Salam.
*Serikandi Rabiatul Adawiyah
Rabiah mempunyai satu impian. Satu angan-angan. Dan padanya hanya ada satu jalan saja yang bisa membuatkan impiannya itu menjadi kenyataan. Satu-satunya cara, iaitu kematian. Padanya hanya dengan kematian saja yang boleh menemukan dia dengan CINTA sejatinya, Allah swt. Inilah satu-satunya keinginnanya selama hidupnya. Untuk menyaksikan Dzat Tuhannya. Kerana pada saat itulah semua penghalang yang menghalanginya untuk beribadah kepada Allah swt akan lenyap. Sedangkan jalan untuk mencapai darjat yang mulia itu tidak akan bisa ditemukan melainkan dengan hanya mencintai Allah swt.
Kerana CINTA itu membuahkan kebaikan, sudah seharusnya bagi seseorang yang sedang jatuh CINTA untuk berbuat baik kepada yang dCINTAinya.
Oleh sebab terlalu banyak kebaikan yang telah dianugerahi Allah kepada Rabiah, dia tidak mahu menikmati dunianya, bahkan dia menghilangkan naluri kewanitaannya. Hidupnya hanya untuk menCINTAi Allah swt.
Pabila ditanya oleh banyak orang kepada Rabiah tentang CINTA,
"Wahai Rabiah, bagaimanakah pendapatmu tentang CINTA?"
Maka, inilah jawaban yang diberikannya,
"CINTA itu berbicara dengan kerinduan dan perasaan. Hanya mereka yang menCINTAi yang dapat merasakan erti CINTA yang sesungguhnya. CINTA tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Tidak mungkin seseorang dapat menjelaskan sesuatu yang belum dikenalnya atau mengenali sesuatu yang yang ia belum pernah bergaul dengannya. CINTA tidak mungkin dikenal melalui hawa nafsu, terlebih lagi apabila tuntutan CINTA itu diabaikan. CINTA dapat membuat manusia menjadi bingung, sehingga akan menutup apapun untuk menyatakan sesuatu. CINTA itu mampu menguasai HATI."
Kerana CINTA, manusia alpa...
Kerana CINTA, manusia leka...
Kerana CINTA, manusia berduka...
Kerana CINTA, manusia binasa...
Mengapa? Kerana CINTA itu buta dan bisa membutakan.
Namun, CINTA yang suci terhadap Sang Khaliq, adalah SEGALAnya.
CINTA terhadap DIA yang Maha Agung, mampu mebuatkan sang pencinta menjadi buta.
BUTA dengan nikmat dunia yang hanya bersifat sementara.
Dan akhirnya, balasan CINTA dari yang Maha Esa bakal didapatkannya.
CINTAilah Allah dengan setulus dan seikhlas hati. Kerana CINTA Allah tidak pernah mengecewakan. Dan insya Allah, kita tidak akan dikecewakan.
~AKU CINTA ALLAH SELAMANYA~
Wassalam.
No comments:
Post a Comment