About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 31 March 2013

Salahkah?



Salahkah menjadi manusia yang mementingkan soal hati dan perasaan?
Aku tak boleh bayangkan hidupku tanpa cinta.
Tanpa cinta, aku sesat. Tanpa cinta, aku teraba-rabakan kebenaran.
Aku berfikir, tanpa cinta, bagaimana aku bisa menyentuh hati manusia lain
agar mencintai Sang Pencipta cinta?
Pernah engkau terfikir itu?

Engkau katakan bahawa hidupmu adalah demi kerja dan da'wah.
Ya, memang benar. Kita hidup untuk Islam, da'wah dan tarbiyah.
Namun, kalau kerja dan da'wahmu itu tidak diiringi dengan kasih sayang manusia lain,
tidakkah engkau terasa kosong?
Tidakkah engkau terasa ada sesuatu yang kurang dalam hidupmu?
Engkau pasti akan merasakannya suatu hari nanti.
Pasti!
Iaitu pada saat Allah hadirkan seseorang yang berkarakter sama sepertimu,
sebagai pendamping. Peneman hidup.
Pada masa itu, engkau akan melihat pantulan dirimu daripadanya
dan engkau lihatlah sendiri bagaimana hidup yang diisi tanpa 
cinta dan perasaan kasih dan sayang.

Maaf jika kukatakan bahawa
orang sepertimu tidak pandai mentafsirkan apa itu cinta dan kasih sayang,
kerana engkau sendiri yang menutup hatimu
daripada mengenali apa itu cinta dan kasih sayang.

Benar katamu. Dunia kita berbeza.
Engkau hidup dalam dunia kerja, kerja dan kerja!
Tapi aku...
hidup aku penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Hidupku tidak bererti tanpa cinta kerana...

Dunia cinta adalah dunia aku. Bukan duniamu.
Kita sememangnya berbeza.


Lessons

~Bismillah~




The only thing I can do now is... smile because I just found out that... 
menangis dalam tidur itu lebih baik daripada menangis di dalam jaga. Kalau orang tengok, malu. Nanti diorang kata aku macam budak kecik.

"Yeke adik smile? Mak rasa adik tak pernah smile pun..."~Emak

'Mak, I'm struggling and I keep pushing myself to smile every time I meet other people coz I've had enough cry while sleeping." 

:')

"Aku Cinta Padamu" buat aku tersenyum... :)


Lagu "Aku Cinta Padamu" dinyanyikan oleh artis pujaan aku, Kak Siti, pada tahun 1997 dan hasil nyanyiannya, Kak Siti berjaya mendapat anugerah kategori persembahan terbaik dan balada dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku kan tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi


Aku: (sambil menyanyi lagu "Aku Cinta Padamu") Mak, mak nak tahu tak. Bila Imah nyanyi lagu "Aku Cinta Padamu," Imah rasa happy sangat. Lagu "Aku Cinta Padamu" ni selalu buat Imah tersenyum.
Emak: (senyum, tak perlu kata apa-apa) =P
Aku: Kalau Imah tengah sedih ke, marah ke, geram ke, Imah mesti nyanyi lagu ni. Lepas tu terus reda perasaan buruk-buruk tu. Then, senang je Imah nak senyum balik.
Emak: (no komen tapi senyum je)
Aku: Bagi Imah kan, lirik lagu "Aku Cinta Padamu" ni uniklah, mak dan lagu ni tak semestinya kita harus tujukan buat kekasih je. Bagi Imah, lagu ni buat sesiapa je yang kita sayang. So, Imah tujukan lagu buat semua orang yang Imah sayang dan cinta sepenuh hati. Setiap kali Imah nyanyi lagu ni, Imah mesti terbayang wajah-wajah orang-orang yang Imah sayang... (senyum bahagia dalam duka [sebenarnya])
Emak: Yelah... 

Ini 'emak' saya dalam QYC. Mak Iqah nama dia. Dia pun selalu buat aku tersenyum.
"Mak, aku cinta padamu." (Senyum)

Nota: Lagu "Aku Cinta Padamu" merupakan lagu feveret aku sejak kecik lagi. Aku ni memang sangat suka menyanyi. Hobilah katakan. Tapi, dalam banyak-banyak lagu, lagu "Aku Cinta Padamu" selalu pilihan pertama untuk nyanyian aku. Tanya sajalah pada emak. Kalau aku ajak emak pergi ke pusat karaoke Superstar dekat Wangsa Walk Mall atau KL Festival City, aku mesti akan cari lagu ni dulu, sebelum aku nyanyi lagu-lagu Kak Siti yang lain. Lirik lagu ni begitu memukau hatiku. Entah kenapa, setiap kali aku mendendangkan lagu "Aku Cinta Padamu" ni, aku pasti tersenyum. Aku boleh menyanyi sambil tersenyum lagi. Lebar pulak senyumanya. Rasa macam bahagia sangat walaupun di saat aku sedang berduka. Kenapa? Jawapannya... tak tahu. Tapi yang pastinya, aku sangat suka lagu ni dan sememangnya lagu "Aku Cinta Padamu" memberikan aku sinar baru setiap kali aku diuji dengan kesedihan atau kedukaan. Dan buat anda semua, para pembaca blog aku, aku tujukan lagu "Aku Cinta Padamu" khas buat anda... :)

"Kamu..."


~Bismillah~



"Kalau Allah izinkan, aku tak mahu berhenti daripada terus mencintaimu kerana sebahagian daripada hatiku ada pada kamu dan sebahagian daripada hatimu ada padaku... dan maaf, aku tak menemukan cara untuk pulangkan cinta yang telah kau tanamkan dalam hatiku ini kembali kepadamu... selain kecelakaan yang menimpa diriku ataupun kematian yang akan menyebabkan terputusnya segala perkara daripadaku kecuali tiga..."


 


"... dan masihkah kau ingat yang kau pernah tujukan lagu ini buatku? Bolehkah aku menganggap bahawa diriku masih istimewa di matamu walaupun kau telah membuangku jauh-jauh dari hidupmu?"


"Ya Allah... permudahkanlah segala urusannya... ya Allah, berikanlah dia kehidupan yang baik... ya Allah, jika benar dia bahagia tanpaku di sisinya, maka Engkau kekalkanlah kebahagiaan itu pada dirinya sampai bila-bila kerana hanya dengan melihatnya tersenyum kembali mampu membuatkan setiap luka di hatiku sembuh kembali... ya Allah, janganlah Engkau berikan dia melainkan yang terbaik saja di dunia dan juga di akhirat... ya Allah, seseungguhnya dia sebaik-baik manusia yang Engkau pernah hadirkan dalam hidupku, maka temukanlah dia dengan seseorang yang baik juga sebagai pelengkap hidupnya dan pelengkap agamanya." 

"Ya Allah... sesungguhnya kini aku ikhlas... terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang diberikan..."


"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang 
mempunyai 'Arasy yang besar."
~ (At-Taubah: 129)

T.T

Saturday, 30 March 2013

Puisi: Hanya Aku dan Dia


di satu malam yang sunyi
tatkala ku jaga dari mimpi
selimut dan bantal kutolak tepi
berusaha berdiri
pergi membasahkan diri
dengan beberapa titisan suci
lafaz bismillah langkahku diiringi
Dia yang membuat aku sedar diri
kukata pada diri
inilah saatnya aku mengadap Ilahi
dengan penuh rasa kehambaan ibadahku cuba diamati
masih terlalu banyak perlu diperbaiki
namun Dia tetap cuba perhalusi
setiap bibit doa yang tersembunyi
sesungguhnya Dia memang Maha Mengetahui
saat malam lagi telah sepi
hanya Dia setia menemani di sisi
batinku menangismeraungmenjerit
hanya Dia dapat dengari
kadang jiwa meracau menghimpit hati
Dia akan menenangkannya kembali
sungguh ku asyik dengan belaiannya yang romantik
yang tidakku dapat dari insan lain
itulah istimewanya cinta Ilahi
di malam nan sunyi sepi itu
yang ada hanyalah aku dan Dia


p/s: ... kini yang tinggal hanya aku dan Dia... biarkan kami berduaan bersama...

Puisi: Mula


di sinilah bermulanya sebuah titik pertemuan
antara aku dan Dia
sudah lama aku mengenali-Nya
namun tika itu masih tiada rasa cinta
ujian demi ujian demi ujian
yang datang bertimpa-timpa
aku belajar untuk mencintai-Nya
kerana di saat sukar mahupun senang
Dia sentiasa hadir bersama
itulah Dia
Kekasihku kini


p/s: Perjalanan menuju ke kemuncak cinta baru saja bermula. Doakan aku.

Friday, 29 March 2013

Takde kerja



Bagi aku, kisah setiap seorang remaja yang dibawakan dalam filem Kami ni sangat menarik. Filem ini sendiri sangat menarik kerana ia mengandungi keunikan sasteranya yang tersendiri. Cerita ini sangat dekat dengan jiwa aku. Jiwa remaja yang pernah memberontak suatu ketika dahulu. Tapi, aku sangat terasa yang watak Lynn tu adalah aku. Cuma, aku kurang misteri sikit daripada dia. Tapi satu-satunya persamaan kami, kami suka menulis, sama ada puisi atau diari entri. Suka menulis tentang apa yang kami alami atau rasai sendiri dan juga apa yang berlaku di sekeliling kami. Dan yang paling penting tentang kami berdua ialah...
kami suka juga mengkritik tanpa batasan. Bahasa lembutnya, bersifat telus dalam berkata-kata.

Bukankah telus itu perlu?

Apapun, cerita KAMI, adalah yang terbaek! ;)

Monday, 25 March 2013

Kisah hari ini

~Bismillah~

Sambil basuh-basuh pinggan kat dapur, berborak-borak dengan mak~

Emak: Dulu masa mak tengah dalam pantang, mak suka makan halia muda (sambil masak sayur bayam).
Aku: Halia??? Mak makan?
Emak: Yalah. Makan macam biasa. Buat ulam.
Aku: Heeee... yekk! Imah halia yang biasa tu nak telan pun susah. Tak suka halia!
Emak: Haaa... tulah kamu orang... dulu doklah tanya mak apa rahsia mak awet muda. Haa... nilah dia.

Ok. Info terbaru tentang awet muda. Makan halia muda ya. Kemudian, emak sambung lagi~

Emak: Orang tengah dalam pantang ni, kena makan cepat. Tak boleh berlapar. Lambat sikit makan nanti perut masuk angin. Tak sihat nanti.
Aku: (teringat kakak dekat dalam bilik bersama bayinya) Ea, mak?
Emak: Yalah!

Tabahnya tengok mak masak makanan setiap masa dan setiap hari untuk kakak yang tengah dalam pantang sekarang. Bukan setakat untuk kakak yang tengah dalam pantang, even untuk kami yang 'ala-ala tengah dalam pantang' ni pun mak tolong masakkan setiap hari. Sampaikan mak merungut dekat aku~

Emak: Dik, belajarlah masak!
Aku: Mak, Imah ni boleh je masak. Bukan tak pandai langsung. Tapi Imah malas. You know I hate cooking. He he.
Emak: Habis tu, nak tunggu mak sakit tenat baru nak masak?
Aku: (gelak kecil)

Murninya hatimu, oh ibu. Tak sanggup tengok anak berlapar walau seketika. Moga Allah memberkati hidupmu .


Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

(Far East-"Kasih Ibu")


IMAH SAYANG MAK SAMPAI BILA-BILA 

:')

Sunday, 24 March 2013

Perkongsian seorang sahabat

~Bismillah~

dalam banyak banyak api
api hati paling payah nak padam
dalam banyak banyak perang
perang jiwa paling degil nak hilang
berbaik-baiklah
berlembut-lembutlah
carilah sayang dalam benci
rendahkanlah diri bukalah hati
hormat cara orang
faham kita berbeza
biar orang jadi orang
dan kita jadi kita

"Mencari Sayang Dalam Benci"- Wani Ardy

En Siyah Muhammad
24/03/2013
06:13 pm

aku segan nak berkehendakkann orang
kalau orang tak berkehendakkan aku
apa guna aku bersiram lapan belas kolah
sembur segelen parfum mekah sekalipun
seganlah aku

-Wani Ardy-

En Siyah Muhammad
24/03/2013
06:52 pm

p/s: Terima kasih, sayang atas perkongsian puisi ini :)

Apabila kita sudah berjaya sampai ke kemuncak cinta...

~Bismillah~


Sekarang, kita berdua berpisah dan sama-sama berjuang untuk merebut cinta-Nya. Kita lihat saja, siapa yang akan merebut cinta-Nya dahulu dan cinta orang-orang yang turut mencintai-Nya. Kalau dulu kita kawan, sekarang kita lawan. Kita berdua adalah saingan yang akan sama-sama bertanding dalam merebut cinta Allah dan meraih redha-Nya. Dalam ibadah pun, ada pertandingan. Adat pertandingan, pasti ada yang menang dan ada pula yang kalah. Namun, pertandingan ibadah tidak menetapkan siapa yang akan menang mahupun kalah, sebaliknya siapa yang terlebih dahulu memenangi cinta Allah sebelum yang lain.

Kata-kata perpisahan, kau yang ucapkan. Sila ingat itu sampai bila-bila.
Tapi ada satu persoalan yang sering bermain di minda.

"Apabila kita sudah berjaya sampai ke kemuncak cinta, apakah pula kesudahan cerita kita?"

Suka hati kaulah mahu menjawabnya atau tidak. Namun yang pasti, bagiku, jawapannya sudah ada dalam genggaman dan aku tidak akan memberitahunya sehinggalah sampai suatu waktu aku patut melepaskannya pergi.

Selamat berlari ke kemuncak cinta!

Ke garisan... sedia... MULA!

... lalu pertandingan berlari menuju ke kemuncak cinta pun bermula...

Saturday, 23 March 2013

Oh ibu...

~Bismillah~


Semalam (Jumaat=22 Mac 2012), jam 8 pm:

Lepas habis usrah dan selesai solat maghrib berimamkan mutarabbi saya~

Mutarabbi 1:(sambil usap-usap belakang) Rehat-rehatlah Kak Zmah... teruk sangat dah batuk akak ni...
Mutarabbi 2: Ha'ah. Tadi dengar Kak Zmah batuk-batuk macam Kak Zmah tak larat sangat kan.
Saya: Sebenarnya kan, tadi masa solat maghrib rakaat kedua, akak rasa macam nak pengsan. Tak larat sangat berdiri lama-lama. Tiba-tiba je pandangan akak jadi gelap. Tapi akak cuba tahan. Akak gerak-gerakkan jari-jari kaki.

Melangkahkan kaki keluar dari perkarangan masjid UIA, telefon bimbit berbunyi~

Saya: Assalamualaikum. Ya mak...
Emak: Waalaikum salam. Adik dekat mana tu? Tengah program ke?
Saya: Taklah. Bru lepas solat. Kejap lagi nak balik bilik. Patutnya memang ada ta'lim malam ni, tapi tak laratlah mak nak pergi. Imah terus balik kot.
Emak: Adik dah makan?
Saya: Hmm... belum lagi...
Emak: Kejap lagi mak datang. Kita makan sama-sama. Tunggu mak kat tangga besar tau.

Letak telefon. Pandang muka mutarabbi~

Mutarabbi 1: Haaa... tengok. Itulah naluri hati seorang ibu. Dia boleh rasa bila saat-saat anak dia perlukan dia. Dia dapat dengar hati anak dia panggil-panggil nama dia. Terus mak akak datang nak bawak akak pergi makan. (senyum)
Mutarabbi 2: Waa... bestnya. Kak Zmah dapat jumpa mak...
Saya: Heee... betullah. Subhanallah... macam tu rupanya seorang ibu ya.
(kami semua senyum. hati tak henti-henti rasa terharu)

Emak sampai di tangga besar. Cepat-cepat masuk ke dalam perut Pesona elegen emak~

Emak: Demam-demam, tengah tak larat macam tu adik nak balik bilik sorang-sorang? Mau pengsan tengah jalan nanti macam mana?
Saya: (dalam hati, "eh, mak ni. datang dari rumah, semata-mata nak hantar imah balik bilik naik kereta je ke?") Eh, mak ni. Macam tahu-tahu je Imah nak pengsan tadi. Tapi masa tengah solat mak. Masa jalan tadi, Imah okay lagi. (senyum)

Dalam hati, "Mak macam tahu-tahu je Imah tengah keseorangan dan kesepian sangat sejak Imah sakit ni." Sekali lagi, nak quote kata-kata mutarabbi saya, "Itulah naluri hati seorang ibu." T_T

Inilah dia pengorbanan seorang ibu. Ibu ni, pengorbanan dia pada anak-anak tak pernah terhenti sejak hari pertama dia lahirkan kita ke dunia lagi. Walaupun saat kita dah dewasa, selagi dia mampu, dia sanggup buat apa saja demi kesenangan dan keselamatan anak-anak dia. Biarpun anak-anak dia buatlah apa saja yang menyakitkan atau melukakan hati dia, dia tetap menyayangi mereka sebab bagi seorang ibu, anak-anak adalah nyawanya. Sifat Maha Pengampun itu hanya ada pada Allah, Tuhan yang Maha Esa, tapi sifat pemaaf merupakan salah satu sifat agung seorang ibu juga.


Saya sayang ibu saya...

(menangis) 

Nota 1: Terima kasih mak sebab selalu ada untuk Imah. Semoga Allah memberkati hidup mak :')

Nota 2: Selamat menjadi ibu kepada Sang Khalifah kecil buat pertama kalinya, kepada kakak saya, Arash Halim. Semoga Allah meredhai :)

Nota 3: Saya berdoa agar Allah beri juga peluang kepada saya untuk menjadi seorang ibu kepada 'anak-anak saya' kelak. Aamiin.

Nota 4: Terima kasih kepada mutarabbi-mutarabbi saya, yang telah mengingatkan dan menyedarkan saya kembali tentang jasa seorang ibu dan terima kasih jugak sebab prihatin dengan keadaan kesihatan saya baru-baru ni. Alhamdulillah... atas doa-doa kalian, saya sudah semakin sembuh. Saya sayang mutarabbi-mutarabbi saya :*

(senyum)

Wednesday, 20 March 2013

Quoted


Salam. 

I came across bashing (& underestimating I guess) English Language and Literature course and students today, both on Twitter and Facebook. On Facebook it goes like this: 


#198 "I get irritated @ ppl who want to brag about having a 3.5+ GPA when ur major really isn't that difficult. id probably have a 3.5+ GPA too if my major was something like, I don't know, English Lit?? & my classes involved acting or something. Meanwhile, m jz here taking structural dynamics, calculus, & other hard science courses, that my professor will have mercy on my soul enough just to give me a C on a test."

Well, studying English Language and Literature doesn't revolve around acting or something only. When given a task on literary works, we have to critically analyze them with supports and evidence. You have to think out of the box to come up with great ideas to sell them to the lecturers (in this case creativity is always the key). On-the-surface analysis would only get you to B- (2.67 in GPA) and you end up merely as average student. 

English Language and Literature students require lots and lots of reading. You need to fully equip yourself not only with fictions but the readings on world history as well. What happened in what year, who died and why? In a way of looking at it, it's like combining 3 sets of puzzles to make one complete set of picture. It's a lot of works, it's tiring but hell yeah it is worth every drop of blood and sweat. For most of us the English major, English is our second language and of course sometimes (& there are cases of MOST of the times) our incompetence in this particular language gets very obvious but give us a chance because that's why we're here in IIUM; to learn & improve ourselves toward the betterment of the future & contribute our best to the Ummah. 

Many of us Malaysians come with the 'Holier than thou' mentality in which we think we're better than others. The time is right to drop this mentality and just be humble about oneself, as what my dear friend Mizah Kholil once told me, ' The more successful one gets, the more humble they should be'. Instead of comparing what course is superior than others, we should just focus on our personal achievements because that's what gonna get us great jobs & guarantee a good living. If you're doing hardcore science in university and you're incompetent at it, do you think people would want to hire you?

Because in the end of the day, it doesn't matter what you do, but rather how you do it. And as Muslim, one of our aims in this world is to succeed at becoming the vicegerent of ALLAH S.W.T. in upholding His commands. Therefore, it doesn't matter what you study in college/university but what is more important is what you do with all knowledge you've gained.

This is my opinion regarding this matter. If it happens to offend anyone whom reads this post, my sincerest apology. & forgive my grammar mistake(s), but never let live.

Wassalam.

Naqib Ahmad
Students of English Language and Literature
International Islamic University Malaysia

p/s: Thank you, Naqib :)

Mengumpat... best sangat ke? Erk...

~Bismillah~

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil berteriak-teriak."

(Hadith riwayat al-Tabrani dan lain-lain)

*Allahuakbar! Seramnya!

Sabda Rasulullah saw lagi:

"Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: Seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat itu tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya."

(Hadith riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)

*Buat salah dengan Allah, in sha Allah, mudah nak dapatkan pengampunan Allah sebab Allah tu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Tapi kalau buat salah pada manusia, jangan sembarangan. Bila kita tak meminta maaf dari mereka dan lagi pula kalau mereka tak maafkan kita, kita sangat sangat rugi. Baru nak melangkahkan kaki masuk ke syurga Allah, dah kena keluar balik sebab ada bisnes yang masih belum setel.


Rasulullah saw menerangkan pula maksud mengumpat dalam sabda baginda:

"Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?" Sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Ujar Rasulullah saw lagi: "(Mengumpat ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya." Lalu ditanyakan: "Bagaimana ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?" Jawab Rasulullah saw: "Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya dan tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya (memfitnahnya)."

*Kalau kita ceritakan sesuatu tentang saudara kita dan memang benda tu ada padanya, maknanya kita telah mengumpatnya. Kalau kita ceritakan sesuatu tentang saudara kita dan ia tak ada pun dalam dirinya, maksudnya kita dah memfitnahnya. Jadi, daripada bercakap tentang orang lain, baiklah kita cakap tentang diri sendiri je. Boleh muhasabah apa-apa yang patut. Ya tak?

Tiga sekali hadith Nabi saw yang Zmah bawakan yang menerangkan tentang bahayanya mengumpat. Tapi Zmah tertanya-tanya, sebagai muslim, bukannya kita tak tahu mengumpat tu haram hukumnya tapi kenapa  kita ni masih suka mengumpat atau nama glamornya, bergossip! Sedap sangat ke kita mengunyah-ngunyah daging saudara kita tu? 

Tepuk dada, tanya iman dan hati masing-masing. Zmah pun sama jugak.

Peringatan buat semua. Wallahua'lam.

Tuesday, 19 March 2013

Mutiara kata dari Cinta Hati.



"Duhai cinta hatiku, MASA DEPAN yang cerah selalu bergantung pada MASA LALU yang dilupakan. Kita tidak dapat hidup dengan baik andai tidak melupakan kegagalan dan sakit hati masa lalu. Berubahlah demi untuk mengubah. Semoga terus tabah!"

~Yang mencintaimu seadanya, 
Kak Yusfa~

:')

Masa lalu.



Ingat tak lagi... atas bentangan rumput hijau kita berbaring sambil menikmati
tiupan angin musim panas yang mendamaikan? Sambil-sambil bergolek-golek atas rumput,
tangan mak tak henti-henti menekan butang snap pada kamera Kak Aishah.

Sungguh aku rindukan masa itu!

Gambar: Kenangan berbaring atas rumput di Taman Perumahan di Perth, Australia (2006)

:')

p/s: Terima kasih kerana telah mengubat rindu yang suda berpekasam dalam hati ni. Semoga berjaya dalam peperiksaan kamu, wahai kakandaku.

Inilah aku. Inilah Zmah.

Hati... bilakah kau bisa berbunga kembali?
Hati... bilakah kau bisa tersenyum lagi?
Hati... bilakah kau bisa terbentuk menjadi hati yang sempurna?

"... tapi kalau dia nak Zmah balik macam mana?" tanya seorang sahabat.
"Zmah ni, jenis yang once hati Zmah dah disakiti dengan teruk, amat mustahil untuk Zmah terima orang tu kembali. Zmah mungkin dah memaafkan dia sebab Zmah ni jenis yang senang nak memaafkan orang dan bukan pendendam, tapi Zmah takkan lupakan setiap kesakitan yang dia tinggalkan dalam hati Zmah ni sampai bila-bila, dan untuk menerima dia menjadi salah seorang dari mereka yang penting dalam hidup Zmah
is a big NO. Never." Sebab kalau sekarang pun dia dah boleh sakiti hati Zmah, di hari kemudian, macam mana pulak agaknya. Jadi, fullstop jelah kat situ ya.

"Sebab, Imah hidup untuk masa depan. Bukan untuk masa lalu. Bagi Imah, kalau kita dah maju ke hadapan,
untuk apa lagi kita pandang belakang? To me, there's no u-turn in life. Life must go on, not go back."
Kak Uda pun dengar jelah. Dalam hati, setuju agaknya.

Kenyataan-kenyataan ni menunjukkan inilah diri aku yang sebenar.
Inilah Zmah.

Kalau rasa tak boleh terima, tinggalkan saja diri ini. Pergi main jauh-jauh. Jangan datang lagi.
Sebagaimana Zmah tak mahu hati Zmah disakiti lagi, begitu jugalah Zmah tak mahu menyakiti hati sesiapa.
Sekian.

Sunday, 17 March 2013

Cetusan hati waktu tengah hari.

~Bismillah~

Kadang menyendiri itu lebih baik. Kadang terasa seperti berdua dan beramai itu lebih baik. Kadang diri ini sering diajukan soalan-soalan yang tak mampu dijawab. Kadang soalan-soalan yang diajukan sememangnya  tiada jawapan. Diri mula terasa keliru. Keliru dengan keadaan sekeliling yang saban hari semakin mengelirukan. Kenapa setiap hari, diri sering diserang rasa sepi dan hati sering dihimpit rasa derita? Adakah diri terlalu merindukan sesuatu yang tak mungkin menjadi miliknya sampai bila-bila? Sekali lagi, beberapa persoalan timbul menepuk dada. Mengetuk minda. Tatkala mata melihat telatah manusia di sekitarnya, hati mudah tertawa dengan bermacam gelagat aneka rupa. Tapi bila sesuatu terjadi antara mereka, marah mula menyemarak dan mulut penuh dengan kata-kata nista. Sungguh, bukan itu yang diri mahukan. Tapi semuanya berlaku secara spontan tanpa diminta. Setiap hari bertemu manusia, buat diri terasa terhibur. Bertukar-tukar cerita, bertukar-tukar senyuman. Saling memberi dan menerima apa yang ada dalam hati dan minda.  Bergelak tawa hingga sengal-sengal otot perut dan muka. Terasa seolah-olah bumi berhenti berputar pada paksinya. Lupa dengan tujuan hidup yang sebenarnya. Lupa jugalah segala masalah yang telah membuat hati berkecamuk.

Raudhatus Sakinah, 2012

Tapi ada masa tika diri berjenaka dengan mereka, terasa diri di ambang kesedihan yang nyata. Tanpa sedar, dalam diam, air mata bercucuran, meleleh-leleh membasahi muka. Adakalanya semalaman mata membengkak, menangisi sesuatu yang tak perlu ditangiskan sebenarnya. Namun, hati manusia. Siapa yang dapat membacanya selain Tuhan, Sang Pencipta. Walau berusaha keras menginterpretasikan kepada manusia lain apa yang tersembunyi di dasar hati, mereka tetap tidak mampu memahaminya. Saat itu, penyesalan mula menumbuh dalam diri. Dan semakin hari perasaan itu kian menebal tatkala mengingatkan diri yang sering terleka hanyut dibawa perasaan palsu yang penuh dengan pendustaan. Tiba-tiba, saat jari jemari tergerak-gerak menekan butang-butang huruf pada papan kekunci, hati terus membebel sendiri. Kenapa bila bersendiri, hati bisa menangis dan kenapa bila berdua atau beramai hati mudah je ketawa? Adakah kerana diri ini tidak cukup disayangi atau dihargai oleh tuannya? Sungguh tidak adil! Sepatutnya, diri perlu diberi keutamaan dalam setiap hal. Diri ini sudah lama berdua dengan diri sendiri sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Dirilah peneman setia yang sejati. Ke mana diri ini pergi, di mana saja diri ini berada, diri ini jugaklah yang akan sentiasa bersamanya saat suka mahupun duka. Kini, jawapannya sudah terang lagi nyata. Mulai dari saat ini, masa untuk diri sendiri perlu dilebihkan lagi berbanding masa bersama dengan orang lain. Mulai dari saat ini juga, diri akan dilatih untuk cuba ketawa tika ia bersendirian walaupun melakukannya hampir-hampir mustahil. Tapi diri percaya, tiada apa yang mustahil dengan kuasa Ilahi kerana hati ini jugalah, Dia yang kawal. 

Wallahua'lam.

Wednesday, 13 March 2013

Please




I just want to live a happy and carefree life and most importantly,
I badly want to smile again. Please. Bring me back my smile.

:'(

"Falling in love is when...," says Ibn Hazm


~Bismillah~

#Some of the symptoms are...

-The lover gazing at the beloved unblinkingly; his eyes follow the loved one's every movement, withdrawing as he withdraws, inclining as he inclines, just as the chameleon's stare shifts with the shifting of the sun

#Some signs of love...

1-The lover will direct his conversation to the beloved even when he purports
2-When the loved one speaks, the lover listens with rapt attention to his every word; he marvels at everything the beloved says; he believes him implicitly even when he is clearly lying; agrees with him though he is obviously in the wrong, etc.
3-The lover hurries to the spot where the beloved is at the moment; endeavours to sit near to him as possible 
4-Sudden confusion and excitement betrayed by the lover when he unexpectedly see the one he loves coming upon him unawares, that agitation which overmasters him on beholding someone who resembles his beloved or on hearing his name suddenly pronounced
5-A man in love will give prodigally, to the limit of his capacity, in order that he may show off his good points and make himself desirable
6-When a woman fall in love with a man, it's like "the miser opened his purse strings, the scowler relaxed his frown, the coward leapt heroically into the fray, the clod suddenly become sharp-witted, the boor turned into the perfect gentleman, the stinker transformed into the elegant dandy, the sloucher smartened up, the decrepit  recaptured his lost youth, the godly gone wild, the self-respecting kicked over the traces-and all because of love! 
7-The lover almost entreating to hear the loved one's name pronounced, taking an extreme delight in speaking about him
8-A fondness of for solitude and a pleasure in being alone 
9-Sleeplessness is a common affliction of lovers
10-The lover loving his beloved's kith and kin and the intimate ones of his household, to such extent that they are nearer and dearer to him than his own folk, himself and all his familiar friends
11-Weeping is a well-known sign of love, except that men differ very greatly from one another in this particular. Some are ready weepers; their tear-ducts are always overflowing and their eyes respond immediately to their emotions, the tears rolling down at a moment's notice. Others are dry-eyed and barren of tears 
12-When the lover is unsure of the constancy of his loved one's feelings for him, perpetually on his guard in a way that he never troubled to be before; he polishes his language and he refines his gestures and his glances
13-The way the lover pays attention to the beloved; remembering everything that falls from his lips; searching out of all the news about him, so that nothing small or great that happens to him may escape his knowledge; following closely his every movement

 #Some of the outward signs and tokens of love (that usually attack our youths today) are including...

Abundant and exceeding cheerfulness at finding oneself with the beloved in a narrow space and a corresponding depression on being together in a wide expanse; to engage in a playful tug of war for anything the one or the other lays hold of; much clandestine winking; leaning sideways and supporting oneself against the object of one's affection, endeavoring to touch his hand and whatever part of his body one can reach, while engaged in conversation; and drinking the remainder of what the beloved has left in his cup, seeking out the very spot against which his lips were pressed. 

#Some contrary signs of love...

When they love each other with and equal ardour and their mutual affection is intensely strong, they will turn against one another without any valid reason, each purposely contradicting the other in whatever he may say; they quarrel violently over the smallest things, each picking up every word that the other lets fall and wilfully misinterpreting it. All these devices are aimed at testing and proving what each is seeking in the other. Now the difference between this sham, and real aversion and contrariness born of deep-seated hatred and inveterate contention, is that lovers are very quickly reconciled after their disputes. You will observe them to have become best of friends once more. When you see a pair of lovers are behaving in such a fashion, you will be convinced that there lies between them a deep and hidden secret-the secret of true love. Take this then for a sure test, a universally valid experiment: it is the product only of an equal partnership in love and a true concord of hearts.

**All are taken from Ibn Hazm's article, "Falling in Love" in The Dove's Necklace

p.s.: What is love? Only those who have experienced it will know how to define it and able to differentiate between true love and false love. Wallahua'lam.

Monday, 11 March 2013

I'm struggling for the best part of my life.


~Bismillah~

It has been three weeks since the incident. It's still fresh in my memory, I can tell. In sha Allah, I'm still gathering some strengths out of myself and never stop asking from Allah to give me some more. I'm still praying, alhamdulillah, submitting myself fully to Allah and asking Him to forgive me for all my sins so that I can easily forgive others too. Alhamdulillah, although I cried a lot for what had happened to me, yet I can still accept my fate for it admits that everything happens for a good reason. With that, I keep telling myself that there're always wisdoms behind everything and of course only He knows things that are beyond our knowledge for His knowledge is extremely wide. 


These seven cardinal rules in life have definitely touched my heart and my life seems to be affected by it. You know what, even until now, at this moment, I'm still struggling to let go of the past although my heart feels so heavy in doing it and try to force myself to create a new chapter of my life that contains only sweet memories and added with some sugar of happiness and a pinch of sadness. However, it won't work. Sometimes things just won't work if it's done by force. Nope! Never! It needs to be done with a sincere heart. With a pure heart. Say in my case, I'll only be able to close my old book and open a new one if and only if I'm ready for it. If not, all my effort will be worthless. Useless. Hopeless. Whatever you might call it. That's why, I've no choice. I need more time to heal every wound inside my heart. You know, my heart is bleeding every moment one single 'message' entered my inbox. It's so hurtful. It's not because of the person who was sending it but it's because of the content. The content of the message didn't portray the person whom I know at all. It's like I always tell   myself, "It's not him who  sent you the message, Zmah. It's too harsh" and I believed that as if I pretended I didn't know the sender. The language used was so harsh and direct and the tone, as I read it, was like punching me on the face. It feels like my heart had just been hit by an arrow. It's too painful to read those kind of messages. But, I tried to be strong. I tried to sound as nice as possible. Being patient, is the path that I chose. I don't want to be mad at the person, I've no rights. He did nothing wrong to me. That's the path that he chose and who am I to stop him from making a decision that will surely lead him to achieving   his  goals? He chose to be this way because he thinks that this is the best for we both. He wants to become sucessful and so do I. So, I accepted with an open heart. What should I be angry about? But there's one thing for sure, when one door closes two doors open and Allah knows precisely which door I'm going through in order to enter the best part of my life and I have faith in what He's doing. To add, what I will get by the end of the journey is also His secret. I wouldn't know any single thing about it. My job now is just to forgive, forget and follow the flow. Aha, not just that! Usaha-Dua-Tawakkal are my bekalans. I say to myself everytime I wake up from my slumber, "Always well" and things will run smoothly according to His plan.

So, no more giving up. No more upset. No more anger.
But tears will keep on running down the cheeks.
It's not a weakness. It's an identity.

Relieved.

Berdua lebih baik, bertiga berempat lebih baik lagi!


~Bismillah~

Semalam, makan malam dengan En dan Kak Yusfa. Sekali-sekala dapat lepak bersama, memang seronok. Seronok sangat bila hidup berteman ni. Taklah rasa sunyi. Sekurang-kurangnya, bila ada teman untuk berbicara, dapatlah kurangkan sikit rasa sunyi di hati. Destinasi makan malam, di Kafe Asma'. Jamu ais krim dulu sebelum makan makanan berat. En belanja! Baiknya hati En! Semoga Allah memberkati setiap kebaikannya. Zmah rasa seronok sangat berada di samping orang-orang yang Zmah sayang dan juga menyayangi Zmah. Zmah rasa tenang. Zmah menjadi diri Zmah sendiri setiap kali bersama dengan mereka. Sebab mereka semua ni adalah orang-orang yang sangat memahami Zmah dan menerima Zmah apa adanya. Mereka menerima Zmah dalam hidup mereka sebagai Wan Hazimah yang sebenar. Tiada kepura-puraan. Tiada penyamaran. Zmah bersyukur sebab Allah pertemukan Zmah dengan orang-orang baik ni. Dalam banyak-banyak sahabat, En dan Kak Yusfalah yang paling rapat dengan Zmah. Bak kata Kak Yusfa, "Kita ni, ibarat tiga serangkai kan? Macam akak dengan adik beradik akak. Bila salah seorang tak ada, kitorang rasa macam ada yang tak kena. Macam ada something yang kurang." Macam tu jugaklah yang kami rasa bila salah seorang daripada kami tiada bersama. Adakah ini keterikatan hati yang dilandaskan cinta kepada-Nya? Mungkin. Tiada keraguan lagi. Memang sah hati ni dah terkena panahan cinta lagi. Cinta apa? Cinta persahabatan! Alangkah indahnya perasaan ini. Di mana ada En, di situ juga ada Kak Yusfa. Di mana ada Kak Yusfa, di situ juga ada Zmah. Di mana ada Zmah, di situ ada En. Kami ni dah jadi macam satu jasad yang lengkap. Tiada satu anggota, jasad ni terasa lemah tak berdaya. Tak ada kekuatan. Tapi sudah tentulah ada masanya kami perlu bersendirian. Namun, hati kami tetap saling mengingati.


Berbalik kepada cerita asal, lepas saja makan malam bertiga di Kafe Asma', En terus pulang ke rumah. Zmah mengajak Kak Yusfa pergi Kiosk Asma' kejap. Keluar je dari Kiosk, terduduk dan terlepaklah balik di pondok luar Kiosk. Tak sangka perbualan kami berlarutan sampai jam 12 tengah malam! Dahsyat tak dahsyat! Bila dah bersama, memang susah sangat nak melepaskan. Itulah indahnya perhubungan dalam Islam. Sambil-sambil sembang dengan Kak yusfa, sebelum Zmah mula curhat tentang apa yang jadi pada diri Zmah baru-baru ni, Kak Yusfa bersuara, "Kita ni memang ada masanya perlu berteman jugak kan?" Zmah pelik. "Maksud akak?" "Cuba tengok sisters tu. Diorang pun perlu berdua juga. Maksudnya manusia ni tak boleh sorang-sorang. Ada masanya kita perlukan juga teman untuk kita meluahkan perasaan dan masalah." Dalam hati Zmah sangat setuju dengan Kak Yusfa. Zmah adalah salah satu contoh manusia yang sangat-sangat tak boleh bersendirian. Zmah perlukan teman untuk berkongsi rasa dan pendapat. Kalau memang dah tak ada sangat teman manusia yang nak mendengar, makhluk-makhluk Allah yang lain yang akan menjadi mangsa Zmah. Tapi jika difikirkan kembali, siapa yang sepatutnya menjadi pendengar nombor satu setiap permasalahan kita? Allah bukan? Jadi, satu benda yang Zmah belajar, sebelum curhat pada orang lain, curhat pada Allah dulu sebab Allah adalah penyebab kepada semua yang terjadi pada diri kita. Manusia lain tiada hak untuk tahu dulu sebelum Allah mendapat hak-Nya. Tapi nak kata kat sini, bagi Zmah, berdua itu lebih baik. Tapi kalau dapat bertiga, berempat, berlima atau selebihnya, itu lebih baik lagi. Makin ramai teman, makin kurang beban kesedihan yang ditanggung. Kepada mereka yang suka hidup bersendiri, carilah teman walaupun seorang, sebab berdua itu lebih baik dari berseorangan.

Berdua denganmu... pasti lebih baik... (Acha Septriasa)


"Bila kita nak bersahabat dengan orang, janganlah kerana kelebihannya tapi kita bersahabat dengan orang biarlah kerana kelemahannya. Kenapa? Sebab, kalau kita bersahabat dengan orang kerana kelebihannya, boleh jadi bila kita nampak satu kekurangannya, kita akan mejauhinya."
~Kak Yusfanadia

"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinya."
~Kata-kata Hikmah

;)


Menangislah. Usah malu.


~Bismillah~

Tangisan. Ianya terhasil apabila jauh di lubuk hati yang paling dalam tersakiti. Tangisan adalah sesuatu yang bukan dibuat-buat. Ia tidak boleh dipaksa keluar. Hanya orang yang benar-benar terluka hatinya yang dapat menghasilkan tangisan semula jadi. Dalam tangisan tiada paksaan. Orang yang hatinya kebal, sukar menangis. Orang yang hatinya keras ibarat batu amat sukar sekali mengalirkan air mata walau setitis. Bukan kerana dia tidak menginginkan tapi kerana hatinya kuat mengharungi setiap pahit getir ujian kehidupan. Apa pun cabaran yang mendatang tidak pernah menghalang dia daripada terus berjuang. Tapi tidak pula orang yang mudah menangis itu hatinya tidak kuat. Cara dia menangani masalah yang dihadapi sudah tentu jauh sekali bezanya dengan orang yang sukar menangis. Menangis bukan tanda dia mempamerkan kelemahan diri tapi baginya, air matalah kekuatannya. Baginya, air mata jualah penawar yang paling mujarab mengubati luka hatinya yang kian berdarah dan membengkak. Jika dia tidak menangis, hatinya akan lebih membengkak dan kemungkinan akan terus bernanah! Bagi orang sebegini, ia sangat bahaya! Jadi, dia perlu menangis bagi mengurangkan sedikit duka di hati. Jika tidak, ia akan terus menderita dan merana menanggung beban kesakitan yang kian menghimpit hatinya.


Pada sesetengah mata masyarakat, orang yang menangis tampak manja dan mengada-ngada. Tapi sebenarnya tidak! Kadangkala orang yang kerap menangis ini lebih tabah berbanding dengan orang yang kurang tangisannya dan menangis juga ada kelebihannya yang tersendiri. Tak percaya? Kajian saintifik membuktikan air mata adalah satu satu ciptaan Tuhan yang boleh merembes keluar setiap kuman yang berada dalam jasad manusia. Air kencing saja tak cukup untuk menghalau pergi kuman dari badan kita. Oleh itu, air mata turut diciptakan bagi membantu manusia untuk mengekalkan badan yang sihat. Tapi, menangis yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jika terlalu kerap menangis, mata bisa menjadi buta. Nanti langsung tidak boleh melihat kebesaran ciptaan Tuhan lagi. Kan rugi macam tu. Sebaik-baiknya, bersederhanalah dalam menangis. Bermaksud, menangislah pada perkara-perkara yang perlu ditangiskan sahaja. Janganlah menangis pada perkara yang sia-sia atau tiada ertinya. Air mata yang Tuhan jadikan ini tinggi nilainya. Kalau dibazirkan pada hal-hal yang tidak sepatutnya ditakuti kita akan ketandusan air mata untuk menangisi setiap dosa kita pada Tuhan. Tapi jika hati sudah tidak mampu lagi untuk bertahan atau menanggung kesakitan, maka menangislah. Itulah yang sebaik-baiknya. Keluarkanlah segala yang terbuku di hati. Usah dipendam. Usah biarkan ia bersarang lama-lama dalam hati itu takut ia menjadi parut yang tidakkan bisa dibuang selama-lamanya.


Aku gemar menangis. Air mata, teman sejatiku selamanya.

:')

Sunday, 10 March 2013

Our personality through our favorite colors =D


~Bismillah~

One day, while my friend and I were texting messages through our phones...

"Enti tahu tak warna kegemaran kita ni melambangkan personaliti kita?"
"Really?"
"Warna feveret enti apa?"
"Biru, coklat dan pink."
"Wah, satu combination yang menarik!"

So, out of curiosity, I made a Google search about this... and these are the results of our personality
based on our favorite colors;

My colors, my presonality...


Blue: Soft, soothing, compassionate and caring, Blue is the color of deliberation and introspection, conservatism and duty. Patient, persevering, conscientious, sensitive and self-controlled, Blues like to be admired for their steady character and wisdom. They are faithful, but are often worriers with somewhat inflexible beliefs and can be too cautious, and suspicious of flamboyant behavior.


Brown: A Brown person has stamina and patience, tending to be very solid and substantial, conscientious, dependable, steady and conservative. Browns are not impulsive, and may be inarticulate and tactless but they love responsibility and are reliable and kindly. If you chose Brown, watch out for a tendency to 
be obstinate and inflexible.




Gray: The color of caution and compromise, diligent Grays search for composure and peace and often work hard without reward. Older Grays like life to run on an even keel with few ups and downs. Young Grays may be withdrawing from life and suppressing their personalities. Grays often have good business ability 
and tend to work too much.


Pink: This color embodies the gentler qualities of Red, symbolizing love and affection without passion. Women who prefer Pink tend to be maternal. Pink desires protection, special treatment and a sheltered life. Pink people require affection and like to feel loved and secure, perhaps wanting to appear delicate and fragile. Pink people tend to be charming and gentle, if a trifle indefinite.

However, generally, I love earth colors and allow me to conclude that earth colors symbolize the maturity of a person... So, I'm a mature person! Yippeee! :P

My friend's colors, my friend's personality...


Blue: Soft, soothing, compassionate and caring, Blue is the color of deliberation and introspection, conservatism and duty. Patient, persevering, conscientious, sensitive and self-controlled, Blues like to be admired for their steady character and wisdom. They are faithful, but are often worriers with somewhat inflexible beliefs and can be too cautious, and suspicious of flamboyant behavior.


Black: Dignified and impressive without being showy, Black people want to give the appearance of mystery, but their preference may also indicate a suppression of desires and worldly aims, suggesting hidden depths and inner longings.


Maroon: Harsh experience has probably matured the Maroon person into someone likable and generous. It is often a favorite color of someone who has been battered by life but has come through. It indicates a well-disciplined Red personality—one who has had difficult experiences and has not come through unmarked but who has grown and matured in the process.


Green: The color of harmony and balance, Green symbolizes hope, renewal and peace, and is usually liked by the gentle and sincere. Greens are generally frank, community-minded people, fairly sociable but preferring peace at any price. Green people can be too self-effacing, modest and patient, so they may get exploited by others. They are usually refined, civilized and reputable.

What about yours? I'm eager to know your favorite colors and how they portray your true self. 
Check it out here and do share with me about it.

;) 

Thursday, 7 March 2013

Sakura


~Bismillah~

I miss my sakura. I don't know why. It happened all of a sudden.
Thinking of sakura, makes me smile.
Knowing sakura is one of the most precious gifts.
Longing to me meet sakura is ever my dream.

I hope one day, I'll be able to meet sakura in person.
No more staring at it through pictures.
Surely one day this dream of mine will become true.


Looking at the Mountain Sakura in mist
I miss a person who looks at the Sakura
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . ~ Kino Tsurayuki


This heart of mine
Will not leave the blossoms
Of one pretty tree
-Sonshi 1356

"Mr. Sakura, how are you, today?"

Wednesday, 6 March 2013

Speaking of "bullshit"... get the books!

 ~Bismillah~

Yesterday, he talked a lot about politics, about mahasiswa and anything related to it. 
I don't want to comment on it, seems I'm not a politics expert.
If you want to know more about Malaysian politics and the condition of our beloved country,
just get his books now!

But all I can say about his talk yesterday, it was OSEM! And Kee Thuan Chye had opened
my eyes about being a good citizen of her country.


;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails