About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 26 April 2012

TELESQOP, QYC 2012 [bhgn. 1]




Salam.

Alhamdulillah, masih hidup rupanya aku. Jasad ini akan terus kaku jika roh mendapat arahan agar kembali semula pada-Nya. Namun, aku tetap bersyukur sebab masih diizinkan untuk terus tinggal di bumi Allah ni.

Sekali lagi, ucapkanlah alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah.

Subhanallah, terasa agak lama aku tak berkongsi tentang perkembangan diriku di sini. Maklum sajalah, aku masih seorang pelajar universiti. Sibuk dengan kerja-kerja 'hadiah' dari para pensyarahku serta amanah dalam kelab yang aku sertai usah dikata lagi. Banyak sekali. Tapi aku tetap gagahkan diri. Aku berharap sangat dapat menyiapkan semua tugasan yang diberi bagi semester ini dalam tempoh yang ada. Harap sangat dapat menyempurnakan semua tanggung jawab yang digalas sebelum aku dipersoalkan dalam 'rumah keduaku' nanti. Biiznillah.

Beberapa hari yang lepas, iaitu pada 21-22 April 201, kelab yang aku sertai, QYC, telah mengadakan satu program bersama para pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Sg. Chinchin (SRAI). Program ini sebenarnya sebuah program mentoring di bawah naungan CENSERVE dan ia dinamankan sebagai TELESQOP (maaf, aku lupa nama panjangnya). Kami diberi kepercayaan oleh Ibu Martinelli (Head CENSERVE) untuk menganjurkan program ini di sekolah tersebut bagi mengajarkan dan menekankan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran (memandangkan QYC sendiri merupakan Quranic based club) seperti mengajar adik-adik SRAI membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur ayat-ayat Al-Quran serta menekankan juga aspek adab dan akhlak agar mereka menjadi a better Muslim.

Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan program TELESQOP kali ini. Mungkin sebab ini pertama kali aku mengikuti program mentoring anjuran QYC. Jadi, rasa excited itu mungkin lebih sedikit berbanding orang lain.

Dalam program ini, aku diberi tugas untuk merakam setiap momen penting semasa program berjalan. Dalam masa yang sama, aku juga Pembantu Fasilitator bagi kumpulan Mustaqim dan Kak Iqa. Sangat seronok! Walaupun aku tak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama adik-adik, tapi tetap ada adik-adik yang sudi berkenalan dan berborak denganku. Sangat manis perkenalan ini! Semanis gula :)

Nak cerita A sampai Z mengenai program ini memang takkan habis. Tambahan pula sekarang dah jam 3:43 pagi dan esok aku ada kelas jam 8:30 pagi. 

Tapi jangan risau. Esok, aku akan sambung menulis tentang perjalanan program kami mengikut slot-slot seperti yang tercatat dalam tentatif program. Sebab aku pun banyak hal yang nak dikongsikan dengan kalian di sini. Pengalaman pertama berprogram bersama adik-adiklah katakan.

Jadi, nantikan... 


Lagu tema: Cahaya Iman
oleh: Aeman

Iman bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia

Iman letaknya di hati
Suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah
Ia menunjukkan kita
Jalan keredhaan Allah
Imanlah harta yang paling berharga

Iman kurniaan Yang Esa
Tanpa mengira bangsa dan rupa
Memberi petunjuk jalan mulia
Menjadi benteng penghalang dosa 

Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia

;)

Puisi: Izinkan aku mengesat air matamu




Kudongakkan kepala melihat langit biru, membumbungi bumi
Mataku terlihat satu persatu awan hitam berarak, mendung 
Terbayang-bayang wajah manismu di fikiranku
Tanganmu melambai-lambai, kau tersenyum ke arahku
Tapi kenapa hati ini sering merasakan
Bahawa senyuman itu senyuman palsu
Yang dibuat-buat 
Agar kuyakin kau memang sedang bahagia
Di sampingnya

Sebak hatiku tiap kali kita bertemu
Senyuman terukir di bibir tanda bahagia
Bisa bertemu dan berpelukan kasih denganmu lagi
Namun hati ini syahdu 
Melepaskan beban rindu yang sekian lama dipendam
Dalam hitungan hari-hariku
Akhirnya dapat juga aku melihat wajah itu 
Tersenyum lagi padaku
Ya Allah, sungguh aku rindu

Hati ini terus merintih dan merintih lagi
Saat diri ini terus mengenangkan setiap kenangan
Yang kita bina bersama
Walau aku ikhlas dengan pernikahan ini
Kenapa hatiku tetap saja berat
Ingin membiarkan kau di bawah jagaannya
Sehinggakan aku berfikir sendiri
Alangkah bahagianya jika aku dapat menjagamu
Hingga aku dijemput Tuhan bagi menghadap-Nya
Begitulah isitimewanya kau padaku

Tapi janganlah kau salah erti
Aku redha kau dipertemukan dengannya
Kerana Tuhan lebih mengetahui segala-galanya
Inilah yang terbaik untukmu
Namun hati ini tetap saja sunyi
Bila kau sudah tidak menemani
Ingin menghubungi, hati teragak-agak
Khuatir andai aku mengganggu masa kalian
Tapi tidak mampu berdiam diri
Tanpa mendengar sekurang-kurangnya sedikit berita
Mengenai perkembangan hidupmu di sana

Ketika kita berutus SMS
Hatiku menjadi sebak lagi
Saat membaca tulisanmu
Kau berkata,
"... aku sangat rindukan masa dulu
yang mana aku sering berkongsi masalah denganmu..."
Sahabatku
Ternyata bukan kau seorang yang rasakan begitu
Hati ini bagai dirobek-robek
Bengkak kesedihan masih belum terubat
Aku terus merintih lagi
Membiarkan saja mutiara-mutiara putih 
Jatuh membasahi pipi
Jika kau rindu, percayalah
Aku adalah orang yang lebih lagi merindukan
Momen-momen kita bersama dulu
Andai aku punya kuasa
Akanku putar semula masa
Agar kita kembali ke saat itu
Hanya kita berdua

Kini tanpa kusedar
Sudah genap empat bulan kau bergelar isteri orang
Kutahu kau bukan lagi milikku untuk dijaga
Ada insan yang lebih layak menggalas tugas itu
Berbanding diriku
Tapi mengapa hati ini tidak dapat berhenti
Daripada terus memikirkan dirimu
Firasat hati selalu tidak baik
Saat tangan kita bersalaman
Tubuh kita saling mendakap
Kutahu ada sesuatu yang kau sembunyikan
Daripada pengetahuanku
Aduh, jangan begitu, sahabatku!
Walau kini dirimu sudah dipunyai
Tapi ketahuilah aku masih tetap di sini
Sedia mendengar setiap luahanmu
Aku bagai bintang Polaris
Yang akan tetap di tempatnya 
Walau musim silih berganti

Jika memang benar kita akan bertemu lagi
Aku memang ternanti detik itu
Tika kau mula bersuara
Mencurahkan segala rasa hati
Yang sekian lama disimpan rapi
Izinkan aku mengesat air matamu itu
Izinkan aku mendakapmu, menghalau pergi
Setiap kesedihan yang mengganggumu
Kerana kau sahabatku
Jika kau berduka
Aku akan turut berduka
Kerana kesedihanmu, kesedihanku juga
Kerana  kebahagiaanmu, kebahagiaanku jua


Nota: Apa-apapun, aku tetap mendoakan agar bahagia saja yang mengiringimu. Andai kau berhadapan dengan sebarang bentuk ujian atau dugaan hidup sekalipun, percayalah bahawa tetap akan ada kebahagiaan yang Allah sediakan di setiap pengakhiran dugaan itu. Yang penting, hati ini tidak akan lelah untuk terus mendoakan dirimu dan keluargamu. Kau tetap sahabatku sehingga ke akhirnya andai masa terus mencemburui kita. Aku pasti, akan datang hari istimewa yang Allah tetapkan untuk kita bertemu lagi. Kerana bagiku ukhuwah kerana Allah tiada penghujungnya.

Wallahua'lam.

Thursday 12 April 2012

Puisi: Letih




Letihnya
Hanya Tuhan yang tahu
Tersangat letih dengan tipuan dunia
Amat letih melayan kerenah manusia
Sangat letih dengan dosa yang melanda
Andai bisa kukurangkan letih ini
Ingin saja kulakukan apa saja
Kerana aku teramat letih
Tapi letihku ada habuannya
Kepuasan dalam beribadah
Andai jasad termamah 
Sedikit demi sedikit
Hari demi hari
Akan tetapi redha-Nya bisa kudapati
Jika Rasul dan para anbiya' sendiri
Kurang rehatnya
Apatah lagi aku
Si manusia hina
Namun dalam melayani keletihan ini
Semoga Tuhan mengajarku erti kesabaran
Ketabahan dan kecekalan
Dalam melayari bahtera
Sebagai seorang dai'e dan abid


Nota: Letih, letih dan letih. Setiap hari ialah hari yang meletihkan aku. Betulkah aku letih? Atau ianya hanyalah sebuah alasan yang direka-reka untuk menagih simpati manusia? Entah. Suatu persoalan yang tiada jawapan. Letihnya aku, seolah-olah aku seorang saja yang mentadbir alam ini. Sedangkan masih ramai manusia di luar sana yang berjuang setiap hari tanpa mengendahkan rasa letih yang mereka alami. Alangkah malunya terasa diri ini, kerana perjuangan yang sekecil ini pun masih mahu merungut. Kenapa? Kerana lemahnya iman di hati, kurangkan kesabaran di jiwa. Ku mohon agar Allah menguatkan aku dalam keletihan ini. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails