About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Siapa WHWI?

 Bismillah.


Wan Hazimah. Sepasang nama yang sangat indah diberikan oleh kedua orang tua saya sejak saya lahir, iaitu pada 19 November 1990. 'Wan' - biasalah. Keturunan Kelate. Mak kata ayah ada keturunan diraja Siam (tetiba kan) 'Hazimah' - yang cergas, yang bijak (tapi orangnya tak kena pun dengan nama) hehe.

Tapi saya bersyukur sebab sayalah pemilik nama indah ini. Terima kasih emak. Terima kasih ayah. Imah suka nama Wan Hazimah dan saya bertambah suka bila ada seorang hamba Allah ni dia suka panggil saya dengan nama penuh saya. Kalau text dia je atau dia text saya, dia mesti panggil saya, "Wan Hazimah" atau "Wan Zimah" instead of "Zmah" saja. Saya suka sebab memang itulah nama yang orang tua berikan saya sejak dari kecik. 'Terima kasih ya kamu, sebab panggil saya dengan nama penuh saya yang jarang-jarang orang buat selama ni..." (senyum)

Nama glam saya, Zimah Zaiwani. Hehe. Takdelah glam manapun. Alah... biasalah. Nama Facebook. Sejarah pendidikan saya adalah seperti berikut:

Tadika Amal Gombak Kg. Kerdas (1996)
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (1997-2002)
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (2003-2007)
Pusat Asasi UIAM Nilai (2008-2010)
Kampus Utama UIAM Gombak (2011-2013)

Anugerah masa dekat sekolah dulu (dua je):

Pelajar terbaik (tempat pertama secara keseluruhan) aliran Sains Sosial (2006)
Pelajar terbaik SPM (8A-daripada 10) (2007)

Alhamdulillah. 
Daripada kecil asyik gagal je dalam pelajaran, usaha terbayar masa tingkatan empat dan lima dan kejayaan ini berkat doa mak ayah dan sokongan daripada mereka yang dekat dengan saya. Terima kasih sebab yakin dengan kebolehan saya (sebak)

Membesar di Malaysia maksudnya tak pernah sekalipun membesar di overseas pergi visit pernahlah sekali. Ke Perth, Australia. Pengalaman pertama naik kapal terbang pergi negara orang. Sangat OSEM!

Nak kenal saya macam mana orangnya? Haa... let the picture speak for itself.


Nilah saya masa kecik. Nama saya Wan Hazimah junior. Hehe. Kalau tengpk gambar kedua, haa... memang itulah saya. Saya ni suka melaram. Memang daripada kecil. Mak cik saya dulu suka ngandam saya sebab tu bila saya besar. saya pun suka nak mengandam orang. Hehe. Gambar ketiga tu pulak, saya dengan abang saya yang bernama WAWI. Hehe... bajet rapat tapi memang rapat pun. Macam best friend pulak, kan?

Inilah saya. Saya gadis yang biasa-biasa je. Saya gadis bersifat natural dan casual tapi untuk certain ocassion, saya boleh jadi lebih daripada casual. Lebih spesifik, saya suka diri saya kelihatan seperti seorang puteri diraja (berangan sekejap) sebab masa kecik-kecik dulu saya ada impian nak jadi puteri raja. Sebab tu mak saya belikan saya semua tape (dulu takde CD atau DVD) cerita kartun Disney yang princesses tu. Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Beauty and the Beast, The Little Mermaid, Aladdin, sebab saya suka jadi princess. Hehe... tapi kalau hari-hari yang takde sebarang event, saya hanyalah gadis bertudung bawal, bert-shirt atau berblouse dan berseluar slack atau jeans yang biasanya warna hitam, putih atau kelabu yang akan menjadi pilihan bila berpakaian gaya casual. Inilah saya. Gadis sempoi abad ini!

Kuat merajuk, mudah marah, kuat menangis, cepat terasa, pendiam, inferior... adalah tabiat-tabiat saya yang lama tapi sekarang... alhamdulillah... dengan bantuan-Nya... saya bertukar! (moto Sailormoon)

Saya kini lebih dikenali sebagai seorang yang lebih tenang (walaupun tak 100%), cool, rileks, tak tunjuk perasaan, tak mudah marah, banyak cakap dan lebih yakin diri! (walaupun saya tahu saya tak ada apa-apa kelebihan sangat) hehe lagi.

Nak tahu apa kegilaan saya? Haa... nanti boleh tengok dekat page saya yang seterusnya. Page bertitlekan "Kegilaanku." Nanti dekat situ kamu tahulah apa benda-benda atau perkara-perkara yang menjadi kegilaan saya dari dulu sampailah sekarang.

Simply to put, this is me and this is who I am, past, present and future. Forever always, I;m the owner of the name Wan Hazimah.

Adios!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails