~Bismillah~
kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti;
"kita takkan pernah dapat apa yang kita nak"
"selalunya benda yang kita sayang takkan lama dengan kita"
"kita nak benda lain tapi benda lain yang Allah kasi"
... dan macam-macam lagi. bila diselami balik kata-kata ni, 'alahai... daifnya aku sebagai hamba-Nya. langsung tak pernah mensyukuri nikmat pemberian-Nya.' kan?
*tersentap
biasalah tu. sebagai manusia biasa, kita takkan pernah lari daripada merasakan semua ni.
bukan sebab kita tak pernah bersyukur, hanya kita sukar menerima takdir yang sudah tertulis untuk kita.
dalam usrah yang lepas, naqibah memberi satu soalan kuiz yang tak pernah ditanya sebelum ni.
"apakah benda yang paling pertama yang Allah ciptakan?"
ada yang jawab syurga. ada yang jawab neraka. ada yang jawab Nabi Adam a.s.
dan saya? saya jawab yang saya tak tahu.
bila naqibah mengulangi soalan, maka jawapan yang diberikan ialah QALAM.
apa itu QALAM? QALAM nilah yang menulis takdir manusia sebelum ia dilahirkan ke dunia.
antara perkara2 yang QALAM tuliskan sebelum Allah lahirkan manusia ke dunia ni ialah:
- nasibnya (bahagia atau derita)
- rezekinya
- jodohnya
- ajalnya
subhanallah... hati terus memuji-muji Allah. hal ini terlalu kecil sebab itu sering dilepas pandang.
naqibah sambung lagi dengan satu cerita tentang seorang muallaf.
"setiap kali saya terdengar perkataan, 'tercatat,' saya mesti teringatkan kisah muallaf ni," katanya.
"muallaf ni pernah cakap kita tak pernah terfikir yang segalanya sudah tercatat sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi. kita tak pernah terfikir bahawa Allah sudah mengarahkan si QALAM tadi menulis dalam buku takdir kita bahawa kita akan dilahirkan ke dunia sebagai seorang Muslim dan terpilih pulak untuk jadi umat Nabi Muhammad SAW yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. kita tak pernah terfikir pun dalam jutaan manusia yang Allah lahirkan ke dunia ni, sudah tercatat oleh QALAM bahawa kitalah yang akan menjadi penggerak yang akan menyambung perjuangan Nabi2 kita dan para sahabat. kita tak pernah terfikir pun bahawa sudah tercatat dalam buku takdir kita bahawa kita adalah THE CHOSEN ONE. sedangkan ramai orang bukan Islam di luar sana masih meraba-raba mencari cahaya kebenaran. sebab tu kita ambil ringan benda ni."
nikmat Islam dan Iman adalah antara nikmat terbesar yang saya pernah terima selama saya hidup di dunia/
Islam dan Iman merupakan hadiah Allah yang sangat sangat besar nilainya.
kita masih lagi tahan jika kita kehilangan benda lain, tapi sekali kita kehilangan Islam dan Iman ni,
wallahua'lam apa yang akan jadi pada kita di hari kemudian.
bukan setakat teraba-raba, mungkin dah tak nampak langsung kat mana cahaya kebenaran tu.
naudhubillah!
*masuk bab lain tapi masih ada kaitan dengan isi di atas
bercakap pasal QALAM tadi, tiba teringat pasal takdir manusia yang telah tercatat olehnya.
jika sudah tercatat oleh si QALAM bahawa orang yang kita sayang tu bukan untuk kita, bukan life partner kita atau bukan teman hidup yang kita cari2 selama ni,
sudah tercatat jugalah bahawa kita perlu menyantuni dia sebagaimana yang sudah tercatat dalam buku takdir kita dan dia.
kenapa rasa macam complicated sangat ayat saya ni?
macam ni...
kalau sudah jelas bahawa orang yang benar-benar kita cinta tu bukan dtakdirkan untuk menjadi jodoh kita, kita tetap perlu melayani dan menyantuni dia sebagai seseorang yang sudah Allah tetapkan 'siapa sebenarnya dia' dalam hidup kita.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya sahabat kita, maka sebagai sahabatlah kita perlu menyantuninya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya abang kita, maka sebagai abanglah kita perlu menyayanginya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya adik kita, maka sebagai adik sajalah kita perlu mengasihinya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanyalah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, maka dengan itu kita perlu menganggapi dirinya sebagai hamba Allah yang sama-sama dengan kita berjuang demi meraih redha-Nya.
walau siapa pun dia yang sudah Allah tetapkan dalam buku takdir kita,
kita perlu menghargai kewujudannya dalam hidup kita.
ada sebab kenapa Allah hadirkan dia dalam hidup kita.
kehadirannya tidak sia-sia.
setiap manusia yang telah ditakdirkan datang dalam hidup kita,
hadirnya membawa satu hikmah dan perginya juga meninggalkan satu hikmah.
.... dan hikmah itu kadang-kala tersembunyi. sekali-sekala kita kena gunakan torch light Iman untuk mencari kelibatnya. in sha Allah, kalau kita tak putus asa, kita mesti akan jumpa jugak.
*sambungan
ni bersangkutan dengan konsep REDHA yang pernah saya jelaskan sebelum ni.
REDHA itu tak perlu diungkapkan tapi perlu dirasa dan dialami sendiri oleh hati.
REDHA adalah manifestasi cinta terhadap Rabb.
bila hati sudah REDHA, segala yang tak diingini boleh dihadam dengan mudahnya oleh hati.
alangkah manisnya bila hati dapat menerima sesuatu yang sudah tercatat oleh Allah dalam buku takdir kita.
walau banyak mana air mata yang mengalir, tapi hati tetap rasa tenang dan bahagia sebab cinta Allah sudah mula bercambah dan berbunga jauh di sudut hati.
hati manusia hak milik mutlak Allah.
Allah yang menciptakannya.
jadi Allah tahu apa yang terbaik untuknya.
jadi, tak usahlah bersedih. bergembiralah.
Allah knows best, kan?