About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 7 September 2011

Selamat meneruskan perjuangan, ukhti!




Salam.

4 September 2011, tepat jam 7.50 malam, seorang sahabatku berjaya berangkat ke Jordan. Syahidah namanya. Namun, malang sekali aku tak dapat pergi menghantarnya sebab aku buat rumah terbuka hari itu. Hanya Farrah yang ikut menghantarnya di KLIA. Hajat di hati memang nak sangat ikut serta. Teringin rasa nak menyaksikan sendiri pemergian sahabat tercinta ke negera perantauan. Dengan pelukan penuh kasih sayang disertai pula oleh air mata kegembiraan dan lambaian selamat tinggal. Tapi semua itu hanya tinggal hajat. Sebuah hajat yang tidak terpenuhi.

Tapi, aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya dapat juga bertemu dengannya sebelum dia bertolak. Dia dengan baik hatinya menziarahiku di rumah. Katanya ingin berjumpa denganku buat saat-saat akhir sebelum dia mula menjadi pengunjung baru di negara orang. Patutnya aku yang menziarahinya di rumah kerana aku sudah berjanji akan beraya di rumahnya. Tapi, masih lagi tidak berkesempatan memandangkan dia pun selalu sibuk mengemas-ngemas barang sebagai persiapan untuk ke sana.

Beberapa hari sebelum itu, Syidah ada mengirimkan SMS kepadaku, memberitahuku berita gembira ini, bahawa dia akan menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda di Jordan dalam jurusan Syariah, pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh. Semasa mendapat khabar itu, entah mengapa hatiku tiba-tiba tersentak. Dengan serta-merta perasaan di hati ini bercampur baur. Gembira, sedih, terkejut, tidak percaya, macam-macam. Tapi yang paling jelas, aku benar-benar terkejut dengan berita itu.

Sampailah Syidah beritahuku bahawa sebenarnya sudah lama dia menyimpan rahsia ini, itupun atas permintaan orang tuanya. Kursus Bahasa Arab yang dia pergi selama sebulan itupun ternyata sebagai persediaan dia untuk belajar di sana sebenarnya. Ya Allah, masa tu Allah saja yang tahu apa yang kurasa. Mulanya aku rasa Syidah seperti membelakangkanku. Sebab dia baru menyampaikan khabar itu kira-kira tiga atau empat hari sebelum dia terbang ke Jordan. Tidakkah mengejutkan namanya itu? Sedangkan aku sudah rancang untuk keluar outing dengannya. Semua sudah tersusun rapi, tinggal hanya ingin tentukan bila masa yang sesuai saja. Sebelum tu, aku ada request untuk dia sambung di UIA sebab UIA pun ada bidang tu. Tapi dia cakap tidak tahu lagi. Jadi, apa hak aku untuk memaksa. Rupa-rupanya Allah ada perancangan yang lebih untuk Syidah.

Oleh sebab aku masih terkejut mendapat khabar itu, jadi aku pun tidak dapat membalas mesej-mesej dia yang seterusnya. Sebab perasaan ku sudah bertukar kepada sedih. Sangat sedih sebenarnya sebab seorang lagi sahabat yang aku sayangi akan meninggalkan diri ini sendirian. Aku tahu pemergiannya ke Jordan bukan untuk bersantai-santai atau bersuka-ria tapi untuk menyambung perjuangannya sebagai seorang hamba yang begitu mencintai ilmu, tapi aku tetap berasa berat untuk melepaskannya pergi. Aku tahu Syidah bukan milikku.

Seperti orang lain, dia juga hanya pinjaman Allah kepadaku. Kalau bukan sekarang, akan ada satu saat yang Allah tetapkan kami berdua akan terpisah juga. Tapi pada masa itu, hatiku belum dapat merelakan. Aku gembira dengan kejayaannya, tapi kenapa mesti dia berjauhan denganku? Aku seperti berlawan dengan diriku sendiri.

Aku cakap pada emak, "Imah tak balasa mesj Syidah, emak."

"Lah, kenapa tak balas? Tak baik tau adik buat dia macam tu. As a friend, you should be happy for her. You're supposed to congratulate her," emak menasihati..

"Tapi Imah tak boleh terimalah, emak. Seorang-seroang yang Imah sayang pergi dari hidup Imah. Mula-mula Kak Uda, lepas tu Kak Nad (habis pengajian), lepas tu Farrah (bakal) dan sekarang Syidah pula. Nanti siapa yang nak temankan Imah? Kalau Imah ada masalah, Imah nak luahkan pada siapa?" Aku sudah menitiskan air mata. Tak mampu nak tahan sebak di hati.

"Adik, setiap pertemuan ada perpisahan. Doalah untuk kejayaan dia. Insya-Allah, kalau kamu berdua kawan baik, masing-masing akan saling mengingati," emak mengingatkan.

Emak betul, cuma aku saja yang masih belum boleh menerima kenyataan. Sepatutnya, sebagai sahabat aku perlu meraih kejayaan ini bersamanya. Aku seharusnya menjadi orang yang paling gembira kerana akhirnya dia sudah ingin sampai ke kemuncak kejayaan yang diimpikan sejak sekian lama. Aku tak sangka aku boleh pentingkan diri sendiri. Sanggup aku menyakiti hati sahabatku demi menjaga hatiku sendiri? 

Bila kami bertemu di rumahku, kami pun berbual panjang. Kami gunakan masa yang ada untuk menikmati perbualan terakhir buat masa ini sebelum ayahnya datang menjemput selepas Asar.

"Syidah, sebenarnya masa anti mesej ana beritahu pasal ni, mula-mula ana marah. Sebab ana terfikir, kenapa anti sorokkan hal ni daripada ana. Lepas tu, ana jadi sedih sangat-sangat sebab tahu yang anti akan tinggalkan ana. Sebab tu ana tak boleh balas mesej-mesej anti. Ana takut ana teremosi." Aku berkata perlahan.

Syidah hanya tersenyum, mungkin dia pun mengerti perasaanku. Mana taknya, kami sudah bersahabat baik sejak darjah 6 lagi.

"Ana tahu. Sebenarnya masa ana dapat result tu, ana nak beritahu anti, tapi ayah ana suruh rahsiakan dulu sebab benda ni tak confirm lagi. Bila dah betul-betul confirm, baru ana boleh beritahu orang lain."

"Oh, tak apalah. Ana dah okey sekarang. Biasalah ana ni. Bila dapat tahu berita-berita macam ni, emo dulu. Lepas tu dah okey dah. He he."

Alhamdulillah Syidah mengerti. Dia memang sahabat terbaikku.

Esoknya, semasa aku sedang sibuk melayan sahabat-sahabat g-13 ku vertandang di rumah, Yui berbunyi tanda SMS masuk. Daripada Syidah.

Salam. Zimah, Farrah ikut hantar ana tahu. Dia call tadi.

Aku membalas SMSnya.

Okey. Dia dah beritahu ana pasal ni. Nanti sebelum fly, mesej ana tahu. Jangan lupa!

Syidah membalas,

Okey, sayang.

Aku pun teruskan melayan para tetamu yang hadir. Tak berapa lama selepas itu, mereka semua pulang ke rumah masing-masing.Tengah sibuk-sibuk mengemas, aku baru teringatkan Syidah. Aku lihat jam, ya Allah, sudah pukul 7.30 malam! Mesti Syidah mesej aku. Sebab aku tinggalkan Yuiku di dalam bilik. Aku capai Yui dan tengok pada skrin. Tak ada mesej masuk! Ya Allah, sekali lagi aku kecewa dengan Syidah. Dia janji dia akan SMSku. Tapi tidak. Sedihnya.

Aku cakap pada emak soal ini.

"Emak, Syidah tak mesej pun. Dia janji dia nak mesej Imah sebelum fly." Aku buat muka sedih yang amat.

"Adik kena faham, dia mesti sibuk. Kan ini kali pertama dia belajar dekat overseas. Janganlah fikir bukan-bukan." Emak berusaha memujukku.

Aku cuba memujuk hati dan bersangka baik pada Syidah. Mungkin emak benar. Dia tentu kalut-kalut semasa ingin bertolak. Maklumlah, memang ini kali pertama Syidah mengangkat kaki ke tempat orang. Mesti dia juga bimbang bagaimana  kehidupan dia selepas ini. Sebab dia pun pernah memberitahuku bahawa dia belum bersedia sepenuhnya untuk belajar di luar negara. Sebab keputusan yang dia dapat terlalu mendadak.

Apa-apapun, saat ini aku masih belum dapat apa-apa khabar berita daripada Syidah. Dia masih belum menghubungiku walapun sudah tiga hari di Jordan. Tapi aku akan tetap sabar menunggu. Semoga Syidah berada dalam keadan yang baik-baik dan dilindungi oleh Allah sentiasa.

Insya-Allah.

Selamat berjuang, sahabatku!

Wallahua'lam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails