Pandangan mata selalu menipu...
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki... kalau hati itu bersih....
Utamakanlah pandangan Allah... daripada pandangan manusia.
Sedikit pesanan diukil buat diriku sebagai muhasabah,
buatmu jua, duhai sahabat, sebagai peringatan sepanjang hayat.
Janganlah kau pandang sesuatu dengan mata,
sesungguhnya pandangan mata itu bohong dan ramai yang telah pun diperdayakan olehnya.
Janganlah kau pandang sesuatu dengan akal semata,
kerana kita sering tersilap mentafsirkan sesuatu dek kelemahan akal untuk berfikiran waras.
Janganlah juga kau pandang sesuatu menggunakan nafsumu yang meraja,
kerana nafsu diri berubah-ubah mengikut aliran masa dan keadaan.
Tetapi, pandanglah sesuatu dengan hati,
hati yang bersih lagi suci sentiasa berhubung rapat dengan Sang Pencipta.
Pandangan hati sentiasa tepat dan tidak pernah mengecewakan.
Hati yang putih itu sentiasa dekat denganNya,
dan ia selalu membawa pesan dariNya terus kepada kita.
Tanpa sebarang harapan palsu, mahupun angan-angan,
kerana pandangan hati adalah hakiki, selamanya.
Pandanglah dengan mata hati~
Salam sayang,
Qamar
3 comments:
ye ..mata kasar selalu menipu..tetapi tidak mata hati.tapi mcam mane nk tgk dgn mata hati ye??
pabila hati dapat merasai..... kekuatan iman, yg bisa menentukan kesahihan sesebuah firasat....:)
ye betul tu..kalau iman lemah..maka lemah jugalah mata hati untuk melihat
Post a Comment