Picture taken from: http://archio.deviantart.com/art/Dont-give-up |
Hidup
Manusia
Saling melengkapi
Ujian
Tawakkal
Perlu ada dalam diri
Allah
Rasul
Pendukung kuat
Sokongan
Dorongan
Penguat semangat
Inilah yang diperlukan
Untuk meneruskan kehidupan
Walau sekuat mana badai datang melanda
Jiwa tetap utuh mengharunginya
Hidup tanpa sahabat
Ibarat kehilangan sebuah anggota
Namun
Hidup tanpa kasih-Nya
Kaya sekujur tubuh yang tidak bernyawa
Ayuh, bangkitlah!
Bangkitlah kembali dari jatuhmu
Usah resah
Usah gentar
Usah ragu
Usah buru
Kejayaan takkan datang bergolek
Dengan usaha
Bersenjatakan doa kepada-Nya
Segala yang diusahakan
Membuahkan hasil yang diredhai-Nya
Kesat air matamu
Kerana kejayaan itu sedang menanti
Untuk kita menggapainya kembali
Ayuh, bangkitlah!
Laungkan takbir bersama-sama
Allahu akbar!
Mari kita habiskan
Semua yang telah dimulai
Nota: Puisi ini aku tujukan khas buat semua sahabat teaterku, terutamanya bagi mereka yang sedang mengalami sedikit tekanan melakonkan watak mereka dalam teater ini. Sepanjang latihan kami, bermula dari semester lepas hinggalah semester ini, sejujurnya aku katakan segala puji bagi Allah kerana telah mempermudahkan urusan kami semua. Walaupun tadi ialah kali pertama kami bergabung, namun semuanya dirasakan mudah saja. Cuma, memang ada beberapa bahagian yang masih perlu diperbaiki lagi. Mungkin dari sudut chemistry, masih belum cukup lagi antara pelakon-pelakon utama dan pelakon tambahan.
Setelah berlakon selama beberapa hari ni, barulah kami rasakan yang sememangnya berlakon teater atau mementaskan drama ini bukanlah satu perkara yang mudah. Susah sebenarnya. Ia tidaklah seperti drama televisyen apatah lagi radio. Sangat berbeza, kot! Sebab tulah perlunya latihan intensif berhari-hari ni. Penat merupakan perkara biasa dan tidak coleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik dalam teater ni. Pementasan drama memang memerlukan kerja keras, tak kiralah dari pihak krew mahupun barisan pelakon itu sendiri. Sebab teater merupakan kerja berpasukan. Semua kena turun padang, tidak ada yang akan tertinggal di belakang. Jadi, bila salah seorang mengalami masalah, orang-orang lain perlu bantu menyelesaikan maalahnya. Ini adalah kerana apabila seorang ada masalah, seluruh teater akan mendapat impaknya.
Oleh sebab itulah perlunya saling bantu-membantu dan nasihat-menasihati dalam teater ni. Sejak akhir-akhir ni, sahabat-sahabat pelakon dan aku sendiri tertekan dengan pembawaan watak kami yang dirasakan masih perlu ditajamkan lagi. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pementasan drama ini, kami berasa tidak yakin untuk memberikan yang terbaik semasa persembahan sebenar nanti. Namun, insya-Allah, mungkin hari esok semuanya akan berubah. Seorang bekas pelakon teater dengan suka relanya akan membantu kami budak-budak hingusan ni , melatih kami untuk berlakon dengan lebih baik lagi. Dengan bantuan beliau dan pertolongan Allah juga, semuanya pasti akan membuahkan sesuatu yang bisa membahagiakan kami semua, walaupun ia tidaklah sama seperti yang kami harapkan.
p/s: Pesananku kepada semua sahabat teaterku, jangan mudah goyah dan lemah dengan pembawaan watak yang kurang menarik. Ketahuilah, anda semua sudah mempersembahkan watak anda dengan begitu baik sekali. Cuma, teater merupakan sesuatu yang memerlukan usaha yang berulang-ulang dan berterusan. Jika bakat yang sedia ada dalam diri tidak diasah dengan betul, ditakuti ia akan semakin hilang dan kita akan semakin lupa dengan apa yang kita latihkan selama ini. Jadi, jangan risau. Jika anda susah, ada yang sudi membantu. Jika anda tertekan, musahabah diri semula dan kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik tempat bergantung dan pemberi pertolongan.
Wallahua'lam.
Ganbatte!!!! (^__^)
No comments:
Post a Comment