About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday 22 August 2011

Sesuatu yang perlu difikirkan



Salam.

Sesuatu yang ingin dikongsikan di sini.

Sila lihat video di bawah.

Cuba ambil pengajaran dari kisah mimpi gadis ini.
 
 


Silalah pula baca komen-komen orang tentang mimpi ini.

Baca pendapat-pendapat mereka semua.

(klik pada gambar untuk membaca tulisannya dengan jelas)







Persoalannya, adakah dibolehkan menceritakan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. secara terbuka,
seperti ini?

Mana yang baik dari kisah ini,

sama-samalah kita jadikan teladan.

Tapi ada hal lain yang perlu juga dipertimbangkan semula.

Wallahua'lam.


p/s: Aku akan cuba bertanya kepada orang-orang yang lebih arif dalam hukum-hakam agama. Insya-Allah, sebaik saja mendapat jawapan yang pasti, aku akan poskan di sini. Apapun, ambillah iktibar daripada kisahnya sahaja.


The Making of "Kronologi Cinta"




Jangan lupa saksikan teater "Kronologi Cinta" pada semester hadapan.

Dihasilkan oleh QYC Production =)


Thursday 18 August 2011

Puisi: Gagalnya Pemerintahan




* Puisi ini kupetik daripada buku "Bogel Menuju Tuhan" karya Zahiril Adzim. Ada sesuatu yang ingin kukongsikan bersama di sini. Sila baca puisi ini elok-elok dan hayatilah isi yang terkandung di dalamnya. Ingat, jangan menilai sesuatu dari luaran, tapi amatilah ia dari hati yang telus. Insya-Allah anda akan dapat makna tersiratnya.


 

Gagalnya Pemerintahan
Oleh: Zahiril Adzim


Aku seorang pemerintah
yang memerintah

kepala, rambut, dahi, mata, hidung, bibir
lidah, gigi, dagu, telinga,
aku.

Leher, bahu, siku, lengan, tangan, jari,
dada, perut,
aku.

Zakar, peha, lutut, keting, betis,
tumit, jari, kaki,
aku.

Aku seorang pemerintah,
yang memerintah

minda,
jiwa,
iman,
roh,
aku.

Aku seorang pemerintah yang?
Yang gagal.

Gagal memerintah semua ini dengan baik.

Aku mahu pemberontakan.



Apa pendapat anda? Bagus tak puisi ini?

Lupakan sebentar pada gaya bahasanya. Sebab, setiap penulis ada gayanya yang tersendiri bila menukilkan sesebuah puisi. Aku juga begitu. Apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan.

Mari aku kongsikan pendapatku mengenai puisi menarik ini.

Puisi ini mengingatkan aku kembali tentang amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Kalau diikutkan, terlalu banyak sebenarnya amanah yang Allah berikan untuk kita memikulnya. Mengapa? Sebab kita ialah hamba-Nya yang terpilih. Kita adalah khalifah bumi. Sebab itulah Allah tidak teragak-agak untuk memberi kita peluang menggalas kesemua amanah ini.

Namun, amanah yang dimaksudkan dalam puisi ini pula ialah kesemua anggota badan yang telah dianugerahkan-Nya atau secara mudahnya, diri kita sendiri. 

Puisi ini memfokuskan pada perkataan 'pemerintah'. Siapakah pemerintah yang dimaksudkan? Sudah tentulah kita, khalifatullah.

Dan hakikatnya memang benar, kita ini seorang pemerintah. Pemerintah kepada siapa? Baik. Kata pemerintah itu luas maknanya. Tapi bagi orang biasa seperti kita, yang tidak menyandang apa-apa jawatan dalam seseuah institusi negara atau organisasi, kita masih tetap seorang pemerintah (atau pemimpin) yang memerintah diri kita sendiri.

Seperti yang dinyatakan dalam puisi di atas. Zahiril menggunakan 'aku' yang melambangkan diri kita sendiri (setiap daripada kita) dan dia turut menyebut beberapa anggota badan manusia yang secara kiasannya menjadi sesuatu yang diperintah.

Bila membaca puisi ini, aku jadi terfikir sendiri. Kemudian, aku menyoal diriku, "Adakah aku juga seorang pemerintah yang baik kepada semua yang diperintah ini?" Maksudnya, adakah aku sudah menggunakan seluruh anggota badanku ini sebaik-baiknya? Adakah aku menggunakannya ke jalan kebaikan atau sebaliknya? Adakah aku memerintahnya berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam? Banyak lagi soalan yang perlu ditanya semula kepada diri, tapi fikirkanlah sendiri.

Jika dilihatkan pada isu semasa, kita tengok betapa banyaknya kes sosial yang melanda umat Islam pada hari ini. Tak perlu pergi jauh-jauh. Dalam negara sudah cukup. Rogol, pembunuhan tanpa abelas kasihan, simbah asid, kemalangan jalan raya, tukar jantina, dan banyak lagi (tak perlu disebut satu persatu sebab terlalu banyak). Lihatlah, betapa rosaknya masyarakat kita pada era ini.

Mengapa semua ini  bisa terjadi?

Ya. Kerana kita gagal memerintah diri sendiri. Kita langgar semua hukum Allah. Kita menentang syariat-Nya. Kita hanya bertindak ikut suka hati saja tanpa memikirkan baik buruknya.

Nampak tak perkataan 'minda,' 'jiwa,' 'iman,' dan 'roh' dalam puisi di atas? Sebab yang paling utama mengapa kita semakin rosak pada hari ini ialah disebabkan kita gagal memerintah keempat-empat elemen ini dengan baik. Kita gagal mengisi minda, jiwa, iman dan roh kita dengan elemen-elemen Islam. Minda, jiwa, iman dan roh kita dibiarkan ketandusan unsur-unsur Islam. Kita biarkan minda, jiwa, iman dan roh kita diperintah oleh Barat. Di mana sifat kepimpinan kita yang sebenarnya? Mengapa tergamak kita membiarkan diri kita terus dijajah oleh ideologi-ideologi Barat? 

Menerusi kejadian-kejadian aneh yang tersiar jelas di dada akhbar sudah cukup membuktikan bahawa kita ialah seorang pemerintah yang gagal memerintah diri kita dengan baik, seperti yang disebutkan dalam puisi Zahiril ni. Inilah yang menyebabkan institusi Ad-Din lemah kerana kita tidak tahu bagaimana ingin membawa diri ini kembali ke jalan asal. Jalan yang diredai-Nya. 

Jadi, sarananku, sebelum kita memikul tanggungjawab yang lebih besar pada masa akan datang, cuba kita fikirkan kembali. Adakah kita benar-benar sudah menjadi pemerintah yang baik kepada diri kita sendiri? Jika, belum, hendak buat apa? Berdiam diri saja? Tidak. Islam telah menyediakan banyak panduan kepada kita tentang bagaimana ingin menjadi pemerintah yang baik. Jadikan para Nabi dan sahabat sebagai contoh teladan yang baik. Lihatlah kerendahan hati mereka memerintah diri sendiri sebelum mereka memerintah sebuah empayar yang besar!

Namun, sebenarnya, memerintah diri sendiri adalah lebih sukar kerana menundukkan nafsu sendiri bukanlah suatu kerja yang begitu mudah. Bak kata sahabatku, nafsu lebih cenderung kepada perkara-perkara negatif. Bagi membuatkannya menyukai perkara-perkara positif, caranya mudah saja. Perkenalkan ia kepada perka-perkara positif dan latihlah ia membuat perkara-perkara positif dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan istiqamah. Fahamkan maksud aku?

Cuba baca puisi ini berkali-kali. Ia bagus untuk kita memuhasabah semula diri kita yang serba dhaif ini.

Wallahua'lam.


p/s: Terima kasih Zahiril kerana telah menukilkan sebuah puisi yang menarik. Semoga ia menjadi pengajaran bagi sesiapa saja yang membacanya. Insya-Allah.


Tuesday 16 August 2011

Puisi: Belum Tentu... Tapi...



Di kala diri dalam kesusahan
Belum tentu ada yang ingin menolong
Tapi
Sahabat g-13 sentiasa ringan tulang
Tangan dihulurkan memberi bantuan
Senyuman disedekahkan penuh kecintaan


Di kala diri dalam kesunyian
Belum tentu ada yang ingin menghiburkan
Tapi
Sahabat g-13 sentiasa peka dengan setiap keadaan
Ketawa mereka menjadi penawar hati
Cerita-cerita mereka menjadi pengubat rindu

Di kala diri dalam kelelahan
Belum tentu ada yang ingin melegakan
Tapi
Sahabat g-13 datang membawa ketenangan
Kata-kata semangat pembakar diri
Menjadi insan baru harapan ad-Din 


Di kala diri tersilap langkah
Belum tentu ada yang ingin mengingatkan
Tapi
Sahabat g-13 tidak pernah lupa berkongsi buah fikiran
Tazkirah diberi sebagai peringatan
Disampaikan pula dengan penuh berhikmah


Di kala diri mencari Tuhan
Belum tentu ada yang ingin menunjukkan jalan
Tapi
Sahabat g-13 menyediakan kemudahan
Bersama menarik tangan
Membina tali persaudaraan yang utuh
Jambatan hati turut didirikan
Demi mencapai keredaan Tuhan


Nota: Puisi ini dinukilkan khas buat semua sahabat g-13 Al-Amin yang kukasihi, sebagai pembuka  kata bagi post ini dan sebagai bukti kecintaanku pada ukhuwah ini. Ketahuilah, aku mencintai sahabat-sahabatku hanya kerana Allah semata-mata.


Cetusan Hati (ringkasan): Iftar Jamaie '11


Ikhwan g-13
Akhawat g-13


Dua hari yang lepas - 14 Ogos 2011,
g-13 Al-Amin telah mengadakan iftar jamaie  bagi tahun 2011.

Semua ahli g-13 dijemput hadir. Tidak dilupakan beberapa orang guru yang telah banyak berbakti pada kami sebagai penyeri majlis.

Alhamdulillah... ramai yang hadir, dengan harapan tiada pembaziran yang akan berlaku.

Macam-macam adegan yang ditayangkan semasa 'persembahan siaran langsung' ini.
Macam-macam watak yang dimainkan oleh para pelakon di atas 'pentas' rahmat.
Macam-macam ragam manusia boleh saksikan pada hari kejadian.

Majlis dimulakan dengan solat asar berjemaah, tapi aku tak hadir lagi pada waktu ni. Solat sendiri saja di rumah. Rugi rasanya.

Kemudian, diikuti pula dengan bacaan Ma'thurat sebagai pelengkap petang itu.
Petang yang sungguh mendamaikan. Diisi oleh ayat-ayat cinta Ilahi dengan bertadarus (sendiri dan beramai-ramai), diselimuti pula oleh satu lembaran ukhuwah yang begitu indah sekali lukisannya.

Yang ikhwannya bertukar-tukar buah fikiran diselangi gelak tawa yang menceriakan,
yang akhawatnya pula bertukar-tukar kisah hidup berkongsi suka dan duka bersama.

Subhanallah... walaupun sudah lama terpisah, namun ikatan ukhuwah terasa kian kukuh tercantum.
Jambatan hati yang dibina masih kukuh berdiri. Ku tak harap ia kan runtuh suatu hari nanti.
Sebaliknya semakin kuat tapak binaannya hingga hari perhitungan menjelang tiba.

Hilang pula rasa lapar dan dahaga,
saat telinga sibuk menperdengar kalam rindu dari teman-teman hati, sahabat-sahabat seperjuangan.
Terasa seperti masa terhenti seketika, memberi ruang kepada kita meneruskan cerita.

Indahnya saat itu. Aku putarkan semula video yang telah kita rakam bersama.

Malam datang menjemput, juadah berbuka puasa sedia menanti di dalam talam.
Terkenangku saat kita menikmati hidangan bersama-sama ketika di bangku sekolah.

Solat isya' dan tarawih menjadi pelengkap majlis kita pada malam itu.
Empat orang bakal pemimpin muda, bergantian mengimami solat-solat kita.

Saat berpisah datang semula. Tapi hanya jasad, hati tetap bergabung erat bak seutas tasbih,
yang dicantum demi cinta-Nya, diratib demi redha-Nya.

Semoga kita bertemu lagi. Jika bukan di dunia, tapi di taman-taman syurga.

Salam ukhuwah.

Tazkirah: Azab bagi orang yang berbuka puasa sebelum waktunya





























Salam.


Dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Apa khabar saudara pembaca? Semoga anda masih kuat meneruskan ibadah puasa. Alhamdulillah, sudah 16 hari kita berpuasa, kan? Semoga Allah kuatkan hati kita untuk meneruskan ibadah mulia di bulan mulia ini.

Banyakkan fadhilat yang kita akan dapat kalau kita bersabar ketika berpuasa? Dan sememangnya ibadah puasa mencegah kita daripada melakukan apa jenis maksiat sekalipun. Bersyukurlah dengan kehadiran Ramadan, kerana di bulan-bulan lain, belum tentu kita bisa mampu beristiqamah seperti sekarang. Tapi, apa pun, aku tetap ingin menyarankan agar kita semua tetap istiqamah beribadah kepada Allah, walaupun kita tahu Ramadan bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Insya-Allah.

Hmm, apa agaknya yang aku ingin kongsikan di sini.

Insya-Allah, sekadar ingin berkongsi tazkirah pendek. Tak mengapa, kan? Biar pendek, asalkan input di dalamnya mampu memberikan manfaat kepada saudara pembaca. Semoga apa yang aku sebarkan di sini akan menjadi saksiku di akhirat bahawa aku telah menjalankan salah satu daripada perintah Tuhanku dan sunnah nabiku, iaitu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada munkar.

Sebenarnya, tazkirah ini bukanlah hasil buah fikiranku sendiri. Tapi aku petik daripada majalah Solusi isu 34. Aku yakin, tentu tidak ramai yang membeli majalah lagi. Mungkin ada yang kurang mampu, tak berkesempatan atau lupa. Tapi, tak mengapa. Bak kata Nabi s.a.w. dalam salah satu hadis baginda mafhumnya, sebarkanlah walau sepotong ayat. Jadi, hari ini, aku akan sebarkan. 

Pernah dengar tak ungkapan orang yang berbuka puasa sebelum waktunya akan mendapat azab yang pedih daripada Allah s.w.t.?

Al-kisahnya begini...

Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan pengalaman baginda ketika di bawa oleh dua orang lelaki (mungkin malaikat yang menyamar sebagai manusia) mendaki sebuah gunung.

Kedua-dua belah lengan baginda dipegang oleh dua orang lelaki tersebut dan mereka membawa baginda ke sebuah gunung berbatu. Mereka menyuruh baginda mendaki gunung tersebut, tetapi baginda Rasul memberitahu bahawa baginda tidak bisa melakukannya. Namun, mereka meyakinkan baginda Rasul bahawa mereka akan membantu untuk memudahkan baginda mendaki.

Sampai sahaja mereka bertiga di atas puncak gunung, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. terdengar suatu suara yang sangat kuat. Baginda bertanya kepada dua orang lelaki tadi suara apakah itu. Mereka mengatakan bahawa itulah jeritan para penghuni neraka.

Mereka berdua membawa baginda Rasul ke tempat di mana jeritan itu datang. Di sana, baginda melihat orang yang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan darah mengalir darinya. Rasulullah s.a.w. kemudian bertanya lagi kepada dua orang lelaki itu siapakah orang-orang yang digantung itu. Kemudian mereka mengatakan bahawa mereka itu ialah orang-orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi.

Ngeri, bukan? Azab yang diberikan Allah s.w.t. kepada orang-orang yang berbuka puasa sebelum waktunya? Na'udhubillah. Sebelum berbuka, pastikan kita mendengar betul-betul azan yang dikumandangkan. Kalau sekadar tengok pada jam, ditakuti waktu yang terdapat di jam kita salah. Mungkin cepat beberapa minit atau lambat beberapa minit. Sebaiknya, buka pintu atau tingkap rumah, dan dengar sendiri bilal masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah melaungkan azan ya.

Bagi mereka yang sengaja berbuka puasa awal (sebelum waktu yang ditetapkan), harapnya dapat menahan diri hingga waktu berbuka. Cubalah bersabar. Berpuasa memang memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi ketika menahan perut daripada berlapar. Jangan khuatir. Besar ganjarannya kita akan dapat sekiranya kita berjaya mengawal diri dari makan atau minum ni. Jadi, jangan putus asa, ya.

Tapi kan, bila baca balik kisah ni, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.

Kalaulah orang yang berbuka puasa sebelum waktu pun azabnya dah sepedih ini, inikan pula orang yang tidak berpuasa. Pasti lebih berat, kan? Allahuakbar! Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan yang kita lakukan, ada natijahnya. Sekecil-kecil amal kebaikan, ada ganjarannya dan sekecil-kecil kejahatan akan ada juga balasannya. Semuanya tidak akan dapat lari daripada pengetahuan dan penilaian Allah s.w.t.

Mari kita bermuhasabah diri.

Wallahua'lam.

Thursday 11 August 2011

Puzzle 17: Simple Poem I Wrote For You




This is a simple poem
I'm writing with a peaceful heart
In the hope that
You will read it with joy

This simple poem
Written specially for you
To all my dearies
Who've been supporting me
To survive this life

This simple poem
I wrote it with the blessing of God
Praying He will bless this friendship
That we built together
When we first met

This is just a simple poem
Witnessed by butterflies
Flying around me
Whispering something 

"Yes, they miss you."

And I miss you too 


Note: Sometimes I just don't know what are the best words to describe my love to all my best friend. So I wrote this simple poem, hoping that the message will be delivered 'indirectly' to them. I'm sorry. I'm just this kind of person who loves to express my feelings through poems. I don't really know how to put it into a long prose. Hopefully all of you can accept this poem with an open heart. Just know that I love all my best friends because of Allah and may He bless our friendship. Happy Ramadan. 

 

Tuesday 9 August 2011

Puisi: Bulan Hati




Satu dua tiga
Kau berjalan
Meinggalkanku di belakang
Melangkahkan kaki
Untuk mendapatkanmu

Satu dua tiga
Kau berlari
Jauh meninggalkan
Ku sendiri
Mengira langkah-langkah kecilku
Mengejar-ngejarmu

Satu dua tiga
Kau pergi
Membawa seribu erti
Akankah kita bertemu lagi
Atau
Mungkinkah ini sebuah perpisahan
Yang sering dinanti

Satu dua tiga
Kukira kelopak bunga
Satu persatu
Kubiarkan jatuh ke tanah
Menghitung hari
Kusuburkan rasa rindu di hati

Satu dua tiga
Kukira perlahan-lahan
Kemunculanmu di langit malam
Yang penuh suram
Kuhidupkan cahaya pelita
Namun tiada kau di sana

Satu dua tiga
Kukira jari jemari runcingku
Menghitung detik-detik berlalu
Mengimbas kenangan silam kita bersama
Aduh!
Sah hatiku terlalu rindu
Rindukan cahayamu yang sering menyinari hati gelapku
Rindukan cahayamu yang cerah menawan sanubariku

Satu dua tiga
Itukah kau, bulan hatiku?
Bukan
Jelas, itu bukan dirimu
Yang kunantikan
Ku hampa


Nota: Bila dibaca semula puisi ini, aduh, aku dapat rasakan hatiku masih dipenuhi luka kekecewaan berbanding luka kerinduan. Kecewa kerana tidak mampu menjadi sahabat terbaik bagi Bulan Hati. Ya, Bulan Hati ialah nama sahabatku. Seorang sahabat yang pernah hadir dalam hidupku suatu ketika dahulu. Dulu, hidupku ceria sehari-hari dengan adanya dia di sisi. Tika aku sedih, dia yang memujuk menghilangkan kesedihan ini. Tika aku gembira, dia bersedia bila-bila saja untuk berkongsi kegembiraan denganku. Namun, semuanya berubah di kala Tuhan berkehendak. Ya, ini takdir Tuhan. Dalam setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Cuma, bila, di mana dan bagaimana semuanya benar-benar di luar jangkaan kita. Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan. Selalukan kita dengar kata-kata hikmah ni? Memang itulah kenyataannya. Dulu, hatiku sangat berat ingin melepaskannya ke dalam pelukan insan lain, tapi kini hatiku sudah merelakan ia pergi. Sebaik-baik penjaga, hanyalah Allah. Aku tidak dapat meluangkan waktu selama 24 jam untuk berada di sampingnya. Hanya doa dan solat hajat sahaja penghubung utama aku dan dia. Bagaimana pun jua, yang menyampaikannya adalah Allah. Dengan izin-Nya, semua kalam rindu yang terluah dalam setiap doaku buat Bulan Hati, akan sampai dengan selamatnya. Tapi jika Dia tidak mengizinkan, apakan daya. Aku tidak mampu melakukan apa-apa selain mengharap agar kebahagiaan dan keberkatan saja yang akan mengiringi hidupnya. Cuma aku punya satu impian dengan Bulan Hati. Kuharap, sebelum aku pejamkan kedua-dua mataku, kembali ke pangkuan-Nya, aku ingin melihat dia di samping insan tercinta. Pendamping hidup, pembantu perjuangannya. Aku mohon agar ajalku ditangguhkan sehingga aku melihat dia tersenyum bersama insan istimewa itu.


Salam ramadan kareem
Nukilan ringkasku,
sekadar pengubat hati yang semakin merindu.

- Melati Putih -
(Penawar hati yang luka)


Wallahua'lam.

Review: Dari Sujud Ke Sujud



DAARUL Quran, Wangen, Polanharjo, Klaten masih dalam asuhan Ustadz Azzam (Kholidi) dan Anna (Oki Setiana), istrinya. Kyai Luthfi, ayahanda Anna, masih menginginkan hidup beribadah di samping Masjidil Haram.

Azzam dan Anna dibantu Mujab, pamannya, menjadikan pesantren sebagai tempat belajar, bertanya, berteduh, dan tempat mencari perlindungan bagi masyarakat luas.

Suatu hari pesantren kedatangan seorang gadis yang tampak begitu ketakutan, Shofia (Marshanda). Shofia mengadukan permasalahannya pada Azzam dan Anna, karena ia telah dinikahkan dengan Syamsun Niam tanpa sepengetahuannya.

Shofia merasa dizalimi, Akad nikah telah dilangsungkan tanpa persetujuan darinya. Ia menolak akad nikah itu. Ia tidak suka dengan Niam. Shofia meminta perlindungan pada pesantren dan ingin tinggal di sana.

Pesantren mencari klarifikasi. Ternyata, orangtua Shofia memiliki alasan kuat. Tujuannya adalah memisahkan Shofia dari Niko yang seorang berandalan. Namun Shofia tetap memilih Niko. Makanya Pak Sunar, ayah Shofia memaksa Shofia menikah dengan Niam.

Shofia dijemput paksa dari pesantren. Karena pihak pesantren merasa tak punya hak untuk menahan Shofia, akhirnya Shofia dilepaskan. Orangtua Shofia memulangkan Shofia ke rumah Niam.

Tak mau terus bersama Niam, Shofia pura-pura gila. Ini mempermalukan keluarga Niam, sehingga orangtua Niam menganggap Shofia tak layak dijadikan mantu. Namun Niam yakin Shofia hanya pura-pura gila. Merasa harga dirinya telah diinjak-injak Shofia, Niam bertekad menaklukkan Shofia.

Niam menuduh pesantren mencuci otak Shofia. Azzam dan Anna membantah. Mereka tidak takut meski Niam mengancam akan melaporkan masalah ini ke polisi.

Shofia yang pura-pura gila kabur menemui Niko. Hal ini tidak disia-siakan Niko. Ia berniat menodai Shofia.

Sementara Azzam dan Anna pun sebenarnya tidak bebas dari masalah. Anna yang hamil tua terpaksa melahirkan secara premature gara-gara Azzam menghindari pengendara motor yang ugal-ugalan. Akibat kejadian itu, bayi Anna tidak terselamatkan.

Anna terguncang. Masalah semakin pelik saat bisnis eskpor mebel Azzam ke Australia mengalami masalah. Azzam menderita keruguan besar dan terancam harus membayar denda besar. Bahkan rumah Kyai Luthfi terancam disita bank.

Ilyas (Dude Harlino) dan Husna (Meyda Sefira) tak luput dari konflik. Ilyas sempat menjatuhkan talak pada Husna. Azzam berusaha keras mendamaikan keduanya karena tak mau rumah tangga adiknya menjadi contoh buruk bagi masyarakat.

Biaya perawatan jantung buatan Husna ternyata sangat mahal. Ilyas sudah menjual tanah milik orangtua untuk perawatan. Ibu Ilyas meminta Ilyas untuk menceraikan Husna. Namun Ilyas enggan, karena Husna tidak bersalah.

Husna yang mendengar itu mengadu ke rumah Azzam. Ilyas meminta istrinya pulang. Kalau sampai shubuh tidak pulang, maka talaknya jatuh. Husna minta dijemput. Tapi Ilyas yang emosi minta Husna datang sendiri. Sampai Shubuh menjelang, Husna tidak pulang. Ilyas menyesal, berniat rujuk. Tapi ibunya tidak setuju.

Pada saat bersamaan, Ilyas menolong seorang gadis yang sekarat di tengah hujan. Ilyas membawa ke RS dan bahkan mendonorkan darahnya. Vivi (Asmirandah), nama gadis itu adalah seorang dokter Pusat Kesehatan Pesantren yang telah diperkosa Niko.

Terkesan dengan kebaikan Ilyas, Vivi bertanya apakah Ilyas mau menikahinya. Ilyas terkejut. Terlebih saat itu hubungannya dengan Husna sedang tidak baik.

Masih ada Haji Samingan yang sering menyesatkan masyarakat dengan memberikan fatwa-fatwa menyimpang. Seperti shalat tidak perlu wudhu, juga daging anjing dan ular itu halal.

Bagaimana akhir kisahnya?


(sumber: http://www.tabloidbintang.com/film-tv-musik/sinopsis/14401-dari-sujud-ke-sujud-sinopsis.html)

Nota: Wajib tengok ni! ^__^

Saturday 6 August 2011

Cetusan hati di bulan suci


Beri ini khas buat kamu rakan pembaca :)








































Salam.

Salam ramadan yang penuh keberkatan. Semoga di malam Jumaat yang tenang ini, kita semua dilimpahkan rahmat dan  kasih sayang-Nya sepanjang masa. Insya-Allah.

Apa khabar kalian, pembaca laman sesawangku? Diharapnya semua masih dalam keadaan sihat dan diberi kekuatan yang berlipat kali ganda, setelah baru lima hari kita menahan perut daripada berlapar, menahan tekak daripada dahaga, dan menahan setiap panca indera daripada bermaksiat kepada-Nya.

Indahnya beribadah di bulan ramadan. Walau perut kosong di siang hari, namun hati tetap kenyang dengan makanan rohani yang lazat-lazat.

Hidangan zikrullah, tilawah al-Quran, solat sunat, bersedekah, zakat, berinfak serta pencuci-pencuci hati yang lain sudah cukup mengenyangkan. Menyuburkan semula jiwa yang sudah sekian lama ditinggalkan, kontang oleh ayat-ayat cinta daripada Sang Kekasih.

Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk terus menukilkan kata-kata di sini. Berjuang dengan mata pena sudah cukup memadai bagi diriku yang serba dhaif ini, kerana tiada kemampuan dan kesempatan untuk berjuang di medan pertempuran yang sebenar.

Bagaimanapun jua, ia masih lagi sebuah jihad. Selagi kita niatkan ikhlas kerana-Nya, ganjarannya malah tetap sama dengan berjuang di medan perang.

Jikalau saudara-saudara Palestin yang kurindui berjuang dengan senjata-senjata batu, tiada putus asa mengalahkan Israel laknatullah, aku di sini akan turut serta memperjuangkan kalimah suci yang sama; la ilaha illallah muhammadurrasulullah, tiada hentinya. Di sana, di atas tanah mereka berdiri gagah, dengan beratapkan langit dan segala penghuni bumi menjadi saksi perjuangan mereka, aku pula di sini masih lagi berjuang di atas lembaran kertas, beralaskan tanah di balik kulit gersangku dengan bersaksikan malaikat di kiri dan kanan, serta malaikat-malaikat utusan Ilahi dari langit.

Cetusan hatiku di bulan suci kini bermula.

Sudah lama aku perhatikan, sebuah keadaan yang tidak terlihat dek mata manusia. Maklum sajalah, di zaman milenium seperti sekarang ini, semuanya bisa melalaikan. Menutup pintu-pintu hati daripada memandang kebenaran. Yang hak dinafikan, yang batil pula mendapat kemenangan.

Saat ramadan hadir mendakap erat setiap hamba Tuhan, ramai manusia berlumba-lumba mengejar kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Sungguh, ia merupakan satu usaha yang sangat mulia. Tiada siapa yang dapat menafikan.

Namun, alangkah baiknya jika diri mampu beristiqamah dengan setiap kelakuan. Jangan hanya di bulan ramadan, kita ingin merebut kasih Tuhan, tapi di bulan-bulan lain kita berpaling daripada-Nya. Apakah ini adil? Sedangkan, di dalam bulan lain juga terdapat seribu satu keberkatan yang bakal Tuhan anugerahkan jika kita beramal kerana-Nya.

Di bulan ramadan, kita melekat di rumah Tuhan, tapi di bulan-bulan lain bermacam jenis tempat menjadi persinggahan. Pada ketika itu rumah-Nya belum tentu menjadi sebuah perhentian daripada kesesakan hidup yang acap kali melawan.

Benar, bulan ramadan bulan keberkatan. Setiap amalan diganjarkan Tuhan pahala yang berlipat kali ganda. Tapi cuba fikirkan kembali, apakah kita beramal untuk mendapatkan sebuah ganjaran bagi setiap amalan? Bagaimana pula dengan keredhaan Tuhan yang sepatutnya menjadi dambaan? Sewenang-wenangnya kita lupakan, misi utama dalam beramal kebaikan.

Berehat sejenak... mari ikuti aku. Berfikir tentang sesuatu.

Bayangkan sekiranya ramadan ialah sejenis makhluk Tuhan, yang dikurniakan perasaan. Bulan-bulan Islam yang lain pula merupakan sahabat-sahabat dekat yang amat dicintainya. Apakah agaknya perasaan ramadan saat dia hadir mendekati manusia, mereka bersorak, mengalu-alukan kedatangannya. Kesemua mereka bersaing sesama sendiri dalam berbuat kebajikan, namun tika bulan-bulan lain datang menemui, tiada pula yang menghiraukan. Maksiat kembali berleluasa. Nafsu kian bermaharajalela. Adakah ramadan akan bergembira dengan kelakuan manusia seperti ini?

Tidak! Ia pasti akan berasa sedih kerana manusia terlalu mengagungkan dirinya sehingga melupakan sahabat-sahabatnya yang lain (bulan-bulan Islam yang lain). Mereka diketepikan begitu saja. Jika mereka makhluk berperasaan seperti kukatakan tadi, tentu bumi ini sudah dibanjiri air mata kesedihan mereka.

Sekali lagi kukatakan, tidak salah merebut pahala selagi ramadan masih bersama kita, tapi alangkah lebih baik sekiranya kita meriahkan juga pesta-pesta ibadah di bulan-bulan berikutnya. Tidakkah kalian sependapat denganku?

Para pembaca setiaku yang dirahmati Allah sekalian,

Maaf andai mulut ini begitu lancang dalam menasihati. Tapi niat di hati sekadar ingin kita sama-sama memuhasabah diri. Kerana diri ini juga masih punya banyak ruang yang perlu diisi. Andai kalian punya teguran yang ingin dikongsikan, ketahuilah bahawa aku sentiasa berlapang dada menerimanya. Aku bukan nabi, jauh lagi seorang rasul. Aku hanya seorang manusia biasa yang terkandung banyak kelemahan di dalam dirinya. Namun, aku masih lagi seorang khalifah. Sampai kapan pun, gelaran itu tidak akan berpisah dari diriku hinggalah rohku kembali kepada Pemiliknya. Jadi, sudah menjadi tanggung jawabku menyampaikan apa yang sudah kupelajari sepanjang diri bergelar manusia, penghuni bumi, pengikut nabi, dan seorang hamba abdi kepada Tuhannya.

Sebagai penutup kalam, aku ingin kita sama-sama memikirkan tiga persoalan yang aku utarakan ini, sekadar mengintropreksi diri.

Untuk apa sebenarnya kita beribadah?
Kepada siapa sebenarnya peribadatan ini ditujukan?
Atas sebab apa kita mengabdikan diri kepada-Nya?

Jika soalan-soalan ini tidak diajukan, bilakah manusia akan sedar daripada lamunannya yang begitu panjang? Sampai bilakah kita akan terus bermimpi indah, yang entahkan bila akan menjadi sebuah kenyataan?


Wallahua'lam.

Nota: Berpuasalah bersungguh-sungguh, sebagaimana kita bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan fardhu yang lain. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.


Wednesday 3 August 2011

Di Bulan Ramadan, Syaitan Dibelenggu



Salam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Nota 1: Menurut cikguku, maksud pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup ialah terbukanya peluang untuk kita membuat kebaikan dan tertutupnya peluang untuk kita buat kejahatan. Dengan kesempatan ini, marilah kita sama-sama rebut peluang ni untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan istiqamah. Beribadah hanyalah untuk mendapatkan redha Allah dan keberkatan bulan Ramadan. Banyakkan amalan seperti tadarus dan tadabbur al-Quran, zikir, solat sunat, bersedekah, dan sebagainya. 

Nota 2: Ramai orang sering mempersoalkan, "Kalau betul syaitan dah dirantai atau diikat, kenapa masih ramai yang buat maksiat dalam bulan mulia ni?" Sebenarnya ramai orang salah faham tentang kenyataan ini. Mereka menyangka bahawa kalau syaitan sudah diikat, terus tak ada langsung kemaksiatan yang berlaku di sekeliling kita. Salah tanggapan sebegini. Adakah kita lupa bahawa selain akal, kita dikurniakan satu lagi anugerah yang Allah tidak berikan kepada malaikat, iaitu nafsu. Selama 11 bulan sebelum kedatangan bulan Ramadan lagi, syaitan bertungkus-lumus menyesatkan manusia. Sebab dia tahu pada bulan Ramadan, dia akan direhatkan dan tidak diizinkan Allah untuk mengganggu manusia beribadah. Jadi, syaitan menggunakan masa 11 bulan itulah untuk mendidik nafsu manusia supaya mendengar kata-katanya. Sebab itulah jika diperhatikan kemungkaran masih berleluasa walapun pada bulan Ramadan. Tanpa disedari, nafsu manusia sudah terdidik dengan setiap godaan syaitan. Jangan kita ingat syaitan akan 'mencuci tangan' daripada menggoda anak-anak Adam ni. Takkan sesekali! Jadi, kita harus mendidik semula nafsu kita dengan acuan Islam. Insya-Allah, nafsu kita akan lebih mendengar kata tuannya, jika kita berusaha. Dan yang paling penting, disiplin dan istiqamah dalam beribadah.

Nota 3:  Selamat meneruskan ibadah berpuasa dan mari meriahkan pesta ibadah kita!

Wallahua'lam.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails