Bukan niatku
Untuk menyakitkan
Bukan juga
Untuk melukakan
Tapi kerana emosi
Tiada ketentuan
Kerana sayang
Amarah sering dilepaskan
Maafkan aku
Jika hatimu dalam kuhiriskan.
Menangis aku
Menghitung air mata
Setitis demi setitis
Jatuh ke riba
Robekkan hati
Makin meluas
Selingan mutiara putih
Menjadi hiasan
Mataku hidup
Hanya untuk menjadi takungan
Mengalirnya cecair merah kalipun
Namun tiadanya kerisauan.
Akanku pergi
Meninggalkan semua
Usah kau bimbang
Usah kau sedih
Tidakkan adanya lagi kekacauan
Aku kan pergi
Membawa diri jauh dari penglihatan
Namun, perginya aku kali ini
Bukanlah untuk selamanya
Kan kukembali lagi
Mencari kesayangan-kesayanganku
Kerna dirimu jua
Sukarnya dicari ganti
Kasih sayang yang terbina
Kan terus kekal
Kekal sehingga bertemunya kita
Di laman syurga.
Salam sayang,
Qamar Purnama
No comments:
Post a Comment