About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday 12 October 2011

Aku alami osteoporosis


Prosesku untuk jadi seperti ini mungkin akan lebih cepat berbanding orang lain.


Salam.

Osteoporosis ("porous bones", from Greek: ὀστέον/osteon meaning "bone" and πόρος/poros meaning "pore") is a disease of bones that leads to an increased risk of fracture

Semalam, aku sakit belakang lagi, seperti sebelumnya.

Sakit belakangku ini sudah menyerang tak kira waktu. Bila-bila masa dia nak datang, ikut suka dialah. Kadang-kadang aku tak boleh nak agak bila dia akan menyerang.

Tapi maklum sajalah, sakit belakangku ini bila sekali dia dah attack, memang sakit sangat-sangat. Pernah sekali tu, dia datang sampai aku terpaksa tidur menelentang dan belakangku aku alas dengan bantal. Aku tidur straight aje. Tak bergerak langsung ke kiri mahupun ke kanan sebab memang sangat sakit.

Dulu, dah dua kali aku buat pemeriksaan dengan Doktor Nurul. Doktor Nurul kata aku ni kurus sangat. Dia suruh aku gemukkan sikit badan supaya dapat cover sikitlah tulang belakang aku yang bengkok ni. Aku ikut nasihat doktor.

Lepas tu, aku makan banyak-banyak. Tapi aku rasa macam usaha tu sia-sia. Setiap kali aku makan banyak, aku akan periksa semula berat badanku. Masih lagi 46 kg. Tak bergerak-gerak. Makanan masuk ke, keluar ke, dia statik dekat situ.

Aku pun pelik. Hai, kenapalah dengan badanku ini.

Jadi semalam, aku pun berhasrat nak pergi jumpa Doktor Nurul buat kali ketiga. Tapi malangnya, Doktor Nurul outpatient pula. 

"Wan Hazimah," panggil jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran.

Aku berjalan menuju ke kaunter untuk mengambil semula kad matrikku.

"Doktor lain boleh, tak? Sebab Doktor Nurul outpatientlah hari ni," tanyanya.

Aku hampa mulanya tapi nak buat macam mana lagi. Takkan nak tunggu di klinik yang ramai orang tu semata-mata nak jumpa Doktor Nurul saja sedangkan ada je doktor perempuan lain yang boleh memeriksaku. Aku pun redha.

"Bolehlah, kak. Tapi saya nak doktor perempuan, ya?" Aku cuba memaniskan muka. Tapi rasanya tak berapa manis kot sebab belakangku terasa makin sakit. Aku nak berdiri betul-betul pun dah susah.

"Okey," katanya.

Aku pun duduk semula.

Beberapa minit kemudian, nombor giliranku dipanggil oleh mesin suara. Aku berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam ruangan pemeriksaan. Aku bertemu lagi dengan Doktor Masitah, doktor kegemaranku yang kedua. 

"Ya, adik. Apa masalah?"

"Saya sakt belakang lagilah, doktor. Dulu dah pernah jumpa doktor Nurul dah. Tapi makin lama makin sakit belakang saya ni. Kakak dan emak saya pun cakap saya di dah makin bongkok." Aku menjelaskan semuanya pada doktor.

"Cuba bangun sekejap." Doktor meletakkan tangannya di belakangku dari atas ke bawah. Dia sedang merasakan struktur tulang belakangku.

"Eh, tulang awak ni macam bengkok sikitlah dik. Saya setuju dengan kakak dan emak awak tu. Okey, sekarang awak pergi buat X-ray. Nanti datang balik jumpa saya, ya?"

"Okey, doktor."

Setelah X-ray, saya masuk ke ruangan pemeriksaan Doktor Masitah semula. Dia memeriksa X-ray saya. 

"Hmm, tulang belakang awak ni memang bengkok sikitlah dik. Tapi memang kita tak boleh buat apa-apa dah. Awak menghidap osteoporosis. Memang tak ada ubat atau pembedahan apa-apa untuk penyakit ni."

Aku seolah terkedu.

"Jadi, macam mana saya nak buat?"

"Tak boleh buat apa lah. Kalau awak tak jaga position awak, dia akan jadi lebih teruklah." Doktor Masitah senyum. Mungkin dia cuba untuk menenangkanku.

"Tapi ni tak ada apa-apa pun. Cuma kalau awak tak jaga posisi badan awak dengan baik, takut awak akan cepat bongkok nanti."

"Tapi dia akan affect kesihatan tak, doktor?" Aku bertanya sekadar memastikan.

"Tak adalah effect sangat.Dia akan affect paru-paru sikit. Bila awak bongkok ke depan, paru-paru awak pun akan ke depan sama. Dan mungkin ini akan menyukarkan sikit sistem pernafasan awak."

"Kalau masa pregnancy?"

"Kalau masa awak mengandung, awak akan rasa lenguh sikitlah. Itu biasa. Mungkin benda ni jadi sebab awak selalu angkat barang berat-berat..."

"Saya memang selalu bawak laptop saya pakai beg galas, doktor. Sebab senang nak bawa."

"Kalau itu, saya memang tak galakkan. Kalau awak nak bawa laptop, awak kena pegang dengan tangan. Jangan pakai beg galas lagi. Sebab nanti akan lebih teruk tulang belakang awak."

Aku betul-betul nak menangis dah masa tu sebab tahu yang sekarang aku dah tak normal lagi.

Bila sakit belakangku menyerang, tak ada apa yang doktor boleh buat lagi. Aku kena tahan sakit sendiri.

"Tapi in case kalau awak rasa sakit sangat, makan ubat ni." Pain killer fikirku. Tapi emak melarang aku mengambil pain killer. 

Bila aku ceritakan pada emak, aku tiba-tiba jadi down sangat-sangat. Rasa macam tak bersemangat dah. Aku tengok orang lain dalam peringkat umurku tegak je berdiri dan duduk.


Posture badan mereka sangat cantik dan mereka tak ada pun sakit-skait belakang macam aku ni. Sakit belakang aku ni selalu mengganggu masa dalam kelas. Aku tak boleh duduk betul-betul. Selalu sangat betulkan kedudukan. Sekejap tegak, sekejap tak.

Jadi, sakitnya tu membuat aku hilang fokus pada pengajaran pensyarahku. Tapi tak ada apa yang boleh dibuat lagi selain tahan sajalah.

p/s: Aku nak normal balik.Rabbit 3


Zimah Zaiwani

Tuesday 4 October 2011

Puisi: Kau teristimewa

Picture taken from: http://kimcats.deviantart.com/art/True-Friendship


Pagi ini aku membuka mata
Melihat seisi dunia
Di sekelilingku
Kabus tebal berarak perlahan di udara
Langit membiru membumbungi bumi
Matahari muncul dari ufuk timur
Memancarkan cahaya seperti selalunya
Hatiku damai melihat ciptaan-ciptaan Ilahi

Menyaksikan keindahan alam
Lantas fikiranku menerawang
Mengenangkan seseorang
Setiap detik yang berlalu
Kukira hingga ke penghujung waktu
Walau berjauhan di mata
Namanya sentiasa terpahat di kalbu

Tika dia di sisi menemani
Hanya ketawa hadir menghiasi
Bercerita tentang pahit manis hidupnya
Menambahkan pedoman di dalam dada

Aku bahagia
Dianugerahi insan sepertinya
Menjadi pendukung semangatku setiap masa
Saat aku memerlukan
Dia datang memimpin tanganku
Mengharungi setiap kepayahan bersama
Saat aku kegelisahan
Dia datang membawa sepasang telinga
Mendengar setiap luahan rasa

Adakalanya aku berfikir sendiri
Mengapa cinta tidak datang kepadaku
Ku berfikir, berfikir dan terus berfikir
Ternyata jawapannya sudah ketemu
DIA inginku menikmati
Percintaan dalam persahabatan
Yang kami bina
Atas titian redha-NYA

Setiap gadis punya impian
Bisa kukatakan impianku dan mereka
Tidak jauh bezanya
Mahukan diri disunting
Menjadi tulang rusuk
Bagi seorang pahlawan agama
Namun
Cinta tidak hanya terbatas
Antara lelaki dan perempuan sahaja
Malah cinta merangkumi semua
Dan cinta yang kunikmati kini
Lebih tinggi nilainya di mata ILAHI

Setiap bait kata
Kuadunkan menjadi sebuah tutur bicara
Inginku hadiahkan setiap butiran kata
Dalam puisi ini
Hanya untukmu, sahabatku

Kau hadir membawa cahaya
Menerangi hatiku yang gelap
Kau hadir membawa makna
Menyimpan setiap kenangan kita
Dalam kotak memori

Kau teristimewa
Kerana kau tidak pernah mengetahui
Bahawasanya dirimu
Memang sungguh istimewa
Bagiku


Nota: Puisi ini kutujukan khas buat mereka yang kuanggap sebahagian dari jasad dan jiwaku serta bagi mereka yang juga menganggapku sebahagian dari jasad dan jiwa mereka dan juga buat mereka yang mencintaiku sebagai sahabat mereka. Ketahuilah aku mencintai kalian  untuk selamanya, insya-Allah :') 


Sedikit luahan rasa sebagai pelengkap kata

Kamu punya sahabat? Tipulah kalau kamu katakan kamu tidak punya sahabat langsung! Setiap orang diciptakan Allah paling takpun seorang sahabat untuk menjadi pendamping hidupnya, tak kira di kala susah mahupun senang. Rasulullah s.a.w. juga bersahabat. Baginda bersahabat dengan semua orang, namun Abu Bakar tetap mendapat tempat yang paling istimewa di hati baginda. Meneladani Nabi s.a.w., aku juga punya sahabat, bukan seorang dua tapi ramai dan mereka semua mendapat tempat di hatiku.

"Hidup tanpa sahabat ibarat lumpuh sebahagian badan." Pernah dengar ungkapan ini? Ini ungkapanku sendiri. Bukan pinjaman atau hasil ciplak dari mana-mana ya (he he). Kenapa aku katakan demikian? Sebab bagiku, sahabat merupakan pelengkap kepada sebahagian dari diri kita. Jika diingat kembali, aku pernah meletakkan kata-kata ini (dalam versi Inggeris) dalam postku sebelum ini. Dalam entry berkaitan dengan pertunangan sahabatku --> klik sini untuk baca.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa sahabat. Adakah kita akan bahagia? Sahabat ialah mereka yang bukan saja menemani kita di saat kita mengecapi kebahagiaan dan mencicipi kemanisan hidup, bahkan sahabat ialah mereka yang sanggup mengorbankan kesenangan hidupnya demi mengharungi setiap kepayahan hidup bersama-sama kita. Contoh teladan yang wajib kita ikuti ialah Abu Bakar al-Siddiq. Lihatlah setinggi mana kesetiaannya kepada Nabi s.a.w. Tidak pernah walau sesaat beliau membiarkan Nabi s.a.w. menghadapi liku-liku perjuangan sendirian. Bukan itu saja, malah beliau sentiasa membenarkan kata-kata Nabi s.a.w. saat manusia mendustakan baginda. Beliau sanggup menahan perih disebabkan bisa yang menusuk ke dalam tubuhnya, demi cintanya yang tidak berbelah bagi terhadap sahabatnya, baginda Rasul s.a.w. Namun, jangan dipersoal, "Kapan kita bisa mendapat sahabat seperti Abu Bakar?", tapi tanyalah pada diri, "Mengapa tidak aku menjadi seperti beliau?" 

Sebagai penutup entriku untuk hari ini, ingin sekali kukongsikan beberapa kata-kata hikmah tentang persahabatan yang aku temui setelah melewati beberapa laman sesawang tadi. Hayatilah dan amatilah setiap kata-kata di bawah. Selamat membaca!

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” - Hadis riwayat Muslim

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” - Mutiara kata 

Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang kita tak dapat nyatakan kepada isteri sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan. - Hamka

What is a friend? I will tell you - it is someone with whom you dare to be yourself. - Frank Crane

The most beautiful discovery of true friends make is that they can grow separately without growing apart. - Elisabeth Foley

Without friends, no one would choose to live, though he had all other goods. - Aristotle


Wallahua'lam.

Puisi: Bangkitlah


Picture taken from: http://archio.deviantart.com/art/Dont-give-up





                                                                                                                                                              

Hidup
Manusia

Saling melengkapi

Ujian 
Tawakkal

Perlu ada dalam diri

Allah
Rasul

Pendukung kuat

Sokongan
Dorongan

Penguat semangat

Inilah yang diperlukan
Untuk meneruskan kehidupan
Walau sekuat mana badai datang melanda
Jiwa tetap utuh mengharunginya

Hidup tanpa sahabat
Ibarat kehilangan sebuah anggota
Namun
Hidup tanpa kasih-Nya
Kaya sekujur tubuh yang tidak bernyawa

Ayuh, bangkitlah!
Bangkitlah kembali dari jatuhmu

Usah resah
Usah gentar
Usah ragu
Usah buru

Kejayaan takkan datang bergolek
Dengan usaha
Bersenjatakan doa kepada-Nya
Segala yang diusahakan
Membuahkan hasil yang diredhai-Nya

Kesat air matamu
Kerana kejayaan itu sedang menanti
Untuk kita menggapainya kembali

Ayuh, bangkitlah!

Laungkan takbir bersama-sama

Allahu akbar!

Mari kita habiskan
Semua yang telah dimulai


Nota: Puisi ini aku tujukan khas buat semua sahabat teaterku, terutamanya bagi mereka yang sedang mengalami sedikit tekanan melakonkan watak mereka dalam teater ini. Sepanjang latihan kami, bermula dari semester lepas hinggalah semester ini, sejujurnya aku katakan segala puji bagi Allah kerana telah mempermudahkan urusan kami semua. Walaupun tadi ialah kali pertama kami bergabung, namun semuanya dirasakan mudah saja. Cuma, memang ada beberapa bahagian yang masih perlu diperbaiki lagi. Mungkin dari sudut chemistry, masih belum cukup lagi antara pelakon-pelakon utama dan pelakon tambahan.

Setelah berlakon selama beberapa hari ni, barulah kami rasakan yang sememangnya berlakon teater atau mementaskan drama ini bukanlah satu perkara yang mudah. Susah sebenarnya. Ia tidaklah seperti drama televisyen apatah lagi radio. Sangat berbeza, kot! Sebab tulah perlunya latihan intensif berhari-hari ni. Penat merupakan perkara biasa dan tidak coleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik dalam teater ni. Pementasan drama memang memerlukan kerja keras, tak kiralah dari pihak krew mahupun barisan pelakon itu sendiri. Sebab teater merupakan kerja berpasukan. Semua kena turun padang, tidak ada yang akan tertinggal di belakang. Jadi, bila salah seorang mengalami masalah, orang-orang lain perlu bantu menyelesaikan maalahnya. Ini adalah kerana apabila seorang ada masalah, seluruh teater akan mendapat impaknya.

Oleh sebab itulah perlunya saling bantu-membantu dan nasihat-menasihati dalam teater ni. Sejak akhir-akhir ni, sahabat-sahabat pelakon dan aku sendiri tertekan dengan pembawaan watak kami yang dirasakan masih perlu ditajamkan lagi. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pementasan drama ini, kami berasa tidak yakin untuk memberikan yang terbaik semasa persembahan sebenar nanti. Namun, insya-Allah, mungkin hari esok semuanya akan berubah. Seorang bekas pelakon teater dengan suka relanya akan membantu kami budak-budak hingusan ni , melatih kami untuk berlakon dengan lebih baik lagi. Dengan bantuan beliau dan pertolongan Allah juga, semuanya pasti akan membuahkan sesuatu yang bisa membahagiakan kami semua, walaupun ia tidaklah sama seperti yang kami harapkan.

p/s: Pesananku kepada semua sahabat teaterku, jangan mudah goyah dan lemah dengan pembawaan watak yang kurang menarik. Ketahuilah, anda semua sudah mempersembahkan watak anda dengan begitu baik sekali. Cuma, teater merupakan sesuatu yang memerlukan usaha yang berulang-ulang dan berterusan. Jika bakat yang sedia ada dalam diri tidak diasah dengan betul, ditakuti ia akan semakin hilang dan kita akan semakin lupa dengan apa yang kita latihkan selama ini. Jadi, jangan risau. Jika anda susah, ada yang sudi membantu. Jika anda tertekan, musahabah diri semula dan kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik tempat bergantung dan pemberi pertolongan.

Wallahua'lam.

Ganbatte!!!! (^__^)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails