Salam pembuka bicara.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji. Dan janganlah egkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah."

(Surah Al-Muddassir, ayat 1-7)
Pagi yang sangat indah! Alhamdulillah, ternyata kita masih lagi dipinjam nyawa untuk meneruskan tugas atas muka bumi ini sebagai khalifah, satu-satunya khalifah Allah yang paling 'berharga' berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Tidakkah sedikit pun kita berasa 'izzah dengan nikmat Islam yang Allah kurniakan kepada kita, yang tidak diberikan kepada mereka yang masih belum lagi mampu untuk mengenali-Nya? Marilah sama-sama kita ucapkan kata hamdalah (Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah), sebagai tanda kesyukuran yang tinggi ke hadrat-nya kerana masih memelihara kita dalam jalan-Nya. Alhamdulillah...
Sudah lama rasanya saya tidak update blog dengan tazkirah-tazkirah begini. Baru hari ini hati terbuka untuk mengungkapkannnya di sini. Setelah tiga bulan lamanya bercuti di rumah, barulah saya sedar bahawa hanya sekali sahaja saya pergi usrah dalam tempoh short sem ini. Patutlah hati ini asyik rasa gelisah je. Patutlah jiwa ni terasa kosong dan tidak terisi. Inilah yang sering saya keluhkan hampir setiap hari. Memang benar, hati saya terasa amat kosong dan ternyata saya amat merindukan sesuatu. Saya amat rindukan tarbiyah yang sering saya ikuti dalam usrah. Usrah adalah keluarga kedua saya. Dengan usrah, saya bertemu dengan sahabat-sahabat yang seiring sejalan dengan saya. Dengan usrah, saya duduk dalam kalangan orang-orang yang cintakan perjuangan. Perjuangan apa? Perjuangan untuk menegakkan kalimah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Namun, walaupun hanya sekali, nikmat tarbiyah itu amat saya rasakan meresap jauh ke dalam hati. Dan segala puji bagi Allah, sehingga kini saya rasa diri ini amat beruntung kerana masih boleh mengecapi kebahagiaan ini, kebahagiaan yang mungkin masih tidak dapat dirasakan oleh sebahagian orang yang tidak sama fikrah dengan saya. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Seruan berda'wah
Saya buka Al-Quran dan membuka surah Al-Muddassir. Teringat tentang peristiwa Rasullulah mendapat wahyu yang pertama ketika baginda sedang bertahannuth di Gua Hira' (Surah Al-Alaq).
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar (manusia) apa yang tidak diketahuinya."
(Surah Al-Alaq, ayat 1-5)
Rasulullah s.a.w. berlari pulang ke rumah dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Lalu baginda menyuruh isteri tercinta, Saidatina Khadijah, untuk menyelimutinya. Maka, pada ketika inilah turunnya Al-Muddasir, yang memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk keluar berda'wah kepada masyarakat.
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan!"
Pada saat ini jugalah baginda telah dipilih oleh Allah untuk menjadi utusan-Nya, iaitu Rasul (yang menyampaikan) kepada umat akhir zaman ini. Pada masa ini jugalah seruan untuk keluar berda'wah diwajibkan atas Rasulullah s.a.w.
Walaupun ayat ini ditujukan kepada baginda Rasul, namun jika diperhatikan dan dihayati dengan sedalam-dalamnya isi kandungan ayat-ayat Al-Muddassir ini, tidakkah kita merasakan bahawa seruan berda'wah ini bukan saja harus dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi kita (yang bergelar Mukmin - orang yang beriman) juga WAJIB 'bangun dan beri peringatan' kepada orang lain, sama ada yang sama fikrah dengan kita mahupun tidak. Ternyata tugas menyampaikan da'wah kepada orang lain, bukan tugas para Rasul semata-mata, tapi ia juga merupakan kewajipan bagi setiap khalifah dan siapakah khalifah-khalifah tersebut? Siapa lagi kalau bukan kita sendiri. Insya Allah.
Jadi, para sahabat sekalian, 'bangunlah dan berilah peringatan!' Buangkan selimut kita dan capailah Al-Quran. Marilah baca ayat-ayat Allah dengan penuh tartil dan tadabburlah ayat-ayat tersebut. Marilah segera kita menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada orang lain tanda kita kasih dan cintakan mereka lillahi ta'ala. Sebagaimana Allah frimankan dalam Surah Ali Imran, ayat 104):
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
Wallahua'lam.
p/s: 'Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.' Semoga Allah memberkati usaha da'wah kita. Jangan harapkan balasan, kerana yang paling penting adalah usaha, bukan natijah. Kita hidup di dunia ini juga adalah untuk mendapat redha-Nya, bukan mengharapkan balasan dari-Nya. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Insya Allah. Salam satu perjuangan semua!
Salam sayang,
Qamar Purnama.

2 comments:
wah.subhanallah!
NICE post :):):)
keep it up.
may Allah bless u always :)
alhamdulillah..... yang baik datang dari Allah. insya Allah.....
really miss u sab!
p/s: ooo.... dah cuti tak bgtau ya. nak kena chabee ne... hehe
Post a Comment