jika ditanya apakah aku masih ingat cerita-ceriti kita
ya, aku masih ingat
semuanya tentang aku, kau dan kita
tak pernah aku buang dari kota ingatan
selagi nyawa masih dikandung badan
selagi ransangan dihantar terus ke otak melalui impals-impals
setiap kenangan yang tertanam dan perasaan yang terkubur di dasar hati
akan kubawa bersama ke mana saja kaki ini menuju
kata-kata nista kau semuanya bagai panahan petir yang menusuk hati
mengekori langkah-langkahku, menhantui lena-lena mimpiku
hingga aku jadi tak mengerti apa yang kurasakan kini
adakah kurasa diri seperti dikhianati atau hati ingin membenci
kuingin kau tahu bahawa kegelapan masih belum menyinggah hati
cuma hatiku kini mendung hanya menantikan saat rahmat datang kembali
buat masa ni, kau pergilah jauh-jauh dari hidupku
sebab aku tak hingin menyimpan kau lagi dalam kotak memori
jika aku diberi senjata tajam, akan kubunuh kau habis-habisan
hingga takkan tertinggal walau secebis kenangan kau dan aku
dalam mindaku dan juga hatiku
jadi, tinggalkanlah aku dan hati mendungku hingga saat aku sudah tiada lagi
di muka bumi Ilahi