Salam.
Kata orang jangan happy-happy sangat, nanti ada yang menangis.
Kata orang jangan sayang-sayang sangat, nanti jadi benci.
Kata orang jangan rindu-rindu sangat, nanti buat sakit diri sendiri.
Kata orang lagi, hidup ni ta lengkap tanpa ujian.
Memang betul. Saya sangat setuju.
Tapi adakalanya kita, selaku manusia yang lemah ni, memang tak boleh lari dari rungutan, kan?
Asyik nak merungut je. Allah uji sikit, dah mengeluh. Allah duga sikit, dah nak mengamuk.
Sejak aku lalui beberapa 'persinggahan' dalam hidup aku, makin banyak benda yang aku belajar dari
mereka semua. Alhamdulillah, boleh jugak dikatakan 'berkawan' dengan mereka telah menjadi diriku semakin
matang dalam 'hal-hal begini.'
Kalau dulu, aku sering meminta nasihat orang lain setiap kali mengalami masalah 'seperti ini,'
namun kini orang pula yang datang kat aku untuk berkongsi masalah yang sama dan meminta nasihat daripadaku. Sungguh aku rasa sangat dihargai.
Tak sangka, orang yang pernah gagal dalam 'subjek' itu juga boleh menjadi kaunselor yang baik
kepada orang lain. Maaf, tiada unsur riak di situ ya.
Tapi, macam saya cakap tadi.
Kita semua manusia biasa. Walau sehebat manapun seoran kaunselor tu, selagi
dia bergelar manusia, yang dianugerahkan hati dan beberapa lapis emosi, akan ada juga
sedikit kelemahan dalam mengharungi dugaan hidup.
Walaupun saya
sendiri
tapi saya masih dapat rasakan yang saya masih perlu buat 'banyak latihan' lagi supaya
saya dapat tingkatkan lagi kematangan saya dalam 'subjek' tu.
Mungkin dari luaran, orang nampak saya tenang. Tiada masalah, gembira (mungkin).
Tapi dalam hati ni siapa yang tahu. Bukanlah nak kata menderita atau merana, tapi hanya ada satu perkataan
yang dapat describe posisi hatiku kini. SEPI.
Kata orang lagi, bila hati tu sepi, tandanya ada ruang yang kosong di dalamnya.
Tidak terisi sesuatu yang sangat bernilai. Iaitu KASIH SAYANG.
Bukanlah jugak nak kata kasih-sayang yang disuapkan keluarga tak mencukupi,
atau ada kekurangan pada kasih-sayang yang diberikan Tuhan, tapi secara 'fitranya' kita ingin disayangi.
Fahamkan maksud saya? (maaf, hanya kiasan yang dapat digunakan dalam blog ni)
Kata orang, alah jodoh tu akan sampai tepat pada masanya. Buat apa nak risaunya?
Ya, soal bila datangnya jodoh tu memang tak risau.
Tapi yang melebih merisaukan sempatkah dan akan adakah?
Mestilah jawapannya, "Wallahua'lam."
Bila hati sepi, cara terbaik ialah dengan ambil wudhuk dan mulakan pagi anda dengan tahajud.
Ya, saya percaya ramai yang buat begitu.
Tapi, kenapa kalau kita selalu buat pun, rasa sepi tu masih ada dan boleh jugak dikatakan,
semakin bercambah pulak dalam diri kesepian yang dirasai?
Adakah mungkin kerana masih belum terbinanya rasa CINTA kepada Kekasih sendiri? Mungkin.
Tapi, salahkah jika diri ini ingin disayangi oleh 'bangsa itu?'
Bersambung...