About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 19 January 2011

Sekadar berkongsi rasa

Salam.

Sangat lama rasanya tidak berkongsi rasa dengan pembaca di sini. Kepada yang masih mengikuti blog saya yang tidaklah berapa nak menarik perhatian ni, saya ucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana menghadiahi saya teman-teman baik seperti awak semua. Terima kasihlah banyak-banyak ya kerana masih sudi mengikuti blog saya. Rasa macam tak adil pula masih ada yang mengikuti blog saya tapi sudah agak lama saya tidak 'update' dengan cerita-cerita baru. Tapi, hari ini pun sebenarnya bukanlah saya nak cerita apa-apa sangat pun. Hanya tidak ingin blog ini jelas kelihatan usang di mata para pembaca. Hehehe...

Betullah kata orang. Kehidupan di kampus sangatlah berbeza dengan di sekolah. Dulu, masa kat sekolah kita taklah terlalu sibuk dengan aktiviti sana-sini dan kerja rumah yang bertimbun-timbun. Kalau dulu kita sering merungut setiap kali cikgu-cikgu beri kerja rumah, sekarang dah masuk universiti dah tak boleh nak kata, "Tak nak homework!" kepada pensyarah-pensyarah lagi. Dah tak boleh nek merengek kalau pensyarah kasi assignment. Tulah manusia kan? Yang tak dapat, dikejar-kejarnya. Bila dah diberi, tak reti pula nak bersyukur. Refleksi diri saya juga sebenarnya ni. Saya sedang mengkritik diri sendiri. Hahaha...

Bukan apa. Seronok sebenarnya jadi mahasiswa universiti. Kita dapat belajar terlalu banyak perkara di sini berbanding dengan semasa bergelar pelajar sekolah. Pemikiran pun bertambah matang (agaknya) dan sudah tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung. Bila kita dah terdedah dengan dunia luar dan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia di sekeliling kita yang masing-masing mempunyai karakter yang tersendiri (mungkin sangat kontra dengan diri kita), kita dapat rasakan yang kita memang sedang mempelajari sesuatu yang baru, yang kita tidak dapat semasa di alam sekolah dulu.

Allah memang sangat adil, kan? Dan Dia akan beri kepada hamba-Nya sesuatu yang diingini pabila sudah sampai masanya untuk dia memilikinya. Macam tu jugaklah dengan hidup saya. Dulu masa sekolah saya sangat tak sabar nak tunggu jadi pelajar universiti, tapi bila dah dapat (Alhamdulillah jugaklah, mestilah bersyukur. Tapi...) alamak, boleh tak nak patah balik??? Mana mungkin, kan? Tapi, ada satu benda je yang boleh kita buat untuk latih diri bersabar dan terus bertahan menjalani bermacam-macam ujian setelah bergelar mahasiswa ini. Sangat simple istilahnya, iaitu BERSYUKUR.

Semester ni benar-benar sangat meletihkan....
Insya-Allah ada masa lain, saya akan ceritakan semuanya, tapi bukan sekarang ya.
Saya perlu pulang ke bilik. Penat sangat dah ni.

Jumpa lagi.

Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails