About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Aku mahu jadi cantik!

~Bismillah~

Apa khabar sayang? Sihat? Alhamdulillah... kita dah nak masuk Ramadhan yang ke-17 kalau tak silap Zmah. Dah khatam Al-Quran? Atau masih berlumba-lumba untuk khatam? Atau masih merangkak-rangkak pulun sebanyak juzu' yang mungkin? Yang mana satu? Kalau anda tanya Zmah, Zmah termasuk dalam kategori yang ketiga. Masih merangkak-rangkak lagi nak kejar sampai setengah juz sebab memandangkan kita pun sudah berada dalam pertengahan Ramadhan. Harap-harap sempatlah ya. Insya-Allah.

Sepatutnya nak sambung lagi tadarrus Al-Quran. Tapi Zmah harap Allah izinkanlah Zmah menulis di sini sekejap, memandangkan Zmah pun dah lama sangat tak update cerita di sini, kan? Sekali-sekala curi masa untuk meluahkan rasa hati, apa salahnya? Moga Allah redha.

Entri kali ni bukan lagi luahan hati 'si anak kecil' tapi sedikit perkongsian yang Zmah rasa dah selalu sangat kita dengar tapi selalu juga kita lupakan. Sebabnya satu je. Sebabm kita jarang mengamalkannya. Tapi tak apa. Kalau hal ni tak terjadi, maka takkan wujudlah istilah tazkirah tu. Fungsi tazkirah tu sendiri adalah untuk mengingatkan orang-orang tentang kebaikan, kan? Jadi, dalam bulan yang mulia ni juga, Zmah tak nak ketinggalan menjadi salah seorang daripada mereka yang sume memberi peringatan dan kata-kata yang baik pada orang lain. Zmah harap, anda masih sudi membaca ya.

Kalau dilihat pada tajuk entri Zmah kali ni, "Aku mahu cantik!" yang si lelaki mesti rasa offended. "Entri ni mesti khas untuk wanita saja," kata hatinya. *senyum. Tidak semestinya, sayang. Cantik itu maksudnya sangat subjektif. Dari sudut pandangan pakar linguistik bahasa, "cantik" membawa erti lawa mahupun kacak. Maksudnya, "cantik" ni kita boleh gunakan untuk menjelaskan keadaan sesuatu benda atau seseorang manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Perkataan 'cantik,' tidak hanya untuk kaum hawa saja, malahan kaum adam pun boleh kelihatan cantik. Cuma, cara kita menonjolkan kecantikan kita masing-masing mungkin berbeza. Tapi, petua dan panduan untuk menjadi cantik itu sama saja sebenarnya dan petua-petua nak menjadi cantik tulah yang Zmah akan kongsikan dalam entri kali ni.

Sebenarnya, baru sebentar tadi Zmah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang hamba Allah yang berhati baik di dinding Facebook. Artikel itu sebenarnya berkenaan dengan mandi wajib. Alhamdulillah, Zmah tak ada masalah pemahaman tentang rukun-rukun dan cara-cara mandi mandi wajib yang betul. Jadi, benda tu hanya sekadar revision je untuk Zmah. Tapi apa yang lebih menarik perhatian Zmah ialah tips-tips tambahan yang dikongsikan tentang bagaimana ingin kelihatan atau tampak cantik dan menarik tanpa perlu berbelanja lebih.

Nak tahu? 
Teruskan membaca ya.

Antara tips-tips atau petua-petua menjadi cantik yang dikongsikan penulis ialah:-

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.   

(copy & paste)

Haa... senang tak nak jadi cantik? Senang, kan? Tak perlu keluarkan sesen pun. Tak perlu berbelanja mahal-mahal untuk menjadi seorang yang cantik sebenarnya. Tapi kalau kita masih nak beli produk-produk kecantikan diri, itu pilihan kita. Terpulang pada kita. Zmah pun masih beli dan pakai produk-produk kecantikan tertentu untuk tujuan kesihatan dan kecantikan sebagai salah satu usaha Zmah untuk tampil cantik dan sihat. Tak salah. Tapi, saranan Zmah, kita istiqamah amalkan petua-petua di atas juga ya supaya hasilnya lebih effektif. Tak salah cuba dua-dua cara ni. Dan jangan lupa jaga tingkah laku sebagai Muslim dan Muslimah yang baik. 

Selalulah pesan pada diri bahawa, "Aku membawa Islam dalam diriku." Tunjukkan imej Islam yang cantik itu dengan berpenampilan cantik yang tidak mendatangkan riya' dan 'ujub di hati. Dan lagi satu, katakan juga pada hati bahawa, "Aku adalah Al-Quran bergerak." Ke mana saja kita pergi, kita membawa mesej-mesej Al-Quran dalam hati kita. Tonjolkan mesej-mesej Al-Quran tersebut dengan mengamalkannya sehingga menjadai contoh teladan yang baik bagi mata-mata yang melihat kita di luar sana. Berakhlak dengan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah tercinta ialah salah satu bentuk da'wah terbaik yang akan memukau kebanyakan orang Islam untuk lebih mengenali Islam dengan lebih dekat.




Akhir kata dari Zmah untuk malam ni, jom sama-sama jadi cantik! 
Cantik di mata manusia, lebih cantik lagi di mata Allah swt.
"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."
Jadi, jangan segan dan jangan takut untuk menjadi cantik.
Allah lebih sayang... tapi dengan syarat, sentiasa perbaharui niat dan sentiasa jaga hati,

Wallahua'lam.

p/s: Tadarus, tadarus jugak. Pulun, pulun jugak. Tapi tadabbur ayat jangan lupa ya. Itu lebih penting.

Selamat meneruskan ibadah puasa :D

Sunday, 15 June 2014

Tawaran

~Bismillah~

Assalamualaikum Puan/Cik,

Tahniah dan terima kasih atas penyertaan anda di dalam Bengkel Andaman Muslimah 2014 pada 24 Mei, 2014 yang lalu.

Atas penyertaan tersebut, Reem Rias, Perancang Perkahwinan Islami ingin menawarkan kepada anda untuk menjadi Juru Andam Muslimah rasmi kami.

Walau bagaimanapun, tawaran ini dibuka setelah anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:
1. Mengemukakan 3 (TIGA) portfolio wajah yang telah anda andam/tatarias;
2. Mengemukakan resume/CV; dan
3. Menandatangani kontrak/perjanjian dengan Reem Rias.

Anda boleh mengemukakan maklumat pada no. 1 dan 2 ke emel kami reemrias@yahoo.com. Kontrak/Perjanjian akan dikemukakan selepas itu.

Bayaran khidmat bagi setiap sesi andaman ialah RM100.00 

Keperluan mekap bagi melaksanakan tugas sebagai Juru Andam Muslimah di bawah Reem Rias adalah disediakan.

Sekiranya anda berhasrat untuk membuat sewaan keperluan mekap dengan Reem Rias untuk tujuan persendirian, anda bolehlah berhubung terus dengan Puan Azwa di talian 017-8769737.

Harga untuk sewaan keperluan mekap untuk tujuan persendirian ialah RM50.00* dengan bayaran deposit sebanyak RM200.00
* Tertakluk kpd terma dan syarat

Sekian, terima kasih.

Reem Rias
Perancang Perkahwinan Islami
Syariat Diperlihara Rumahtangga Bahagia


*apa yang lebih membahagaiakan selain dapat melakukan sesuatu yang hati inginkan? alhamdulillah, kini diri sudah mula nampak jalan diri untuk ke masa depan kembali cerah. syukur kepada-Mu Kekasih.

Monday, 2 June 2014

A gift


When your world seems to be crumbling, remember that the Almighty will definitely come to your help.

When your road seems to be closed, remember that the Almighty will open many more new roads.

When you are let down by those closest to you, remember that the Almighty never let's you down so make Him even closer.

When you suffer a loss, remember that the Almighty rewards you upon your patience & endurance far more than what you have lost.

When you feel so lonely because everyone has left you, remember that the Almighty will never forsake you.

When you have sinned so much, remember that the Almighty will forgive you if you repent truly & return to His Path.

When you get up every morning, thank the Almighty for giving you another chance to mend your ways before you finally meet Him.

When you are sad, remember to look for the path of He who created you for He Alone can make you truly happy.

Praise Him for indeed All praise is due to the one who loves us so much that He always declares Himself Most Compassionate, Most Merciful!



*This is truly the best gift. Thanks Lola :')

10 things I will do whenever I got messed up, depressed, sad and angry...

~Bismillah~

Everyone has his own unique ways to lessen their stress, sadness and anger.
As for me, these are basically what I'll do whenever I experience those feelings...

10 things I will do whenever I got messed up, depressed, sad and angry about something or someone:-

1- Eat, eat and eat!
Especially when I'm terribly angry about something or even at someone, the best way to cope with that anger is to eat as much as I want! I will just pick up anything as long as it's good and tasty and halal of course, I will eat it with the amount that I could have never taken before and I swear no one would believe I would eat that much. For example, nasi campur, I will eat at least 3 plates of nasi along with the lauk pauk and enjoy the meal as long as my tummy could accept. And as long as I haven't burped, I will continue eating until I'm full. This is one of the privileges a so-called skinny person like me, who is underweight can enjoy which is, no matter how much you eat, you will never gain weight! Aha!

2- Istighfar... seeking for Allah's forgiveness.
I think this is the best way to get rid of the anger which is conquering our heart. By reciting istighfar, it turns us back to our Lord and reminds us that we are just His servantsand we are too small compared to His greatness. It is somehow a wake up call for us to make us realize that no matter how many sins we commit, Allah still loves us and continue giving us His ni'mah and of course, bless our life.

3- Karaoke! Oh yeah!
My mom once told me that singing songs is a good exercise it can prevent us from getting heart disease! This is taken from a research. Yup, I totally agree with that. I don't know why but I think most people aware that singing is one of the best and the most relaxing exercise that anyone can do, especially to remove the stress. Maybe it's because when you sing, you can be all out without concerning about what others might think of how good your voice is because you let everything out of you heart. When you sing, especially a high tone/pitch type of song, like Ziana Zain songs, all the things that burden your heart will absolutely jump out of your heart as well as your body. That's what I always do to entertain myself. But since now I've already run out of money and I have no friends who like to sing as me, so, all I do is to go to the youtube and search for any playlists of my favourite singers. Take my water bottle, and karaoke myself and it feels like I'm singing on the stage in front of my fans. Haaa! It's a very exciting feeling that one could ever experience!

4- Drive the car over the limit!
Well, I'm not gonna elaborate on this but just to share what I normally do when I am angry is that, I'll start the car, and speed the care up to over 120 km. It's kinda dangerous (so don't try this at home). But it's a relief when you can actually express your anger by pressing the car pedals. When I'm doing this, I don't even care about what's going to happen to me at that time. I just leave it to Allah. If I were to die, I'm prepared because even now I can still die anytime if Allah wills. But I don't think it's considered a suicide because it goes back to my intention. I'm not doing that to kill myself, instead I'm showing my anger through driving a car. That's all! Even if I die in a car accident, I don't think anyone would care too.

5- Listen to radio 
When I'm deeply sad about something or someone, I will usually turn on the radio, Lite Fm of course, as it's my favourite channel, and listen to all the English songs. Sometimes I tend to change the channel. I listen to as many songs as possible because when you are feeling lonely and you're listening to songs, you'll feel like the singers of those songs are actually talking to you and they have certain messages that they are trying to deliver to you in their songs. It's such a nice and warm feelings when someone can actually calm you by singing songs. The songs are like my lullaby.

6- Talking to myself
Like a crazy fella! 

7- Cry, cry and cry as much as I want
I think this is the best therapy so far. Crying can ease all the burdens in my heart and it somehow makes all the pains that have been kept inside my heart go away. But the problem is, now, I don't have any shoulders to cry. If I'm a married person, I would definitely look for my husband's shoulders and let my tears to fall on them. I will hug him tightly until all the pain go away and until I feel cool again. But again, I've no husband. So, the only think I have to let my tears stream on it is my pillow.

8- Make-ups!
Actually, I haven't done this method yet. However, it's worth a try. Playing with my make-up set can actually turn me into a younger kid. It brings me back to my childhood whereby I liked to play with my elder sister's lipsticks, eye shadows and blushers. I love to play with colours. So, whenever I feel sad about something or again someone, I will put on a dramatic make-up on my face. I choose either black, blue, green, orange or any dark eye shadows to colour my eyes making them look like ghost eyes and very bright pink blushers to colour both my cheeks. But I don't dare enough to apply dark lipticks on my lips because that's so not me. I'll look evil like a wicked witch or bitch! So, I'd rather not try any dark coloured lipsticks on. Well, by putting on a dramatic make-ups, I shall not worry because I'm wearing glasses anyway and no one would ever notice I'm wearing a horrible make-up ever! unless I put my glasses off :)

9- Sleep..... krohh... kroh..
Sleeping is just the right thing to do when you are in great pressure, terrible anger or even when you are truly hurt or upset by something or someone. Because when you sleep, everything will feel like going away and as you wake up from the sleep, suddenly you feel so fresh and somehow forget everything that had happened to you before that. You kinda like having a short-term memory loss! Oppsssiiieee....

10- Wudhu', solat, and Quranic recitation
No matter how much I'm depressed, sad or angry about something or someone, I never forget my role as a Muslim. Taking ablution, performing solat and reciting Quran are so powerful tools or methods that people from other religions don't own. I'm so lucky to be born as a Muslim because wherever I am or however I am, I could always talk to my God because He's is the Best Listener. He listens to my prayer everyday. Even if I don't speak it out, He still knows everything kept inside. I'm so proud that He's still here with me and He's always there for me when those people are keep stabbing me from the back.

*Bonus: Another way to release my pain, is to shout loudly!

Bye :)

Saturday, 5 April 2014

Rezeki yang turun dari langit

Pernahkan anda mengalami situasi2 seperti ini?
✅ Menghadiri majlis pernikahan/walimah saudara muslimah, namun wajahnya disolek dengan sarat dan berlebihan oleh jurumekap profesional (bahkan kadang-kala maknyah lelaki)?
✅ Rakan muslimah seorang yang tegar mashaAllah, maka di hari pernikahan/walimahnya, dia hanya menyolek dirinya sendiri dengan solekan yg ringan (atau langsung tanpa solekan). Namun disebabkan tiada skil imej yang benar, beliau tampil kusam, tidak bermaya dan wajah yang tidak berseri.
REEM RIAS merupakan Perancang Perkahwinan Islami pertama di Malaysia; akan menganjurkan Kursus Andaman Muslimah antara objektifnya ialah;
💟Mengatasi 2 situasi di atas dengan melahirkan jurusolek muslimah profesional bagi menggantikan jurusolek profesional konvensional. 💟Membantu saudara/rakan muslimah kita tampil dengan imej natural, agar mereka tidak tampil berlebihan (tabarruj), namun wajah tetap berseri dengan sentuhan daripada jurusolek muslimah profesional di hari pernikahan/walimah mereka. 💟 Peluang pendapatan sampingan buat peserta yang mengikuti kursus ini. Sijil akan diberikan. Peserta juga layak untuk membuat attachment dibawah Reem Rias.
KURSUS ANDAMAN MUSLIMAH "Tampil Indah Menurut Syariat"
PENGANJUR ➡ Reem Rias, Islamic Wedding Planner. PELATIH ➡ Pn. Maryam Sakinah Abang Abdullah (Certified Image Consultant) TARIKH ➡ 24 Mei 2014 MASA ➡8.30 pg - 5.30 pg TEMPAT ➡ Pusat Latihan Elmureed, Mutiara Gombak YURAN ➡RM200 (Sijil disediakan)
Hubungi Pn. Azwa (017-876 9737) untuk pendaftaran dan pertanyaan.
DAFTAR SEKARANG! TEMPAT TERHAD.
REEM RIAS Perancang Perkahwinan Islami "Syariat Dipelihara, Rumahtangga Bahagia"
p/s: Ini memang rezeki yang Allah datangkan dari arah yang tidak disangka-sangka. Syukur alhamdulillah... peluang diri untuk berlatih mengandam mengikut syariat masih terbuka luas. Semoga pada hari kejadian, tak ada sebarang program yang datang mengganggu. Mohon Allah permudahkan semuanya.
^_^

Wednesday, 26 March 2014

Indahnya hidup bersangka baik, kan?

~Bismillah~

"hee.... apalah pakai tudung singkat! baju pulak ketat. sakit betul mata yang memandang!"
"harap tudung je labuh tapi duduk-duduk, makan-makan, bergelak ketawa juga dengan lelaki..."
"berkopiah, berserban, tapi melepak lama-lama dekat warung sambil menghisap rokok. mengumpat siapalah tu agaknya..."
"ya Allah, pendeknya tudung!"
"ya Allah, bergaya sangat ni nak pergi mana? nak pancing anak-anak ikan ke?"

astaghfirullah...
hmm... (hati mengeluh sendiri)

hampir setiap hari, diri mesti mendengar cacian, makian dan tohmahan yang dilemparkan oleh sekelompok manusia kepada manusia yang lain...
dan yang lebih menyedihkan apabila diri pernah terjebak dalam kelompok manusia yang suka mengkritik dan menghina orang lain... pada suatu ketika dahulu...
oleh sebab diri selalu ditegur, dilabel dan dihukum tanpa usul periksa, 
diri pun jadi terikut-ikut untuk meneladani sikap mereka yang suka menegur manusia kerana sesuatu tapi tak kena pada tempatnya, melabel manusia sesuka hati dan menghukum mereka tanpa siasat terlebih dahulu
asbab mereka melakukan sesuatu.

terasa diri sangat berdosa dan bersalah kepada mereka semua.
andai diri berkesempatan bertemu mereka setiap seorang yang diri pernah menegur, melabel dan menghukum tanpa usul periksa, 
diri ingin sekali menawarkan kata-kata maaf dengan beberapa titisan air mata tanda penyesalan atas dosa yang pernah dilakukan sebab bila diri sudah terkena, baru tahu betapa peritnya luka itu...

sebagai orang Islam, kita sentiasa diberikan pilihan oleh Allah...
kita ada pilihan untuk menjadi orang baik atau orang jahat...
kita ada pilihan untuk membuat hati kita bahagia atau sedih...
kita ada pilihan untuk menggembirakan orang lain atau melukakan mereka...
bahkan kita juga ada pilihan untuk berfikir yang baik-baik saja tentang orang lain atau sebaliknya...

dan sudah semestinya kita akan memilih sesuatu yang akan memberikan manfaat yang lebih pada diri kita seterusnya membuat hati kita tenang dan bahagia...

diri bagi satu analogi agar kamu faham...

contohnya kamu pergi ke sebuah kedai dan terlihat ada macam-macam jenis bag...
semuanya kamu suka. tapi sudah tentu ada beberapa beg saja yang menambat hati kamu,
lalu kamu buat keputusan untuk membeli beg yang cantik bagi pandangan mata kamu dengan sejumlah wang yang kamu punya. bila dah beli, kamu pun rasa puas dan happy!

sama jugaklah halnya dalam kehidupan kita...
Allah memperluaskan medan kebaikan untuk kita tapi kenapalah kita lebih memilih yang kurang baik atau tak baik langsung untuk kita?

sebenarnya...
bila bercakap tentang menilai orang lain secara zahir, 
kita lebih dahulu memberi penilaian yang buruk-buruk sebelum kita membuat penilaian yang baik-baik...
sedangkan kita ada pilihan untuk bersangka baik terlebih dahulu sebelum bersangka buruk...
tapi still kenapa terlalu sukar untuk kita fikir yang baik-baik saja tentang orang lain.

adakah kita merasakan yang kita sudah terlalu bagus dalam setiap hal?

ramai yang dalam kelompok menegur tanpa usul periksa itu menjadikan statement ini, 
"saya tegur sebab saya care" sebagai satu alasan atau jalan bagi menunjukkan yang dirinya lebih bagus seterusnya menghukum si 'pesalah' tanpa menyiasat terlebih dahulu sebab musabab dia melakukan sesuatu perkara...

diri bukan sebarangan cakap sebab diri sudah terkena dengan golongan sebegini beberapa kali,
dan yang paling ketara ialah diri pernah mendapat teguran yang tak bernas daripada seorang lelaki Muslim yang tak pernah kenal peribadi dan akhlak diri yang sebenarnya.

kenapa diri menerima feedback dia sebagai sebuah hukuman daripada sebuah teguran yang ikhlas kerana, dia tidak siasat dulu latar belakang diri sebelum dia menegur dan dia menegur kesalahan diri dengan cara yang paling tak berhikmah yakni meninggalkan tegurannya di ruang komen agar semua orang dapat membacanya. pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran diri pada waktu itu dan salah satunya ialah,
"adakah dia menegur di ruang komen ini untuk menunjukkan pada orang ramai kebolehan dia berdakwah pada orang lain?" diri cepat2 beristighfar... diri pulak sudah bersangka bukan2 pada dia. diri sangat mengerti. niat dia baik. ingin menegur. tapi dia serkap jarang dan itu buat diri tak berapa senang dengan caranya...

 kisahnya begini...

pernah suatu hari diri post gambar diri dan adik lelaki diri sedang berkaraoke...
diri duduk di sebelahnya dan dia pulak duduk sambil memegang mikrofon. bersiap untuk menyanyi.
sekali, gambar itu mendapat satu komen bernas daripada sahabat diri berjantina lelaki.

"dah nikah ke belum ni?"
dia terus serkap jarang. dia sikit pun tak tanya siapa lelaki itu pada diri. satu-satunya soalan yang dia ajukan ialah sama ada diri sudah bernikah dengan lelaki itu atau belum. diri merasakan yang dia sedang menghukum diri pada saat itu. tapi diri cuba bersangka baik dengan dia. 

"tak nikah." jawapan diri ni sebenarnya cuba nak perangkap dia.
diri ingin lihat apakah respon dia yang seterusnya.

"tak baik lelaki dan perempuan yang belum halal duduk berdua-duaan, rapat-rapat macam ni. boleh jadi fitnah." lebih kurang macam nilah ayatnya. diri tak berapa nak ingat. 

"apa yang tak bolehnya? bukannya buat apa-apapun. duduk sebelah je. bagi ana, tak ada yang salah ana dan dia buat macam tu." sekali lagi diri lontarkan statement yang memerangkap dia.

kemudian dia terus memberikan komen-komennya secara public seolah-olah diri sedang melakukan dosa besar dalam gambar tu dan mungkin juga dia merasakan bahawa di sebalik gambar tu, diri sedang berzina. astaghfirullah! mungkin tak sejauh tu dia fikir. diri saja yang lebih-lebih...

sampailah satu saat diri membalas balik komen-komen dia dengan memberikan hujah-hujah sendiri...
tiba-tiba ada seorang kawan diri turut meninggalkan komennya pada gambar itu...

"ni adik kak zimah!"

diri tersenyum. kadang-kadang penjelasan kita pun orang susah nak tafsirkan. bila datangnya source lain, baru mereka faham. diri pun membalas,

"kenapa? aida nak kenal? boleh akak kenenkan aida dengan dia."
"hee... belajar lagilah kak zimah hehe..."

tak lama selepas itu, sahabat lelaki diri itu pun membalas komen,
"ooo... adik enti ke. kenapa tak cakap awal-awal tadi..."
diri tergelak lagi.
"kenapa enta pun tak tanya dulu? kenapa main serkap jarang je? sedangkan peluang enta untuk bertanyakan siapa lelaki tu pada ana atau apa status hubungan kami sangat terbuka luas."
setelah membaca komen diri ni, dia sudah tidak meninggalkan apa-apa komen di ruangan itu sebaliknya dia beralih ke ruangan inbox.

"ukhti, ana minta maaf sebab terus menegur ukhti tanpa usul periksa. ana tak tahu pun itu adik ukhti."
"tak apa, ana tak marah pun. tapi next time kena sentiasa ingat bahawa nak menegur orang memang dibolehkan tapi harus kena pada caranya. tegurlah secara berhikmah. tanya dulu. siasat dulu latar belakang seseorang. kenal dulu peribadinya. manusia biasanya takkan melakukan sesuatu dosa tanpa sebab. mesti ada faktor-faktor yang membuatkan dia terpaksa atau terdesak melakukannya. tapi golongan macam kita ni cepat je terus menjatuhkan hukuman. itu tak adil bagi mereka. entah-entah boleh membuatkan mereka semakin jauh hati dengan golongan baik macam kita, apatah lagi dengan Islam..."

diri hanya berkongsi pendapat diri dengan dia sebab diri tahu kalau nak dibandingkan dengan dia,
diri ni lagi cetek ilmu. tapi diri bercakap kerana diri selalu diperlakukan macam tu.
tak tahulah. care sangat ke mereka dengan diri ni?
tapi cara mereka menunjukkan care mereka, bagi diri, sangatlah tak wajar.
bila diri buat kesalahan, barulah nak care.
tapi bila diri lakukan sesuatu yang menyumbang, tak ada pula mereka mengatakan atau menunjukkan
sesuatu yang menunjukkan mereka tu menghargai apa yang diri buat.

macam tulah yang diri rasa setiap kali kena tegur.
dan yang lebih menyakitkan apabila kebanyakan yang pernah menegur  diri itu
semuanya lelaki. masa tu, diri rasa semakin meluat.

tapi tu dulu. sekarang diri lebih terbuka.

kesimpulannya, daripada kisah pendek ini, kita bersangka baik dululah pada orang sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap dirinya. dan dalam masa yang sama, siasat latar belakang dia, korek cerita daripada dia dan kenal dengan hati budi, akhlak dan peribadi dia. sebab bila kita kenal, kita akan jadi lebih memahami dia.

bila kita bersnagka baik, hati akan jadi lebih tenang dan hidup pun akan lebih tenteram...
kerana tiada hati yang terluka,
sama ada hati yang terluka kerana prasangka yang melampau,
jahupun hati orang lain yang terluka akibat judgement buruk yang kita berikan...

indahnya hidup bersangka baik....
saat kita bersangka baik, tanpa sedar makin bertambah sahabat-sahabat kita.

kan best macam tu! ^_^

wallahua'lam.

Sunday, 5 January 2014

Cantik itu subjektif, kan?




kalau muka cantik, perangai huduh, buat apa?
kalau muka huduh, perangai pun huduh, lagilah nak buat apa?
kalau muka huduh perangai pun huduh, aduhai, buruk na.

tapi...

kalau muka cantik, perangai pun sama-sama cantik, alangkah INDAHNYA!

again, cantik tu subjektif, kan?
beauty is in the eyes of the beholder.

memang dalam dunia ni tak ada yang perfect.
tapi bukannya kita tak boleh berusaha untuk menjadi seorang yang perfect.

betul, tak?

yang penting, berusaha sebelum mengaku kalah.
dan kalau boleh, jangan mengaku kalah pun, walau SEKALI!

chaiyok!
ayoh jadi cantik-luaran dan dalaman.

;)

Monday, 9 December 2013

Kalam yang mampu membuatkan air mata mengalir kerana penulisnya

~Bismillah~




Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh !

PERUTUSAN KHAS SEMPENA HARI LAHIR PUTERIKU : WAN HAZIMAH 

Adik ! 

Guru adalah pelita ummah. Tanpa keringat dan pengorbanan guru, kita tidak mampu memiliki apa-apapun di dunia ini melainkan kejahilan. Maka kerana itu, hormati dan muliakanlah kesemua gurumu setiap waktu. Jadikanlah nafasmu, nafas kasih sayang buat mereka dan jangan sakiti mereka, nanti ilmu, rezeki dan hidupmu tiada perolehi keberkatan. Bilamana kamu menyayangi gurumu tanpa syarat, kamu juga akan dikasihi oleh muridmu sepanjang hayat.

Murid pula adalah bunga bangsa penerus zaman. Jatuh bangun sebuah tamadun bangsa berada di bahu mereka. Tugasanmu sebagai guru terlalu berat untuk mengajar dan mendidik mereka dengan kesabaran dan kesungguhan. Justeru, terimalah setiap mereka seperti anak-anakmu sendiri dan jangan sekali-kali ada rasa jemu serta benci kalaupun kerenah mereka menyulitkan segala kerjamu, kerana itulah sifat semula jadi seorang anak.

Sebagai puteri ketiga, kamu mempunyai peranan membantu Kaklong dan Kak Uda memperkukuhkan hubungan antara adik beradik. Jangan sekali-kali bertentangan dengan mereka termasuk kedua-dua abangmu; Angah dan Abang Nuar . Disebaliknya hormatilah mereka sebagai payung dan benteng pertahanan memperteguhkan institusi anak-anak emak ayah. Juga jangan lupa untuk menjaga dan memberi kasih sayangmu kepada kedua-dua adik lelakimu; Hafiz dan Zaim. Ingatlah, mereka semua adalah sandaran utama mu di kala suka dan duka.

Ayah berbangga dengan keberanianmu mengutara pandangan balas terhadap ayah yang tidak secucuk dengan jiwamu. Walaupun telatah dan kata-katamu yang becok ada ketikanya menyinggung hati, namun itulah yang membuatkan ayah terkenang dan rindu pada mu. Sifat mulia mu terhadap haiwan emak ayah sanjung tinggi. Lebih dari itu, jangan lalai dan alpa untuk memberi perhatian dengan penuh kasih sayang pada emak ayah, kerana bila mana kami terhibur maka dari situlah jelmanya Redha Allah terhadap mu. 

Sempena hari lahirmu pada hari ini, emak ayah ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH diatas semua kejayaan mu yang cemerlang dalam tempuh dua puluh tiga (23) tahun yang lalu. Tinggi harapan emak ayah semoga kamu mendapat pasangan yang secucuk dengan jiwamu. 

Lanjutan dari itu emak ayah juga akan terus memanjatkan doa memohon restu dari Allah SWT agar hidupmu dalam sejahtera dan berbahagia di sepanjang perjalanan selanjutnya… dan yang lebih penting sentiasa berada dalam Rahmat-Nya….AMEEN, YA RABBAL AALAMIN !

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE – 23 TAHUN.

Wassalam.


Salam hormat dan kasih sayang yang tiada tepian dari emak ayah,

WAN IBRAHIM WAN AHMAD & ZAILA ABDUL KADIR.

19 November 2013

Saturday, 12 October 2013

Cinta suci zahrana

~Bismillah~



Sinopsis

Menjadi seorang wanita berkerjaya, berprestasi, bereputasi tinggi, mempunyai pendidikan dan kecemerlangan yang bergemerlapan tetapi melewati usia tanpa teman yang halal dalam melayari bahtera perkahwinan bukanlah mudah. Zahrana berusia 34 tahun, pada usia itu wanita dari tanah Jawa itu diamuk tekanan masyarakat khususnya ibu bapa sendiri untuk melihat Zahrana bernikah, mempunyai suami dan cahaya mata penyejuk hati. 


Zahrana, wanita bercita-cita tinggi mendapat penghargaan antarabangsa sebagai arkitek ulung dari Universiti Tsinghua, Beijing namun hatinya resah apabila mendapat sambutan dingin daripada ibu dan bapa sendiri. Habiburrahman El Shirazy memulakan novel terbaharu yang terbit pada Mei 2011 berjudul Cinta Suci Zahrana ini dengan pertanyaan demi pertanyaan Zahrana terhadap dirinya sendiri sewaktu dalam penerbangan menuju Beijing untuk menerima anugerah berkenaan. Dewi Zahrana tertanya-tanya, berkonflik dalam diri akan sebab ibu dan bapa menghantarnya terbang ke Negara Tembok Besar dengan dingin.

Lina, sahabat baik sejak dari SMA dihubungi agar menemui ibu bapa Zahrana seraya menggali rahsia dinginnya mereka terhadap Zahrana. Melalui Lina, Zahrana mendapat tahu akan kecewanya Pak Munajat dan Bu Nuriyah terhadap dirinya. Ya, Zahrana seharusnya cukup membanggakan ibu dan bapa apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa, bakal melanjutkan S-3 dan tulisan-tulisan Zahrana termuat dalam jurnal-jurnal antarabangsa dunia reka bina. Namun, segala pengiktirafan dan kecemerlangan Zahrana tidak mampu menandingi harapan dan impian Pak Munajat serta Bu Nuriyah yang kepingin Zahrana mengakhiri dunia sendirinya dengan pernikahan. Zahrana dilabel sebagai 'anak perawan tua'. Sesetengah jiran mula berkata tentang Zahrana yang sukar menemui jodoh pada usia sebegitu. Mengenangkan pendapat pakar perubatan akan kesukaran mendapatkan zuriat pada usia wanita lewat 30-an tambah merisaukan Pak Munajat dan Bu Nuriyah. Mereka khuatir andai keturunan mereka tidak bersambung gara-gara liatnya Zahrana menemui jodohnya. 

Namun demikian, Zahrana tidak pernah membenci cinta dan menguburkan impian untuk berumah tangga. Zahrana berusaha keras untuk mencapai puncak kejayaannya dalam pelajaran dan kerjayanya. Zahrana terlalu fokus pada matlamat dan impiannya. Walau bagaimanapun, Zahrana tetap punya keinginan dan kerisauan memandangkan diri yang belum berpunya. Dia berusaha untuk mencari jodohnya tetapi dengan cara yang begitu berhati-hati. Wanita kental ini tidak mahu perkahwinannya berantakan di kemudian hari, mendapat suami yang hanya menyakitkan hati atau menzalimi dirinya sendiri. Zahrana bertahan lama hidup dengan tohmahan 'anak perawan tua' kerana mengejar jodoh terbaik buatnya. 

Pak Sukarman, Dekan Fakultas Teknik di Universiti Mangunkarsa berusia lewat 50-an berusaha mendapatkan Zahrana. Kejelitaan, kebijaksanaan dan penghargaan yang diperoleh Zahrana menjadikan dia begitu tergila-gilakan pensyarah muda berkenaan. Zahrana yang mengetahui sikap mata keranjang dan kebejatan moral Pak Sukarman telah menolak lamarannya. Penolakan lamaran membuatkan Zahrana diancam sehingga menarik diri dari kerjayanya di universiti berkenaan. Dendam Pak Sukarman yang menganggap dirinya besar, terhormat dan tidak wajar setelah ditolak lamarannya oleh Zahrana mengatur strategi agar Zahrana kekal sebagai perawan tua. 

Setelah menarik diri dari Universitas Mangunkarsa, Zahrana berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pesantren. Di pesantren, Zahrana tekad memenuhi impian Pak Munajat dan Bu Nuriyah dengan memohon bantuan kiyai melalui Ummi Saadah agar mencarikan calon suami yang soleh dan bertakwa untuk dirinya. Status, pelajaran dan kewangan tidak diutamakan Zahrana bagi calon suami, yang dipentingkan ialah ketakwaan dan keimanan bakal suami bagi mendidik diri dan anak-anaknya nanti. Pak Sukarman yang mendapat tahu Zahrana bakal menikahi Rahmad (penjual keropok yang soleh) mengatur strategi membunuh Rahmad pada hari pernikahannya dengan Zahrana.

*copied and pasted


Hassan dan Zahrana
*Kisah "Cinta Suci Zahrana" ni, sangat-sangat memberi inspirasi pada saya. Kesucian diri dan cinta Zahrana mengingatkan saya kepada ibunda saya, Saidatina Khadijah. Beliau memang idola saya, ikon muslimah saya sejak saya kecil lagi. Daripada kecik, memang daripada dulu lagi, saya nak jadi seperti beliau. Memang nak jadi macam beliau. Cantik, jelita, cerdik, lemah lembut dan pemurah dalam memberi walaupun umurnya ketika dinikahi Nabi saw sudah mencecah 40 tahun... namun, masih mengekalkan kecantikan dan keperawanannya kerana cintanya yang suci dan kemurnian akhlaknya. Semua karakter yang ada pada buah hati Nabi saw ni sedang cuba saya tanamkan dalam diri saya. Dan saya tak sangka, Kang Habib dan Pak Chaerul Umam buat kisah sebijik macam kisah hidup Saidatina Khadijah, yang mana Zahrana juga bernikah dengan lelaki soleh yang lebih muda daripadanya. Di pengakhiran cerita, saya menitiskan air mata... saat Zahrana sujud syukur di atas tikar sejadah sebab Allah dah pertemukan dia dengan jodohnya.

:')

Tuesday, 17 September 2013

Be open to advise, be open to accept

~Bismillah~

Not everything we do, we can please people.
Not everything we do, can be considered as the right thing to do.

Sometimes we cannot even see our actions. That's why we need some reflections and our reflections are our friends. Our close friends. Good friends sometimes can be our mirrors. They somehow can be our reflections. 

From them, we tend to see our flaws. 
From them, we are able to see our shortcomings. 

Good friends are when you do mistakes, they will correct you.
Good friends are when you do something wrong, they will immediately stop you and say, 
"No! This is wrong! You're not supposed to do this!"
Good friends are when you commit a certain sinful act, they will never leave you with it, instead they will take your hand quickly and pull you back up instantly so that you won't fall into the trap of syaitan.
Good friends are those who never ever forget to remind you about Allah, Islam and the Hereafter.
Good friends are meant to be people who are never bored and give up to give you their advice about this life and the 'treasures' in it.
Good friends can be those whom when you look at their face, you will feel nothing but peace and calmness and it will straight away bring you towards the remembrance of Allah in your heart. 

That's what good friends mean!

But seriously, nowadays, who would want to view the meaning of true friendship as this? 

None!

To most people today, good friends are those who always agree with you although what you say or do actually go against the shariah. Or maybe... to some people, they view true friends as those who always follow you wherever you go and accept everything you do even you are actually committing sins! Naudhubillah min dhalik. 

We don't want such friends to occupy our lifetime, do we? Nor we want to be such friend to our friends.
So, the solution is simple. It's even simpler than what we thought.

In order to have a good friend and in order to be one, all we need to do is just to,
"Be open to advise and be open to accept."

What do I mean by this?

I'm saying this because this is what I've been experienced in my life.

I have some friends who tend to do a lot of mistakes in their lives. Meaning to say, they somehow commit certain mistakes that we never or maybe rarely do in our lives. So, to face them, and due to my love to them and to our friendship, I'll be open to advise them. All my knowledge about things they are dealing with will be taken out from my memory box, to be shared with them. That's how I prove myself that I'm a worth person to be friend with. One way to show your true love to your friend is that by challenging yourself of how many of their mistakes that you can correct and how brave you are to correct them. Let me add up one more thing! How strong you are to pull their hand from falling into syaitan's trap.

I also have some friends who always remind me about good things and at the same time, who'd love to correct my mistakes. And in this case, I'll be the one who will be open to accept. I accept all sorts of advice and even criticisms about my wrongdoings. I have a friend who love to advise me about things regarding love and feeling and I also have a friend who love to criticise me on many things. But I never complain about them. If it's not because of their advice and criticisms, I will never get to improve myself to become a better person and most probably, I'll never get the chance to be myself! Truth to be told, their presence somehow has given a huge impact in my life and I feel that my existence is actually being noticed by other people for all this while! They never ignore me. They never let me drown with all the sins that I'm committing and most importantly, they never leave me facing all the problems I have in my life all by myself.

And this is what true friendship is all about!

True friendship is not about materials but it's rather about love and trust!
If we truly love our friends, we never hesitate to bring them closer to God.
If we truly believe in our friends, we never doubt to support them whenever they say, "I wanna change for good."  

To have and to maintain a true friendship, we should always "be open to advise and be open to accept."

Wallahua'lam.

Sunday, 4 August 2013

Didikan Atuk

~Bismillah~

Bila sebut je perkataan Atuk, ramai orang ingat Atuk ni lelaki tapi dalam kes saya, Atuk ni perempuan.
Atuk ialah nenek saya sebelah mak. Bagi kami orang Johor, panggilan untuk nenek selalunya Atuk atau Mak Tok.

Saya, Kak Uda, Hafiz dan Zaim (terutamanya) semuanya dijaga, diasuh dan dibesarkan di bawah jagaan Atuk. Mak bekerja sejak kami semua kecil. Masa muda-muda dulu, mak memang tak ada masa sangat dengan kami. Selalu pergi kursus. Balik kerja lambat. Jadi, yang menjaga dan teman kami di rumah ialah Atuk.

Kalau musim cuti sekolah, mak jarang balik rumah waktu tenghari untuk hantar makanan.
Dan Atuk pulak memang tak reti masak. Jadi, juadah makan tengahari kami sangatlah simple. 
Kalau cuti sekolah je, setiap hari pada waktu tengahari kami akan makan nasi dengan kicap saja. 
Tengok, siapa kata saya tak pernah rasa hidup susah :P Sebab di rumah kami ni, mak tak rajin beli stok makanan. Kalau tak makan nasi ngan kicap pun, untuk buat kelainan sikit, Atuk akan masakkan bubur. Pun makan dengan kicap jugak. Sedaaaaaap!

Dan setiap hari jugak, wang belanja kami disediakan oleh Atuk. Masa arwah Atuk masih hidup, mak dan ayah jarang beri wang belanja kepada kami. Masa sekolah rendah, wang belanja saya dan KAak Uda hanya 50 sen. Dah masuk tahap dua, uplah sikit jadi RM 2.  Tapi bila dah masuk sekolah menengah, memang ayah yang beri wang belanja setiap hari. Sebab masa ni, Atuk dah mula sakit. Atuk menghidap barah payu dara stage akhir. Tangguh kejap cerita pasal penyakit Atuk.

Hari lahir saya dan apa yang saya suka, mesti Atuk ingat. Atuk tak pernah miss beri saya hadiah masa hari lahir saya. Sebab mak dan ayah tak pernah ingat hari lahir saya dulu. Atuk beri saya jam. Dua kali Atuk hadiahkan saya jam masa hari lahir saya tapi saya tak reti jaga. Habis rosak kedua-dua jam saya tu. Pernah sekali, masa hari lahir saya, mak bawak kami pergi JJ. Saya ternampak permainan UNO. Saya nak beli tapi mak tak kasi. Saya merajuk dan terus menangis. Tapi Atuk perasan saya tengah sedih. Last-last, Atuk belikan je. Baiknya Atuk!

Macam mana Atuk mendidik saya?

Atuk didik saya tak sama macam mak didik saya. Atuk ni, orangnya sangat strict dan garang sebenarnya tapi hatinya sangat lembut. Boleh dikatakan, saya cucu yang paling rapat dengan Atuk. Kalau bawak Atuk keluar jalan-jalan, Atuk memang akan cari tangan saya untuk dipimpin. Di rumah, saya tidur dengan Atuk. Saya tidur sebelah Atuk. Masa saya kecik-kecik, saya ada kutu. Kalau tidur sebelah Atuk, Atuk rajin cabut telur kutu saya sebelum saya terlelap. Sebelah tangan cabut telur kutu atas rambut saya, dan sebelah tangan lagi Atuk pegang tasbih. Atuk rajin berzikir. Biasanya dia akan berzikir dengan tasbihnya masa dia tak buat apa-apa, lepas solat dan sebelum tidur. Inilah yang saya saksikan setiap hari saya bersama Atuk. Dan ia menurun pada saya pula. Kalau tasbih peneman setia Atuk, samalah juga dengan saya. Saya rasa semacam kalau tidur tak pegang tasbih. Dan bila saya berzikir sambil pegang tasbih sebelum tidur, saya rasa seolah-olah Atuk ada dekat sebelah saya. Tenang sangat rasanya.

Atuk selalu kerah saya buat kerja-kerja rumah. Sejak dari kecik, Atuk memang didik saya untuk buat semua benda sendiri. Jangan harap pada mak je. Dari sekecil darjah 3, saya gosok baju sendiri, basuh baju sendiri. Dan akhirnya saya dibuli oleh adik-beradik saya yang lain. Kalau mereka malas gosok baju, mereka akan suruh saya. Hehe. Kalau masa cuti sekolah, haaa.... siaplah. "Azimah! Tolong Atuk sapu rumah ni!" "Azimah, tolong Atuk lipat baju ni!" "Azimah, tolong Atuk jemur baju ni!" "Azimah, tolong Atuk sikat bulu karpet ni!" "Azimah, tolong Atuk buat itu dan ini...." "Atuk tak pernah suruh adik-beradik saya yang lain buat kerja-kerja semua ni. Dia mesti akan suruh saya. Entah kenapa saya dipilih.

Banyak karakter Atuk menurun dekat saya. Atuk pengemas, saya pun jadi pengemas. Atuk garang, saya pun garang jugak. Atuk tak pandai masak, saya lagilah tak suka masak. Atuk suka kucing, saya laaaaagi suka kucing! Pernah sekali masa lipat baju dengan mak, masa ni Atuk dah tak ada, mak selalu cakap, "Adik, adik lipat baju kan macam Atuk. Kemas je lipatannya." Terahru saya bila mak cakap macam tu. Kalau mak cakap macam tu, maksudnya mak rindu sangat dekat Atuk dan dia seolah-olah nampak Atuk dalam diri saya. Ayah pulak,"Adik kalau sapu rumah, bersih je." Macam arwah Atuk jugak.

Masa kanak-kanak saya memang banyak diisi bersama Atuk. Masa ni, saya belum rapat lagi dengan mak.
Kalau saya ada masalah dengan kawan, dengan mak dan adik-beradik sendiri, saya mesti luah dekat Atuk.
Atuklah pendengar setia saya.

Tapi ada sesuatu yang menyedihkan saya.

Masa Atuk dah kritikal sakit barah payu dara, masa tu memang dah nak sampai masa Atuk pergi. 
Di saat-saat akhirnya, Atuk dah tak kenal saya walaupun setiap hari saya bersama Atuk. Masa Atuk sakit, Atuk macam dah tak berapa nak ingat apa-apa. Walaupun saya yang jaga Atuk, suapkan Atuk makanan, tukar pampers Atuk, mandikan Atuk, tidur dengan Atuk, tapi ini yang keluar dari mulut Atuk "Awak siapa?"
Masa ni, saya menangis je. Saya menangis dekat mak. Saya cakap dekat mak, saya sedih sebab Atuk dah tak ingat siapa saya. Tapi adik-beradik lain Atuk ingat. Contohnya pernah sekali Atuk cakap, "Anwar mana?" "Fathiah mana?" Dan bila mereka datang, Atuk memang kenal mereka sampai berborak-borak dan senyum pandang mereka. Tapi sampai ke akhir hayat Atuk, walaupun saya berborak dengan Atuk, tapi Atuk masih belum juga kenal saya. Dia memang dah lupa saya!

Bila saya flashback balik pasal Atuk dekat mak, saya mesti akan cakap benda ni. Dan ini respon mak, 
"Selalunya memang macam tu dik. Kadang-kadang manusia ni, masa saat-saat akhir dia, dia memang akan lupa orang yang paling dekat dengan dia sebab orang itulah yang dia paling sayang." "Tapi kenapa mak?" "Sebab dia tak nak kita rasa kehilangan bila dia dah tak ada nanti. Dia takut bila dia dah meninggal, kita akan rasa sedih sangat." Baru saya faham. Rupanya, saya sangat istimewa di hati Atuk (air mata menitis. rindu Atuk!)

Jadi, saya yang sekarang adalah hasil didikan Atuk sebenarnya.  
Atuklah yang telah mencorakkan karakter dan personaliti saya.
Saya jadi pembersih, pengemas, semuanya kerana dididik oleh Atuk. Haa, dan lagi satu saya terlupa!
Atuk ni sangat suka memberi! Dia tak pernah lokek duit dengan siapa2 pun.
Agaknya ni lagi satu karakter saya yang menurun dari Atuk.

Walaupun Atuk tak ingat saya di saat-saat akhirnya, tapi Atuk tetap di hati saya sampai bila-bila.
Walaupun Atuk tak ingat saya di saat-saat akhirnya, tapi saya tetap akan ingat Atuk sampai hujung nyawa saya.

Atuk sentiasa di hati saya.
Moga Allah mencururi rahmat ke atas roh Atuk. Aamiin.

:')

Thursday, 1 August 2013

Emak dan anak

~Bismillah~



Sedikit santapan rohani sebelum berbuka.

Pada suatu petang nan indah, adalah seorang emak dan anak ni sedang sibuk-sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Tiba-tiba, si emak mula bersuara.

"Dik, tahu tak. Tadi dekat ofis mak ada ustaz ni bagi tazkirah. Dia cakap pasal tangan yang memberi..."

Si anak pun mendengarlah dengan khusyuk sambil membasuh-basuh pinggan yang tak pernah habis di dalam sinki.

"Hmm..." si anak merespon.

"Ustaz tu kata, makin banyak kita beri dekat orang lagi berkat rezeki kita. Maksudnya, walaupun kita ni asyik memberi je tapi rezeki kita tak pernah habis. Takkan ada masa yang kita rasa kita kekurangan duit disebabkan kita banyak memberi pada orang."

"Jadinya?"

"Yalah... meaning... macam kamu kan selalu belikan kawan-kawan kamu hadiah. Bagi cupcakelah, beli bookmarklah, selalu belanjalah, beri bukulah, beri macam-macam hadiah. Tapi ada kawan-kawan kamu yang tak appreciate in the sense that bila diorang tengah happy, tak ada yang ingat dekat kamu. Bila diorang tengah makan sama-sama, tak ada yang ingat nak ajak kamu join sekali. Nak katanya, apa yang kamu buat pada mereka tu seolah-olah tak berbalas..."

"Hmm..." sedih hati si anak ni bila mengenangkan dirinya sering berada di ranking yang paling last dalam hidup kawan-kawannya.

"Tapi, walaupun macam tu, nak katanya sikap suka memberi kamu tu yang tak mengharapkan balasan apa-apa, dah membuktikan bahawa kamu dapat yang lebih baik lagi. Maksudnya, kamu mungkin tak dapat balasan daripada kawan-kawan kamu yang kamu dok selalu beri hadiah tu, tapi kamu dapat ganjaran yang lebih hebat dan bermakna daripada Allah atas sifat pemurah kamu dalam memberi."

"Contoh ganjarannya apa mak? Kenapa adik rasa tak macam tu pun..." Sedih.

"Yalah. Contoh yang paling jelas Allah balas kebaikan kamu tu, tengok, kamu tak pernah rasa hidup kamu susah atau kesempitan wang. Lagi pulak, kamu berjaya lulus exam final kamu dengan CGPA yang baik, dah bergelar graduan universiti dah pun. Dan lagi satu. Kamu baru habis belajar tapi kamu tak sempat menganggur. Pegi interview, terus dapat tawaran bekerja. Itulah keberkatan dalam pemberian kamu pada orang."

Si anak tersenyum dan hati mula terasa sebak. Air mata hampir jatuh menitis.
Mulanya sedih. Sedih sangat. Selama ni si anak sering merasakan bahawa kehadirannya dalam hidup orang lain dirasakan tak bermakna bagi orang itu. Dia buatlah baik macam mana pun, orang tu tak acknowledge si anak dalam hidupnya. Tapi, bila mendengar cerita si emak tadi, hatinya berasa lega. Kini baru dia sedar bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Dan yang paling penting sekali... jangan pernah berputus asa dalam "memberi" sebab ada keberkatan yang luar biasa dalam sikap "suka memberi" yang mana hanya Allah saja yang tahu...

Memberi perlu hadir bersama keikhlasan. Jangan lupa tu!

*Hidup kena banyak memberi. Bila banyak memberi, banyak pulalah kita menerima. Bukan menerima daripada manusia, tapi menerima daripada Sang Pemberi rezeki itu sendiri, Allah yang Maha Pemurah. Jika kita rajin memberi, tanpa kita sedar apa yang kita beri tu akan berbalik semula pada kita dalam bentuk yang lain. Lihatlah indahnya keberkatan dalam memberi. Syukran ya Allah.

SELAMAT BERBUKA KAMU!

Monday, 29 July 2013

"Mengajar Kanak-Kanak Riang" by Matluthfi90



Mengajar kanak-kanak riang bawah 12 tahun memang sangat memenatkan dan memeningkan kepala. Tapi ianya sangat best! Mengajar mereka telah berjaya membuat saya mencapai kepuasan diri ke tahap yang maksimum. Kepuasan apa? Iaitu kepuasan dalam mendidik mereka menjadi Good Muslims. Kadang-kadang kita marah sebab tak tahan dengan kenakalan mereka, kemalasan mereka dan perangai mereka terlalu huha-huha tu. Tapi yang menariknya jadi teacher ni, marah macam mana pun kita, kadang-kadang kenakalan mereka tu jugaklah yang membuatkan mereka tampak comel di mata kita dan kenakalan mereka jugaklah yang mengembalikan semula senyuman dan ketawa riang di wajah kita.

Kanak-kanak riang ria... merekalah penyejuk hati kita.

:')

p/s: Thanks to Matluthfi90 for uploading this video. It's really an inspiration.

Monday, 24 June 2013

10 steps to deal with your problem

~Bismillah~



How to deal with your problems? Here are some tips. Hope this will benefit.


1- Breath in...




2- Breath out...




3- Stay calm...




4- Smile...




5- Keep smiling...




6- Put your right hand to the left side of your chest and say, "Always well..."




7- Recite bismillah...




8- Face it... and don't forget to smile...




9- Be confident and say, "You can do it!"




10- Tawakkal... and keep on smiling...


*Sometime a single smile can solve many things. A single smile gives you a peaceful heart. A peaceful heart helps you to solve your problems rationally. So, no matter what condition you are in, try to smile although it's hard coz it has a very amzing power that can make you stronger. SMILE when you have problems.

Saturday, 22 June 2013

Wahai kaum Adam, ni panduan untuk kamu

~Bismillah~


*Dipetik daripada dinding Facebook Pakar Diari hati


PDH ditanya oleh seorang kawan..

Kawan : Aidil, wanita macam mana kita nak pilih wanita zaman skrg ni utk dijadikan isteri?

PDH : Mesti engkau pernah terbaca tentang hadis Rasulullah tentang perempuan itu dinikahi kerana empat perkara kan?

Kawan : Pernah..Tapi nak pendapat kau Aidil..

PDH : (Senyum) Carilah
'ibu' bukan hanya seorang isteri. Nak tahu kenapa? Sebab kita menikahi dia akn lebih lama dirinya sebagai ibu drpd isteri. Setahun lebih insyaALLAH dikurniakan anak, jadi masa sebagai isteri hanya masa itulah. Selebihnya kita akan bersamanya sebagai 'ibu'. Leterannya leteran ibu, masakannya masakan ibu, dan pelbagai lagi hinggalah akhir hayat. Maka layakkanlah diri kita ini sebagai seorang 'ayah' sebelum mencari si 'ibu' :)



p/s: Tepuk dada, tanya selera ;)

Monday, 27 May 2013

"Two secrets on how I improve my English language skills..." says Aiman Azlan



"My secrets are..........................."

#exposure#
#practice#

-Aiman Azlan-


Oh... I just love the second one. Practice! Practice! Practice!
"Practice makes perfect"
.......................... and the word does apply...........................

What ever language you're learning, exposure and practice are two important elements you should implement in your learning process. To master a language, you need to be a part of it. Think you are them, the native people of that language (in other words, master their culture as well). Then, you start speaking the language with others. Use the language as much as you can. It helps!

Happy try!
=P

Tuesday, 21 May 2013

Perkongsian Baitul Muslim


~Bismillah~

Apa khabar pembaca? Maaf sebab sudah agak lama tak berblog. Nak kata busy, tak juga. Nak kata tak ada idea untuk menulis pun tak juga. Idea sentiasa mengalir dalam minda cuma tak tahu nak menyusunnya saja dan kerana ketiadaan mood untuk berblog. Malam ni pula, sepatutnya mengulangkaji untuk subjek-subjek yang akan diuji tak lama lagi. Tapi... mood nak studi juga belum tiba. Walaupun masih banyak yang perlu dikaver, tapi... tulah... hati belum terbuka untuk mentelaah semula ilmu-ilmu yang diwariskan para pensyarah. Ya Allah... Hazimah... bertaubatlah... exam nak dekat kot! Dan tiba-tiba malam ni insomnia balik. Tak boleh tidur. Sejak beberapa hari asyik kena tindih je dengan makhluk Allah yang sangat unik tu, jadi trauma nak tidur malam. Tapi tak apa. Rasanya dia dah tak kacau dah. Tapi, bagi mengisi masa yang ada ni, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sedikit inti sari daurah Baitul Muslim anjuran IKRAM baru-baru ni. Saya tak dapat hadir ke daurah tersebut sebab migrain teruk. Jadi, apa yang saya kongsikan di sini ialah bukan apa yang saya dengar dari daurah tu ya, tapi pengisian daripada Ukhti Nadia Ruslim, salah seorang muwajih daurah tersebut. Saya petik daripada post FB salah seorang akhawat di page group kami. 

Selamat membaca dan semoga bermanfaat untuk semua!


Perkongsian Baitul Muslim

Perkongsian BM by Nadia Rusli ^_^
1st,apa itu BM?baitul muslim= rumah tangga islam. n antara obejktif nya =
1. mengetahui cara mencari jodoh mengikut syariat. knapa? sebab perkahwinan kita adalah sepanjang hayat.penggunaan orang tengah sebagai pemudah cara untuk mencari yang sekufu,etc.tp,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

2. mengetahui cara menjaga hubungan bersama bakal pasangan sebelum berkahwin.permulaan yg baik,inshaAllah pengakhirannya nnt pun baik. 

3. membentuk pemikiran yang betul terhadap institusi perkahwinan.

4. mengetahui dan memahami fitrah lelaki & perempuan. perempuan ada 9 emosi,1 rasional. lelaki ada 9 rasional, 1 emosi. so, kita perlu faham fitrah masing-masing. that's y we complete each other.sebagai isteri,kita perlu more to 'action'.perlunya kita kpd memahami dan melengkapi each other sebab perkahwinan ini ada matlamat yang lebih besar selain dr melahirkan zuriat etc, iaitu mendapat keredhaan Allah.

5. pendedahan berkenaan skill komunikasi dan pengurusan kewangan sebelum bernikah. kebahagiaan bermula dengan komunikasi yang baik,dalam ape2 situasi pun kita perlu jujur. dan belajar menerima.





-----------
pak cik n ibu yus tekankan jugak, support keluarga sgt penting. sebab banyak perkara yg perlu kita consider after marriage. dalam apa2 situasi,jangan membelakangkan keluarga.dan dan proses ni adalah untuk pilihan yang lebih mendekati syariat.

and ada sikit penerangan untuk proses baitul muslim.
1. kalau belum ada calon,isi borang BM
2. bermula sesi taaruf oleh pic BM
3. setuju,kemudian ada sesi perbincangan ahli keluarga

*solat istikharah yang betul2 ikhlas adalah sangat penting,kena selalu berdoa ++ istisyarah dgn akak naqibah/ahli usrah/ keluarga bagi yang mampu pula,jangan tangguh.

----------

3 things we marry:EXPECTATIONS
1. who she/he really is?
2. who he/she becomes after marriage?
3. after 5 years berkahwin,semua perangai sebenar akan keluar. that time, just focus on the +ve side.inshaAllah kita perlu faham,perkahwinan bukan sekadar nikmat tetapi ujian---sebab nikmat syurga itu tak semudah2nya boleh dapat

----------

Ada beberapa pertanyaan yang menarik tadi:

situasi 1:
kebiasaannya akan ada ahli keluarga yang bercakap2 tentang duit hantaran, atau keadaan yang memaksa kita untuk perlu bersanding/ make-up everythings yang melanggar syariat.

jawapannya:
mana yang mampu kita raikan,kita raikan. KECUALI yang tak ikut syariat.

situasi 2:
ada jugak pertanyaan yang semestinya ke ikhwah berkahwin dengan akhwat?

jawapannya:
meluas td. ada banyak pengalaman etc. ada yang lepas berkahwin 2 2 aktif,dgn daawah ade yg tak. ade yang boleh bawa suami/isteri masuk dalam tarbiyyah. etc. apa2 pun isteri wajib mendengar kata suami. xde situasi yng menjamin kita istiqamah dalam daawah n tarbiyyah. semuanya terletak pd diri kita. kne sentiasa perbetulkan niat, dan clear kan matlamat kita selepas berkahwin.

situasi 3:
masa bila waktu yang terbaik untuk umumkan walimah?

jawapannya:
depends.sebaik2nya sebulan awal.kalau beritahu pun pada teman2 yg rapat dan boleh dipercayai. kalau katakan (nauzubillah) ada permasalahan dsb,maka tak lah ada perkara yg mengaibkan. wallahualam

+++ and banyak lg persoalan lain.

ada jugak yg tanya,mcm mana nak tahu itu jawapan istikharah?

ada 3 jawapan istikharah:
1. melalui mimpi. tp yg ni perlu sgt hati-hati. boleh jadi ia dtg dr syaitan/ kecenderungan kita sendiri

2. perkara2 yg berlaku mcm Allah lead kan kita ke arah tu. "something yang berlaku, menghalakan kita ke 'arah' tu" pendek kata mcm , Allah permudahkan je jalan tu

3. hati kita sendiri 

wallahualam.sedikit perkongsian kenapa penting nya baitul daawah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails