~Bismillah~
Kadang-kadang diri merasakan bahawa apa yang diri rasai dan alami sekarang adalah balasan daripada. Tuhan atas kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan pada masa lalu. Ibarat kifarah bagi dosa-dosa yang dilakukan pada masa lampau Diri redha. Namun, sakitnya hati melihat dan menyaksikannya sendiri tak mampu lagi disorok-sorok. Diri bukan menagih simpati atau belas. Sebab adakalanya simpati dan belas yang diberikan penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. Di depan belas, di belakang bergelak tawa.
Apa yang diri perlukan saat ini hanya ruang dan peluang bagi diri untuk belas dan simpati terhadap diri sendiri. Diri ingin belajar mencintai diri sendiri jerana diri cukup mengerti bahawa tiada manusia lain mampu mencintai diri secintanya diri pada diri sendiri.
Ya Allah, kuatkan hamba dalam tangisan setiap sujud hamba kepadaMu.
T_T
1 comment:
assalammualaikum zimah. moga tabah menghadapi hari2 yang penuh dengan ujian. selagi bernyawa, tak pernah kita terlepas dari buat salah, baik sengaja ataupun tak.. dan selagi itulah, ujian tak pernah berhenti. tanda ALLAH rindu. tanda ALLAH sayang. teruskan berdoa habibati :)
Post a Comment