About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 15 October 2009

Rinduku Padanya

Salam.


Perth, Australia

Balik kampung-Johor

Taman KLCC

Di bilik tidur

Raya Eidul Fitri

Hari Pertunangan

Selamat jalan, kakakku!


Jauh di seberang sana
Adalah seorang hamba Allah
Yang sangat aku rindui.
Sedang dia berjuang
Menuntut ilmu kedoktorannya,
Aku di sini menanggung beban rindu
Yang teramat sangat.

Dulu lain, sekarang lain.
Keadaan sudah berubah.
Dulu aku berteman,
Sekarang aku kesepian.
Hanya Asou dan Dong Hae
Saja menemani.

Kalau dulu kita sering ketawa bersama,
Sekarang kau tiada untuk menyeka air mata.
Kalau dulu kau sering menangis kepadaku,
Namun kini aku tidak lagi mendengar hilai tawamu.
Kalau dulu kau sering berlawak jenaka,
Kini, kau tiada lagi untuk menghiburkanku.

Hati oh hati,
Ingin saja aku berhenti merinduimu,
Tapi, aku tahu aku tidak akan bisa
Melakukannya sendirian.

Rindu dan cinta
Pada insan bernama KAKAK,
Merupakan antara anugerah
Yang paling bermakna dalam hidupku.
Satu anugerah oleh KEKASIHKU yang SATU.
Aku sedih, aku kecewa,
Kerana kau tiada di sini menemaniku,
Tetapi aku tahu, aku percaya,
Kau sentiasa di hatiku.
Terasa kau mengalir di setiap saluran darah
Dalam badanku.

Terima kasih, ya Allah...
Kerana menganugerahkan perasaan ini...
Perasaan rindu padanya,
Rindu pada seorang kakak,
Rindu pada seorang dai'e,
Rindu pada seorang bakal doktor.

Ya Allah,
peliharalah perasaan ini....
Lindungilah insan ini dari sebarang kejahatan.
Berkatilah dia, ampuni segala dosanya....

Sungguh aku merindui dirinya.
Sungguh aku mencintainya...

Wallahua'lam.


*******************************************************************


Kepada yang bernama kak uda:

Maaflah, puisi ni tak berapa sedap utk dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi ia ikhlas dinukilkan dari hati. Insya Allah.

Rindu kat u jugak....~

"I'll be waiting for you..."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails