Salam.
al-Fatihah buat sahabatku, Izaifah.
(sahabat dorm e-1-10 sem1/2)
Kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2009, pada waktu maghrib.
~Kau Sahabatku, Kau Teman Sejati~
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
::Ketahuilah sahabatku, bahawa sesungguhnya aku amat
mencintaimu kerana Allah::
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan semoga engkau
tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya
yang soleh.
Amiin...
6 comments:
innalillah..
mke die cm fmiliar jgk
sbb pe ek?
sape ni dik? bagaimana arwah pergi? :(
farysa:
wallahua'lam... x tau sbb apa farysa. tp dia mmg sakit. mungkin penyakit tu sbg penyebab sj pemergian dia. tp, Allah lebih Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. masa dia telah sampai:(
kak uda:
kak uda x igt ke, imah pernh knlkan kak uda kat dia. dia junior kak uda ms kat kisas dulu. dia knal kak uda tp kak uda x cam dia.xkan kak uda x igt Izaifah???
semoga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh. amin...
walaupun tidak mengenalinya tapi rasa mesti adik nie lagi terkilan...
bersabar ye...
Innalillah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah :-(
michi:
insya Allah michi:'(
Post a Comment