About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 12 October 2013

Lagu CSZ



Zahrana lukisan cinta suci
Nelangsanya hatimu sepi, senyummu tetap dalam ikhlas

Biar lama menanti tetap hati berpegang, cintamu suci

Zahrana risalah cinta suci

Cintamu hanya karena Allah walau dingin hati membeku

Menggunungnya hinaan, sebutan perawan tua, cintamu tetap suci

Sebut nama-Nya, dekat dengan-Nya, pinta pada-Nya

Segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya

Takdirkan cinta atas restu-Nya, atas pilihan-Nya

Serahkan seluruh urusan cinta dan hidup hanya pada Allah, Zahrana

Zahrana risalah cinta suci

Cintamu hanya karena Allah walau dingin hati membeku

Menggunungnya hinaan, sebutan perawan tua, cintamu tetap suci

Sebut nama-Nya, dekat dengan-Nya, pinta pada-Nya

Segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya

Takdirkan cinta atas restu-Nya, atas pilihan-Nya

Serahkan seluruh urusan cinta dan hidup hanya pada Allah, Zahrana


Cinta suci zahrana

~Bismillah~



Sinopsis

Menjadi seorang wanita berkerjaya, berprestasi, bereputasi tinggi, mempunyai pendidikan dan kecemerlangan yang bergemerlapan tetapi melewati usia tanpa teman yang halal dalam melayari bahtera perkahwinan bukanlah mudah. Zahrana berusia 34 tahun, pada usia itu wanita dari tanah Jawa itu diamuk tekanan masyarakat khususnya ibu bapa sendiri untuk melihat Zahrana bernikah, mempunyai suami dan cahaya mata penyejuk hati. 


Zahrana, wanita bercita-cita tinggi mendapat penghargaan antarabangsa sebagai arkitek ulung dari Universiti Tsinghua, Beijing namun hatinya resah apabila mendapat sambutan dingin daripada ibu dan bapa sendiri. Habiburrahman El Shirazy memulakan novel terbaharu yang terbit pada Mei 2011 berjudul Cinta Suci Zahrana ini dengan pertanyaan demi pertanyaan Zahrana terhadap dirinya sendiri sewaktu dalam penerbangan menuju Beijing untuk menerima anugerah berkenaan. Dewi Zahrana tertanya-tanya, berkonflik dalam diri akan sebab ibu dan bapa menghantarnya terbang ke Negara Tembok Besar dengan dingin.

Lina, sahabat baik sejak dari SMA dihubungi agar menemui ibu bapa Zahrana seraya menggali rahsia dinginnya mereka terhadap Zahrana. Melalui Lina, Zahrana mendapat tahu akan kecewanya Pak Munajat dan Bu Nuriyah terhadap dirinya. Ya, Zahrana seharusnya cukup membanggakan ibu dan bapa apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa, bakal melanjutkan S-3 dan tulisan-tulisan Zahrana termuat dalam jurnal-jurnal antarabangsa dunia reka bina. Namun, segala pengiktirafan dan kecemerlangan Zahrana tidak mampu menandingi harapan dan impian Pak Munajat serta Bu Nuriyah yang kepingin Zahrana mengakhiri dunia sendirinya dengan pernikahan. Zahrana dilabel sebagai 'anak perawan tua'. Sesetengah jiran mula berkata tentang Zahrana yang sukar menemui jodoh pada usia sebegitu. Mengenangkan pendapat pakar perubatan akan kesukaran mendapatkan zuriat pada usia wanita lewat 30-an tambah merisaukan Pak Munajat dan Bu Nuriyah. Mereka khuatir andai keturunan mereka tidak bersambung gara-gara liatnya Zahrana menemui jodohnya. 

Namun demikian, Zahrana tidak pernah membenci cinta dan menguburkan impian untuk berumah tangga. Zahrana berusaha keras untuk mencapai puncak kejayaannya dalam pelajaran dan kerjayanya. Zahrana terlalu fokus pada matlamat dan impiannya. Walau bagaimanapun, Zahrana tetap punya keinginan dan kerisauan memandangkan diri yang belum berpunya. Dia berusaha untuk mencari jodohnya tetapi dengan cara yang begitu berhati-hati. Wanita kental ini tidak mahu perkahwinannya berantakan di kemudian hari, mendapat suami yang hanya menyakitkan hati atau menzalimi dirinya sendiri. Zahrana bertahan lama hidup dengan tohmahan 'anak perawan tua' kerana mengejar jodoh terbaik buatnya. 

Pak Sukarman, Dekan Fakultas Teknik di Universiti Mangunkarsa berusia lewat 50-an berusaha mendapatkan Zahrana. Kejelitaan, kebijaksanaan dan penghargaan yang diperoleh Zahrana menjadikan dia begitu tergila-gilakan pensyarah muda berkenaan. Zahrana yang mengetahui sikap mata keranjang dan kebejatan moral Pak Sukarman telah menolak lamarannya. Penolakan lamaran membuatkan Zahrana diancam sehingga menarik diri dari kerjayanya di universiti berkenaan. Dendam Pak Sukarman yang menganggap dirinya besar, terhormat dan tidak wajar setelah ditolak lamarannya oleh Zahrana mengatur strategi agar Zahrana kekal sebagai perawan tua. 

Setelah menarik diri dari Universitas Mangunkarsa, Zahrana berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pesantren. Di pesantren, Zahrana tekad memenuhi impian Pak Munajat dan Bu Nuriyah dengan memohon bantuan kiyai melalui Ummi Saadah agar mencarikan calon suami yang soleh dan bertakwa untuk dirinya. Status, pelajaran dan kewangan tidak diutamakan Zahrana bagi calon suami, yang dipentingkan ialah ketakwaan dan keimanan bakal suami bagi mendidik diri dan anak-anaknya nanti. Pak Sukarman yang mendapat tahu Zahrana bakal menikahi Rahmad (penjual keropok yang soleh) mengatur strategi membunuh Rahmad pada hari pernikahannya dengan Zahrana.

*copied and pasted


Hassan dan Zahrana
*Kisah "Cinta Suci Zahrana" ni, sangat-sangat memberi inspirasi pada saya. Kesucian diri dan cinta Zahrana mengingatkan saya kepada ibunda saya, Saidatina Khadijah. Beliau memang idola saya, ikon muslimah saya sejak saya kecil lagi. Daripada kecik, memang daripada dulu lagi, saya nak jadi seperti beliau. Memang nak jadi macam beliau. Cantik, jelita, cerdik, lemah lembut dan pemurah dalam memberi walaupun umurnya ketika dinikahi Nabi saw sudah mencecah 40 tahun... namun, masih mengekalkan kecantikan dan keperawanannya kerana cintanya yang suci dan kemurnian akhlaknya. Semua karakter yang ada pada buah hati Nabi saw ni sedang cuba saya tanamkan dalam diri saya. Dan saya tak sangka, Kang Habib dan Pak Chaerul Umam buat kisah sebijik macam kisah hidup Saidatina Khadijah, yang mana Zahrana juga bernikah dengan lelaki soleh yang lebih muda daripadanya. Di pengakhiran cerita, saya menitiskan air mata... saat Zahrana sujud syukur di atas tikar sejadah sebab Allah dah pertemukan dia dengan jodohnya.

:')

Sunday, 6 October 2013

Lonely, weak

~Bismillah~

I feel lonely. I'm feeling very weak, without his presence. I gain no strength when realizing that he's not around. Meowing and playing in the grass where he used to play.Climbing up the small tree where he used to climb. My dear Po. He's no longer exist. He had gone. Gone forever. Gone with the tears. 
Po, he left without me giving him a big last hug and kiss.

My dear Po... I miss you so much!

T__T

Po, saya sayang kamu!

~Bismillah~


Kenangan Po (atas badan Lala

"Hello. Assalamualaikum. Li... ko sehat?" teresak-esak.
"Waalaikum salam. Aku sihat alhamdulillah. Ko?"
"Aku baik... kurang baik...." tak dapat nak tahan esakan tangis. menangis jugak dekat telinganya.
"Kenapa ni, Zmah? Cuba ko cite kat aku."
"Li..... kucing aku dah takde! Dia dah takde, Li. Dia dah pergi! Tak dapat dikesan lagi." terus menangis. Air mata tak henti-henti mengalir.
"Ya Allah... kenapa boleh jadi macam tu? Dia sakit ke? Kejap. Kucing ko yang mana satu ni?" dia bertanya.
"Anak Lala. Nama dia Po. Yang kelabu mix dengan putih yang Nanny Zai pernah post dalam FB wall dia dulu."
"Oh... yang tu. Ok2."

Saya pun ceritakan hal sebenar yang jadi pada Po sebelum pemergiannya pada Li.

"Aku cite kat ko ni pun sebab masa aku sedih tadi, aku teringat kat ko. Ko pun ada kucing. Ko pun pernah kematian kucing yang ko sayang. So, aku pikir, aku nak luah kat ko je sebab ko je yang faham dan tahu perasaan tu."
"Ya.... aku faham.. aku faham perasaan ko. Aku pun dulu masa kucing aku mati, aku dekat asrama. Bila mak aku bagitahu kucing aku mati, aku menangis gila2 sebab sedih." 
Saya sambung, "Aku sedih sangat Li. Aku paling sayang Po. Dia manja dengan aku. Dia baik sangat."

Li hanya mendengar dengan setia. Mendengar setiap satu ucapan saya yang diselangi dengan esakan tangis yang tak henti-henti.

"Dah tiga hari dia tak ada dengan kitorang aku rasa kehilangan sangat-sangat. Sebab tu aku duduk dekat luar rumah aku. Tengok anak-anak Lala menyusu, tiba-tiba aku sedar Po takde. Then, aku terbayang-bayang dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah aku...aku rindu dia..."

"Zmah... tu maknanya Allah nak uji ko. Itu Allah baru uji dengan binatang kesayangan. Belum lagi Allah nak uji dengan manusia yang kita sayang.."
"Tapi kenapa Li? Kenapa setiap benda yang kita sayang takkan lama dengan kita?"
"Haa.... tu maksudnya Allah memang nak ujilah tu. Allah lebih sayang dia. Dan Po pulak pergi senyap-senyap sebab dia tak nak mati depan ko. Dia takut ko tak boleh terima kematian dia. Nanti ko lagi sedih."

"Aku selalu terbayang roh dia datang dekat aku."
"La... janganlah terbayang macam tu. Cuba bayangkan tiba-tiba suatu masa dia hidup lagi. Dia berjalan ke arah ko. Nak buat surprise!"

Saya tersenyum.

Bila telefon diletak beberapa minit lepas tu, mata terus pandang ke langit.
Terbayang-bayang wajah Po.
Termasuk hari ni, dah tiga hari saya bersedih kerana pemergiannya.
Tapi baru hari ni saya menangis sepuas-puasnya sebab teringat kat dia.

Po.
Kucing saya. Dia masih bayi tapi sudah mendahului saya.

Po, saya rindu kamu.
Po, saya sayang kamu.

Kenangan Po (kanan gambar)


:')

Allah knows best, kan?

~Bismillah~

kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti;

"kita takkan pernah dapat apa yang kita nak"
"selalunya benda yang kita sayang takkan lama dengan kita"
"kita nak benda lain tapi benda lain yang Allah kasi"

... dan macam-macam lagi. bila diselami balik kata-kata ni, 'alahai... daifnya aku sebagai hamba-Nya. langsung tak pernah mensyukuri nikmat pemberian-Nya.' kan?

*tersentap

biasalah tu. sebagai manusia biasa, kita takkan pernah lari daripada merasakan semua ni. 
bukan sebab kita tak pernah bersyukur, hanya kita sukar menerima takdir yang sudah tertulis untuk kita.

dalam usrah yang lepas, naqibah memberi satu soalan kuiz yang tak pernah ditanya sebelum ni.

"apakah benda yang paling pertama yang Allah ciptakan?"

ada yang jawab syurga. ada yang jawab neraka. ada yang jawab Nabi Adam a.s.
dan saya? saya jawab yang saya tak tahu.

bila naqibah mengulangi soalan, maka jawapan yang diberikan ialah QALAM.
apa itu QALAM? QALAM nilah yang menulis takdir manusia sebelum ia dilahirkan ke dunia.
antara perkara2 yang QALAM tuliskan sebelum Allah lahirkan manusia ke dunia ni ialah:

- nasibnya (bahagia atau derita)
- rezekinya
- jodohnya
- ajalnya

subhanallah... hati terus memuji-muji Allah. hal ini terlalu kecil sebab itu sering dilepas pandang.

naqibah sambung lagi dengan satu cerita tentang seorang muallaf.

"setiap kali saya terdengar perkataan, 'tercatat,' saya mesti teringatkan kisah muallaf ni," katanya.

"muallaf ni pernah cakap kita tak pernah terfikir yang segalanya sudah tercatat sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi. kita tak pernah terfikir bahawa Allah sudah mengarahkan si QALAM tadi menulis dalam buku takdir kita bahawa kita akan dilahirkan ke dunia sebagai seorang Muslim dan terpilih pulak untuk jadi umat Nabi Muhammad SAW yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. kita tak pernah terfikir pun dalam jutaan manusia yang Allah lahirkan ke dunia ni, sudah tercatat oleh QALAM bahawa kitalah yang akan menjadi penggerak yang akan menyambung perjuangan Nabi2 kita dan para sahabat. kita tak pernah terfikir pun bahawa sudah tercatat dalam buku takdir kita bahawa kita adalah THE CHOSEN ONE. sedangkan ramai orang bukan Islam di luar sana masih meraba-raba mencari cahaya kebenaran. sebab tu kita ambil ringan benda ni."

nikmat Islam dan Iman adalah antara nikmat terbesar yang saya pernah terima selama saya hidup di dunia/
Islam dan Iman merupakan hadiah Allah yang sangat sangat besar nilainya.
kita masih lagi tahan jika kita kehilangan benda lain, tapi sekali kita kehilangan Islam dan Iman ni,
wallahua'lam apa yang akan jadi pada kita di hari kemudian.
bukan setakat teraba-raba, mungkin dah tak nampak langsung kat mana cahaya kebenaran tu.
naudhubillah!

*masuk bab lain tapi masih ada kaitan dengan isi di atas

bercakap pasal QALAM tadi, tiba teringat pasal takdir manusia yang telah tercatat olehnya.

jika sudah tercatat oleh si QALAM bahawa orang yang kita sayang tu bukan untuk kita, bukan life partner kita atau bukan teman hidup yang kita cari2 selama ni,
sudah tercatat jugalah bahawa kita perlu menyantuni dia sebagaimana yang sudah tercatat dalam buku takdir kita dan dia.

kenapa rasa macam complicated sangat ayat saya ni?

macam ni...

kalau sudah jelas bahawa orang yang benar-benar kita cinta tu bukan dtakdirkan untuk menjadi jodoh kita, kita tetap perlu melayani dan menyantuni dia sebagai seseorang yang sudah Allah tetapkan 'siapa sebenarnya dia' dalam hidup kita.

jika sudah tercatat bahawa dia hanya sahabat kita, maka sebagai sahabatlah kita perlu menyantuninya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya abang kita, maka sebagai abanglah kita perlu menyayanginya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanya adik kita, maka sebagai adik sajalah kita perlu mengasihinya.
jika sudah tercatat bahawa dia hanyalah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita, maka dengan itu kita perlu menganggapi dirinya sebagai hamba Allah yang sama-sama dengan kita berjuang demi meraih redha-Nya.

walau siapa pun dia yang sudah Allah tetapkan dalam buku takdir kita,
kita perlu menghargai kewujudannya dalam hidup kita.
ada sebab kenapa Allah hadirkan dia dalam hidup kita.
kehadirannya tidak sia-sia.

setiap manusia yang telah ditakdirkan datang dalam hidup kita,
hadirnya membawa satu hikmah dan perginya juga meninggalkan satu hikmah.

.... dan hikmah itu kadang-kala tersembunyi. sekali-sekala kita kena gunakan torch light Iman untuk mencari kelibatnya. in sha Allah, kalau kita tak putus asa, kita mesti akan jumpa jugak.

*sambungan

ni bersangkutan dengan konsep REDHA yang pernah saya jelaskan sebelum ni.

REDHA itu tak perlu diungkapkan tapi perlu dirasa dan dialami sendiri oleh hati.
REDHA adalah manifestasi cinta terhadap Rabb.
bila hati sudah REDHA, segala yang tak diingini boleh dihadam dengan mudahnya oleh hati.

alangkah manisnya bila hati dapat menerima sesuatu yang sudah tercatat oleh Allah dalam buku takdir kita.

walau banyak mana air mata yang mengalir, tapi hati tetap rasa tenang dan bahagia sebab cinta Allah sudah mula bercambah dan berbunga jauh di sudut hati.

hati manusia hak milik mutlak Allah. 
Allah yang menciptakannya.
jadi Allah tahu apa yang terbaik untuknya.

jadi, tak usahlah bersedih. bergembiralah.
Allah knows best, kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails