Salam satu perjuangan, duhai saudara-saudaraku,
semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah selalu. Insya-Allah.
Maaf di atas kelambatan meng'update' blog ini. Seperti yang semua telah maklum bahawa UIAM sekarang telah dilanda satu wabak yang sangat serius untuk tahun ini, iaitu bukan wabak demam H1N1 ya, tapi demam EXAM sudah mula menular dalam diri setiap pelajar di sini. Dan saya juga sudah terkena jangkitan virus yang disebarkan oleh wabak ini. Insya-Allah, tanggal 6 April, semuanya akan berakhir. Lega sudah hati ini bila sampainya masa itu. Hehehehe...
Insya-Allah saya akan mulakan sesi revisi terkahir saya untuk subjek linguistics (esok) malam ini selepas solat isya'. Bagi mengisi kekosongan yang terluang ini, izinkan saya menukilkan sesuatu di blog ini untuk tatapan bersama. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada mereka yang sudi membacanya sambil mentadabbur nukilan saya ini. Wallahua'lam.
3 dalam 1, tajuk entry saya kali ini. Apa itu 3 dalam 1? Produk syampoo terbarukah? Ke milo ada buat promosi lagi bagi melariskan produknya itu di pasaran? Ataupun Hazimah ni cuba mempromosikan sejenis perkhidmatan baru yang tidak pernah di udara selama ini? Oppss! Maaf ya! Anda silap. 3 dalam 1 yang saya maksudkan itu ialah 3 pengajaran penting yang saya dapat daripada tilawah al-Quran saya sebentar tadi (selesai solat maghrib). 3 elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap mukmin seperti kita diajarkan oleh Allah dalam salah satu surah yang terkandung dalam kitab suciNya, al-Quran iaitu surah al-Nahl.
1) Bertaubatlah (16:119)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Sudah terang lagi bersuluh sifat agung Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Tidak seperti manusia yang bersikap susah memaafkan kesalahan orang lain, Allah itu sangatlah baik. Tidak kira sebesar gunung sekalipun dosa yang dilakukan hamba-hambaNya, keampunan masih tetap diberikan dengan sebenar-benar taubat, iaitu taubat nasuha. Jika sebanyak buih di lautan sekalipun dosa yang dilakukan (melanggar perintahNya), Dia masih lagi menunjukkan kelembutanNya dengan mengampuni kita semua. Asalkan kita menyesali akan dosa-dosa kita serta mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri semula, Allah itu tidak akan pernah sesekali meninggalkan kita. Malah, Dia akan semakin mendekati kita dengan penuh kecintaan. Subhanallah! Masih butakah kita daripada melihat kebaikan Allah ini?
2) Ajarkanlah (16:125)
Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud:
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalaNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."
Setelah mengangkat tangan ke langit, menadah memohon seribu keampuanan dariNya, memuhasabah serta memperbaiki diri adalah tindakan yang paling wajar dilakukan. Tapi, sambil kita memperbaiki diri masing-masing, janganlah kita melupakan saudara-seudara kita yang masih jauh dariNya. Janganlah kita abaikan mereka. Jangan dibiarkan mereka terus menjilat kelazatan dunia yang hanya bersifat sementara ini. Ayuh, bangunlah! Serulah! Mari sama-sama kita menarik, mengajak mereka untuk mendekati Sang Pencipta. Itu tugas da'ie. Siapa lagi da'ie di atas muka bumi ini yang Allah telah ciptakan kalau bukan kita ini? Jadi, kenapa masih terus berdiam diri? Janganlah kita berlengah lagi. Masa terus memotong kita. Mari kita gunakan sebaik mungkin ilmu yang diajarNya untuk diajarkan pula kepada mereka yang kurang tahu. Tetapi, janganlah pula kita kecewa pabila ilmu yang disampaikan tidak dipedulikan. Bukan tugas kita untuk mengubah mereka. Ingat! Tugas seorang da'ie hanyalah menyampaikan. Dan keputusannya, Allah lah juri yang akan menentukan kerana Dia lebih tahu siapa yang akan terus disesatkanNya dan siapa yang bakal merasai kemanisan hidayahNya.
3) Bersabarlah (16:127)
Allah s.w.t terus berfirman yang bermaksud:
"Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."
Al-Quran itu diturunkan oleh Allah melengkapi semua aspek. Seperti ayat di atas. Walaupun ayat ini ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w, namun kita harus mengambil pengajaran di atas semua yang Allah katakan dalam kitabNya dan mengamalkannya dalam konteks kehidupan kita sekarang. Hati seorang da'ie itu mesti kuat dan cekal. Janganlah kita bersifat lemah. Sifat lemah itu tidak akan mampu membawa kita ke mana-mana. Ia merugikan bukan sahaja kepada diri kita malah terhadap seluruh umat mahupun agama itu sendiri. Musuh-musuh Islam akan lebih mudah menjatuhkan syiar jika kita tidak kuat menghadapi ujian atas dunia ini yang hanya sekecil biji sawi. Oleh itu, sudah tentulah jalan dakwah ini memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Sifat sabar yang ditunjukkan oleh nabi-nabi kita seperti Nabi Ayub a.s dan Rasulullah s.a.w sendiri, haruslah dijadikan teladan kita semua. Betapa mulianya sifat sabar itu. Orang-orang yang bersabar akan mendapat tempat yang tinggi di sisiNya. Susah sangatkah ingin bersabar? Mari kita renung-renungkan.
Alhamdulillah. Usai sudah nukilanku. Maaf sekiranya nukilan ini terlalu panjang dan terima kasih atas kelapangan membacanya. Marilah kita sama-sama mengamalkan 3 dalam 1 dalam kehidupan kita sebagai seorang mukmin, selepas ini. Semoga diberkati Allah semuanya. Ameen.
Wallahua'lam.
p/s: Esok dan lusa saya akan menduduki exam linguistics dan poetry. Mohon doa dari sahabat-sahabat sekalian. Semoga rahmat Allah sentiasa mendampingin anda semua. Terima kasih.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment