About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 5 April 2014

Rezeki yang turun dari langit

Pernahkan anda mengalami situasi2 seperti ini?
✅ Menghadiri majlis pernikahan/walimah saudara muslimah, namun wajahnya disolek dengan sarat dan berlebihan oleh jurumekap profesional (bahkan kadang-kala maknyah lelaki)?
✅ Rakan muslimah seorang yang tegar mashaAllah, maka di hari pernikahan/walimahnya, dia hanya menyolek dirinya sendiri dengan solekan yg ringan (atau langsung tanpa solekan). Namun disebabkan tiada skil imej yang benar, beliau tampil kusam, tidak bermaya dan wajah yang tidak berseri.
REEM RIAS merupakan Perancang Perkahwinan Islami pertama di Malaysia; akan menganjurkan Kursus Andaman Muslimah antara objektifnya ialah;
💟Mengatasi 2 situasi di atas dengan melahirkan jurusolek muslimah profesional bagi menggantikan jurusolek profesional konvensional. 💟Membantu saudara/rakan muslimah kita tampil dengan imej natural, agar mereka tidak tampil berlebihan (tabarruj), namun wajah tetap berseri dengan sentuhan daripada jurusolek muslimah profesional di hari pernikahan/walimah mereka. 💟 Peluang pendapatan sampingan buat peserta yang mengikuti kursus ini. Sijil akan diberikan. Peserta juga layak untuk membuat attachment dibawah Reem Rias.
KURSUS ANDAMAN MUSLIMAH "Tampil Indah Menurut Syariat"
PENGANJUR ➡ Reem Rias, Islamic Wedding Planner. PELATIH ➡ Pn. Maryam Sakinah Abang Abdullah (Certified Image Consultant) TARIKH ➡ 24 Mei 2014 MASA ➡8.30 pg - 5.30 pg TEMPAT ➡ Pusat Latihan Elmureed, Mutiara Gombak YURAN ➡RM200 (Sijil disediakan)
Hubungi Pn. Azwa (017-876 9737) untuk pendaftaran dan pertanyaan.
DAFTAR SEKARANG! TEMPAT TERHAD.
REEM RIAS Perancang Perkahwinan Islami "Syariat Dipelihara, Rumahtangga Bahagia"
p/s: Ini memang rezeki yang Allah datangkan dari arah yang tidak disangka-sangka. Syukur alhamdulillah... peluang diri untuk berlatih mengandam mengikut syariat masih terbuka luas. Semoga pada hari kejadian, tak ada sebarang program yang datang mengganggu. Mohon Allah permudahkan semuanya.
^_^

en siyah #Bertabahlah sayang

~Bismillah~

beberapa hari lepas
diri mendapat khabar berita dari seorang sahabat
siapa lagi kalau bukan en siyah
sahabat yang sentiasa di ingatan
dia kemalangan 
luka di beberapa kawasan kulit
alhamdulillah cedera ringan
alhamdulillah nyawanya tak terbang melayang
seperti mana dia 'terbang' melayang
jatuh dari motosikalnya
diri bersyukur
dia masih ada di dunia ini
tapi waktu menerima khabar tak best tu
diri begitu ego 
yang mampu ditaip hanyalah kata-kata;
"sorry to hear that. may you get well soon."
tapi sebenarnya hati resah memikirkan keadaannya
hati sedih memikirkan kejadian2 buruk yang menimpanya
bila diri tiada bersamanya...
dia sering mengadu sakit pinggang
tapi dia masih mampu berjenaka di saat diri menemuinya
dia sering bersedih kerana kecederaan teruk pada kukunya
tapi dia masih mampu tersenyum di saat diri menatap wajahnya
kerana dia seorang en siyah
dan hanya ada seorang en siyah saja dalam dunia ini yang setabah itu
hanya dia
en siyah saya


p/s: bertabahlah sayang. semoga awak mampu untuk terus tersenyum. setiap hari saya rindukan senyuman awak. setiap hari, saya melihat semula gambar2 awak dalam album saya. sebab saya masih mencari-cari senyuman itu di sebalik wajah kusam awak akibat kemalangan ringan yang menimpa awak ni. Allah ada untuk bersama awak dan al-Quran ada untuk menghiburkan awak. jadi, teruslah bertabah ya....

:')

Wednesday, 26 March 2014

Indahnya hidup bersangka baik, kan?

~Bismillah~

"hee.... apalah pakai tudung singkat! baju pulak ketat. sakit betul mata yang memandang!"
"harap tudung je labuh tapi duduk-duduk, makan-makan, bergelak ketawa juga dengan lelaki..."
"berkopiah, berserban, tapi melepak lama-lama dekat warung sambil menghisap rokok. mengumpat siapalah tu agaknya..."
"ya Allah, pendeknya tudung!"
"ya Allah, bergaya sangat ni nak pergi mana? nak pancing anak-anak ikan ke?"

astaghfirullah...
hmm... (hati mengeluh sendiri)

hampir setiap hari, diri mesti mendengar cacian, makian dan tohmahan yang dilemparkan oleh sekelompok manusia kepada manusia yang lain...
dan yang lebih menyedihkan apabila diri pernah terjebak dalam kelompok manusia yang suka mengkritik dan menghina orang lain... pada suatu ketika dahulu...
oleh sebab diri selalu ditegur, dilabel dan dihukum tanpa usul periksa, 
diri pun jadi terikut-ikut untuk meneladani sikap mereka yang suka menegur manusia kerana sesuatu tapi tak kena pada tempatnya, melabel manusia sesuka hati dan menghukum mereka tanpa siasat terlebih dahulu
asbab mereka melakukan sesuatu.

terasa diri sangat berdosa dan bersalah kepada mereka semua.
andai diri berkesempatan bertemu mereka setiap seorang yang diri pernah menegur, melabel dan menghukum tanpa usul periksa, 
diri ingin sekali menawarkan kata-kata maaf dengan beberapa titisan air mata tanda penyesalan atas dosa yang pernah dilakukan sebab bila diri sudah terkena, baru tahu betapa peritnya luka itu...

sebagai orang Islam, kita sentiasa diberikan pilihan oleh Allah...
kita ada pilihan untuk menjadi orang baik atau orang jahat...
kita ada pilihan untuk membuat hati kita bahagia atau sedih...
kita ada pilihan untuk menggembirakan orang lain atau melukakan mereka...
bahkan kita juga ada pilihan untuk berfikir yang baik-baik saja tentang orang lain atau sebaliknya...

dan sudah semestinya kita akan memilih sesuatu yang akan memberikan manfaat yang lebih pada diri kita seterusnya membuat hati kita tenang dan bahagia...

diri bagi satu analogi agar kamu faham...

contohnya kamu pergi ke sebuah kedai dan terlihat ada macam-macam jenis bag...
semuanya kamu suka. tapi sudah tentu ada beberapa beg saja yang menambat hati kamu,
lalu kamu buat keputusan untuk membeli beg yang cantik bagi pandangan mata kamu dengan sejumlah wang yang kamu punya. bila dah beli, kamu pun rasa puas dan happy!

sama jugaklah halnya dalam kehidupan kita...
Allah memperluaskan medan kebaikan untuk kita tapi kenapalah kita lebih memilih yang kurang baik atau tak baik langsung untuk kita?

sebenarnya...
bila bercakap tentang menilai orang lain secara zahir, 
kita lebih dahulu memberi penilaian yang buruk-buruk sebelum kita membuat penilaian yang baik-baik...
sedangkan kita ada pilihan untuk bersangka baik terlebih dahulu sebelum bersangka buruk...
tapi still kenapa terlalu sukar untuk kita fikir yang baik-baik saja tentang orang lain.

adakah kita merasakan yang kita sudah terlalu bagus dalam setiap hal?

ramai yang dalam kelompok menegur tanpa usul periksa itu menjadikan statement ini, 
"saya tegur sebab saya care" sebagai satu alasan atau jalan bagi menunjukkan yang dirinya lebih bagus seterusnya menghukum si 'pesalah' tanpa menyiasat terlebih dahulu sebab musabab dia melakukan sesuatu perkara...

diri bukan sebarangan cakap sebab diri sudah terkena dengan golongan sebegini beberapa kali,
dan yang paling ketara ialah diri pernah mendapat teguran yang tak bernas daripada seorang lelaki Muslim yang tak pernah kenal peribadi dan akhlak diri yang sebenarnya.

kenapa diri menerima feedback dia sebagai sebuah hukuman daripada sebuah teguran yang ikhlas kerana, dia tidak siasat dulu latar belakang diri sebelum dia menegur dan dia menegur kesalahan diri dengan cara yang paling tak berhikmah yakni meninggalkan tegurannya di ruang komen agar semua orang dapat membacanya. pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran diri pada waktu itu dan salah satunya ialah,
"adakah dia menegur di ruang komen ini untuk menunjukkan pada orang ramai kebolehan dia berdakwah pada orang lain?" diri cepat2 beristighfar... diri pulak sudah bersangka bukan2 pada dia. diri sangat mengerti. niat dia baik. ingin menegur. tapi dia serkap jarang dan itu buat diri tak berapa senang dengan caranya...

 kisahnya begini...

pernah suatu hari diri post gambar diri dan adik lelaki diri sedang berkaraoke...
diri duduk di sebelahnya dan dia pulak duduk sambil memegang mikrofon. bersiap untuk menyanyi.
sekali, gambar itu mendapat satu komen bernas daripada sahabat diri berjantina lelaki.

"dah nikah ke belum ni?"
dia terus serkap jarang. dia sikit pun tak tanya siapa lelaki itu pada diri. satu-satunya soalan yang dia ajukan ialah sama ada diri sudah bernikah dengan lelaki itu atau belum. diri merasakan yang dia sedang menghukum diri pada saat itu. tapi diri cuba bersangka baik dengan dia. 

"tak nikah." jawapan diri ni sebenarnya cuba nak perangkap dia.
diri ingin lihat apakah respon dia yang seterusnya.

"tak baik lelaki dan perempuan yang belum halal duduk berdua-duaan, rapat-rapat macam ni. boleh jadi fitnah." lebih kurang macam nilah ayatnya. diri tak berapa nak ingat. 

"apa yang tak bolehnya? bukannya buat apa-apapun. duduk sebelah je. bagi ana, tak ada yang salah ana dan dia buat macam tu." sekali lagi diri lontarkan statement yang memerangkap dia.

kemudian dia terus memberikan komen-komennya secara public seolah-olah diri sedang melakukan dosa besar dalam gambar tu dan mungkin juga dia merasakan bahawa di sebalik gambar tu, diri sedang berzina. astaghfirullah! mungkin tak sejauh tu dia fikir. diri saja yang lebih-lebih...

sampailah satu saat diri membalas balik komen-komen dia dengan memberikan hujah-hujah sendiri...
tiba-tiba ada seorang kawan diri turut meninggalkan komennya pada gambar itu...

"ni adik kak zimah!"

diri tersenyum. kadang-kadang penjelasan kita pun orang susah nak tafsirkan. bila datangnya source lain, baru mereka faham. diri pun membalas,

"kenapa? aida nak kenal? boleh akak kenenkan aida dengan dia."
"hee... belajar lagilah kak zimah hehe..."

tak lama selepas itu, sahabat lelaki diri itu pun membalas komen,
"ooo... adik enti ke. kenapa tak cakap awal-awal tadi..."
diri tergelak lagi.
"kenapa enta pun tak tanya dulu? kenapa main serkap jarang je? sedangkan peluang enta untuk bertanyakan siapa lelaki tu pada ana atau apa status hubungan kami sangat terbuka luas."
setelah membaca komen diri ni, dia sudah tidak meninggalkan apa-apa komen di ruangan itu sebaliknya dia beralih ke ruangan inbox.

"ukhti, ana minta maaf sebab terus menegur ukhti tanpa usul periksa. ana tak tahu pun itu adik ukhti."
"tak apa, ana tak marah pun. tapi next time kena sentiasa ingat bahawa nak menegur orang memang dibolehkan tapi harus kena pada caranya. tegurlah secara berhikmah. tanya dulu. siasat dulu latar belakang seseorang. kenal dulu peribadinya. manusia biasanya takkan melakukan sesuatu dosa tanpa sebab. mesti ada faktor-faktor yang membuatkan dia terpaksa atau terdesak melakukannya. tapi golongan macam kita ni cepat je terus menjatuhkan hukuman. itu tak adil bagi mereka. entah-entah boleh membuatkan mereka semakin jauh hati dengan golongan baik macam kita, apatah lagi dengan Islam..."

diri hanya berkongsi pendapat diri dengan dia sebab diri tahu kalau nak dibandingkan dengan dia,
diri ni lagi cetek ilmu. tapi diri bercakap kerana diri selalu diperlakukan macam tu.
tak tahulah. care sangat ke mereka dengan diri ni?
tapi cara mereka menunjukkan care mereka, bagi diri, sangatlah tak wajar.
bila diri buat kesalahan, barulah nak care.
tapi bila diri lakukan sesuatu yang menyumbang, tak ada pula mereka mengatakan atau menunjukkan
sesuatu yang menunjukkan mereka tu menghargai apa yang diri buat.

macam tulah yang diri rasa setiap kali kena tegur.
dan yang lebih menyakitkan apabila kebanyakan yang pernah menegur  diri itu
semuanya lelaki. masa tu, diri rasa semakin meluat.

tapi tu dulu. sekarang diri lebih terbuka.

kesimpulannya, daripada kisah pendek ini, kita bersangka baik dululah pada orang sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap dirinya. dan dalam masa yang sama, siasat latar belakang dia, korek cerita daripada dia dan kenal dengan hati budi, akhlak dan peribadi dia. sebab bila kita kenal, kita akan jadi lebih memahami dia.

bila kita bersnagka baik, hati akan jadi lebih tenang dan hidup pun akan lebih tenteram...
kerana tiada hati yang terluka,
sama ada hati yang terluka kerana prasangka yang melampau,
jahupun hati orang lain yang terluka akibat judgement buruk yang kita berikan...

indahnya hidup bersangka baik....
saat kita bersangka baik, tanpa sedar makin bertambah sahabat-sahabat kita.

kan best macam tu! ^_^

wallahua'lam.

Monday, 24 March 2014

Aku ingin jadi seperti...

~Bismillah~



Aku ingin jadi seperti air...
Yang sifatnya tenang dan menyejukkan...
Aku ingin menenangkan dan menyejukkan hati manusia...
Yang sedang dalam amarah dan emosi.

Aku ingin jadi seperti angin...
Yang sifatnya lembut dan membelai...
Aku ingin melembutkan dan membelai jiwa manusia...
Yang sentiasa ingin dekat dengan Penciptanya.

Aku terasa lemah tak berdaya tapi DIA sumber kekuatanku.
Satu persatu teman yang pergi meninggalkanku!
Kini DIA datangkan dua lagi teman baru;
Mereka ialah AIR dan ANGIN yang selalu mendamaikan kalbu.

Taman Tasik Titiwangsa
23 Mac 2014
11.25 am


Sunday, 16 March 2014

6 tips to becoming a freelance makeup artist


If you are interested in the makeup artistryindustry, you will be glad you found this page!
Just like you, many makeup artists have a passion for art and beauty, helping others, and using their visions and hands to create these wonders. It's an ever growing, ever changing, ever learning industry that is never affected by recession and will become everything and more that you want it to be if you put in the hard work and devotion to your craft.
1.) For starters, you will need a makeup kit. Consider the people around you and what ethnicities and skins you will commonly be dealing with. Get the basics like a mascara, an eye shadow pallette, a few lipsticks, a natural blush that would look good on your highest population of clients, a foundation pallette (or reccomend clients to bring their own until you can afford pallettes), brushes, brush cleaner, a nude face powder, and cream eyeliner in black.
Consider buying a makeup set to cut costs. One great place to look is SEPHORA.
Keep in mind: You don't yet need lip liner or brow pencils, as you can use eye shadow and brushes to mimick these! Ex: A lip liner brush dipped in *your choice of color* eyeshadow and gently brushed around the lips with lipstick over top, and it holds very well!
2.) Practice, Practice, PRACTICE! Use whatever person comes your way, whether family, friends, even your boyfriend or husband (If they let you)! Any opportunities you have to learn and grow in your craft you MUST take, and most likely if you are a beginner, you will have to understand you won't be getting paid! Don't expect anything, but just to learn as much as you can. Visit makeup counters in department stores or cosmetic stores and ask the employees for tips and beauty advice. Become friends with them and play around with the different makeup! Sign up for cosmetic company emails to get discounts when they have online or store sales to grow your kit. And most importantly, use your OWN face.
Keep in mind: Your own face will always be available to yourself, so practice hard and take pictures when you think you have done a rockin' makeup job.
3.) Create a Portfolio. Upload your makeup pictures on to the web! Add these to your facebook to get feedback and encouragement from people you know and trust. Add them to any online sites, as this will be the start of your portfolio (even if it's not the greatest of pictures! It's a start!).
Join sites like:
  • ModelMayhem.com: THIS IS A MUST! You will find lots of resources and guides and people in your area with common interests. You will find models and photographers who are also new to the business and looking for a makeup artist for thier upcoming shoot! Explore what the site has to offer, because this will be really helpful to you with your portfolio building and networking.
  • ThePowderGroup.com: Be sure to sign up for their makeup magazine!
4.) ADVERTISE yourself. Create a free website on a site like wix.com or carbonmade.com. Put all your beautiful makeup pictures on this site and add a way for people to contact you. Create business cards with your personal website and keep them on you at all times! You never know who you'll run into or if you'll find the perfect spot to distribute them. Go on craigslist.com and head to the beauty section to sell your talents!
But most importantly...
5.) Be CONFIDENT in what you do and why. You are hear to create beauty and art and to make people feel great about themselves! Do not worry if someone hates their makeup job, because they can wash it right off and you can start all over (unlike a bad haircut... eek!). Be proud of your accomplishments and always flaunt what you do and take pride in your work! People will notice this and will automatically be drawn to you if you market yourself well and keep professional and passionate about your craft!
And lastly...
6.) Find a job in a department or cosmetics store, or be a makeup artists' apprentice! You will learn so much from working and hands on experience. Always take advice from the people who know the business. This will be a great experience for you.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails