About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 25 March 2011

Perkongsian: Taqwa

Salam.


Muqaddimah

Alhamdulillah, pagi yang indah. Embun pagi menitis membasahi dedaunan menghijau di setiap batang pepohon tua dan muda. Dingin pagi menyejukkan hati dan menenangkan jiwa. Wah, bermadahlah pulak Zimah ni pagi-pagi ni. Alhamdulillah, bersyukur sangat kan kita masih lagi diberi pinjam nyawa, jasad dan roh oleh Allah untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Kalau boleh saya tanya, apakah nikmat Allah yang paling besar kepada kita? Mungkin kalau saya tanya setiap orang, lain-lain jawapan yang saya bakal terima. Namun, bagi saya, salah satu nikmat Allah terbesar buat saya ialah nikmat Islam. Setuju tak?

Kenapa saya kata begitu? Bagaimana pulak dengan nikmat-nikmat Allah yang lain? Contohnya, nikmat masa dan kesihatan? Bukankah nikmat-nikmat ini juga penting? 

Ya, memang betul. Masa dan kesihatan merupakan cabang-cabang nikmat Allah yang sangat berharga, terutamanya kepada kita yang bergelar manusia ni. Tapi, cuba kita fikir dengan lebih mendalam lagi. Jika ditarik nikmat Islam daripada hidup kita, apakah yang akan terjadi nanti? Rasa-rasanya?

Ok, katakanlah kita dilahirkan bukan dari keluarga Islam atau pun sampai satu saat kita ditakdirkana untuk keluar dari agama Allah ni (naudhubillah). Boleh bayang tak apa yang akan terjadi pada diri kita kelak? Ya, ada dua jawapan. Pertama, sudah tentu hidup kita tidak akan tenang dan keduanya, sampai bila-bila pun kita takkan pernah dapat cium bau syurga dan rahmat Allah begitu jauh sekali dari kita. Jika hal ini berlaku, apakah jaminan yang kita akan bahagia hingga ke kemudian hari? Jawapannya, tiada jaminan apa-apa. Tanpa Islam, masakan kita dapat hidup tenang dan bahagia seperti yang dapat kita kecapi sekarang, kerana hanya Islam agama yang diiktiraf oleh Allah, tiada agama lain.

Lihat, betapa besarnya nikmat Islam itu. Oleh itu, pesan saya untuk kita semua, setiap kali kita bangun dari tidur, ucapkanlah "Alhamdulillah" sebagai tanda rasa syukur kita kepada Allah kerana kita masih lagi seorang Islam. Jadi, tanamnkan rasa 'Izzah di hati dengan bertitelkan seorang Muslim yang beriman. Wallahua'lam.

Tajuk utama: Taqwa

Baiklah. Sekarang kita dah sedar siapa kita. Kita orang Islam yang beriman kepada Allah (dan lima rukun Iman yang lain). Kita tahu pegangan hidup kita yang abadi (insya-Allah), yakni Islam. Kita tahu sumber rujukan utama kita; al-Quran dan al-Sunnah. Untuk menyempurnakan lagi keMusliman kita ni, kita lengkapkan kesemua rukun Islam kita pula. Tapi, saya nak tanya. Adakah semua orang Islam yang beriman  ni sama? Maksud saya, apakah yang menjadi titik ukuran untuk membezakan diri kita dengan orang lain? Dengan erti kata lain, apakah tanda yang menunjukkan darjat kemuliaan kita ditinggikan oleh Allah s.w.t. di sisi-Nya? Ada sesiapa yang tahu jawapannya?

Itulah dia taqwa.

Pernah dengar tak penyataan-penyataan seperti ini:

"Buruk baik seseorang bukan ditentukan oleh luarannya, tapi dalamannya."

"Buruk dan baik seseorang bukan diukur dari segi kelabuhan tudungnya (bagi perempuan) dan saiz kopiah atau serban yang dipakainya (bagi lelaki). Tapi, ditentukan oleh sebesar mana ketaqwaannya kepada Sang Pencipta."

"Ada orang pakai kopiah, pakai tudung labuh tapi buat maksiat jugak. Ada orang yang tak berapa nak tutup aurat sangat tapi suka bersedekah." (agak kasar sikit bunyinya, tapi ni apa yang saya biasa dengar dari mulut orang-orang di sekeliling saya)

Dan banyak lagi... (tak larat nak tulis banyak-banyak. Tapi kalau nak diikutkan kata-kata orang ramai tentang hal ini semuanya lebih kurang sama je).

Untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai maksud taqwa,saya nak pinjam kata-kata daripada Mr. Wiki kita, 

"According to Tafsir ibn Kathir, the root meaning of taqwa is to avoid what one dislikes. It was reported that Umar bin Khattab asked Ubay ibn Kaab about Taqwa. Ubay said, "Have you ever walked on a path that has thorns on it?" Umar said, "Yes." Ubay asked, "What did you do then?" to which Umar replied, "I rolled up my sleeves and struggled." Ubay said, "That is taqwa, to protect oneself from sin through life’s dangerous journey so that one can successfully complete the journey unscathed by sin.

Ibn Abbas said about verse 2:5 in the Quran, "guidance for the Muttaqin", that it means, "They are the believers who avoid shirk with Allah (swt) and who work in His obedience." He also said that Al-Muttaqin means, "Those who fear Allah's (swt) Punishment, which would result if thye abandoned the true guidance that they recognize and know. They also hope in Allah's (swt) Mercy by believing in what He revealed."

Ok, dah tahu maksud taqwa kan? Sekarang saya nak ajak semua untuk bersama-sama saya memikirkan kepentingan sifat taqwa kepada Allah menerusi ayat-ayat cinta-Nya dalam al-Quran al -Karim:

"Sebenarnya barang siapa menepati janji dan bertaqwa, maka sungguh, Allah mencintai orang-orang yang bertakwa." (3:76)


"Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah sebenar-bena taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim." (3:102)

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, mereka akan mendapat syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya sebagai kurnia dari Allah. Dan apa yang di sisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti." (3:198)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung." (3:200)

Kalau perasan, semua ayat berkaitan dengan takwa yang saya jumpa setakat ni diambil dari surah yang sama, iaitu surah Ali Imran. ada lagi ayat-ayat lain yang membincangkan tentang takwa tapi ini yang mampu untuk saya kongsikan hari ni. nanti, balik rumah, boleh tengok balik surah-surah lain, kalau dah jumpa silalah kongsi dengan saya pulak ye.

Jadi, berdasarkan ayat-ayat cinta Allah kepada kita ni, dapatlah disimpulkan bahawa betapa besarnya nilai takwa di sisi Allah s.w.t. Dan ayat yang terakhir di atas menjelaskan bahawa orang-orang beriman yang bertakwa kepada Allah merupakan orang orang-orang yang beruntung. Mengapa? Kerana ada dua ganjaran besar yang bakal mereka dapatkan daripada Kekasih hati, iaitu cinta Allah dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Subhanallah, tak mahukah kita mendapatkan rahmat Allah ni? Tapi, nasihat saya jangan jadikan syurga tu matlamat utama kita dalam beribadah. Sya ingat lagi sahabat kakak saya pernah berpesan pada saya bahawa kita beribadah kepada Allah bukan untuk masuk syurga dan menghindari neraka, tapi untuk mendapatkan redha Allah. Dan kita masuk syurga adalah dengan rahmat Allah, bukan dengan berapa banyak amalan yang kita buat sepanjang hayat kita di dunia. 

Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang-rang yang bertakwa? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing ya.

Wallahua'lam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails