About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 4 February 2010

Kenapa aku tidak melihat???






Salam.

Hari ini, saya rasa sangat down. Entahlah... mungkin disebabkan masalah-masalah duniawi yang entah bila akan selesai. Dan rasa-rasanya segala masalah yang timbul ni tiada penghujungnya. Kalau ditanya masalah apa? Saya akan jawab, masalah dengan sahabat baik dan keluarga. Allahu akbar... betapa beratnya ujian yang Allah timpakan atas seorang manusia biasa yang lemah jiwanya seperti saya ini. Namun, sebagai manusia, apakah hak saya untuk menyalahkan atau mempersoalkan segala ujian yang diberikan, kan? Saya langsung tidak punya hak sama sekali. Sedangkan para nabi dan rasul lagi besar dugaan yang terpaksa mereka tempuhi demi menegakkan syi'ar Allah pun boleh tabah dan redha, kenapa tidak manusia biasa seperti saya?

Salah satu masalah yang saya hadapi, yang saya rasakan sangat berat bagi saya ialah masalah dengan seorang sahabat baik saya ni. Namanya, biarlah rahsia=) Tapi, apa yang saya boleh kata sebagai masalah bagi saya ialah apabila diri kita tidak dihargai sepenuhnya oleh orang-orang yang kita sayang. Itulah yang menjadi masalah utama saya dalam persahabatan kami. Bila dah berjumpa dengan kekasih hati, teman baik sendiri disisihkan, dilupakan. Dan yang paling saya tak dapat nak terima bila dia kata dia sebenarnya tak berapa suka saya terlalu care pasal dia. Astaghfirullah... saya tak sangka ayat seperti ini akan keluar dari mulut seorang sahabat yang sangat saya sayangi. Kenapa sahabat baik kita sendiri, yang kita berkongsi segala kesusahan dan kesenangan bersama, boleh mengeluarkan kata-kata yang begitu menggores hati? Dan sejujurnya, air mata banyak saya habiskan atas ketidakpenghargaan ini.

Kadang-kadang saya selalu bertanya pada ibu saya, "Emak, kenapa orang suka buat Imah macam ni? Kenapa setiap kali Imah buat baik dengan orang, diorang balas dengan ini? Apa salah imah? Imah ni belum cukup baik ke untuk diorang?" dan banyak lagi sebenarnya pertanyaan saya pada mak sehinggakan emak sendiri tak tahu nak nasihat macam mana lagi. Sampailah satu masa, jawapan emak begitu menyentuh hati saya, "Sebab, adik ada satu personaliti yang ramai orang suka." Saya hanya mampu diam.

Saya lupakan sekejap tentang masalah saya tu.



*********************************************


Lepas makan malam dengan mak tadi (dengan Zaim sekali), masa nasi penuh dalam mulut saya kunyah, tiba-tiba saya tersentak. Ada sesuatu yang menyelinap masuk dalam minda saya.

Saya cakap kat mak, "Mak, minggu ni rezeki Imah, murah sangat mak." Emak pun tanya, "Kenapa?" Emak pun curious jugak nak tahu. "Semalam, Imah ajak Abg Nwar lunch sekali. Nak save duitlah katakan. Lepas habis makan, Abg Nwar hantar Imah balik mahallah. Abg Nwar tanya, 'ada duit tak?'. Lepas tu Imah cakaplah, 'ada. Tapi kalau nak tambah boleh je. Hehehe...' Lepas tu, Abg Nwar keluarkan note RM 50. Dia cakap, 'keep the change!'Alhamdulillah rezeki..." Emak tekun mendengar sambil mengunyah nasi.

Saya sambung lagi, "Lepas tu kan mak, semalam, ada dua orang kawan Imah yang terkurung dari luar bilik. Tertinggal kunci kat dalam bilik. Salah seorang datang bilik Imah minta tolong mintakkan kunci spare. Berlari-lari Imah ulang-alik sebab akak tu bagi 10 minit je. Lepas diorang dah dapat masuk bilik tu, kawan Imah tuh mesej, 'Zimah, terima kasih tolong kitorang tadi. Kitorang nak gi makan ni. Jum! Kitorang nak belanja!' Subhanallah... rezeki lagi (orang memberi, tak baik ditolak. Hehehe)." Saya menyambung, "Hari ni pula kan mak, Imah dapat highest in Science of Quran dan markah mid-term pun agak memuaskan. Tadi pulak mak, sebelum Kak Long balik, Kak Long kata, 'Dik, jangan masuk lagi. Kak Long nak kasi barang.' Pastu, Kak Long hulur kat Imah note RM 50. Kak Long kata, 'jimat-jimat sikit.'"

Saya berhenti sekejap, sedut oksigen.

Kalau nak direlatekan dengan masalah saya kat atas ni,

"Subhanallah mak. Rupa-rupanya segala kebaikan yang Imah buat kat orang selama ni dibalas oleh Allah dalam bentuk lain. Allah balas dengan ini, dengan kemurahan rezeki. Alhamdulillah... wang saku, sahabat belanja, dan markah yang baik dalam exam semua ini adalah ganjaran Allah yang tiada tolok bandingnya." Mak pun cakaplah, "haa.... tulah. Taupun."

Kenapa saya tidak pernah melihat dengan penglihatan yang sebenar-benarnya. Bahawa Allah itu Maha Baik dan Dia sangat Adil dalam setiap hal. Kenapa saya tidak melihat yang sesungguhnya Allah itu sangat sangat menghargai saya, walaupun kehadiran saya dalam hidup sahabat-sahabat dan orang lain tidak pernah dihargai. Kenapa saya tidak melihat bahawa cinta Allah itu sebenarnya sangat dekat dengan saya, cuma saya yang tidak menyedarinya dengan sebenar-benar penglihatan. Alhamdulillah, rupa-rupanya, tanpa saya sedari, Allah itu berada terlalu dekat dengan saya sehinggakan setiap pekerjaan yang saya lakukan diberikanNya kemudahan untuk menyempurnakannya.


********************************************


Jadi, pesanan buat sahabat-sahabat pembaca yang disayangi sekalian, janganlah melihat sesuatu yang datang dari Allah itu dengan sebelah mata saja. Pandanglah ia dengan dua belah mata malah lebih baik lagi pandanglah dengan mata hati dan biarlah pandangan itu adlah yang sebenar-benarnya. Kerana pandangan atau penglihatan yang sebenar-benarnya itulah yang tidak akan mengecewakan kita. Seperti yang terjadi pada saya ini.

Hati yang mulanya sedih, kini berbunga ceria.

Saya cintakan Kekasih saya, 'Azza wajalla.
Terima kasih, Allah!

Sekian.

7 comments:

[MH] said...

best gilaaaa kak long n abg nuar kasi duit.. ni yg i jeles niiiii...
aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

JELES!

hehe, lap u!

Anonymous said...

Salam w.b.t

jalan ke sini juga..mahu kongsi ini..
masih bahagia dlm kasih sayangNya bukan..mudah2han..

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
dianasha_ nadia: Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

perkongsian dari jln2 di belog ini..

http://genta-rasa.com/2009/04/15/mencari-ketenangan-hati/

p/s:“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

duhai hati kamu yg lembut,semoga tabah dalam ujian-Nya..^__^

smoga membantu..~

[MH] said...

mr/miss anony, terima kasih. sedikit sebanyak, membantu kakak hazimah yg ini juga tentang ketenangan hakiki ini :)

jazakumullahukhairan katheera

Zimah Zaiwani said...

anony:

subhanallah.... terima kasih atas peringatan yg saudari kongsikan ini. sgt indah kata2 ini. alhamdulillah, sy beroleh ketenangan di setiap bait perkataan yg saudari titipkan di sini. smg Allah memberkati hidup saudari serta keluarga. wallahua'lam.

kak uda:

seronoknya! ada org hntr komen mcm ni kat blog i!!!!!!!!!

Anonymous said...

nak menyibuk jugak

menyedari kesedaran nikmat Allah juga adalah nikmat, dan siapa lg yg blh menyedarkan kita selain Allah

"dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" - Al-Anfal:63

akak yg tiap2 minggu nak jmp zimah ^_^

zmah said...

kak maryam:

maafkan zmah akak... kdg2 ada halangan yg xdpt dielakkan. insya Allah, kalo bkn ms usrah, zmah blh je nk jmp ngan akak. insya Allah, akn ada ms lain yg lbh free. cm time usrah tu, mlm ahad mmg ssh sket. sbb xde org blh hntr=)

sahel akmal said...

salam, inilah golden rule

baik pasti dibalas baik
dan jahat tetap dibalas jahat

samada direct or indirect je..

trimas 4 sharing =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails