About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Showing posts with label Kahwin2. Show all posts
Showing posts with label Kahwin2. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

Sudah lama kan?

~Bismillah~


Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semuanya sihat di bawah lembayung cinta dan rahmat Allah.

Sebelum saya membuat lesson plan saya, suka saya untuk singgah sebentar di sini dan berceloteh dengan kamu. Maklumlah. Tangan ni terasa macam dah lama tak menulis. Berkongsi kata-kata hikmah dengan kamu. 

Sebenarnya, tak ada apa sangat yang nak diceritakan. Sekadar menyinggah untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang perkara-perkara yang baru saja berlaku sejak mutakhir ni.

Apa lagi kalau bukan perkahwinan.

Alhamdulillah... bulan ini saja dah ramai pasangan yang berkahwin, kan?
Cepat jodoh mereka datang menerpa...
Cepat kumbang-kumbang soleh ni membawa rombongan menyunting dan seterusnya menikahi bunga-bunga solehah.

Semoga Allah memberkati pasangan2 mempelai yang baru saja diijab kabulkan,
terutamanya buat kedua-dua sahabat saya dan pasangan masing-masing; Laila dan suami serta Abang Firdaus dan Kak Ara.

Tak sangka... masa berlalu dengan begitu pantas. 
Seolah-olah macam baru semalam bersama mereka dan berborak-borak panjang,
tiba-tiba dapat khabar mereka sudah bernikah.

Subhanallah... maha hebat kuasa Allah tu. Segala yang dirancang-Nya berjalan dengan begitu baik sekali.

Bila teringat pada sahabat-sahabat yang telah bernikah, saya jadi semakin ingat pada banyak ayat-ayat Allah dan kata-kata Rasulullah yang menekankan soal pernikahan.

Antara yang menjadi feveret saya adalah ayat-ayat dan hadis-hadis yang menjelaskan tentang rezeki yang Allah janjikan bagi seorang lelaki dan perempuan setelah bernikah. Contohnya:

1) Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah maha luas rahmat-Nya, lagi maha mengetahui. (Surah An-Nur:32)

2) Taat kepada Allah dalam perkara yang diperintahkan kepada kamu, iaitu perkahwinan. Allah pasti menunaikan janji-Nya kepada kamu, iaitu kekayaan. Allah menegaskan, "Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Hadis oleh Ibnu Abi Hatim)

3) Aku hairan mengapa masih ada orang yang ragu-ragu terhadap rezeki yang bakal diterimanya melalui pernikahan, Allah sudah berjanji seperti dalam ayat-Nya yang berbunyi, "Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Hadis oleh Al-Qurtubi)

... dan banyak lagi.
Tak tertaip dek jari-jemari ni.

Pendek kata, kalau kita lihat zaman sekarang ni, masih terdapat banyak golongan yang enggan bernikah, sebab mereka rasa mereka belum cukup mampu untuk menanggung pihak yang satu lagi ataupun takut rezeki mereka akan berkurangan. Sedangkan, dalam ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah di atas, mereka dah jelaskan dah bahawa sekiranya kita bernikah, Allah akan buka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya dan rezeki kita akan bertambah daripada kurnia-Nya. Bukan setakat pernikahan, malah apa saja kebaikan atau amalan soleh yang kita lakukan dalam hidup kita ni, perkara yang sama Allah akan lakukan, iaitu menambahkan kekayaan kita dengan kurnia-Nya sebab rahmat Allah tu terlalu luas. 

Walaupun sudah tahu kebenaran ni, tapi masih ramai lagi yang berdegil. Tidak mahu berkahwin. Mereka merasakan bahawa hidup bersendirian itu jauh lebih baik daripada berdua atau bertiga atau lebih.

Tak apalah. Setiap orang ada pendapat sendiri, kan?
Saya hormat sebab pernah suatu ketika dulu, saya turut merasakn benda yang sama.
Saya merasakan seolah-olah perkahwinan ni sesuatu yang membebankan dan menyusahkan.
... dan menyakitkan bukan membahagiakan.

Tapi setelah selak-selak dan semak semula ayat-ayat Allah dan kata-kata Rasulullah tentang pernikahan, persepsi buruk saya tentang pernikahan terus berubah. Kini, saya pandang pernikahan bukan lagi sebagai sesuatu yang hanya mendatangkan kesedihan, tetapi sebagai sebuah hadiah yang sangat istimewa yang Allah dan Rasulullah tawarkan buat kita semua.

Tidakkah kita berasakan bahawa kita ni adalah makhluk Allah yang paling beruntung?

Perkahwinan atau pernikahan, bagi saya adalah bentuk manifestasi cinta Allah terhadap semua hamba-Nya dan cinta Rasulullah saw terhadap umat baginda.

Sungguh saya rasa kita semua sangat beruntung sebab mendapat rahmat ini..

Jadi, usahlah ragu lagi. Just percaya dan yakin bahawa yang baik itu datang daripada Allah.
Kalau kita buat satu kebaikan hanya kerana Allah, beribu-ribu kebaikan yang Allah akan beri semula kepada kita sehingga kita tak terbayang bentuk-bentuk kebaikan yang Allah nak beri tu.

Pemurahnya Allah, kan?

Sama-samalah kita renungkan ya dan mari kita semua bermuhasabah.

Wallahua'lam.



Selamat pengantin baru untuk mereka yang baru bernikah dan tahniah saya ucapkan sebab anda sudah menjumpai mutiara yang paling mahal di dunia ini yang akan bersama-sama menarik tangan anda menuju Allah.

Insya-Allah 

:')

Nota kaki: menulis sambil tersenyum dengan lebarnya.

Sunday, 1 December 2013

Tahniah, Alang!

~Bismillah~


Alhamdulillah, semalam, 30 November 2013, ex-usrahmate saya, Alang Ati selamat diijab kabulkan dengan belahan jiwanya, Akh Arif Memang Best (nama Facebook). Hehe. Sungguh, saya rasa gembira tengok kedua-dua mempelai disatukan dibawah lembayung rahmat-Nya.

Alang, dia memang seorang ukhti yang sangat baik hati dan penyayang. Persis seorang ibu. Alang sangat matang daripada umurnya. Dia selalu care tentang orang-orang yang rapat dengannya. Dalam usrah, dialah salah seorang penceria suasana dan penghibur hati kami semua. Bila saya berborak dengannya, banyak input yang saya dapat. Alang ni, dia suka sangat berkongsi macam-macam dengan kami. Tentang apa yang dia belajar, tentang pengalaman-pengalamannya... banyak bendalah dia share! 

Tak sangka, masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik, kini Alang pun sudah bergelar isteri kepada seorang khalifah Allah yang dipilih-Nya. Sekali lagi, saya terharu sangat dengan khabar gembira ni dan saya bersyukur sebab saya diizinkan Allah untuk menghadiri Walimatul Urus Alang dan dapat bersalam dan berpeluk kasih dengannya. Saya hampir je nak menangis sebab gembira sangat wanita Muslimah yang baik dan solehah yang saya kenal ni sudah menemukan jodoh pilihan Allah.

:')

Satu persatu khabar perkahwinan yang saya terima dan satu persatu walimah sahabat yang saya hadiri.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan pada Ilahi atas limpah kurnia dan rahmat-Nya pada kekasih-kekasih-Nya yang sudah bergelar suami isteri. Tak terkata bahagianya saya melihat kuntuman-kuntuman bunga sudah disunting dan dijadikan teman hidup oleh sang-sang kumbang yang memaksikan cinta mereka pada bunga-bunga indah ini kerana Penciptanya. 

Semakin hari saya jadi semakin rindukan pernikahan acap kali melihat satu per satu hamba-hamba Allah sudah mendirikan masjid rahmat dalam hidup mereka. Hati ini jadi semakin rindu ingin menjadi seperti bonda Khadijah saat melihat dan mendengar saat ijab dan kabul dilaungkan. Diri ini semakin inginkan pernikahan itu saat melihat senyuman bahagia pada wajah bersih mukminun dan mukminat yang sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama mereka. Menjadi penguat semangat dan penegak diri masing-masing dalam membawa panji Islam.

Tapi apakan daya. Saya hanya mampu terus bermimpi kerana saya tahu Allah lebih mengetahui aoa yang terbaik untuk saya. Saya hanya mampu tersenyum gembira dan meneruskan doa agar pasangan-pasangan yang baru menikah ini terus diberkati pernikahan mereka oleh Allah sehingga mereka ditemukan semula di syurga-Nya. 

Dan masih meneruskan doa agar Allah memberikan saya hanya yang terbaik dalam setiap perkara.

Baik di mata manusia, belum tentu lagi baik di mata Allah.
Namun, baik di mata Allah insya Allah baik juga di mata manusia.
Sebab Allah itu Pencipta. Dia Maha tahu apa yang baik untuk yang dicipta-Nya.

Dan saya tak pernah meragui keputusan dan ketentuan Allah untuk saya.

Saya berbangga dengan mereka sebab mereka sudah benar-benar bersedia menggalas tanggung jawab berat sebagai seorang isteri. Saya salute! Sebab saya rasa saya tak seperti mereka. Dalam diri ini masih lagi diselubungin ketakutan yang seribu. Macam-macam jenis ketakutan yang menghantui saya tentang alam selepas perkahwinan.

Semoga Allah menguatkan hati ini dan semoga suatu hari, jika saya benar-benar bersedia, saya dapat lakukan yang terbaik buat pasangan saya, anak-anak saya, keluarganya dan juga keluarga saya.

Insya Allah.

Sekali lagi sekalung tahniah saya hadiahkan buat kakak saya, Alang Ati atas pernikahan ini.
Mabruk 'alaihum.

:')
   

Saturday, 12 October 2013

Tulang rusuk dan pemiliknya


Jodoh itu rahsia Allah...

Sekuat apa kita setia...
Selama apa kita menunggu...
Sekeras apa kita bersabar...
Sejujur apa kita menerima kekasih kita...
Jika Allah tidak menulis jodoh kita dengan kekasih kita,kita tetap tidak akan bersamanya.

Kerana tulung rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saatnya. :)
   
      *quoted



Wednesday, 29 August 2012

Kahwin 7: Tahniah Najmee dan Ain




Bismillah.

Alhamdulillah... dah selesai Ziarah Raya G-13 2012 Episod Pertama. Insha-Allah, Ziarah Raya G-13 2012 Episod Kedua bakal berlangsung pada hari Ahad ni (2 September) pula. Tapi, wallahua'lam dapat pergi ke tak sebab hujung minggu ni memang sangat sibuk. Antara aktiviti-aktiviti hujung minggu ni:-

- Konvoi Raya QYC (baru saja dicancelkan oleh pihak penganjur)
- Ziarah Raya G-13 2012 Episod Kedua
- Majlis pertunangan anak Abang Ajim (sepupu emak)
- Majlis Resepsi Ihsan dan Sakinah (kawan Kak Uda)
[Hmm... rasanya macam ada lagi, tapi ni saja yang ingat.]

Haa... lihatlah jadualku. Sibuk tak sibuk. Dan yang lebih menyedihkan, Zmah terpaksa buat pilihan nak korbankan yang mana sebab emak ada juga mengajak Zmah teman dia pergi majlis pertunangan anak Abang Ajim dengan kenduri Ihsan. Adoi, dalam hidup Zmah, Zmah paling tak suka buat pilihan tapi pengorbanan tu ada di mana-mana dan nak tak nak kita terpaksa juga mengorbankan yang ini untuk memilih yang itu.  

Okey, tak apa. Zmah tak nak bercerita tentang sesuatu yang belum terjadi. Apa yang penting ialah kerjsama  kita rancang sebaik-baiknya, yang selebihnya biar Allah yang tentukan. Itu yang terbaik.

Zmah minta maaf, rasanya Zmah tak dapat nak update tentang ziarah raya kami minggu lepas. Tapi nak komen sikit saja. Macam biasalah. Ziarah raya tahun ni sangat OSEM! Sebab dapat jumpa kawan-kawan lama semula di samping menziarahi guru kami yang baru sahaja menamatkan perjuangannya di sekolah tercinta, SMIAAG. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Rusyidah. Alhamdulillah, dapat juga melepaskan kerinduan pada cikgu. Kesian cikgu. Zmah ingat kaki cikgu dah okey, rupanya belum sembuh sepenuhnya lagi. Cikgu cakap cikgu masih lagi sakit-sakit kaki. Zmah doakan semoga kaki cikgu cepat sembuh, supaya bolehlah cikgu join outing-outing kami lagi nanti.

Okey, moh nak sambung cerita.

Nampak tak gambar dekat atas tu? Eh, gambar siapa tu? Macam kenal je kan? Kenapa tiba-tiba ada gambar pasangan mempelai ni? Alahai, sweetnya. Hehe.

Salah satu destinasi ziarah kami ni ialah kenduri Najmee. Najmee ni merupakan sahabat kami. Lima tahun berjuang bersama kami di SMIAAG. Subhanallah... dah tua rupanya pak cik ni. Dah beristeri dah! Allah Maha Besar. Baiknya mereka berdua ni sebab tu Allah percepatkan jodoh mereka. Alhamdulillah.

Walaupun ziarah raya tahun ni tak seramai tahun-tahun yang lepas, tapi tetap meriah. Dan rasa lebih meriah lagi bila kami pergi walimah Najmee. Sebab kami pun berpeluang berjumpa dengan senior-senior kami di sana. Sebab Kak Nazeera dan Kak Muneeera pun ada juga, sehaluan dengan Najmee. Kiranya walimah ni walimah mereka bertiga! Gempak tak! Seronok!

Bercakap tentang Najmee, sejujurnya Zmah tak berapa kenal dengan dia. Tapi apa yang Zmah tahu tentang Najmee ni, dia memang seorang pelajar yang baik di sekolah. Kalau tak, takkanlah dilantik jadi pengawas kan? Hehehe. Najmee pun agak cemerlang dalam pelajaran. Semasa Majlis Takrim 2007 dulu, Najmee juga merupakan salah seorang pelajar yang mendapat anugerah pelajar SPM terbaik tapi Zmah tak ingat berapa A Najmee dapat, tapi yang penting dia cemerlanglah. Dia baik. Di sekolah, hubungan dengan guru-guru pun dia jaga, hubungan dengan sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar dari tingkatan lain pun dia jaga juga. Yang paling mengharukan hubungan dengan Allah dia lagi pelihara. Buktinya? Seingat Zmahlah, Najmee pun merupakan salah seorang daripada mereka yang tidak pernah miss Solat Sunat Dhuha di musolla dan dia sering tadarus al-Quran. Terbaik, kan? Alhamdulillah.

Bukan itu saja. Najmee pun seorang yang sangat menjaga tingkah laku dan pergaulannya dengan perempuan. Dia tak sosial, kalau sosial pun sosial yang tahu batas-batas yang telah diajarkan oleh agama. Sebab tu dia dihormati dalam kalangan kami semua. Zmah pun hormat dan tabik spring dekat dia. Dia memang seorang kawan  dan muslim yang baik. Kalau bercakap tentang program-program g-13 pula, Najmee selalu ikut serta. Dia sangat menyokong sebarang program yang g-13 anjurkan. Macam kami semua juga, Najmee pun sangat sayangkan batch g-13 ni.  Nilah baru namanya ukhuwah fillah, kan?

Pejam celik, pejam celik, Zmah dapat tahu Najmee nak bernikah. Terkejut masa tengok event tentang pernikahan dia dan isteri, Ain. Macam tak percaya. Sebab masa tu, kami baru saja lepas bergembira dengan pernikahan sahabat-sahabat kami, Umar dan Farrah, tiba-tiba seorang lagi nak kahwin. Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas! Cepat betul masa ni mengejar kita kan? Sebab tu Zmah tak suka nak main kejar-kejar dengan masa ni. Asyik-asyik dia je yang menang.

Tapi walaupun terkejut, hati tetap rasa gumbira tak terkata sebab seorang lagi sahabat kami bakal mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Bak kata seorang sahabat kami, syaitan menangis bila lafaz ijab dan kabul diungkapkan (lebih kurang macam nilah kata-kata dia). Sebab pernikahan kan merupakan sebuah ikatan suci dan dengan pernikahanlah segala maksiat dapat dielakkan. Sebab tu syaitan benci bila ada anak-anak Adam yang ingin bernikah. Syaitan memang cukup benci tapi Allah dan Nabi sangat sangat mencintai orang-orang yang bernikah hanya kerana-Nya. Mana taknya, dalam ikatan pernikahan itu terletaknya rahmat Allah dan seribu satu kenikmatan yang tak mungkin kita dapatkan di mana-mana. Senang cerita, pernikahan ni ada keistimewaannya yang tersendiri.

Zmah sambung cerita.

Hari tu masa datang walimah Najmee, terharu sangat dapat berjumpa mereka berdua dan bersalaman dengan isterinya, Ain. Cantik manis orangnya. Sopan je dan lemah lembut tutur katanya. Subhanallah... cantik aturan Allah tu. Sesuailah dengan Najmee. Kami pun bersalam-salamanlah dengan Ain dan masa tulah kami berkenal-kenalan sesama sendiri. Setakat ni ada dua ahli g-13 yang baru, Azizah (isteri Baiem) dan Ain. Welcome to the club to both of them! Seronok rasa bila keluarga g-13 berkembang. Alhamdulillah.





Terakhir sekali Zmah nak cakap yang Zmah sentiasa berdoa agar Allah memberkati pernikahan sahabat-sahabat kami ni, bermula dari Fatin Alia dan suami, Baiem dan Azizah, Umar dan Farrah serta Najmee dan Ain. Semoga bunga-bunga cinta hanya kerana-Nya menghiasi mahligai cinta mereka semua dan semoga mereka dapat melayari bahtera rumah tangga mereka dengan penuh kesyukuran dan ikhlas lillahi ta'ala.  

Tahniah sekali lagi buat pasangan pengantin baru, Najmee dan Ain. Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga. Amin.

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda: “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.” Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadits shahih menurut Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.

Nota 1: Doakan kami pula agar bertemu jodoh yang terbaik, yang boleh memimpin tangan kami menuju redha Allah ya. ^_^

Nota 2: Selamat menimang cahaya mata buat Baiem dan Azizah. Semoga kalian berada di dalam rahmat Allah sentiasa.

Nota 3: Agak-agak, lepas ni giliran siapa pula? Kita tunggu dan lihat :P

Monday, 6 February 2012

Puisi: Masih ada cinta




(Petikan daripada projek pertamaku, Seindah Hiasan Dunia, Seharum Bunga Lavendar)

Siapa sangka
Masa berlalu dengan tangkasnya
Pergi meninggalkan cebisan-cebisan kenangan
Yang tercipta bersama
Selama bertahun lamanya

Usah takut kehilangannya
Kerana ia kan terus tersimpan rapi
Dalam kotak memori
Akan terus tersemat di hati
Hingga daku pergi

Memang benar
Kini tidak mungkin seperti dulu lagi;
Melepak bersama, solat berjemaah bersama
Menghadiri majlis ilmu bersama
Semuanya kita lakukan bersama
Tapi kini 
Kau milik si dia; pahlawanmu
Yang akan memimpin tanganmu
Menuju redha-Nya

Mulanya aku kira
Diriku pasti dilupakan
Saat lafaz suci terungkap dari bibir sang pahlawan
Wajahku tampak manis dengan senyuman
Namun siapa tahu
Hati merintih kesedihan

Jangan disalah erti
Akan kesedihan ini
Diri ini rela kau pergi ke dalam dakapannya
Dia yang Tuhan ciptakan
Khas untukmu
Namun tiba-tiba diri terasa asing
Kini kau bukan lagi milikku

Aku selalu mendengar orang berkata,
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan."
Adakah pernikahanmu ini
Sebuah perpisahan buat kita berdua?
Tidak aku kira!
Tiada istilah perpisahan dalam ukhuwah
Melainkan ajal
Selagi hati masih terpaut
Atas dasar cinta dan kasih kerana-Nya
Ukhuwah akan terus erat
Disuburi rahmat-Nya

Kini kau insan istimewa padanya
Tapi jangan kau lupa
Kau kan selalu menjadi yang istimewa di hati ini jua
Pernikahanmu membahagiakan diriku
Kerana pada wajahmu yang jelita itu
Terserlah sekuntum senyuman
Yang menenangkan jiwaku
Walau kutahu di balik senyuman itu
Ada rona keletihan yang tersembunyi
Namun hati tetap berbunga-bunga
Menanti cinta sang putera idaman kalbu

Dengarilah ukhtiku
Saat puisi ini dinukilkan khas buatmu
Minda ini tidak akan lupa kepadamu
Hati ini tidak akan pernah berhenti 
Daripada terus mencintaimu
Kerana kau sahabatku
Sahabatku yang istimewa
Maaf andai puisi ini lambat kunukilkan
Sebagai hadiah pernikahanmu
Terasa rendah diri ini
Kerana tidak pandai menyusun kata

Cuma satu yang ku ingin kau tahu
Dalam hatiku ini
Masih ada cinta
Untukmu
Yang akan terus menyubur
Selagi kita berukhuwah
Di atas landasan-Nya


Nota: Selamat pengantin baru, sahabatku, Farrah Nadia :)


Dengan penuh rasa cinta, sahabatmu,

IMAH

Wednesday, 1 February 2012

Kahwin 6: Hari Bahagia





Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada sahabat baik saya,
Farrah Nadia bersama pasangannya, Umar Zulkifli.

Semoga Allah memberkati mahligai cinta mereka.

Amin.


Nota: Maaf, sangat tak ada mood nak mengarang malam ni.

Wallahua'lam.

Wednesday, 25 January 2012

Kahwin 5: Nadia dan Umar




Debaran semakin terasa

Hari yang dinanti-nantikan bakal kunjung tiba.

2 hari lagi!

Kalau si pengapit ni pun dah rasa berdebar-debar semacam, 
apatah lagi bakal pengantin dua orang ni, kan?

Apa-apapun saya mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga Allah permudahkan urusan dan memberkati pernikahan mereka berdua.

Insya-Allah.

Doa: Ya Allah, manusia hanya mampu merancang, namun Engkau jualah 
sebaik-baik perancang. Berikanlah hanya yang terbaik buat 
dua orang sahabatku ini. Berkatilah mereka dan 
kekalkanlah mahligai cinta yang bakal mereka 
bina hingga mereka dipertemukan semula 
di syurga-Mu. Seseungguhnya hanya 
kepada-Mu kami berserah. 
Amin.

p.s.: Insya-Allah, saya akan upload gambar dan rakaman video pernikahan mereka
dan update juga cerita tentang pernikahan mereka nanti. 
Tunggu...

Peace yo! ^_^V

Sunday, 22 January 2012

Kahwin 4: Mahligai cinta





"Maha suci Allah yang menciptakan semuanya berpasangan daripada apa yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka, juga daripada apa yang mereka tidak ketahui." (Surah Yasin, ayat 36)

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami." (Surah az-Zariyat, ayat 51)


Salam.

Alhamdulillah, semalam ada dua wedding yang saya attend. Satu, wedding kakak Azrai (jiran saya) dan satu lagi wedding junior saya (al-Amin), Azah. Wah! Dah kahwin dah Azah ni. Sedangkan umurnya itu baru saja setahun jagung, tapi ternyata jodohnya sampai awal. Itulah ketetapan yang terbaik yang Allah berikan pada Azah. Sebanrnya macam tak percaya sangat yang Azah dah kahwin. Mengalahkan saya! (gelak) Saya ni entah bila entah. Tak nampak masa depan kalau dalam bab-bab jodoh ni. 

Tapi sebagai senior dia, saya bahagia untuk Azah. Saya bersyukur sebab akhirnya adik saya ni ditemukan dengan insan yang telah dipilih oleh Allah untuk menjaganya dan memimpinnya mencapai redha Allah. Siapa tak happy melihat orang lain sudah mendirikan sebuah masjid? Insya-Allah apa yang saya harapkan ialah agar mereka berdua mampu membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Semua yang berkahwin, inginkan ini. Tak terkecuali saya :)

Bercakap tentang kahwin, siapa yang tak mahu kahwin dalam dunia ni? Ce angkat tangan macam saya? (tiru ayat Usop Weelcha lah pula) Tak ada. Semua pasti ingin berkahwin. Fitrah manusia yang Allah jadikan dalam diri kita semua ialah setiap daripada kita memerlukan teman hidup. Lelaki perlukan wanita, dan wanita juga perlukan lelaki dalam hidup mereka. Sebab apa? Sebab Allah sendiri dah terangkan dengan jelas dalam kitab-Nya yang agungm bahawa setiap daripada ciptaan-Nya, Allah jadikan pasangan masing-masing. 

Saya tiba-tiba teringat kata-kata Dr. Hafidzi semasa menyampaikan ceramahnya dalam forum "Mahligai Cinta" baru-baru ni. Beliau berkongsi sikit tentang kisah Nabi Adam. a.s. semasa awal-awal baginda diciptakan oleh Allah dan diletakkan di dalam syurga. Masa tu, Nabi Adam a.s. seorang saja manusia yang hidup pada masa tu (tapi dalam syurga, belum diturunkan ke dunia). Suatu hari, baginda rasa resah gelisah. Baginda sendiri tak tahu kenapa, sedangkan dalam syurga Allah tu macam-macam nikmat yang Allah sediakan tapi masih saja Nabi Adam terasa hidupnya kosong. Baginda rasa sunyi dan tidak tenang walaupun pada saat itu baginda berada di syurga. Namun, baginda kurang pasti kenapa baginda berasa demikian. 

Sampailah satu saat, baginda tertidur. Bila terjaga saja daripada lena, bila Nabi Adam a.s. buka saja kedua-dua matanya, baginda terlihatkan satu kelibat sedang duduk di hadapan baginda. Pada masa nilah Hawa diciptakan oleh Allah sebagai peneman Nabi Adam a.s. di syurga. Mulanya baginda pelik, dia rasa makhluk ni sama macam baginda (manusia) tapi lain sikit (tak serupa). Ternyata wanita bernama Hawa itu diijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Bila Hawa diciptakan Allah untuk Nabi Adam a.s., barulah kegelisahan baginda tadi hilang dan baginda tak berasa sunyi lagi hidup di dalam syurga sebab kini baginda sudah punya teman di sampingnya.

(Seingat saya ada satu ayat Qur'an yang mengisahkan tentang penciptaan Hawa daripada tulang rusuk Adam a.s. Tapi maaf, saya tak ingat ayat berapa. Insya-Allah nanti saya check semula.)

Subhanallah... indahnya fitrah ni, kan? Kalau kita kaji semula sejarah penciptaan dan percintaan Adam dan Hawa, mesti kita akan rasa sebak dan terharu. Kenapa? Sebab siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa manusia memang sangat  memerlukan pasangan hidup. Perkahwinan tu merupakan salah satu jalan atau cara bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun ia bukanlah satu-satunya jalan, tapi banyak fadhilatnya bila seseorang berkahwin (atau bernikah).

Bukan ke Allah s.w.t. sendiri sudah berfirman di dalam al-Furqan yang bermaksud, 

"Dan sesungguhnya, Dia yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan." (Surah an-Najm, ayat 53) 

Macam yang saya terangkan di atas, setiap lelaki dan perempuan Allah jadikan pasangan bagi diri masing-masing, sebab hakikatnya memang kita saling memerlukan antara satu sama lain, bukan demi kepentingan dunia semata-mata, tetapi demi kepentingan akhirat, demi meraih keredhaan-Nya. Selain daripada berkahwin, memang banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Contohnya macam banyakkan ibadah, amar ma'ruf nahi munkar, perbanyakkan sunnah Nabi s.a.w. dan sebagainya tapi bagi saya, perkahwinan merupakan antara jalan yang paling mudah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab kalau kita kaji balik fadhilat-fadhilat sesebuah perkahwinan, kita akan faham kenapa ianya penting.

Kepada mereka yang tidak ingin berkahwin, pasti punya alasan sendiri. Kenanngan silam yang pahit menghantui, trauma melihat keretakan rumah tangga orang lain, kes dera terhadap isteri dan anak dan macam-macam lagi boleh jadi salah satu sebab mengapa mereka tak ingin berkahwin. Tapi, kalau kita ingat balik ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan tentang pernikahan, saya yakin pasti pendirian mereka akan berubah slowly. Kepada yang menolak konsep perkahwinan dalam hidup mereka, cuba tanya balik diri kita, kenapa kita tak nak berkahwin sebenarnya? Kalau kerana kisah silam yang pahit tu, kenapa kita biarkan diri masa lalu kita mempengaruhi kita dalam membuat keputusan untuk masa depan? Bukankah kita ni hidup untuk masa depan, bukannya masa lalu? Masa lalu tu adalah sejarah bagi kita. Lebih elok kalau kita tutup buku lama dan buka buku baru pula. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing sebelum ini, jika ini yang menghlanag kamu untuk berkahwin, janganlah bersikap prejudis dan tidak adil. Jangan overgeneralize. Tak semua orang dalam dunia ni seperti pasangan kamu yang tidak setia atau penipu tu. Pasti ada hikmah kenapa Allah tak izinkan kamu terus berhubungan. Jadi, ramai lagi insan-insan yang Allah pilih untuk kamu sebagai pilihan dan saya yakin yang mereka lebih soleh dan mulia berbanding dengan pasangan kamu yang tak berapa nak setia dengan kamu tu. Lelaki dan perempuan diciptakan Allah bagi saling lengkap-melengkapi. Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud,

"... isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian untuk kamu dan kamu pula sebagai pakaian untuk mereka..." (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Sedangkan Nabi s.a.w. pun berkahwin, kenapa tidak kita, umat baginda? Malah, baginda sendiri menggalakkan perkahwinan. Tapi ingat, niat utama perkahwinan adalah kerana Allah dan agama-Nya, bukan kerana cinta semata-mata. Kalau kita ikhlas berkahwin atas rasa tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ni, cinta tu Allah akan anugerahkan setelah wujud sebuah ikatan yang sah antara kita  dan pasangan kita. Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda yang bermaksud,

" Nikah adalah sebahagian daripada sunnahku. Siapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia tidak termasuk dalam golonganku." (al-Bukhari)

Tapi, dalam buku "Sebarkan Cinta-Mu" karya Fatimah Syarha, Kak Ha ada menjelaskan, ada sebuah hadis yang mengatakan bahwa wanita yang tidak mahu bernikah (atas sebab-sebab tertentu) tidak dilabel oleh Nabi s.a.w. sebagai menolak sunnah baginda. Ni berdasarkan sebuah hadis (tapi saya kurang tahu sumbernya. Saya akan cuba cari, insya-Allah). Sebabnya, ia menunjukkan bahawa Islam mengormati suara atau hak wanita. Yang pastinya, wanita bukanlah menolak 100% konsep perkahwinan dalam hidup mereka, tapi disebabkan sebab-sebab yang tertentu yang meyakinkan bahawa mereka tidak mampu memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu, mereke terlepas daripada tanggung jawab berkahwin. Wallahua'lam.

"Empat perkara yang termasuk dalam sunnah-sunnah para rasul adalah memakai inai, memakai wangian, bersiwak dan berkahwin." (At-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi)

Kalau nak cerita semuanya di sini, alamatnya sampai minggu depan tak habis agaknya, tapi kalau kita nak tahu apa kebaikan dan kelebihan pernikahan, banyak kitab yang boleh kita rujuk. Contohnya, karya-karya Burhan Sodiq, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol dan A. Ubaidillah banyak menekankan tentang isu pernikahan dalam Islam. Saya sering membaca hasil tulisan mereka dan alhamdulillah semuanya memang kena dengan jiwa saya. Cara penyampaian yang tulus dan uslub bahasa yang indah membuatkan saya rasa pernikahan itu juga merupakan sesuatu yang sangat indah sebenarnya bagi seseorang manusia yang bergelar hamba macam kita ni. Jadi, kalau kamu nak tahu lebibagi h tentang manisnya sesebuah pernikahan, tanyalah pada mereka yang sudah membina mahligai cinta sendiri. Tak pun, rujuk pada al-Qur'an, hadis-hadis Nabi s.a.w. dan buku-buku agama pun sudah lebih dari cukup sebenarnya. Ilmu tidak akan mudah didapati mahupun dipelajari tanpa usaha keras dan azam yang tinggi. Tapi, ia sentiasa menanti untuk direbut oleh kita semua. Insya-Allah.

Sekian.


Nota 1: Tahniah kepada adik azah yang sudah menemukan "Adamnya". Semoga Allah memberkati pernikahan mereka berdua dan semoga mahligai cinta yang terbina ini mampu menjadi kekuatan kepada perkembangan da'wah Islam. Sesungguhnya bagi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah itu, mereka akan bertemu di syurga dan akan berkahwin lagi sesama mereka di sana. Subhanallah. Seronoknya!
  
Nota 2: Menghitung hari untuk menghadiri majlis pernikahan sahabatku, Farrah Nadia, pula. Disuruhnya saya jadi pengapitnya masa majlis tu nanti. Saya ni dahlah fobia nak jadi pengapit ni sebab saya teringat satu taboo yang nenek moyang kita reka. Mereka cakap anak dara tak elok jadi pengapit sebab nanti lambat kahwin. Waa, saya tak mahu kahwin lambat-lambat! Tapi, orang suka sangat minta saya ni jadi pengapit. Kenapa, ya? (geleng-geleng kepala) Apa-apa pun, saya tak akan miss majlis tu, insya-Allah ;)

Nota 3: Pernikahan memang sesuatu yang indah, indah pada agama, indah juga pada mata manusia. Tapi, ia bukanlah prioriti bagi seorang insan yang terasa dirinya masih kurang berjasa kepada keluarganya (terutama kepada kedua-dua ibu bapanya) dan sahabat-sahabatnya serta cintakan ilmu seperti saya. Dulu impian saya ialah ingin berkahwin awal. Tapi seiring dengan berjalannya waktu, sedikit demi sedikit saya dipujuk dan ditarbiah semula oleh Murabbi saya (Allah 'azza wajalla) bahawa ada banyak lagi perkara yang menjadi keutamaan saya pada saat ini, selain pernikahan. Masih ramai lagi insan yang memerlukan saya dalam hidup mereka. Jika saya berkahwin sekarang, pergerakan saya akan menjadi lebih terbatas kerana menggalas tangungg jawab dalam rumah tangga. Jadi, for the time being, biarlah saya tetap single dulu. Yang paling penting ialah keyakinan pada-Nya. Sungguhpun tiada jodoh yang Allah sediakan untuk kita di dunia, yakinlah bahawa ada jodoh yang jauh lebih baik yang Allah sediakan untuk kita di syurga dan dia sedang menghitung hari menunggu kepulangan kita dan untuk dijodohkan dengan kita. Marilah kita bersangka baik dengan Allah.

Nota 4: Tak sabar nak pergi najlis pernikahan Farrah. Horrraaaaaayyy!!! Semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua. Amin.


Wallahua'lam.

Sunday, 11 September 2011

Tunang 2: Congratulations, friend!



Salam.


Special quotes for my best friend in conjunction with her engagement:


Love means sacrifice. 

Although it might hurt you, but still you will be happy as long as you see people 

whom you love are happy.
Love needs no force. 

You don't force yourself to love people. 

It comes naturally without you plan.
Love is sincerity.

Produced by a pure heart. 

Wanting to please others even soon you'll die for them.

\Even though love cannot be everything, but it can be something. 

Something special, if you treasure it 

along with the blessing of God.

~by Zimah Zaiwani, with ♥



A short note just for you, my best friend forever:


Dear friend,

You don't know how much precious you are in my life. In this heart, your name fills most part of it. You build up my days every time I face all the challenges in life. I can say that you are my other half that completes me. I couldn't imagine what will my life be without you. To be honest, I was the happiest person in this world to know that you have found your own soul mate. I'm glad the man sent by God to you is someone who's really loving and always cares about you. Seriously, the first time I saw him, I immediately said to myself, "Yes, he's the one for you. He's the one who would make you happy when I'm not around to make you so." I'm grateful to God for created him to be your long-life partner (amin).

Dear friend,

On your special day, deep down inside, I cried, although you didn't see it or feel it. But please don't misunderstand me. I cried because I was happy to see you happy. At first, I thought that probably our life will change as soon as you've become one of the most important person in his life. However, God mollified me by giving me some intuition saying that, "If our friendship is based on the blessing of Him, insya-Allah it will last until we meet again in Jannah, although we might have little time to spend together after this."

So friend,

On this special moment, I hope it's not too late for me to congratulate you (again) for being engaged to a person who is special to you. Keep this love safely, treasure it and please appreciate it. I dare say that you're so lucky to have met him much earlier than me. It's okay for me to let you go this time. Because the only thing I want to do before I return to Him is that I just want to see you live happily ever after with your Prince Charming.




With lots of love from your old friend,


Zimah Zaiwani



Thank you for choosing me as your make-up artist ;)
I'm so proud of your effort making all these hantaran yourself 
I pray to Allah may he's the right person whom you've been waiting for so long :')







                                                                                                                                                                          ~ May God bless ~


Wallahua'lam.


Wednesday, 25 May 2011

Kahwin 3: Lambat update!


 
Aku dan pengantin. Ayu lagi manis gitu. He he he.

Bakal-bakal pengantin masa hadapan. Kih kih kih
Barisan g-13th yang setia dengan kalimah 'ukhuwwah never die'


 
Kini, sedang menanti berita gembira seterusnya.
Pasti ada.

^__^

Chiow~

Thursday, 3 March 2011

Kahwin 2

Salam.

Bertemu lagi dalam blog Puzzle of My Life. Nama blog saya yang diberi oleh kakak kesayangan saya, Kak Uda! Terima kasihlah kat dia sebab sudi menamakan blog saya dengan nama yang menarik dan sedap didengar. Hehehe. Teringat pulak kat dia. Dah berapa kali dah dia call saya, tapi saya tak angkat. Bukan tak nak angkat, tapi sekarang ni tengah musim program, assignment, presentation dan exam pun nak dekat dah. Jadi, sangat sibuk dan saya rasa saya perlu jugak cakap yang badan saya dirasakan makin hari makin sangat lemah.

Sedih sangat. Sekarang saya dah tak boleh nak stay up macam dulu. Saya ingat lagi dulu masa kat CFS Nilai, saya selalu stay up sampai pukul 3 hingga 5 pagi. Segar je masa tu. Bolehlah jugak nak kata agak rajin masa kat Nilai dulu walaupun diri ni tidaklah sepandai mana pun. Tapi sebab tak pandai tulah yang jadi kuat belajar. Seronok sangat bila terkenang balik saat tu. Kadang-kadang stay up dengan Pija dan Siti, rakan-rakan dorm saya dan adakalanya stay up sorang-sorang. Rasa macam ada kepuasan belajar masa tu. 

Tapi sayangnya, sekarang di UIA Gombak, saya tidak berkesempatan lagi untuk rasa benda tu. Kemanisan bangun malam. Berdua-duaan dengan Allah masa study dan beribadah. Jarang dah sekarang nak bangun qiam. Kadang-kadang kalau kunci alarm pun, tak bangun jugak. Setiap kali dengar bunyi alarm, bangun, tapi mesti akan tidur balik. Macam saya cakap tadi. Sebab badan saya dah semakin lemah. Sebab sepanjang tiga sem belajar di sini, saya sangat aktif berprogram. Sehinggakan pelajaran saya terganggu. Sebabnya, saya sangat lemah dalam pengurusan masa. Lagi satu, sekarang saya dah sangat jarang bersenam, swimminglah senang cerita. Dulu setiap petang pergi swimming tapi sekarang, meeting sana meeting sini, badan tak exercise, tu yang lembik macam obor-obor. Aduh, sangat kecewa dengan diri sendiri.

Ok, rasanya saya dah lari tajuk ni. Ok ok. Sekarang saya masuk kepada tajuk utama ya. Hehehe.


Kenangan: hari bahagia Kak Uda:)


Kahwin lagi tajuk entry saya. Hmm... nak tahu kenapa? Sebab sekarang musim kahwin dah semakin meluas. Budaya kahwin awal di negara kita, terutama di Selangor dan Kuala Lumpur sendiri bukanlah perkara janggal lagi. Tak pelik kalau kita dengar budak baru lepas SPM nak kahwin. Betul tak? Yelah, kiamat sudah dekat (eh, macam tajuk cerita pulak, kan?), jadi baik cepat-cepat ada pasangan sebelum 'hari itu' sampai. Macam tu kot.

Tak sangka. Kawan sepermainan saya di sekolah, Fatin Alia namanya, dah nak kahwin! Aduh, cepatnya! Ingat lagi dulu selalu main-main dengan dia. Gurau-gurau dengan dia. Kadang-kadang saya rasa dia macam Kak Uda saya. Dia antara kawan-kawan yang paling rapat dengan saya. Lepas tamat je SPM, dahlah jarang jumpa dengan dia. Tiba-tiba, dia dah nak kahwin. Macam yang saya rasa dengan Kak Uda saya, kini saat untuk saya merasakan kehilangan Fatin sudah semakin hampir. Dekat sangat. Tanggal 13 Mac akan datang, Fatin tidak lagi bergelar kanak-kanak Ribena seperti saya, tapi akan jadi isteri solehah kepada suami yang soleh. Tak tahulah apa perasaan yang akan wujud dalam hati saya saat menghadiri walimah sahabat saya ni. Sedih, kehilangan, cemburu, bahagia... mungkin.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya sendiri. Kenapa ramai sangat orang yang terdekat dengan saya pergi meninggalkan saya satu persatu? (Alamak, air mata dah mula menitis!) Dan sejujurnya, inilah ujian perasaan yang paling susah saya nak lalui dalam hidup. Bagi saya, kehilangan cinta, ditipu lelaki (lelaki yang bagi harapan palsu), putus cinta, cinta bertepuk sebelah tangan, tak ada jodoh, semua adalah masalah biasa. Alhamdulillah, saya boleh laluinya dengan hati yang tegar. Tak ada masalah kalau saya tak ditakdirkan untuk orang yang saya suka, tapi melalui detik-detik menyaksikan orang-orang yang saya sayang menjadi hak milik orang lain (bukan milik saya lagi) merupakan antara perkara yang sangat berat untuk saya terima. Saya pun tak tahu sama ada saya akan merelakan ataupun tak.

Hari tu, saya pernah terifikr pasal ni dan masa tu, mak ada di sisi saya. Saya cakap kat mak, 

"Mak, nak tahu tak kenapa Imah berat sangat nak kahwin sebenarnya? (kadang-kadang cakap kat mak nak kahwin awal. Tapi tu hanya gurauan. Bukannya serius pun)
"Kenapa?" Tanya mak.

Saya pun berterus-terang kat mak. "Sebab kadang-kadang Imah rasa perkahwinan tu memisahkan Imah dengan orang-orang yang Imah sayang. Kalaulah Imah diberi pilihan untuk kahwin atau tak, Imah akan pilih untuk hidup bersendirian (tanpa pasangan) sampai Imah mati. Kalau Rasulullah tak cakap yang baginda takkan mengaku sesiapa yang tak berkahwin sebagai umat baginda, Imah tak nak kahwin. Imah rasa perkahwinan akan mendatangkan lebih banyak kesedihan kat Imah, daripada kebahagiaan." Masa tu, air mata saya dah menitis dah.

Mak pun cakap, "Memanglah dik. Tukan lumrah hidup. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan."

Saya senyap je, tapi air mata saya masa tu memang tak berhenti mengalir. Saya tak nak dibenci Allah. Saya tak Rasulullah mengenepikan saya sebagai umat baginda, tapi dalam masa yang sama, saya juga tak nak berpisah denan orang-orang yang saya sayang. Dengan orang-orang saya selalu bermanja-manja, bermain-main, bergurau senda, bergelak tawa sama-sama, menangis sama-sama. Ok, saya terima kalau diorang tinggalkan saya (walaupun berat sebenarnya), tapi saya tak nak tinggalkan diorang semua dan hidup dengan orang-orang yang saya tak pernah kenal sebelum ni. Sebab hanya orang-orang yang saya sayang ni saja yang boleh terima saya sebagai saya dan tahan dengan kerenah saya. Orang lain takkan mampu sampai bila-bila.

Tapi ayah saya cakap, "Adik pun perlukan seseorang untuk berkahwin. Sampai bila ayah dengan mak nak kena jaga adik."

Sedihnya dengar ayah cakap macam tu masa tu.

Mak, boleh tak kalau Imah tak nak kahwin? Izinkanlah Imah jaga mak dengan ayah hingga sampai satu saat mak dan ayah kembali kepada Allah. Boleh kan?

(Menitis lagi air mata ni)


Alah, gambar masa sekolah-sekolah dulu. Tahniah Fatinku sayang!
Tidak lama lagi kamu akan bergelar isteri orang! Saya pasti akan datang walimah kamu
dengan beberapa titis air mata kegembiraan:)
Sayang kamu kerana Allah!


Bersambung...

Sunday, 1 August 2010

Kahwin 1: Setelah lafaz itu diungkapkan...


Tanggal 30 Julai 2010, jam 9.00 malam, rombongan lelaki telah sampai ke rumah pengantin perempuan dengan selamatnya (Alhamdulillah).

Si pengantin lelaki, kacak menawan, duduk bersila di atas bantal empuk yang telah di sediakan di ruang akad nikah (betul-betul di hadapan pelamin). Muka nampak cuak, menggelabah. Riak wajahnya jelas terpampang rasa gelisah di hati, seolah-olah dirinya sedang bermonolog,

"Nervousnya nak jadi suami orang ni!"

Debaran kian kencang tatkala Tok Kadi mengungkap kata-kata,

"Isteri adalah suatu amanah bagi seorang suami dan isteri tidak boleh dikasari dari segi mental dan fizikal."

Mendengar nasihat-nasihat Tok Kadi itu, debaran kian terasa seperti jantung ingin keluar terus dari rongga mulut. Terasa berat ingin sekali ingin memikul tanggungjawab sebagai suami yang merupakan pelindung kepada si isteri rupawan.

Sedang upacara akad berlansung, si pengantin perempuan cantik jelita sedang menanti dengan penuh kesabaran di qamar yang mewangi. Senaskhah al-Quran kesayangan dibuka dengan santunnya. Dibacanya setiap ayatullah tersergam indah di helaian-helaian itu serta ditadabburnya setiap isi yang terkandung. Baginya, cukup dengan lantunan kalimah-kalimah Allah yang suci menenangkan hatinya yang juga berdebar-debar, menanti saat indah menjadi sayap kiri seorang suami.

Si adinda duduk di sisi kakandanya bagi menghilangkan rasa gemuruh di hati serta menghangatkan kedua-dua tangannya yang dirasakan begitu dingin sekali.

"You're going to be someone's wife tonight," adindanya bersuara.

"Adik, jangan buat kak uda menangis."

Namun, siapa sangka di hati si adinda sudah membengkak. Penuh dengan air mata yang semakin membanjiri. Sedih kerana malam itu bakal terjadi suatu perubahan dalam hubungan erat mereka. Ditakutinya keadaan tidak akan sama lagi seperti selalunya. Tangisannya hanya bisa didengari oleh Sang Pencipta, Kekasih abadi. Tangisan suka dan juga duka. Bahagia si adinda kakandanya berjaya bertemu dengan sang putera idaman kalbu, pilunya hati si adinda kerana terpaksa melepaskannya pergi ke dalam dakapan seorang suami sejati (Insya Allah).



Dengan penuh keyakinan, hanya dengan sekali lafaz sahaja, kedua-dua hamba Allah yang dikasihi ini berjaya diijab kabulkan dengan penuh rahmatnya. Alhamdulillah....


Semoga Allah merahmati kalian


Ketika itu, para malaikat dan para makhluk sekalian alam memohon kepada Rabb agar memberkati pernikahan pasangan ini. Semoga kebahagiaan mengiringi kakanda dan juga kakanda ipar sehingga nyawa terlerai dari jasad.











Nukilan adindamu,
Qamar Purnama.


p/s: Selamat pengantin baru! I Love U!!!

Monday, 28 September 2009

Tunang 1: Bertunang

Salam.



Alhamdulillah, pada 24 September 2009 yang lepas, kak uda telah selamat ditunangkan dengan Prince Charming nya... Lega rasa di hati ni kak uda dah ada orang yang boleh menjaganya. Bila cincin telah selamat disatungkan ke jari manis kak uda, itu menunjukkan kak uda sekarang telah pun menjadi milik si dia. Walaupun belumlah secara rasmi lagi. Tapi cincin tunang tu sendiri dah menunjukkan yang kak uda itu bakal menjadi kepunyaan orang lain.



Soalan kak uda

Cerita pasal tunang ni, adalah suatu hari tu kak uda tanya mak,

"Mak, orang cakap tunang tu satu perjanjian. Betul ke?"

Mak pun jawab, "a'ah." "Jadi maknanya kalau kita putus tunang dengan tunang kita kiranya kita berdosalah?" kak uda curious betul bab2 ni.

Mak pelik jugaklah dengan soalan kak uda tu. "Apasal pulak berdosa?"

"Yelah... sebab tunang tu satu perjanjian. Jadi, bila kita putus tunang dengan tunang kita maknanya kita tak tepati janji atau telah melanggar janji kita. Tak menunaikan janji tukan satu dosa." kak uda berusaha terangkan.



"Memanglah tunang tu dikira sebagai satu perjanjian, tapi bila kita terpaksa putus tunang dengan pasangan kita, kita taklah dikira berdosa. Sebab kalau suatu hubungan tu dah tak dapat nak diselamatkan lagi, takkan kita nak teruskan jugak hubungan tu sampai kahwin. Nanti bila kahwin, timbul masalah lain, nak cerai pulak. Mana kita nak, putus tunang ke bercerai?" amboi2, panjang benar explainantion mak ni.

"Yelah, tapi cerai tu halal, Allah izinkan," kak uda tak puas hati.

Mak pun sambung, "Memanglah tapi lebih baik berpisah sebelum kahwin daripada bercerai lepas kahwin." (ok, lepas tu, saya dah tak berapa nak ingat ayat mak lepas tu)

Sebab tu orang kata, bertunang tu jangan lama2. Seingat saya Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah pernah cakap tempoh bertunang yang paling baik adalah dalam lingkungan enam bulan atau setahun. Bertunang ni tak elok lama2 sebab ia adalah suatu proses untuk sebuah pasangan saling berta'aruf atau mengenali diri masing2 sebelum sah diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri. Sebab tulah banyak kes yang bertunangnya sampai 2-3 tahun tapi kahwinnya tak jugak. Jadi, kalau nak kahwin dengan pasangan, tak payahlah nak tunang lama2. Paling baik sekali kahwin je terus! Kan senang!

Sabar, belum habis lagi entry saya pasal bertunangn ni. Sekadar perkongsian bersama. Ulama'2 dalam Mazhab Shafie dah simpulkan, terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada gadis yang ingin dirisik bagi menentukan kualiti gadis itu sendiri.


Ciri-ciri tersebut ialah:-

1.Gadis atau wanita yang kuat beragama.

2.Gadis yang dipercayai subur (boleh melahirkan anak) dengan
berpandukan latar belakang ibu-ibu dalam keluarganya.

3.Masih perawan.

4.Terdiri daripada keluarga yang taat beragama dan hidup sederhana.

5.Keturunan baik-baik. Kerana ia boleh melahirkan anak yang pintar.

6.Cantik kerana ia boleh mententeramkan nafsu kepada yang lain.

7.Tidak daripada keluarga terdekat untuk mendapatkan anak yang lebih
sihat dan cergas. Kerana isteri daripada keluarga terdekat seperti
sepupu biasanya melahirkan anak yang lemah seperti sabda Rusulullah
s.a.w.: "Jangan (tidak sayugia) kamu khawini keluarga terdekat kerana
anak hasil perkhawinan sedemikian (biasanya) kurus."

(dipetik dari website: http://inia-lurun.blogspot.com/2009/02/bertunang-dalam-islam.html)


Saya rasa semua ciri ni ada pada kak uda saya. Alhamdulillah, tunang dia memang tak salah buat pilihan. Insya Allah...


Cerita saya

Masa majlis tunang tu, lepas bakal mak mertua sarungkan cincin ke jari manis kak uda, air mata saya memang tak dapat nak ditahan lagi masa tu. Tapi, saya kuatkan juga hati ni supaya tak menangis masa tu. Kalau tak, malu saya orang ramai tengok. Alhamdulillah saya masih mampu menahan air mata daripada terus keluar.

Tapi, masa sesi pembacaan doa pulak, lagi air mata ni rasa macam nak sangat keluar. Saya betul2 rasa sedih masa tu. Saya pun kurang pasti kenapa saya perlu sedih. Patutnya saya gembira untuk kak uda sebab tunangnya akan menjaga dia suatu hari nanti dan dia adalah seorang lelaki yang baik dan terbaik yang Allah anugerahkan buat kak uda. Saya tahu kenapa saya nak menangis masa tu. Saya gembira tapi dalam masa yang sama saya pun sedih sebab lepas ni dah tak ada kak uda untuk temankan saya ke mana2. Kak uda akan menjadi tanggungjawab si dia lepas ni dan kami dah takkan boleh nak keluar selalu macam dulu lagi. Saya terasa yang saya akan bersendirian, kesunyian, dan tiada teman boleh dibawak gurau, bersembang ataupun berkongsi masalah lagi lepas ni. Tulah sebabnya kenapa saya sedih...

Lepas selesai sesi menyarungkan cincin, kak uda bangun menuju ke arah saya.

"Adik, kenapa dengan adik ni? Adik terasa dengan kak uda ke?"



"Tak adalah. Imah dah tak terasa dah dengan kak uda. Cuma... Imah sedih je kak uda dah jadi milik orang lain sekarang... nanti kita dah takkan macam dulu lagi..." saya betul2 tak dapat nak teruskan kata2 saya masa tu sebab saya terlalu sedih. Tanpa disedari, air mata terus merembes keluar. Kak uda yang melihat, merasa terharu. Cepat2 dia usap belakang saya.

"Adik..." kak uda pun macam nak menangis.

Lepas tu, kami terus tangkap gambar sama2 sebanyak yang mungkin. Buat kenangan...
Lepas ni, dah bukan senang lagi nak bergurau senda dengan kak uda macam ni lagi. Jadi, saya gunakanlah kesempatan yang ada ni untuk bersama dengan kak uda yang saya cintai.



Congratulations, kak uda! I love you!

Take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails