About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Aku mahu jadi cantik!

~Bismillah~

Apa khabar sayang? Sihat? Alhamdulillah... kita dah nak masuk Ramadhan yang ke-17 kalau tak silap Zmah. Dah khatam Al-Quran? Atau masih berlumba-lumba untuk khatam? Atau masih merangkak-rangkak pulun sebanyak juzu' yang mungkin? Yang mana satu? Kalau anda tanya Zmah, Zmah termasuk dalam kategori yang ketiga. Masih merangkak-rangkak lagi nak kejar sampai setengah juz sebab memandangkan kita pun sudah berada dalam pertengahan Ramadhan. Harap-harap sempatlah ya. Insya-Allah.

Sepatutnya nak sambung lagi tadarrus Al-Quran. Tapi Zmah harap Allah izinkanlah Zmah menulis di sini sekejap, memandangkan Zmah pun dah lama sangat tak update cerita di sini, kan? Sekali-sekala curi masa untuk meluahkan rasa hati, apa salahnya? Moga Allah redha.

Entri kali ni bukan lagi luahan hati 'si anak kecil' tapi sedikit perkongsian yang Zmah rasa dah selalu sangat kita dengar tapi selalu juga kita lupakan. Sebabnya satu je. Sebabm kita jarang mengamalkannya. Tapi tak apa. Kalau hal ni tak terjadi, maka takkan wujudlah istilah tazkirah tu. Fungsi tazkirah tu sendiri adalah untuk mengingatkan orang-orang tentang kebaikan, kan? Jadi, dalam bulan yang mulia ni juga, Zmah tak nak ketinggalan menjadi salah seorang daripada mereka yang sume memberi peringatan dan kata-kata yang baik pada orang lain. Zmah harap, anda masih sudi membaca ya.

Kalau dilihat pada tajuk entri Zmah kali ni, "Aku mahu cantik!" yang si lelaki mesti rasa offended. "Entri ni mesti khas untuk wanita saja," kata hatinya. *senyum. Tidak semestinya, sayang. Cantik itu maksudnya sangat subjektif. Dari sudut pandangan pakar linguistik bahasa, "cantik" membawa erti lawa mahupun kacak. Maksudnya, "cantik" ni kita boleh gunakan untuk menjelaskan keadaan sesuatu benda atau seseorang manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Perkataan 'cantik,' tidak hanya untuk kaum hawa saja, malahan kaum adam pun boleh kelihatan cantik. Cuma, cara kita menonjolkan kecantikan kita masing-masing mungkin berbeza. Tapi, petua dan panduan untuk menjadi cantik itu sama saja sebenarnya dan petua-petua nak menjadi cantik tulah yang Zmah akan kongsikan dalam entri kali ni.

Sebenarnya, baru sebentar tadi Zmah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang hamba Allah yang berhati baik di dinding Facebook. Artikel itu sebenarnya berkenaan dengan mandi wajib. Alhamdulillah, Zmah tak ada masalah pemahaman tentang rukun-rukun dan cara-cara mandi mandi wajib yang betul. Jadi, benda tu hanya sekadar revision je untuk Zmah. Tapi apa yang lebih menarik perhatian Zmah ialah tips-tips tambahan yang dikongsikan tentang bagaimana ingin kelihatan atau tampak cantik dan menarik tanpa perlu berbelanja lebih.

Nak tahu? 
Teruskan membaca ya.

Antara tips-tips atau petua-petua menjadi cantik yang dikongsikan penulis ialah:-

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.   

(copy & paste)

Haa... senang tak nak jadi cantik? Senang, kan? Tak perlu keluarkan sesen pun. Tak perlu berbelanja mahal-mahal untuk menjadi seorang yang cantik sebenarnya. Tapi kalau kita masih nak beli produk-produk kecantikan diri, itu pilihan kita. Terpulang pada kita. Zmah pun masih beli dan pakai produk-produk kecantikan tertentu untuk tujuan kesihatan dan kecantikan sebagai salah satu usaha Zmah untuk tampil cantik dan sihat. Tak salah. Tapi, saranan Zmah, kita istiqamah amalkan petua-petua di atas juga ya supaya hasilnya lebih effektif. Tak salah cuba dua-dua cara ni. Dan jangan lupa jaga tingkah laku sebagai Muslim dan Muslimah yang baik. 

Selalulah pesan pada diri bahawa, "Aku membawa Islam dalam diriku." Tunjukkan imej Islam yang cantik itu dengan berpenampilan cantik yang tidak mendatangkan riya' dan 'ujub di hati. Dan lagi satu, katakan juga pada hati bahawa, "Aku adalah Al-Quran bergerak." Ke mana saja kita pergi, kita membawa mesej-mesej Al-Quran dalam hati kita. Tonjolkan mesej-mesej Al-Quran tersebut dengan mengamalkannya sehingga menjadai contoh teladan yang baik bagi mata-mata yang melihat kita di luar sana. Berakhlak dengan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah tercinta ialah salah satu bentuk da'wah terbaik yang akan memukau kebanyakan orang Islam untuk lebih mengenali Islam dengan lebih dekat.




Akhir kata dari Zmah untuk malam ni, jom sama-sama jadi cantik! 
Cantik di mata manusia, lebih cantik lagi di mata Allah swt.
"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."
Jadi, jangan segan dan jangan takut untuk menjadi cantik.
Allah lebih sayang... tapi dengan syarat, sentiasa perbaharui niat dan sentiasa jaga hati,

Wallahua'lam.

p/s: Tadarus, tadarus jugak. Pulun, pulun jugak. Tapi tadabbur ayat jangan lupa ya. Itu lebih penting.

Selamat meneruskan ibadah puasa :D

Wednesday, 29 May 2013

saya sayang ibu saya

~Bismillah~

Sabda Nabi SAW (maksudnya): "Redha Allah terletak redha kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan kedua ibu bapa." 
(HR at-Tirmidzi)

Seorang lelaki bertemu dengan Nabi SAW lalu bertanya (maksudnya): "Bolehkah saya berjihad?" Nabi SAW bertanya: "Adakah kamu mempunyai ibu bapa?" Jawab lelaki tersebut: "Ya, ada." Maka Nabi SAW bersabd: "Berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya."
(HR Bukhari)

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Hurairah RA berkata (maksudnya): "Datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak untuk aku melakukan kebaikan kepadanya?" Jawab Nabi SAW: "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Siapa pula selepas itu?" Jawab Nabi: "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Siapa pula selepas itu?" Jawab Nabi: "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Siapa pula selepas itu?" Jawab Nabi: "Bapamu."


====================================


Kenapa susah sangat kita nak ambil telefon canggih kita, touch screen lagi tu untuk dail nombor ibu dan ayah kita; tanya khabar mereka, berborak dengan mereka, ajak mereka makan ke apa ke? Kalau kita duduk dekat, contoh, sesiapa yang belajar di UIA, kalau rumah dekat area-area Gombak jugak, susah sangat ke nak balik pergi jenguk sekejap mak dan ayah tu? Tengok mak dan ayah sihat ke tak, ada masalah ke tak dekat rumah. Ni tak. Apa yang kita utamakan ialah kerja kita berbanding orang tua kita yang dahagakan kasih sayang kita, yang dok asyik menunggu kita, merindukan kita.

Pernah seorang sahabat mengingatkan saya tentang rindu ibu bapa pada kita. Masa ni, kami di Nilai. Saya cakap dekat dia yang saya macam tak nak selalu sangat balik. Nak fokus studi. Kemudian, dia nasihatkan saya, "Zmah tau tak, kalau kita buat mak dengan ayah kita rindu lama-lama, kita berdosa tau. Boleh jatuh anak derhaka!" Nadhubillah. (Menangis kuat-kuat dalam hati)

Da'wah memanglah satu kewajipan. No matter what, we just can't run away from the responsibility. Tapi tanggung jawab kita pada orang tua kita tetap kita akan galas sampai kita mati. Nanti masa exam final di akhirat nanti, siap kena interview lagi dengan Allah dan kalaulah Allah cakap, "Ok. Engkau sangat bagus sebab engkau dah jalankan da'wah dan tanggung jawab engkau pada masyarakat engkau dengan baik sekali. But what about your parents? Apa yang engkau dah buat untuk membahagiakan ibu dan ayah engkau?" Haa.... masa ni dah tak ada dah nak garu-garu kepala ke atau pandang-pandang jeling-jeling orang sebelah tau. Apa kita nak jawab dengan Allah nanti bila semua tanggung jawab kita dah setel cuma tanggung jawab yang boleh tahan juga besarnya kita tak setel? Tanggung jawab pada orang tua! Apa alasan nak bagi dekat Allah nanti? Dan even kita ada alasan pun, ingat Allah nak terima ke? Ingat Allah nak redha ke? TAK! Allah takkan redha pada kita kalau ibu dan ayah kita sendiri tak redha dengan kita. Kan Nabi pun ah cakap dekat atas tu! Kenapalah kita n susah sangat nak faham????

Entahlah. Tapi ada satu je jawapannya.................. EGO.
Bila kita buat salah, sikit pun tak nak mengaku. Balik-balik, mak ayah juga yang kena mengalah.

(Terasa sungguh dhaifnya diriku ini. Terkenang segala kata-kata dan perbuatan yang pernah aku lakukan hingga pernah menyakiti hati mak)

Apalah sangat yang diminta dan diharapkan oleh seorang ibu selain kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya? Betullah kata orang. Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya, tapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Dan saya kesal dengan diri saya sendiri kerana saat ini, saya masih belum dapat menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayah saya. Wala macam mana pun, saya harap Allah masih memberi ruang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan diri.


"Mak, Imah sayang mak!"

Wednesday, 20 March 2013

Mengumpat... best sangat ke? Erk...

~Bismillah~

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil berteriak-teriak."

(Hadith riwayat al-Tabrani dan lain-lain)

*Allahuakbar! Seramnya!

Sabda Rasulullah saw lagi:

"Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: Seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat itu tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya."

(Hadith riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)

*Buat salah dengan Allah, in sha Allah, mudah nak dapatkan pengampunan Allah sebab Allah tu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Tapi kalau buat salah pada manusia, jangan sembarangan. Bila kita tak meminta maaf dari mereka dan lagi pula kalau mereka tak maafkan kita, kita sangat sangat rugi. Baru nak melangkahkan kaki masuk ke syurga Allah, dah kena keluar balik sebab ada bisnes yang masih belum setel.


Rasulullah saw menerangkan pula maksud mengumpat dalam sabda baginda:

"Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?" Sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Ujar Rasulullah saw lagi: "(Mengumpat ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya." Lalu ditanyakan: "Bagaimana ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?" Jawab Rasulullah saw: "Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya dan tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya (memfitnahnya)."

*Kalau kita ceritakan sesuatu tentang saudara kita dan memang benda tu ada padanya, maknanya kita telah mengumpatnya. Kalau kita ceritakan sesuatu tentang saudara kita dan ia tak ada pun dalam dirinya, maksudnya kita dah memfitnahnya. Jadi, daripada bercakap tentang orang lain, baiklah kita cakap tentang diri sendiri je. Boleh muhasabah apa-apa yang patut. Ya tak?

Tiga sekali hadith Nabi saw yang Zmah bawakan yang menerangkan tentang bahayanya mengumpat. Tapi Zmah tertanya-tanya, sebagai muslim, bukannya kita tak tahu mengumpat tu haram hukumnya tapi kenapa  kita ni masih suka mengumpat atau nama glamornya, bergossip! Sedap sangat ke kita mengunyah-ngunyah daging saudara kita tu? 

Tepuk dada, tanya iman dan hati masing-masing. Zmah pun sama jugak.

Peringatan buat semua. Wallahua'lam.

Wednesday, 13 February 2013

Gerun

~Bismillah~

Firman Allah yang mengecam dan mengutuk orang-orang yang berkata apa yang tidak dikerjakannya: 

"Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." 
-(Al-Saff: 3)

Rasulullah saw menceritakan tentang nasib orang-orang yang perbuatannya bertentangan dengan perkataannya:

"Seorang lelaki di hari kiamat kelak digiring dan dicampakkan ke dalam neraka, maka terkeluarlah isi perutnya. Ia berpusing-pusing mengelilingi perutnya seperti keldai mengelilingi kincir-air. Ketika itu, berkumpullah penghuni-penghuni neraka melihat lelaki itu, lalu berkata: 'Wahai si fulan, tidakkah engkau dahulunya menyuruh yang ma'ruf dan menghalang yang mungkar?' Lelaki itu menjawab: 'Ya, memang benar, aku dahulunya menyuruh orang melakukan yang ma'ruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya, aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya.'"

Gerun tak? Gerun, kan? Atau masih belum gerun? Kalau masih belum gerun, sila baca firman Allah dan sabda Nabi saw di atas sebanyak enam kali. Sure gerun punya! Tapi kalau masih belum gerun jugak, itu tandanya something wrong dengan hati kita. Sebelum tidur nanti, sesi muhasabah diri, check balik hati ya.

---------------------------------------------------------

Sambil-sambil tengah baca buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Penda'wah, hasil tulisan Fathi Yakan, Zmah sampai juga ke halaman 150 dan 151, di mana letaknya dua ayat di atas.

Pertama kali menatap setiap perkataan yang ada dalam firman Allah dan sabda Rasulullah ni, terus buat hati Zmah bergetar. Perasaan gerun tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam jiwa. Dengan serta-merta, masa tu jugaklah Zmah teringatkan semua tazkirah yang Zmah kongsikan dengan anda di FB, Blog dan dalam semua video Zmah di YouTube.

Zmah nak ingatkan ni...

Tolonglah jangan ingat seorang manusia yang sentiasa memberi peringatan kepada manusia lain ini sudah cukup sempurna dari semua segi. Zmah juga manusia biasa macam anda juga. Walaupun Zmah kerap berkongsi rasa, pendapat dan ilmu-ilmu yang Zmah ada di FB, Blog dan juga YouTube, adakalanya Zmah sendiri terlupa dan terleka dengan isi dunia. Hidup kita ni ibarat sebuah kereta dan hati kita pula ibarat tangki minyaknya. Bila kereta bergerak sana sini, minyak kereta pun makin lama makin sedikit sebab kita banyak guna ia ke sana dan ke mari. Jadi, kita perlu sentiasa isinya dengan minyak baru supaya kereta kita boleh bergerak semula. Sama juga macam hidup kita ni. Kita ke sana ke mari memberi kata-kata nasihat, berkongsi-kongsi ilmu di dada dengan orang lain sehinggakan kita sendiri lupa untuk top-up iman dan hati kita dengan ilmu-ilmu baru dan peringatan-peringatan daripada manusia lain. Sebab, kita dah selalu sangat mengingatkan orang lain kembali kepada Allah sampaikan diri sendiri pun terabai, sedangkan kita sepatutnya perlu mentazkirah diri sendiri dulu sebelum bertazkirah kepada orang lain. (maaf kalau analogi kereta dan minyak tu tak sesuai)

Tapi sejujurnya Zmah cakap, bila teringatkan firman Allah dan sabda Rasulullah ni, Zmah jadi betul-betul takut. Macam mana kalau peringatan Zmah pada anda semua jadi sia-sia? Sebab kadang-kadang kita ni tak perasan atau lupa yang kita tak buat (walaupun tak semua) apa yang kita cakapkan. Tapi, bila difikir-fikirkan balik, kalau nak takut saja tanpa buat apa-apa tak guna jugak, kan? So, kita kena do something supaya kita sentiasa beringat bahawa setiap yang keluar dari mulut kita tu, semuanya kita buat. Dengan erti kata lain, kita bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, sebab setiap butiran perkataan kita itu takkan lari daripada pengetahuan Allah. Meaning to say, Allah akan uji balik semua yang telah kita katakan kepada orang lain ke atas diri kita balik. Dan lagi satu, apa yang Zmah faham ialah mu'min yang baik adalah mu'min yang sentiasa aware dan beware dengan setiap perkataan dan perbuatannya. 

Walaupun mustahil, sekurang-kurangnya kita boleh berusaha, kan? Cuba dulu, baru tengok hasilhnya macam mana nanti... :)


Haa lagi satu Zmah nak ingatkan. Penting ni...

Andai saja anda nampak Zmah buat apa-apa dosa atau kesalahan ATAU anda perasan yang Zmah tak buat pun sepertimana apa yang Zmah cakapkan, Zmah mohon sangat-sangat agar anda cepat-cepatlah tegur Zmah ya. Kalau tak, habislah terburai isi perut Zmah di neraka nanti (na'udhubillah). Yalah, macam Zmah cakap tadi. Zmah ni pun manusia biasa yang bukan saja berfungsi untuk mengingatkan orang lain tentang Islam tetapi Zmah juga manusia yang perlu diingatkan dari semasa ke semasa. Kita semua sama saja di mata Allah. Zmah ingatkan anda dan anda pun ingatkan Zmah jugak. Fair and square! Barulah kita ni saling melengkapi.

p/s: Jom berdoa agar Allah memberkati dan meredhai setiap amal ibadah kita. Semoga berjumpa di syurga!

Wallahua'lam.

Thursday, 7 February 2013

Simple

~Bismillah~

Assalamualaikum semua. Harapnya semua sihat-sihat saja hari ini. Apa aktiviti anda pada hari ini? Bagi pelajar-pelajar UIA, mesti masih sibuk dengan add and drop, kan? Zmah pun masih menunggu keputusan EAW niha. Tak tahu ke section mana Zmah akan dicampakkan. Tapi apa-apapun Zmah doakan agar Allah permudahkan segala urusan kita ya, terutamanya bagi mereka yang sama-sama dengan Zmah yang sepatutnya nak grad dah sem ni. Harapnya, tidak hanya kerana satu subjek je, kita tersangkut. Tak dapat nak grad. Menangis tak sudahlah nampaknya kita nanti. Kepada mereka yang masih bercuti, selamat meneruskan percutian anda. Ingat pesan Zmah, masa cuti ni bukan masa untuk berehat sakan sampai lupa nak beribadah.  Nak rehat boleh, sebab cuti memang untuk rehat... tapi tapi tapi... tidurnya jangan overdose tau! Tak produktif nanti. Hehe.

Hari ni, Zmah nak kongsikan satu benda menarik dengan anda semua. Sebelum tu, Zmah nak kita sama-sama fikir tentang sesuatu. Pernah tak kita fikir yang hanya kerana sekecil-kecil perkara, kita boleh masuk ke syurga dan sekecil-kecil perkara kita boleh terjunam ke lembah neraka? Haa... hari ni, kita tak payah fokus pada benda besar-besar ya, sebabnya, benda yang besar-besar selalunya kita nampak. Kita sedar benda tu. Tapi selalunya benda yang kecil-kecil nilah yang kita sering terlepas pandang dan pernah sampai tak perasan langsung. Kadang-kala, kita tak terfikir pun yang sekecil-kecil amalan yang kita buat hanya kerana Allah swt akan lebih mendekatkan kita dengan syurga-Nya dan tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beruntung... dan... sekecil-kecil amalan yang kita buat kerana selain-Nya akan pastinya menarik kita ke neraka-Nya dan sekaligus menjadi orang-orang yang rugi... na'udhubillah.

Tak percaya cakap Zmah? Ok. Sekarang, jom kita sama-sama baca hadith ni. Ini kisah menarik ya dan sesuai dengan tajuk entri Zmah kali ni, "Simple." ^_^
 
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada suatu ketika, kami duduk bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba baginda bersabda:

"Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian." Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar. Pada esok harinya, dalam kesempatan yang sama, Rasulullah saw pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah orang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ketiga, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga.

Apabila Rasulullah saw beredar, 'Abdullah 'Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya: "Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama tiga hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh itu, nescaya saya akan turut saudara pulang." "Baiklah, saya sudi," jawab lelaki itu.

Anas ra meriwayatkan bahawa 'Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama tiga malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun solat malam. Cuma apa yang dilihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan di tempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah swt dan bertakbir, sehinggalah akhirnya ia bangun menunaikan solat Fajar.

'Abdullah menambah: "Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja." "Apabila berselang tiga malam, maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya," kata 'Abdullah. "Selepas itu, aku pun berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada apa-apa sengketa dan pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah saw menyebut perihal dirimu sebanyak tiga kali. Baginda berkata: "Sekarang tampil menjengol seorang ahli syurga." Tiap-tiap kali orang yang muncul itu ialah saudara. Lantaran itulah, saya ingin menumpangkan di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tetapi saya tidak nampak saudara melakukan apa-apa amal yang besar. Apakah yang menyebabkann saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah saw itu?"

Jawab lelaki itu: "Tidak ada apa-apa yang saya lakukan selain dari apa yang telah saudara lihat."

Kata 'Abdullah: "Ketika saya berpaling dan beredar, lelaki tersebut memanggil saya dan berkata lagi: "Tidak ada apa-apa yang saya lakukan kecuali apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang Islam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang telah saya meningkatkan martabat saya.""

(Hadith riwayat Ahmad dengan sanad perawi, mengikut Al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasa'i)-Buku: Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, ms. 30-31.

Nampak tak? Nampaklah, nampaklah... :P

Apa yang Zmah boleh simpulkan ialah, lelaki Ansar yang disebut oleh Nabi saw sebagai ahli syurga dalam hadith di atas tak buat apa-apa amalan besar pun (contohnya, bangun tahajjud seperti yang diexpectkan oleh 'Abdullah tadi) yang memungkinkan beliau untuk mendapat pas ke syurga Allah. Hanya kerana amalannya yang kecil, iaitu tidak menyimpan dalam hati hasrat menipu orang Islam yang lain serta tidak juga menyimpan sedikit pun rasa dengki terhadap sesiapalah yang telah melayakkan dirinya untuk mendapat gelaran ahli syurga. Hebat tak?

Maksudnya dekat sini, bukanlah kita perlu berhenti buat amalan besar-besar. Sekadar peringatan bahawa pertama, kita masuk syurga Allah bukan kerana banyak mana atau besar mana amalan baik yang kita buat sehari-hari. Tapi kita masuk syurga Allah dengan keredhaan-Nya, rahmat-Nya. Tanpa redha dari Allah, amalan-amalan kita will be nothing! Zero! Keduanya, jangan pernah sesekali kita memandang remeh amalan-amalan baik yang kecil-kecil seperti yang dilakukan oleh lelaki Ansar di atas. Sebab, sekecil-kecil perkara dan sebesar-besar perkara takkan pernah lari daripada pengetahuan Allah swt. Allah ambil kira semuanya. Sebab tu kita kena berhati-hati dalam beribadah. Dan ketahuilah, dengan rahmat Allah, sekecil-kecil amalan mampu untuk mengeluarkan kita atau menyelamatkan kita dari neraka Allah.

So, adakah kita masih nak meremehkan amalan-amalan baik yang kecil-kecil? Tak kisahlah, besar mana pun amalan kita, kecil manapun amalan kita apa yang penting ialah kita mesti ikhlas lillahi ta'ala dan istiqamah dengan amalan tersebut. In sha Allah, ibadah kita akan menjadi lebih berkat.


Jadi, moh le kita sama-sama cek balik amalan-amalan kita dan tanya balik pada hati kita seikhlas mana dan seistiqamah mana kita dengan amalan-amalan yang kita buat tu. Bukan ke Nabi saw pun dah bersabda dalam satu hadith baginda, mafhumnya, amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan? 

Mula dengan amalan-amalan yang simple, sebab daripada amalan-amalan yang simple tulah akan wujud pula amalan-amalan yang lebih complex but fun! 
Betulkan niat, refresh hati dan start muhasabah diri. In sha Allah, kita takkan rugi! ^_<

Sekian dulu dari Zmah untuk hari ni. Kalau sudi, share-sharelah dengan kawan-kawan lain ya.

Take care, luvs! Bereh sokmo!! 

Tuesday, 11 December 2012

JOM Berubah!

~Bismillah~

Assalamulaikum warahmatullah. Alhamdulillah. Finally, it's raining today. Betullah kan... rain is one of Allah's so-called utusan which sends berita gembira to all His servants. So, jangan merungut setiap kali hujan turun okay? Because raining brings happiness. It gives peace. So, be grateful when Allah still sends rain to us. 1000 of praises only for Allah. Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.

Alhamdulillah also, I'm back to share with you some of my thoughts today. Fyi, we just ended our last daurah just now. Seriously, I'm going to miss it but we soon are going to meet again next semester with the new identities. In sha Allah.

This morning, before Abg Nwar sent me to AIKOL, where the daurah was held, I got the guts to read the second chapter of Life is an Open Secret by Zabrina A. Bakar. Although I've the book for many times, but the contents never make me feel bored and always attract to kepp reading it whenever I can. So, alhamdulillah. So, the second chapter of the books stresses on how we should decide our path wisely. Meaning, as Muslim we must always have mission and vision in life. We know what we are going to do and what we are going to be in the future. Well, Sis Zab didn't exactly mention these words but that's what I understood from the gist of the chapter, generally.

Why do we have to have mission and vision in life? It's to ensure that everything we do is worth while and we won't waste our time doing things which don't benefit us at all. And, as long as we're given chance by Allah to improve ourselves, we should do so. We cannot expect other people to change us and most importantly, we cannot expect Allah would do the changes for ourselves. Because it is obvious that Allah Himself had mentioned about this in His Holy Book:

This is because Allah has never changed a favor which He has conferred upon a people until they change their own condition; and because Allah is Hearing, Knowing. (Al-Anfal 8:53)

And what is more precious is that when Sis Zab mentioned another verse which said that if we go back to Allah, Allah will definitely grant us a success. Isn't that what we want the most in this life as well as the life in the Hereafter? Below is the verse:

Turn toward Allah, O believers, every one of you, so that you may be successful. (An-Nur 24:31)


                                                                                                                               

However, in the chapter, what had attracted me the most was the story shared by Sis Zab concerning the importance of we make some changes within ourselves, in other words, improve ourselves to become a better person. The story was about a man and his street and it consisted of five scenes with an analogy worth sharing.

The story goes like this:

Scene 1:
I walk down a street, and there's a deep hole in the sidewalk. I fall in. It takes forever to get out. It's not my fault.

Scene 2:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It still takes a long time to get out. It's my fault.

Scene 3:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It's becoming a habit. It is definitely my fault. I get out immediately.

Scene 4:
I walk down the same street and see the deep hole in the sidewalk. I walk around it.

Scene 5:
I walk down a different street.

My analysis based on the analogy:

Scene 1:
As I walk down a street, I see a deep hole. I fall in.
= As I live my life, I commit a mistake. I lose.

Scene 2:
I walk down the same street and I fall in the hole again. 
= I commit the same mistake for the second time.

Scene 3:
I still use the same street and fall into the hole again. 
= I do the same mistake again, for the third time-I'm such a forgetful person.

Scene  4:
I'm still walking down the same street. I see the hole but I just walk around it.
= For all this while, I realize that I've been doing the same mistake repeatedly. So, I try to discover the factors that influence me committing the mistake. From there, I learn something.

Scene 5:
I walk down a different street.
= I've found the way to correct my mistake. I replace with something else-good deed/good actions. I;ve changed!

Can you see what I'm trying to explain here? If you still can't see it, I urge you to read the analogy followed by my analysis more than six time. I bet you'll understand. Dr. Subra said, "If you want to understand something, you should read it at least six times." Lol.

But my point here is that, if we fed up with ourselves and so the people around us, there is something wrong with us and we need to detect what are the weaknesses that we want to improve. Remember, it's not too late to change. As long as we're given the continuous life and time, we always have the opportunity to make some changes within ourselves in order to become the most  successful person in this world as well as in the Hereafter. In sha Allah.

"...Allah has never changed a favor which He has conferred upon a people until they change their own condition..." and you know what to do next.


SELAMAT MAJU JAYA! JOM BERUBAH!

Monday, 26 December 2011

Muhasabah exam


Designed by Sister Masturah (QYC) ^^


Salam.

Semakin hari semakin berdebar-debar rasanya hati ni.
Peperiksaan akhir semester 1 sesi 2011/2012 semakin menghampiri. 
Rasa macam tak percaya, kan?
Pejam-celik, pejam-celik kita dah pun sampai ke penghujung semester.

Di hujung-hujung sem ni, 
masih ada lagi mereka yang membanting tulang, menyiapkan assignment yang diberikan oleh lecturer.
Tak lupa juga mereka yang sedang mengerah otak, mengingat fakta-fakta penting yang dipelajari
semasa di dalam kuliyyah sebelumnya.

Buat latihan soalan-soalan peperiksaan yang lepas-lepas, discussion bersama rakan-rakan dan bagusnya
mereka yang masih consult dengan lecturer di saat-saat akhir ni; meminta tips-tips penting exam di samping memohon doa dan restu mereka sebelum melangkahkan kaki ke dalam dewan peperiksaan.

Sambil mengulang kaji pelajaran, menjengah sekejap di laman IIUM dan melihat jumlah carry mark yang didapati setakat ni. Dengan carry mark yang ada dalam genggaman sekarang ni, rasa-rasanya cukup ke tak untuk dapatkan A (at least lulus) dalam semua subjek?

Bukan itu persoalannya, sebab dapat A ke B ke B+ ke hatta LULUS sekalipun, semuanya bukan bergantung kepada jumlah carry mark semata-mata. Banyak hal lain yang menjadi faktor kepada kejayaan kita dalam meraih sesuatu.

Antaranya,

hubungan kita dengan Allah,
  • solat kita macam mana? (solat di awal waktu atau menangguh-nangguh)
  • berapa banyak kita berzikir setiap hari?
  • konsisten tak bacaan al-Qur'an kita? 
  • setiap kali sebelum mula belajar, baca doa tak (at least basmalah) dan sudahi tak dengan alhamdulillah?
  • berapa banyak kita berdoa, memohon pertolongan Allah dan keberkatan ilmu, dalam sehari?
  • sejauh mana pengharapan kita pada Allah dalam mengharapkan sesuatu kejayaan?
Sesibuk manapun kita dalam membuat persediaan peperiksaan, jangan pernah sekalipun kita mengenepikan hak kita kepada Allah. Hak terhadap Allah seharusnya/sewajibnya kita penuhi sebelum kita memenuhi hak-hak yang lain.

hubungan kita dengan ibu bapa,
  • cuba ingat balik. sejak akhir-akhir ni, ada tak kita bergaduh dengan mak dan ayah kita?
  • sudah minta maaf belum dengan mereka?
  • kalau mak atau ayah kita minta tolong kita, apakah jawapan kita?
  • kalau mak dan ayah call atau minta kita balik rumah, apakah reaksi atau respon kita?
  • pernah tak kita berkasar dengan mereka?
  • sudahkah kita mohon restu dan halal makan dan minum daripada mak dan ayah kita?
Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah atau off-campus, make sure sebelum masuk dewan exam, salam, peluk dan cium mak dan ayah masing-masing. Mohon maaf atas setiap kesalahan kita terhadap mereka dan minta mereka halalkan kasih sayang dan rezeki yang mereka curahkan kepada kita. Restu ibu bapa juga merupakan kunci kejayaan kita di masa depan.

hubungan kita dengan guru/pensyarah
  • dalam kelas, masa lecturer tengah mengajar, kita berborak tak dengan kawan sebelah?
  • dalam assignment kita, berapa percent kita plagiat?
  • sejauh mana rasa hormat kita pada lecturer kita?
  • pernah tak kita bergosip tentang lecturer kita dengan kawan-kawan kita?
  • ada tak kita buat sesuatu yang menyinggung perasaan lecturer kita?
  • dah minta maaf belum dengan lecturer kita bila kita buat salah pada mereka?
Kita selalu dengar ungkapan "guru ibarat lilin yang membakar diri menerangi alam." Tapi sejauh mana pemahaman dan penghayatan kita pada ungkapan ni? Tanpa guru, siapalah kita. Tanpa mereka, dari manalah kita nak dapat ilmu yang banyak. Kalau bukan kerana mereka, tak masuklah kita dalam universiti, kan? Jadi, jangan hampakan mereka. Jangan musnahkan harapan mereka untuk melihat kita berjaya. Jangan lupa juga mendoakan kesejahteraan mereka dan keluarga.

hubungan kita dengan manusia lain,
  • macam mana hubungan kita dengan adik-beradik dan kawan-kawan kita?
  • masih ada tak lagi adik-beradik atau kawan-kawan kita yang kecil hati dengan kita?
  • ada tak adik-beradik/kawan-kawan kita yang berdendam dengan kita tanpa kita sedari?
  • pernah tak kita melukakan hati mereka?
  • kalau kawan kita minta tolong kita ajarkan subjek yang dia tak faham, macam mana respon kita?
  • pernah tak kita buat sesuatu di belakang (luar pengetahuan) kawan kita?
  • dah minta maaf belum dengan kawan-kawan kita?
Kawan atau sahabat merupakan salah satu anggota badan kita. Tanpa sokonga, dukungan dan pertolongan mereka, kita bukanlah sesiapa. Kalau kita ada menyakiti hati mereka tanpa sempat meminta maaf dengan mereka, jangan haraplah Allah nak bagi kita kejayaan yang kita impikan sangat tu. Jadi, sebelum masuk dewan exam nanti, sama-samalah bermaaf-maafan sesama kita ya.

hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain,
  • adakah kita buat baik dengan alam dan tumbuh-tumbuhan?
  • pernah tak kita buat sesuatu yang merosakkan alam?
  • cuba ingat balik. ada tak sejak akhir-akhir ni kita cemarkan alam dengan membuang sampah merata-rata?
  • pernah tak kita menyakiti kucing-kucing terbiar dan kelaparan dekat kafe HS atau kafe mahallah?
Alam, binatang dan tumbuh-tumbuhan pun makhluk Allah yang deserve kasih sayang dan layanan yang baik dari manusia macam kita. Jangan kita lupa, setiap penduduk langit dan bumi ni sentiasa berzikir pada Allah dan dengan izin Allah, mereka yang akan mengaminkan setiap doa hamba Allah yang bertakwa dan juga memohon keampunan dari Allah untuk setiap dosa yang kita buat dalam hidup. Jadi, sayangilah mereka sebagaimana kita menyayangi saudara semakhluk kita yang lain. Penuhi hak-hak kita terhadap mereka.




Nah... amacam? Dah terkena belum?
Sebelum exam besar mula, mari kita muhasabah diri masing-masing.
Tanya pada diri, dah betul-betul bersedia ke belum nak hadapi exam ni?
Spiritual, fizikal dan mental...

Opps, lagi satu! 
Jangan lupa jaga kesihatan diri baik-baik. Jangan asyik study je sampai lupa hak-hak badan kita.
Rehat secukupnya dan berhentilah for about 15 minutes untuk pergi beriadah.
Otak perlukan rehat yang secukupnya supaya dia boleh proses semua maklumat yang masuk.
Minum air masak banyak-banyak dan makan kismis untuk dapat ingatan yang kuat dan sihat.

Wallahua'lam.

Salam sayang dari Zmah.

ALL THE BEST TO ALL ^_^

Saturday, 10 December 2011

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?




Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.






Wednesday, 9 November 2011

Perkongsian: Kita merancang, Allah juga merancang


Salam.

Tadi, aku baru saja lepas membelek-belek majalah Solusi Isu No. 37. Tiba-tiba terbuka pula halaman 58. Tajuk artikel yang ditunjukkan dalam halaman itu menarik perhatianku. "Kita Merancang, Allah Juga Merancang." Tapi aku tak baca pun keseluruhan artikel tu pun. Yang aku baca ialah sebuah cerita yang dibawakan oleh penulis berkenaan dengan tajuk yang tertera.

Bila aku baca sekali lalu cerita ini, hatiku benar-benar tersentuh. Ada mesej yang cuba disampaikan oleh penulis melalui cerita yang ringkas ini. Benarlah juga kata orang. Bila kita baca sesuatu yang berkait rapat dengan diri kita, ia akan lebih terasa dan lebih senang nak serap terus ke dalam otak dan hati. Nak aplikasikan ke dalam kehidupan seharian pun gampang. Jadi menurutku, kisah ini sangatlah kena dengan situasi yang sedang kualami saat ini. Tak tahulah kena ke tak dengan kamu.

Okey, okey. Jangan buang masa. Mari aku ceritakan kepada kamu. 

Cerita ini mengenai dua batang pokok besar yang tumbuh bersama-sama dalam sebuah hutan.

Ceritanya begini. (diadaptasi oleh Zimah Zaiwani)



Kisah Jaja dan Jiji

Dalam sebuah hutan yang hijau, terdapatlah dua batang pokok yang tumbuh dan membesar bersama-sama di atas sebuah bukit. Katakanlah yang satu namanya Jaja dan pokok yang satu lagi namanya Jiji.

Pada suatu hari, Jaja dan Jiji berbual-buallah sesama mereka. Banyak jugalah yang mereka bualkan. Alah, masa-masa senggang macam nilah baru syok nak borak-borak. Jangan lupa, pokok juga makhluk Allah dan mereka sentiasa berzikir kepada-Nya. Tapi ada masanya mereka pun perlu bersosial juga sesama mereka. Macam manusia. He he he. Gurau saja.

Tapi hari tu, mereka bukanlah berbual-bual kosong, sebaliknya mereka saling membicarakan tentang cita-cita dan angan-angan masing-masing. Tengok, pokok pun ada angan-angan. Hebat, kan?

Berikut adalah perbualan mereka berdua.

Jaja: Jiji, aku harap suatu hari nanti bila dah sampai masanya aku ditebang, aku nak jadi peti simpanan hartalah. Aku akan diisi dengan emas, perak dan barang-barang kemas yang bergemerlapan dan indah-indah. Lepas tu, semua orang akan memuji-muji keindahanku dan kecantikanku. Wah seronoknya!

Wah, tingginya impian Jaja ni. Bangga pula tu dengan impian dia yang entahkan jadi atau tidak tu. Hmm, tak apa, tak apa. Kita tengok pula apakah impian Jiji.

Jiji: Oh ya? Besar sungguh cita-cita kau tu, Jaja. Hmm, kalau aku pula, bila dah sampai masa aku kena tebang nanti aku mengimpikan untuk menjadi sebuah kapal yang besar dan teguh. Aku akan bawa raja dan permaisurinya belayar merentas lautan sehingga ke hujung dunia, kau tahu! Lepas tu, semua yang ada di atasku akan berasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan tubuhku.

Waduh-waduh, boleh tahan juga impian Jiji ni, kan? Samalah mereka ni. Dua kali lima aje. Tak salah sebenarnya pasang cita-cita yang tinggi dalam hidup. Tapikan, persoalannya adalah adakah semua yang kita hajatkan itu akan menjadi kenyataan? Ya, Allah Maha Memberi lagi Maha Penyayang. Tapi bukan ke Allah lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk hamba-hamba-Nya?

Hmm... fikirkan sejenak. Okey-okey, tak apa. Kita habiskan dulu cerita Jaja dan Jiji ini. Lepas tu kita diskusi balik ya.

Beberapa tahun pun telah berlalu dengan pantasnya. Tengok, betapa pantasnya masa memotong kita. Akhirnya, datanglah sekumpulam pembalak. Setelah ditinjau satu hutan tu, mereka telah memilih Jaja dan Jiji untuk ditebang dan dijadikan kayu.

Jaja dan Jiji apa lagi. Bukan main seronok lagi mereka ni, sebab dah tak sabar-sabar nak tunggu cita-cita mereka dipenuhi. Namun, apa yang terjadi terbalik pula dengan apa yang mereka impikan. Sampai saja di tempat tukang kayu, Jaja dipotong dan digergaji untuk dijadikan sebuah kotak kayu biasa. Kegunaannya adalah untuk dijadikan bekas makanan untuk haiwan ternakan. Jadi, ia diletakkan dalam sebuah bangsal. Manakala si Jiji pula sampai ke limbungan kapal. Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil bagi kegunaan nelayan menangkap ikan.

Aduh, hancur berkecai harapan Jaja dan Jiji ni. Betapa kecewanya mereka ni. Tapi dah takdirnya begitu, mereka turutkan sajalah.

Nak dijadikan ceritanya, tiga tahun pun berlalu. Jaja dan Jiji makin lupa pada cita-cita dan angan-angan mereka sebelumnya. Mereka hanya terus menjalankan hidup sebagai benda yang baru dan berkhidmat untuk manusia.

Pada suatu hari, adalah sepasang suami isteri yang entah dari mana tiba di bangsal, tempat kotak kayu (Jaja) duduk. Dekat bangsal tu, si isteri melahirkan seorang bayi yang sangat comel macam Heliza. Tapi dekat situ pula tak ada tempat yang sesuai bagi si ibu untuk meletakkan anaknya yang baru lahir dan sedang merengek-rengek itu. Bila terlihatkan sebuah kotak kayu (Jaja) yang kosong berdekatan dengan mereka, si ibu lalu meletakkan bayinya di dalamnya. Hanya kotak itu sajalah yang dapat beri keselesaan pada si kecil itu. Jaja rasa terharu sangat sebab dirinya sangat diperlukan manusia ketika itu.

Sekarang barulah Jaja sedar yang walaupun dia tak dapat dijadikan peti simpanan harta dengan kilauan emas dan permata, namun dia sedang memegang sebuah "harta" yang lebih bernilai, iaitu seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa namun bila dia besar dia akan berbakti kepada kedua orang tuanya. Jaja terharu dan bersyukur dengan apa yang Tuhan telah jadikan dia sekarang.

Macam mana pula dengan jiji? Apa jadi dengan hidup dia sekarang?

Haa, Jiji pula telah digunakan oleh sekumpulan nelayan. Suatu hari, mereka telah pergi ke tengah samudera untuk menangkap ikan. Tiba-tiba, mereka dilanda ribut yang maha hebat. Lautan yang dari tadi kelihatan tenang semakin mengganas. Jiji yang hanya merupakan sebuah bot kecil terumbang-ambing atas lautan itu dihempas badai. Jiji rasa dirinya semakin lemah dan tak mampu nak menyelamatkan para nelayan yang berada di atasnya. Kesian kan Jiji? Tapi walau macam manapun, Jiji terus kuat dan bertahan sedaya yang boleh. Apa yang mendorong Jiji untuk terus kuat adalah kesungguhan salah seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada kawan-kawan nelayan yang lain untuk terus bertahan menentang gelombang.

Dengan izin Allah, ribut yang kuat tadi pun akhirnya reda juga. Suasana kembali tenang seperti biasa. Alhamdulillah. Sambil tersenyum, nelayan tu pun berkata, "Alhamdulillah, kita semua selamat." Jiji yang menghadapi pahit getir peristiwa itu bersama-sama mereka berasa amat bangga dan gembira sebab walaupun dia tak dapat jadi sebuah bahtera yang besar, tapi hanya sebuah bot yang kecil, ternyata di dalamnya berdiri seorang "raja" yang lebih gagah dan berjasa daripada raja yang dia fikirkan sebelumnya.


Picture taken from: http://popoks.deviantart.com/gallery/?offset=24#/d4csa02


Ulasan kisah

Amacam? Nampak tak mesej yang disampaikan dalam kisah Jaja dan Jiji ni?
Jom kita berbalik kepada persoalan di atas; adakah semua yang kita hajatkan itu akan menjadi kenyataan? Okey. Aku jawab sekarang.

Jawapannya, ya dan tidak.

Aku rasa ada je sekelompok manusia yang beruntung atas muka bumi ni. Maksudku, beruntung dari segi apa saja yang mereka hajatkan akan diperkenankan Allah. Dan dalam masa yang sama, ada juga manusia yang Allah jadikan mempunyai nasib yang berbeza dengan sekelompok manusia tadi. Apa yang mereka hajatkan, Allah tak kasi.

Tapi, cuba kita fikirkan sejenak. Dalam dunia ni, Allah hanya beri kita dua pilihan dan terserah kepada kita untuk memilih yang mana kita rasakan bersesuaian dengan diri kita dan akan membuat kita bahagia sekalian dapat bantu kita untuk mencapai redha-Nya.

Pilihan pertama: Kita mengimpikan banyak benda dalam hidup ni dan kita harap Allah akan perkenankan, walau tak semua tapi sekurang-kurangnya separuh daripada impian kita tu jadi kenyataan. Sebab kiranya tu pun dah kira cukuplah untuk kita. Dengan izin Allah, semua yang kita hajatkan tu Allah perkenankan juga. Tapi, ada dua kemungkinan yang bakal kita hadapi. Satu, ia mungkin akan memudaratkan diri kita sepanjang kita masih hidup atas dunia ni. Dua, kita tak akan berkesempatan dapat yang lebih baik di akhirat sebab Allah dah kasi awal-awal kat dunia.

Pilihan kedua: Kita mengimpikan banyak benda dalam hidup ni dan kita harap Allah akan perkenankan, walau tak semua tapi sekurang-kurangnya separuh daripada impian kita tu jadi kenyataan (sama macam ayat di atas ya). Tapi, atas kehendak Allah, kita tak dapat apa yang kita hajatkan. Fuh, kita pun frustlah menonggeng sebab kecewalah tak dapat apa yang kita nak. Tapi, dalam pilihan kedua ni juga, ada dua kemungkinan yang kita akan hadapi. Satu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lain tapi masih berkaitan dengan apa yang kita hajatkan. Dua, Allah akan berikan sesuatu yang jauh lebih baik lagi di akhirat atas kesabaran kita tak dapat di dunia. Fulamak, syoknya!

Cuba kita renungkan pula firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216, maksudnya:

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Sesungguhnya Allah Mengetahui sedang kamu tidak ketahui."

Ulasannya, mungkin kita akan rasa sedih sangat sebab kita tak mampu nak dapatkan apa yang kita nak. Yalah, siapa yang tak sedih kan. Kadang-kadang aku pun frust kot bila tahu semua yang aku hajatkan Allah tak bagi. Tapi, bila teringatkan firman Allah ni, aku jadi terfikir sendiri. Allah yang ciptakan kita semua. Jadi, Dia lebih tahu sebenarnya apa yang baik untuk kita dan apa yang buruk untuk kita sebab mungkin kita masih belum mengenali diri kita dengan sebenar-benarnya, tapi Allah itu lebih kenal kita. Pasal, dia menjadikan kita daripada tiada kepada ada, betul tak?

Aku pernah terbaca dalam sebuah buku yang ditulis oleh Burhan Sodiq. Dalam salah satu bab dalam buku tersebut, beliau ada mengatakan bahawa Allah akan berikan sesuatu kepada manusia bersesuaian dengan fitrahnya. Atau dengan erti kata lain, Allah akan berikan sesuatu kepada manusia berdasarkan apa yang dia hajatkan dan apa yang dia inginkan selagi mana ia tidak bertentangan dengan fitrahnya sebagai seorang manusia dan tidak lari dari batas agama. Apa yang aku nak kata di sini ialah Allah jugalah yang hadirkan rasa keinginan terhadap sesuatu ke dalam hati kita semua. Percaya tak? Tak percaya, sedeyh.  Kiranya ini adalah hubung kait tentang hubungan Pencipta dan yang dicipta. Nampak kan yang kita ni ada hubungan atau bond yang sangat rapat dengan Pencipta kita sendiri, iaitu Allah s.w.t. Subhanallah.

Jadi, berdasarkan dua pilihan di atas, agak-agaknya, yang manakah jadi pilihan kita semua? Pilihan aku... biarlah rahsia. Ha ha ha.

Tapi apapun, nasihat aku, kita janganlah terlalu kecewa jika tak dapat sesuatu di dunia ni. Tak salah kalau hajatkan sesuatu tapi dengan syarat kita sendiri perlu sentiasa berlapang dada dengan takdir Allah kepada kita. Kalau kita tak berlapang dada, tak ada apa yang kita bisa dapatkan selain kekecewaan dan kesedihan saja dan ini sebenarnya lebih bahaya. Takut kalau kita semakin menjauhkan diri dari Allah sebab makan hati dengan-Nya sebab tak beri apa yang kita nak. Sebaik-baiknya, macam nilah. Kita terus hajatkan apa saja yang kita nak tapi latih diri untuk sentiasa  redha dengan apa saja pemberian-Nya kelak. Insya-Allah, bukan kecewa tapi syukur yang kita akan dapatkan. Boleh?

Akhir kalam, kalau tiba-tiba kamu hadapi situasi macam Jaja dan Jiji macam dalam kisah tu, cubalah berbalik semula kepada ayat al-Qur'an di atas. Baca dengan penuh penghayatan. Bila kita betul-betul menghayati ayat yang ringkas ni, kita akan dapat rasakan dalam hati yang pada saat itu Allah sedang memujuk kita dengan ayat-ayat cinta-Nya.

Wallahua'lam.

^__^

Tuesday, 16 August 2011

Tazkirah: Azab bagi orang yang berbuka puasa sebelum waktunya





























Salam.


Dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Apa khabar saudara pembaca? Semoga anda masih kuat meneruskan ibadah puasa. Alhamdulillah, sudah 16 hari kita berpuasa, kan? Semoga Allah kuatkan hati kita untuk meneruskan ibadah mulia di bulan mulia ini.

Banyakkan fadhilat yang kita akan dapat kalau kita bersabar ketika berpuasa? Dan sememangnya ibadah puasa mencegah kita daripada melakukan apa jenis maksiat sekalipun. Bersyukurlah dengan kehadiran Ramadan, kerana di bulan-bulan lain, belum tentu kita bisa mampu beristiqamah seperti sekarang. Tapi, apa pun, aku tetap ingin menyarankan agar kita semua tetap istiqamah beribadah kepada Allah, walaupun kita tahu Ramadan bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Insya-Allah.

Hmm, apa agaknya yang aku ingin kongsikan di sini.

Insya-Allah, sekadar ingin berkongsi tazkirah pendek. Tak mengapa, kan? Biar pendek, asalkan input di dalamnya mampu memberikan manfaat kepada saudara pembaca. Semoga apa yang aku sebarkan di sini akan menjadi saksiku di akhirat bahawa aku telah menjalankan salah satu daripada perintah Tuhanku dan sunnah nabiku, iaitu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada munkar.

Sebenarnya, tazkirah ini bukanlah hasil buah fikiranku sendiri. Tapi aku petik daripada majalah Solusi isu 34. Aku yakin, tentu tidak ramai yang membeli majalah lagi. Mungkin ada yang kurang mampu, tak berkesempatan atau lupa. Tapi, tak mengapa. Bak kata Nabi s.a.w. dalam salah satu hadis baginda mafhumnya, sebarkanlah walau sepotong ayat. Jadi, hari ini, aku akan sebarkan. 

Pernah dengar tak ungkapan orang yang berbuka puasa sebelum waktunya akan mendapat azab yang pedih daripada Allah s.w.t.?

Al-kisahnya begini...

Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan pengalaman baginda ketika di bawa oleh dua orang lelaki (mungkin malaikat yang menyamar sebagai manusia) mendaki sebuah gunung.

Kedua-dua belah lengan baginda dipegang oleh dua orang lelaki tersebut dan mereka membawa baginda ke sebuah gunung berbatu. Mereka menyuruh baginda mendaki gunung tersebut, tetapi baginda Rasul memberitahu bahawa baginda tidak bisa melakukannya. Namun, mereka meyakinkan baginda Rasul bahawa mereka akan membantu untuk memudahkan baginda mendaki.

Sampai sahaja mereka bertiga di atas puncak gunung, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. terdengar suatu suara yang sangat kuat. Baginda bertanya kepada dua orang lelaki tadi suara apakah itu. Mereka mengatakan bahawa itulah jeritan para penghuni neraka.

Mereka berdua membawa baginda Rasul ke tempat di mana jeritan itu datang. Di sana, baginda melihat orang yang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan darah mengalir darinya. Rasulullah s.a.w. kemudian bertanya lagi kepada dua orang lelaki itu siapakah orang-orang yang digantung itu. Kemudian mereka mengatakan bahawa mereka itu ialah orang-orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi.

Ngeri, bukan? Azab yang diberikan Allah s.w.t. kepada orang-orang yang berbuka puasa sebelum waktunya? Na'udhubillah. Sebelum berbuka, pastikan kita mendengar betul-betul azan yang dikumandangkan. Kalau sekadar tengok pada jam, ditakuti waktu yang terdapat di jam kita salah. Mungkin cepat beberapa minit atau lambat beberapa minit. Sebaiknya, buka pintu atau tingkap rumah, dan dengar sendiri bilal masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah melaungkan azan ya.

Bagi mereka yang sengaja berbuka puasa awal (sebelum waktu yang ditetapkan), harapnya dapat menahan diri hingga waktu berbuka. Cubalah bersabar. Berpuasa memang memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi ketika menahan perut daripada berlapar. Jangan khuatir. Besar ganjarannya kita akan dapat sekiranya kita berjaya mengawal diri dari makan atau minum ni. Jadi, jangan putus asa, ya.

Tapi kan, bila baca balik kisah ni, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.

Kalaulah orang yang berbuka puasa sebelum waktu pun azabnya dah sepedih ini, inikan pula orang yang tidak berpuasa. Pasti lebih berat, kan? Allahuakbar! Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan yang kita lakukan, ada natijahnya. Sekecil-kecil amal kebaikan, ada ganjarannya dan sekecil-kecil kejahatan akan ada juga balasannya. Semuanya tidak akan dapat lari daripada pengetahuan dan penilaian Allah s.w.t.

Mari kita bermuhasabah diri.

Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails