat terbesar yang saya pernah terima selama saya hidup di dunia/
Islam dan Iman merupakan hadiah Allah yang sangat sangat besar nilainya.
kita masih lagi tahan jika kita kehilangan benda lain, tapi sekali kita kehilangan Islam dan Iman ni,
wallahua'lam apa yang akan jadi pada kita di hari kemudian.
bukan setakat teraba-raba, mungkin dah tak nampak langsung kat mana cahaya kebenaran tu.
naudhubillah!

*masuk bab lain tapi masih ada kaitan dengan isi di atas

bercakap pasal QALAM tadi, tiba teringat pasal takdir manusia yang telah tercatat olehnya.

jika sudah tercatat oleh si QALAM bahawa orang yang kita sayang tu bukan untuk kita, bukan life partner kita atau bukan teman hidup yang kita cari2 selama ni,
sudah tercatat jugalah bahawa kita perlu menyantuni dia sebagaimana yang sudah tercatat dalam buku takdir kita dan dia.

kenapa rasa macam complicated sangat ayat saya ni?

macam ni...

kalau sudah jelas bahawa orang yang benar-benar kita cinta tu bukan dtakdirkan untuk menjadi jodoh kita, kita tetap perlu melayani dan menyantuni dia sebagai seseorang yang sudah Allah tetapkan 'siapa sebenarnya dia' dalam hidup kita.

jika sudah tercatat bahawa dia hanya sahabat kita, maka sebagai sahabatlah kita perlu menyantuninya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya abang kita, maka sebagai abanglah kita perlu menyayanginya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya adik kita, maka sebagai adik sajalah kita perlu mengasihinya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanyalah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, maka dengan itu kita perlu menganggapi dirinya sebagai hamba Allah yang sama-sama dengan kita berjuang demi meraih redha-Nya.

walau siapa pun dia yang sudah Allah tetapkan dalam buku takdir kita,
kita perlu menghargai kewujudannya dalam hidup kita.
ada sebab kenapa Allah hadirkan dia dalam hidup kita.
kehadirannya tidak sia-sia.

setiap manusia yang telah ditakdirkan datang dalam hidup kita,
hadirnya membawa satu hikmah dan perginya juga meninggalkan satu hikmah.

.... dan hikmah itu kadang-kala tersembunyi. sekali-sekala kita kena gunakan torch light Iman untuk mencari kelibatnya. in sha Allah, kalau kita tak putus asa, kita mesti akan jumpa jugak.

*sambungan

ni bersangkutan dengan konsep REDHA yang pernah saya jelaskan sebelum ni.

REDHA itu tak perlu diungkapkan tapi perlu dirasa dan dialami sendiri oleh hati.
REDHA adalah manifestasi cinta terhadap Rabb.
bila hati sudah REDHA, segala yang tak diingini boleh dihadam dengan mudahnya oleh hati.

alangkah manisnya bila hati dapat menerima sesuatu yang sudah tercatat oleh Allah dalam buku takdir kita.

walau banyak mana air mata yang mengalir, tapi hati tetap rasa tenang dan bahagia sebab cinta Allah sudah mula bercambah dan berbunga jauh di sudut hati.

hati manusia hak milik mutlak Allah. 
Allah yang menciptakannya.
jadi Allah tahu apa yang terbaik untuknya.

jadi, tak usahlah bersedih. bergembiralah.
Allah knows best, kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails