About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 6 November 2009

Minat



Salam.

Nampaknya, mulai dari hari ini, saya tidak akan menceritakan apa-apa lagi tentang kisah hidup peribadi saya di ruangan ini. Semalam baru saja lepas dinasihati mak. Mak kata sepatutnya cerita-cerita tentang hati tidak sepatutnya menjadi tatapan umum kerana itu adalah rahsia hidup kita. Bukan apa. Menurut mak lagi tak manis kan ramai orang tahu tentang kisah cinta seorang gadis sunti spereti saya ni... Hehehe... ada betul jugak kata-kata mak tu. Jadi, insya Allah, lepas ni saya tak akan menceritakan apa-apa lagi tentang perkara yang melibatkan hati dan perasaan saya di sini. Biarkan ia terus menjadi 'rahsia...'


************************************************


Tiba-tiba pulak hari ni rasa macam nak kongsi minat kat sini. Disebabkan tiada idea untuk meng'update' blog, jadi saya nak jugaklah ambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan kamu tentang hobi saya yang membuatkan saya sangat kagum dengan diri saya sendiri. Niat di hati bukan ini riak atau membangga diri, tapi sekali-sekala ingin mewujudkan rasa cinta terhadap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri saya. Kerana sekarang saya sedang berada dalam proses untuk mencintai diri saya, iaitu Wan Hazimah.

Jadi, tak salahkan tindakan saya ni?

Baiklah. Hobi saya itu ialah saya sangat sangat suka membaca! Antara buku-buku yang saya gemar membacanya ialah buku-buku agama, motivasi, novel cinta islami, novel peperangan dan novel yang berkisarkan tentang teknologi. Dan buku-buku yang saya baca ini tidak kira sama ada berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Dua-dua saya meminatinya. Sekarang ni, saya juga sedang mempelajari bahasa jepun. Insya Allah, sekiranya diberikan kesempatan, saya akan mula membaca buku-buku cerita bahasa Jepun pula.

Namun hari ni, saya cuma ingin fokuskan pada beberapa buah buku yang hasil penulisannya dinukilkan oleh seorang penulis yang bertitelkan 'anonymous' dengan nama penanya Hlovate. Seseorang yang tidak pernah dikenali sesiapapun. Seorang wanita. Seorang muslimah. Saya amatlah berharap, walaupun saya seperti orang lain yang tidak pernah mengenali dirinya, namun saya sentiasa berdoa agar suatu hari nanti saya dapat bertemu dengan beliau. Lebih-lebih lagi secara bersemuka. Terlalu banyak yang ingin saya tanyakan kepada beliau. tentang penulisan novel ni. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dan terlalu banyak yang saya ingin pelajari daripada penulis ini.



Siapakah sebenarnya Hlovate ini???


Saya amat meminati penulisan beliau. Saya mempunyai cita-cita. Dan tiada siapa akan menjangka bahawa cita-cita saya itu setinggi gunung dan langit yang susah ingin dicapai sekiranya tiada usaha keras. Saya ingin menjadi seorang penulis ulung yang bukan saja boleh menghasilkan karya yang diminati ramai seperti karya-karya Hlovate, semata-mata tetapi dapat menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain yang bisa menyumbang kepada agama dan ummah serta kepada para generasi akan datang.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, ramai yang seolah-olah memperlekehkan impian saya ini. Entahlah... mungkin pada mereka ia adalah seuatu yang mustahil bagi saya untuk memilikinya. Tapi, wajarkah mereka berfikiran macam tu? Tidak dapat dinafikan bahwa setiap hari saya juga berfikiran seperti itu. perkataan 'mustahil' sentiasa berlegar-legar di ruang fikiran dan sentiasa menghantui. Perkataan inilah yang melemahkan saya dan sentiasa berusaha untuk membuatkan saya lupakan saja impian saya yang menggunung itu. Tapi, kalau saya sendiri yakin dengan kebolehan dan bakat yang saya ada, kenapa tidak mereka? Setakat ini, saya tahu dan boleh nampak sikit-sikit di mana kelamahan saya dan di mana kekuatan saya dalam bidang penulisan cerita.



Saya boleh cakap, dalam masa sekarang ni, sepatutnya seuah lebih dari lima buah novel saya boleh hasilkan. Tanpa menciplak idea dari mana-mana sumber dan insya Allah ia adalah yang asli, datang dari kotak fikiran yang dianugerahi Allah kepada saya sendiri. Namun, entah kenapa terlalu banyak kekangan yang terpaksa saya hadapi sekarang dan mungkin kekakanga-kekangan inilah yang membantutkan usaha saya untuk menghasilkan novel sendiri.



Sebenarnya perkara-perkara seperti inilah yang saya ingin cerita sangat dengan Hlovate. Tolonglah doakan agar suatu hari nanti Allah boleh pertemukan kami berdua. Kerana pada saya, hanya beliau saja yang dapat membantu saya meneruskan usaha dan terus bangun daripada jatuh untuk menjadi penulis terkenal seperti beliau.


bersambung....

4 comments:

JoJo said...

zimah.. kiter berkongsi minat yg sme.. i like to read and also write.. tp zie lg berminat bce karya2 melayu berbanding bahasa len.. minat dgn kesusasteraan bahasa kite ni.. zie pon ade gak menulis tp utk diri sndri jek.. zie pon stat menulis ni sjak form 2 lg.. pas ni leh la kiter share2 pndapat yer zimah..^_^

[MH] said...

ari tu kan, ada budak tanya i

'kak fathy ni hlovate eh?'

hoho.

that's a compliment(perasan gila kot). diorg ingat i hlovate sbb bc blog i yg entah pape tu.

ngeeee

Zimah Zaiwani said...

azie:

is it true, azie? wow! azie! i got one idea. how about one day nnt, insya Allah if we got plenty of free time in gmbk, kte wat novel pendek masing2 then kte exchange. azie bc zmah nye, zmah bc azie nye. lps tu kte komen msg2 nye. then kte hntr kat mn2 sykt penerbitan. azie nk cuba tak??

kak uda:

pengumuman kpd semua. sukacita dimaklumkan bahawa wan fathiyyah ni bknlah Hlovate yg dicari2.... harap maklum. hahaha....

eii, kak uda, u jgn perasanlah..... tp i kasi can lah kali ni utk u prasan. wakakaka...

Fatin Husni said...

Zimaaaaah!!! Michie pun ada cita cita, tapi lagi besar daripada Zimah, sebab berkenaan dengan dunia. hehehe. Michie pun tak berani nak bagitau orang sebab nanti takut orang cakap Michie ni skema :-( Tapi Zimah, trust everything that you dream, because dream is the beginning of reality :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails