About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 7 July 2010

Hidayah




Salam.


"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami)."


(Surah Ar-Rum, ayat 53)


Bila berbicara tentang hidayah, semua orang jadi keliru. Bila bukak je perbincangan tentang hidayah, semua jadi blurr. Ada yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal, ada yang buat-buat tak kisah malah ada juga yang tidak faham langsung konsep hidayah. Semuanya hilang fokus dan segala yang dilakukannya jadi serba tak kena.

Ternyata topik hidayah adalah antara topik yang sangat berat untuk dibincangkan. Kefahaman yang mendalam tentang konsep hidayah amat penting dalam jiwa insan-insan seperti kita yang masih berdiri di landasan yang betul. Mungkin kita semua telah mengetahui apakah itu hidayah. Tetapi, bagaimana pula dengan kawan-kawan kita yang masih belum mendapat hidayah Allah? Tidakkah kita kasihan melihat mereka berendam dalam kancah maksiat? Sanggupkah kita melihat mereka lemas dalam lautan dosa? Melalui situasi-situasi seperti inilah Allah mengingatkan kita semula tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah-Nya.

Tentu ramai dalam kalangan kita (termasuklah saya) menimbulkan bermacam jenis persoalan dalam kepala dan hampir kesemua persoalan itu masih belum menemukan juga jawapannya:

  • Macam mana non-muslims nak masuk Islam, sedangkan hidayah Allah tak sampai lagi kat diorang?
  • Saya dah nasihat kawan saya suruh pakai tudung tapi dia kata dia belum terbukak hati lagi untuk pakai.
  • Kadang-kadang saya nak je buat baik tapi saya cenderung melakukan maksiat. Mungkin sebab Allah masih tak kasi saya petunjuk lagi kot.
  • Dan sebagainya...

Memang pun betul hidayah itu rahsia Allah dan sudah jelas termaktub dalam Al-Quran sendiri bahawa hanya Allah sahaja yang layak memberi petunjuk atau hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Namun, jika diperhatikan kembali ayat dalam surah Ar-Rum di atas, mafhumnya pula berbunyi Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka yang telah buta mata hatinya, iaitu mereka yang menolak kebenaran (atau dengan erti kata lain melakukan apa yang dilarang Allah dan meninggalkan apa yang telah diperintahkan Allah). Salah satu faktor mengapa mereka tidak diberi hidayah adalah disebabkan mereka sendiri yang menolak hidayah itu. Mereka juga yang telah menjauhkan diri dari kasih Allah dan mereka juga dengan 'rela hati' membiarkan diri sendiri terjerumus ke dalam lembah maksiat sedangkan ada je para da'i yang sentiasa berusaha memberikan peringatan. dan mengajak mereka melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran.

Malah Rasulullah s.a.w. sendiri telah meninggalkan dua harta baginda yang paling bernilai, Al-Quran dan As-Sunnah, untuk dijadikan panduan hidup. Tambahan pula, Allah dengan Maha Baiknya telah memperlihatkan kepada kita tanda-tanda kebesaran-Nya agar kita bersyukur. Jadi, siapa kita untuk mempersoalkan "aku tidak kembali kepada Islam kerana Allah belum bagi hidayah kepada aku." Ini sangat tidak adil kepada Tuhan yang Maha Menciptakan. Mengapa kita sanggup berlaku tidak adil kepada-Nya sedangkan selama ini Dia sentiasa berlaku adil terhadap setiap hamba-Nya?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Sedekat manakah kita dengan Allah dan sebanyak manakah kita memohon ampun dari-Nya serta mohon agar dibukakan hati menerima hidayah-Nya?

Marilah sama-sama istighfar (Astaghfirullahal'azim...) dan muhasabah diri masing-masing...

p/s: Peringatan buat diri saya juga. Maaf sekiranya bahasa agak kurang sopan. Apa yang baik datang dari Allah. Wallahua'lam.


Salam sayang,
Qamar Purnama

Bangunlah dan Berilah Peringatan




Salam pembuka bicara.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji. Dan janganlah egkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah."


(Surah Al-Muddassir, ayat 1-7)

Pagi yang sangat indah! Alhamdulillah, ternyata kita masih lagi dipinjam nyawa untuk meneruskan tugas atas muka bumi ini sebagai khalifah, satu-satunya khalifah Allah yang paling 'berharga' berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Tidakkah sedikit pun kita berasa 'izzah dengan nikmat Islam yang Allah kurniakan kepada kita, yang tidak diberikan kepada mereka yang masih belum lagi mampu untuk mengenali-Nya? Marilah sama-sama kita ucapkan kata hamdalah (Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah), sebagai tanda kesyukuran yang tinggi ke hadrat-nya kerana masih memelihara kita dalam jalan-Nya. Alhamdulillah...

Sudah lama rasanya saya tidak update blog dengan tazkirah-tazkirah begini. Baru hari ini hati terbuka untuk mengungkapkannnya di sini. Setelah tiga bulan lamanya bercuti di rumah, barulah saya sedar bahawa hanya sekali sahaja saya pergi usrah dalam tempoh short sem ini. Patutlah hati ini asyik rasa gelisah je. Patutlah jiwa ni terasa kosong dan tidak terisi. Inilah yang sering saya keluhkan hampir setiap hari. Memang benar, hati saya terasa amat kosong dan ternyata saya amat merindukan sesuatu. Saya amat rindukan tarbiyah yang sering saya ikuti dalam usrah. Usrah adalah keluarga kedua saya. Dengan usrah, saya bertemu dengan sahabat-sahabat yang seiring sejalan dengan saya. Dengan usrah, saya duduk dalam kalangan orang-orang yang cintakan perjuangan. Perjuangan apa? Perjuangan untuk menegakkan kalimah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Namun, walaupun hanya sekali, nikmat tarbiyah itu amat saya rasakan meresap jauh ke dalam hati. Dan segala puji bagi Allah, sehingga kini saya rasa diri ini amat beruntung kerana masih boleh mengecapi kebahagiaan ini, kebahagiaan yang mungkin masih tidak dapat dirasakan oleh sebahagian orang yang tidak sama fikrah dengan saya. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...




Seruan berda'wah

Saya buka Al-Quran dan membuka surah Al-Muddassir. Teringat tentang peristiwa Rasullulah mendapat wahyu yang pertama ketika baginda sedang bertahannuth di Gua Hira' (Surah Al-Alaq).

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar (manusia) apa yang tidak diketahuinya."
(Surah Al-Alaq, ayat 1-5)

Rasulullah s.a.w. berlari pulang ke rumah dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Lalu baginda menyuruh isteri tercinta, Saidatina Khadijah, untuk menyelimutinya. Maka, pada ketika inilah turunnya Al-Muddasir, yang memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk keluar berda'wah kepada masyarakat.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan!"

Pada saat ini jugalah baginda telah dipilih oleh Allah untuk menjadi utusan-Nya, iaitu Rasul (yang menyampaikan) kepada umat akhir zaman ini. Pada masa ini jugalah seruan untuk keluar berda'wah diwajibkan atas Rasulullah s.a.w.

Walaupun ayat ini ditujukan kepada baginda Rasul, namun jika diperhatikan dan dihayati dengan sedalam-dalamnya isi kandungan ayat-ayat Al-Muddassir ini, tidakkah kita merasakan bahawa seruan berda'wah ini bukan saja harus dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi kita (yang bergelar Mukmin - orang yang beriman) juga WAJIB 'bangun dan beri peringatan' kepada orang lain, sama ada yang sama fikrah dengan kita mahupun tidak. Ternyata tugas menyampaikan da'wah kepada orang lain, bukan tugas para Rasul semata-mata, tapi ia juga merupakan kewajipan bagi setiap khalifah dan siapakah khalifah-khalifah tersebut? Siapa lagi kalau bukan kita sendiri. Insya Allah.

Jadi, para sahabat sekalian, 'bangunlah dan berilah peringatan!' Buangkan selimut kita dan capailah Al-Quran. Marilah baca ayat-ayat Allah dengan penuh tartil dan tadabburlah ayat-ayat tersebut. Marilah segera kita menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada orang lain tanda kita kasih dan cintakan mereka lillahi ta'ala. Sebagaimana Allah frimankan dalam Surah Ali Imran, ayat 104):

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."


Wallahua'lam.


p/s: 'Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.' Semoga Allah memberkati usaha da'wah kita. Jangan harapkan balasan, kerana yang paling penting adalah usaha, bukan natijah. Kita hidup di dunia ini juga adalah untuk mendapat redha-Nya, bukan mengharapkan balasan dari-Nya. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Insya Allah. Salam satu perjuangan semua!


Salam sayang,
Qamar Purnama.

Tuesday, 6 July 2010

Bab 6 Semanis Kurma Cinta





Lyzzie dan Sofea sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk mengenakan Nurul dan Soleha. Masing-masing telah membahagikan tugas masing-masing dengan begitu rapi sekali, cuma rancangan tersebut hanya perlu dijalankan dengan begitu kemas tanpa sebarang masalah. Bagi Lyzzie dan Sofea, mereka sangat yakin bahawa rancangan mereka yang pertama ini akan menemukan kejayaannya...



Apalah yang sedang dirancangkan oleh Lyzzie dan Sofea kali ini. Nampaknya mereka memang tak pernah serik! Sejak dari sekolah lagi, mereka ni memang sering mencari peluang untuk mengenakan Nurul dan Soleha. Entah mengapa. Mungkin kerana ingin menimbulkan kepuasan hati semata ataupun perasaan dengki dan dendam yang membuatkan mereka kekal dengan 'kenakalan' itu mahupun setelah bergelar mahasiswa .



Jika ingin tahu dengan lebih lanjut apa yang bakal menimpa 'kembar tak seiras' itu, Nurul dan Soleha, sila klik sini untuk membaca sambungannya.



SELAMAT MEMBACA!


Monday, 5 July 2010

I See You, I Feel You



When I'm sitting on a chair,

I see you, smiling at me.

When I'm eating my favorite meal,
I see you, asking me to have some tastes.

When I'm reading my beloved novel,
I see you in every page, staring at me.

When I'm walking down the street,
Leading to a desired destination,
I see you following me like a shadow follows its owner.

When I'm preoccupied with a beautiful dream,
You came by pacing towards me,
I see you saying some meaningful words,
Although I doubted at first, but
I gather my confidence to have faith in it.

When I'm studying so hardly,
Not to pass my exams, but
To become a better person in the future,
I see you put your thumbs up and say,
"I'm so proud of you!"

When sitting under a tree
And watching the beautiful blue sky,
Seeing all birds flying happily together,
I see us running cheerfully in a huge beautiful park,
Catching every single butterfly
To be kept them in our memory box.

When I'm counting the twinkling stars in the night sky,
I see you pick them all and pass them down to me,
As a gift- a wonderful gift,
So that I will cry no more and ignore about others' sayings.

And now, as I'm writing a poem for you,
I see you in front of my screen,
Laughing delightfully and whispering,
"I will make all your dreams come true,"
"I'll be the best person you can proud of,"
"Nothing will appear on you face,
Except for a sincere smile and drops of joyful tears,
That comes from your pure heart,
For the success that I'll bring one day.
I'll miss you, teacher, and always pray,
May God bless you until the Hereafter."

Tears started coming down my cheeks,
Every time I'm thinking of you.

What ever you do,
Who ever you are,
I am still your life long teacher,
And you will be my precious students.
Fiddunnia wa filakhirah.

Wherever you go,
Whenever you be,
I see you and I feel you.
Don't forget me and let's keep in touch in our prayers.
I always pray may you become a successful person one day,
Because I just want the best from you,
No matter in whatever you do,
Most importantly,
Do the best and be the best,
And He will grant you only the Best.

Keep my love in your heart,
Forever...

Saturday, 3 July 2010

Rehlah 2010 ~ Kembara Nostalgia


Salam.

Rehlah kali ini, buat di Kuang, Selangor.
Ok, first time jugak dengar nama tempat tu, walaupun
sudah bertahun menetap di negeri ini. Tapi, saya orang KL ya!

Rehlah kali ni, both best dan tak berapa best.
Bukan apa. Dari segi pengangkutan, aktiviti dan makanan,
alhamdulillah semuanya excellent!
Apa yang best tentang rehlah kali ini, mestilah aktiviti dia!
Terima kasih kepada AJK Aktiviti, kerana kesudian anda
mereka aktiviti-aktiviti menarik, terutamanya
aktiviti dalam air! Mana taknya. Banat berapa kerat je,
so masa swimming tu, kolam renang tu kami yang punya!
Kami conquer satu pool! Hahaha, seronok betul!
Yang tak bestnya, yess, the number of banat yg pergi sangatlah sedikit.
Namun, kami mengerti kebanyakan mereka yang tidak
dapat hadir adalah disebabkan oleh beberapa kekangan yang
tidak dapat dielakkan. Tapi, saya harap sangat-sangat
next gathering ni dapat tengok balik semua muka budak-budak Al-Amin
yang dirindui dan dicintai sepenuh hati!

Tapi secara kesuluruhannya, setiap yang Allah takdirkan itu
semuanya sudah tertulis hikmah di sebaliknya.
Persoalannya samada kita sedar atau tidak.
Sama ada kita terima atau tidak.
Mungkin rehlah kali ini banin lagi ramai dari banat,
namun, walaupun bilangan kami amat sedikit,
tapi ukhuwwah yang kami rasakan sangat erat berbanding dulu,
(dengar tu, banin sekalian! Jangan gah sangat
dengan bilangan antum yang ramai. Kami juga ada kelebihan
yang Allah kurniakan dalam bilangan yang kecil ini. Haha)

Dan pada pendapat saya, rehlah kali ini tetap berjaya dan semoga
Allah memberkati, merahmati serta meredhai
pertemuan kita semua di bawah lembayung kasih
dan cintaNya terhadap kita semua. Harapan saya agar
rehlah akan datang, mampu mempertemukan saya dengan semua
sahabat g13th, terutamanya yang jarang mengikuti program batch.
Sebabnya, saya amatlah merinduia antum semua!

Wallahua'lam.

* gambar-gambar rehlah, ya *


~ SEBELUM BERTOLAK: DALAM BAS ~



siapalah yang sab tengah call tu? ehem2....

lima bidadari, pencinta Islam, insya Allah...

saat rindu menatap kalbu ^_^


~ DI TEMPAT PROGRAM ~


sab lagi??? sebab sab sangat comel!

serious membincangkan aktiviti yang ingin dilaksanakan.

pengisian diberikan oleh Ummu Ithar.
smg Allah merahmatimu, ummu.

Penyampaian hadiah penghargaan
oleh pengarah program.


~ PERTEMUAN KITA BUKAN SETAKAT INI ~




"Whoever would like to have his own provision increased or his lifespan extended,
let him uphold the ties of kinship."

(Al-Bukhari and Muslim)

"Tell me what will bring me nearer to heaven and keep me away
from the fire?" The Prophet s.a.w answered:
"Worship Allah and do not associate anyone or anything
with Him. Attend regularly to your prayers and
pay zakah and foster your ties of kinship."

(Al-Bukhari and Muslim)


g13th!
::ukhuwwah never dies::

p/s: Even Cg. Syidah tak dapat datang, but we still appreciate
niat cg untuk join kitorang. This post is written especially for u, cg Syidah,
and to all of you yg menjayakan rehlah kita ni.

May Allah bless us all!

*sory, lmbt sgt update -_-


Salam sayang,
Qamar Purnama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails