Salam.
Hai semua!
Alhamdulillah... setelah bertahun-tahun lamanya tak berblogging, akhirnya Zimah kembali. Maaflah ya sebab lama sangat tinggalkan blog kesayangan ni keusangan macam tak bertuan. Kadang-kadang Zimah rasa bersalah nak update ke tak blog Zimah ni sebab memikirkan ada lagi ke orang follow dan baca pos-pos Zimah dalam LCS ni. Kalau ada yang masih terus membaca dan ternanti-nanti pos-pos terbaru Zimah, ya Allah, Zimah berterima kasih yang tak terhinggalah kepada awak sebab awak dah bagi semangat balik dekat Zimah untuk kembali berblogging. Dan Zimah nak awak tahu yang sebab awaklah, Zimah update blog Zimah ni. Zimah tak nak kecewakan awak. Zimah cuba sebaik mungkin untuk tulis benda best best je dalam ni ok? Maksud Zimah, something yang boleh memberi inspirasi kepada awak dan sesuatu yang baik untuk awak pelajari. Tapi awak kena selalu sokong Zimah, ok?
Hmm...
Bila dah lama tak menulis, nilah akibatnya. Ada je idea sebenarnya nak berkongsi cerita tapi cerita-cerita yang nak dikongsi tu terlalu banyak. Berterbangan dalam minda niha. Susah pulak nak susun tak tahu mana satu yang nak didahulukan. Hehe... bak kata suami Zimah, pelan-pelan kayuh. Jangan gopoh. Biar lambat asalkan sampai ke tempat yang nakk dituju.
Masuk bulan ni, dah masuk enam bulan Zimah bergelar isteri kepada insan yang Zimah cintai dan dah masuk empat bulan Zimah menganggur dan bergelar suri rumah sepenuh masa. Mesti awak tertanya-tanya, kenapalah Zimah berhenti kerja? Zimah dah tak minat mengajar ke? Eyh, siapa kata Zimah tak minat mengajar? Meh nak cepuk sikit. Hehe... takdelah. Main-main je.
Zimah minat je mengajar. Dan yang lebih mengharukan Zimah rindu sebenarnya nak mengajar. Tapi atas sebab kesihatan, Zimah terpaksa buat keputusan untuk berhenti dan cari tempat kerja yang stress-freelah konon-kononnya. Tapi ditakdirkan tempat kerja kedua tu lebih stres rupanya. Hahaha... ditambah pulak dengan masalah kesihatan yang double lagi Allah nak bagi. Memang Zimah rasa dunia ni bukan tempat untuk bersuka ria dah. Memang dunia ni medan ujian, kan? Dan disebabkan itu jugalah Zimah berhenti lagi. Zimah sempat jadi guru di sekolah baru hanya untuk dua bulan. Memang tempoh yang sangat singkat tapi Zimah anggap hanya selama tu je Allah nak bagi peluang untuk Zimah rasa bekerja di tempat yang kononnya stress-free. Lepas dah experience kerja di situ, barulah Zimah sedar yang manalah ada tempat kerja yang stress-free dan manalah ada kerja yang tak stres langsung. Setiap pekerjaan ada dia punya tingkatan stres. Hanya terpulang pada kita nak stres ke tak atau urus stres tu dengan baik. Tapi masa dah buktikan yang Zimah gagal urus stres Zimah dengan baik. Zimah rasa Zimah kena rest sekejap dan beri ruang untuk diri sendiri, muhasabah balik semua yang Zimah dah buat.
Dan sekarang bila dah bergelar suri rumah, hari-hari tengok suami bekerja keras demi sesuap nasi dan melangsaikan hutang-hutang yang kami ada, barulah sedar yang dalam hidup ni tak semua benda manis. Hakikat perkahwinan tu jugaklah bukanlah manis je setiap masa sebenarnya. Nak berhoneymoon setiap masa, bercouple secara Islami atau enjoy the married life all the time. Ia lebih daripada semua ni. Bila semua ni dah jadi dekat batang hidung sendiri, Zimah belajar sesuatu. Hakikat perkahwinan adalah susah senang kita sama-sama, kita kena sama-sama berkorban , kena sama-sama bersabar dan sentiasa bertawakal. Dan kena sama-sama cari jalan macam mana nak selesaikan semua masalah yang ada untuk pastikan kita terus hidup dengan rahmat Allah. Kalau nak tahu lebih lagi pasal perkahwinan, nanti Zimah tulis dalam pos lain ok.
Jadi, dalam pos berikutnya, Zimah akan kongsikan dengan awak apa sebab utama Zimah terpaksa berpindah ke Melaka, tempat di mana suami Zimah mencari rezeki. Apa sebenarnya dah jadi dekat Zimah selama ni, semuanya Zimah akan cerita secara ringkas dan jelas supaya awak faham dan manalah tahu awak nak doakan ke yang baik-baik untuk Zimah. Tak salah nak saling mendoakan kan? Kita kan adik-beradik :)
Sampai sini dululah update dari Zimah ya. Tak terkata happynya Zimah dapat blogging semula. Zimah harap awak pun konsisten baca blog Zimah supaya semangat Zimah untuk menulis tak terhenti setakat ni. Masih terlalu banyak untuk dikongsikan. Percayalah.
Doakan Zimah kuat dan tabah menghadapi hidup ni.
Dan semoga persahabatan Zimah dan awak akan kekal sampai kita bertemu di syurga.
Terima kasih sebab sudi singgah dan baca.
Selamat berpuasa!
ZZ

No comments:
Post a Comment