About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 7 July 2010

Hidayah




Salam.


"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami)."


(Surah Ar-Rum, ayat 53)


Bila berbicara tentang hidayah, semua orang jadi keliru. Bila bukak je perbincangan tentang hidayah, semua jadi blurr. Ada yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal, ada yang buat-buat tak kisah malah ada juga yang tidak faham langsung konsep hidayah. Semuanya hilang fokus dan segala yang dilakukannya jadi serba tak kena.

Ternyata topik hidayah adalah antara topik yang sangat berat untuk dibincangkan. Kefahaman yang mendalam tentang konsep hidayah amat penting dalam jiwa insan-insan seperti kita yang masih berdiri di landasan yang betul. Mungkin kita semua telah mengetahui apakah itu hidayah. Tetapi, bagaimana pula dengan kawan-kawan kita yang masih belum mendapat hidayah Allah? Tidakkah kita kasihan melihat mereka berendam dalam kancah maksiat? Sanggupkah kita melihat mereka lemas dalam lautan dosa? Melalui situasi-situasi seperti inilah Allah mengingatkan kita semula tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah-Nya.

Tentu ramai dalam kalangan kita (termasuklah saya) menimbulkan bermacam jenis persoalan dalam kepala dan hampir kesemua persoalan itu masih belum menemukan juga jawapannya:

  • Macam mana non-muslims nak masuk Islam, sedangkan hidayah Allah tak sampai lagi kat diorang?
  • Saya dah nasihat kawan saya suruh pakai tudung tapi dia kata dia belum terbukak hati lagi untuk pakai.
  • Kadang-kadang saya nak je buat baik tapi saya cenderung melakukan maksiat. Mungkin sebab Allah masih tak kasi saya petunjuk lagi kot.
  • Dan sebagainya...

Memang pun betul hidayah itu rahsia Allah dan sudah jelas termaktub dalam Al-Quran sendiri bahawa hanya Allah sahaja yang layak memberi petunjuk atau hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Namun, jika diperhatikan kembali ayat dalam surah Ar-Rum di atas, mafhumnya pula berbunyi Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka yang telah buta mata hatinya, iaitu mereka yang menolak kebenaran (atau dengan erti kata lain melakukan apa yang dilarang Allah dan meninggalkan apa yang telah diperintahkan Allah). Salah satu faktor mengapa mereka tidak diberi hidayah adalah disebabkan mereka sendiri yang menolak hidayah itu. Mereka juga yang telah menjauhkan diri dari kasih Allah dan mereka juga dengan 'rela hati' membiarkan diri sendiri terjerumus ke dalam lembah maksiat sedangkan ada je para da'i yang sentiasa berusaha memberikan peringatan. dan mengajak mereka melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran.

Malah Rasulullah s.a.w. sendiri telah meninggalkan dua harta baginda yang paling bernilai, Al-Quran dan As-Sunnah, untuk dijadikan panduan hidup. Tambahan pula, Allah dengan Maha Baiknya telah memperlihatkan kepada kita tanda-tanda kebesaran-Nya agar kita bersyukur. Jadi, siapa kita untuk mempersoalkan "aku tidak kembali kepada Islam kerana Allah belum bagi hidayah kepada aku." Ini sangat tidak adil kepada Tuhan yang Maha Menciptakan. Mengapa kita sanggup berlaku tidak adil kepada-Nya sedangkan selama ini Dia sentiasa berlaku adil terhadap setiap hamba-Nya?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Sedekat manakah kita dengan Allah dan sebanyak manakah kita memohon ampun dari-Nya serta mohon agar dibukakan hati menerima hidayah-Nya?

Marilah sama-sama istighfar (Astaghfirullahal'azim...) dan muhasabah diri masing-masing...

p/s: Peringatan buat diri saya juga. Maaf sekiranya bahasa agak kurang sopan. Apa yang baik datang dari Allah. Wallahua'lam.


Salam sayang,
Qamar Purnama

3 comments:

nursabirah azhari said...

ya.moga kita sentiasa dalam kalangan mereka sentiasa mendpt hidayah daripada Allah :)

p/s : bagus la hazimah kblkgn ni..dapat inspirasi dr mana ni?
boleh kongsi tips??hehe ^_~

fathiyyah said...

dia belajar dr kakak dia tuuuuu

:D

haha

ciksab said...

ish ye ke.
cam tak caya je.
kene dpt pengesahan zimah dulu lah.
haha :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails