About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday 5 May 2008

Perkongsian:Fitrah menjadi FITNAH!!!

hati remaja selalu berkata,'apakah salah kami berinta?' rasa cinta memang tidak salah. ia adlah fitrah semulajadi (insticnt) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. ingin bercinta dan dicintai adlah instinct. jiwa manusia memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu sahaja. dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. peraturan inilah yang kerap dilanggar. rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. di sinilah selalunya remaja terjebak. cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH. ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

mengapakah perlu ada peraturan cinta? jawabnya kerana ALLAH mencintai manusia, hambaNYA. ALLAH inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan TUHAN!

seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa, dan perasaan. pada ketika itulah cinta dikatakan buta. maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNYA. bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

ALLAH swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. lebih dari itupun banyak berlaku. semuanya seolah-olah halal kerana cinta. racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap baja. akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. buah yang pahit, masam dan memabukkan. buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan mejijikkan- zina, khalwat, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. ketika itu, indahkah lagi sebuah cinta?

peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerkannya perlu diatur dan dikawal. jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH.

soalnya bagaimana? iringilah dengan niat untuk berkahwin keranaberkahwin itu lebih memudhkan seseorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. sabda Rasulullah s.a.w,"apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lasi separuh untuk disempurnakannya".

semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, bertujuan membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan musleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaanya supaya sentiasa tunduk dan takut kepada ALLAH swt, di samping dapat beribadah dan bertaqwa kepada ALLAH. oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. hakikatnya cinta itu adalah cinta ter;arang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua2nya sekali.

cinta monyet!!!
hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain2. hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,"cinta apa namanya ni jika tiada dating. tiada perbualan telefon atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?"

yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan TUHAN. ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. cnta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta! ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

cinta yang sejati........hanya cintakan Illahi.......
cinta ayah bonda......tulus suci selamanya.......
cintakan saudara.........................masa berada, hanya sementara.....
cinta sesama insan................suburkan dengan ketaqwaan......
MOGA CINTA YANG KITA SEMAI DI DUNIA.................BERSEMI DI TAMAN SYURAGA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails