Salam satu perjuangan...
Kepada semua pembaca blog ini, harapnya dapat memaafkan saya di atas kelewatan saya meng'update' blog setelah kesekian lamanya... Kawan saya cakap hidup kita ni umpama roda. Kadang di atas dan kadang kita di bawah. Bila diri kita berada di bawah, amat susah nak naik atas balik. Bila diri ini rebah, susah untuk bangkit semula. Boleh, tapi memang memakan masa. Itulah yang terjadi pada diri saya...
Tapi kini, alhamdulillah, setiap hari Allah bagi saya peluang, tanpa rasa jemu. Dengan penuh kasih sayang dan cinta, Allah bagi saya kesempatan untuk menjadi manusia baru. Menjadi mukminah yang baru. Insya Allah.
Tau tak apakah yang dinamakan perjuangan? Mesti semua tahu kan? Jadi rasanya, tak payahlah saya jelaskan lagi kan? Tapi saya nak tanya. Apa rasanya perjuangan itu? Pahit ke, manis, masam ke, manis ke, pedas ke, atau TIADA RASA? hmm, kalau takde rasa pape tu, memang agak pelik jugaklah. Sebab bagi saya tak ada apa dalam dunia ni yang Allah ciptakan tanpa perasa. Setiap benda atau perkara pasti ada "perasanya" yang tersendiri. Terpulang pada manusia itu sendiri bagaimana untuk merasainya. Begitu jugalah halnya dengan perjuangan atau lebih spesifik lagi, perjuangan sebagai seorang ISLAM. Sudah faham kan? Jadi, soalan kedua saya. Apakah rasanya perjuangan menjadi seorang Mukmin (orang yg beriman) itu sendiri? Pahit atau manis (yang sebenarnya)? Tepuk dada, tanyalah pada iman masing-masing ya.
Dugaan
Bila sebut je perkataan "dugaan," apa yang terlintas di fikiran agak-agaknya? Ya, tepat sekali. Dugaan dengan perjuangan memang tidak dapat dipisahkan. Perjuangan mana yang tidak ada dugaan? Perjuangan apa yang tidak memerlukan kesabaran dalam menghadapi dugaan? Cuba korang bagitau saya. Perjuangan apa yang tidak ada dugaan perlu ditempuh? Tak ada! Cuba kita renung-renungkan, kenapa perjuangan itu kena ada dugaan? Kenapa Allah selitkan dugaan (sama ada yang besar atau kecil) dalam setiap perjuangan yang kita buat? Kenapa Allah tak bagi sesuatu yang indah sikit, kenapa Allah bagi dugaan yang menyakitkan dan memberatkan kita? Pernah tak kita terfikir semua ini? Apa hikmahnya yang sebenar? Apa manfaat dugaan itu sebenarnya. Boleh je kalau saya nak kata dugaan itu tak ada manfaat. Sebab ramai orang kecundang, rebah, rosak, sakit, dan sebagainya bila menghadapi dugaan yang diberikan. Tapi, apa hak saya, apa hak kita untuk berbiacara seperti itu, sedangakan kita sendiri tahu setiap yang Allah jadikan/ berikan pasti ada hikmahnya. Betul kan?
Perasan tak yang kita ni, manusia seringkali mengeluh. Mengeluh setiap saat, setiap minit, dan setiap jam. Mengeluh je. Diuji sedikit, mengeluh. Diuji banyak, jangan cakaplah. Mengapa kita sering mengeluh pabila diuji Allah samada dengan ujian kecil ataupun besar? Sebabnya ialah kita mengalah masalah sudut pandang. Pabila diuji, kita hanya memandang setiap dugaan atau ujian itu semuanya dari sudut yang negatif. Kerana itulah, datanganya penyakit-penyakit lain seperti tension, tertekan dan tak mustahil masalah mental!
Kesabaran
Jadi, dipendekkan cerita, cubalah kita muhasabah balik. Imbas balik semua kejadian-kejadian yang memnyebabkan kita diuji oleh Allah. Pasti ada sebab mengapa Allah menguji kita. Saya tak nak cakap panjang2, bukan kedekut ilmu ya. Tapi, yang membaca semua ni, dah besar kan? Korang boleh fikir sendiri. Gunakan akal yang Allah dah bagi, fikir sedalam-dalamnya. Cuma, ingatlah pesan ini baik2. Bila setiap kali korang diuji, janganlah mengeluh. Kalau boleh, cuba biasakan diri dengan tidak mengeluh bila menghadapi dugaan. Sebab, sebenarnya dugaan itulah ubat yang akan membantu kita dalam menjalani hidup. Kalau kita perlukan ubat untuk mengurangkan rasa sakit deritanya dugaan dalam perjuangan yang kita hadapi itu, sifat sabar adalah penyembuhnya. Jadi, jadikanlah sabar itu sebagai pendamping setia setiap kali kita menghadapi dugaan. Insya Allah.
Dalil2 berkenaan sifat sabar
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 45 dan 153 yang bermaksud:
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk(45)."
"Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar (153)."
Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:
"... barangsiapa yang menyabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar..." [Hadis riwayat Bukhari].
Sama2lah kita tanamkan sifat sabar dalam diri masing2 setiap kali menempuh dugaan dari Allah. Insya Allah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment