About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 30 March 2011

Puisi: Cinta, Kasih dan Sayang

Perasaan kita seperti angin; tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai


Setiap manusia punya perasaan
Cinta, kasih dan sayang
 Tampaknya sama
Namun berbeza

Cinta
Selayaknya untuk Dia
Bukan yang lainnya
Tanamkan setinggi-tinggi rasa cinta di hati
Khas buat Pemilik cinta sendiri
Cinta kepada-Nya
Demi rahmat dan belas dari-Nya
Siapa kita
Untuk tidak memberikan sepenuh rasa cinta
Kepada Sang Pencipta
Tepuk dada, tanya pada hati
Apakah selayaknya Dia kita lupakan?
Tidakkah pernah terlintas di hati
Apakan terjadi
Andai Dia cemburu
Di saat kita menduakan cinta-Nya?
Ketahuilah, cinta kepada-Nya
Menandingi segalanya
Tiada kecewa, tiada hampa
Hanya bahagia melakar sepi di jiwa.

Kasih
Sedikit samanya dengan cinta
Kasihkan insan-insan terpilih
Yang membawa kita
kepada-Nya
Kasihkan mereka
Yang memimpin kita menggapai cinta-Nya
Kasihkan mereka
Yang mencintai Tuhan yang Maha Mengasihi
Dengan adanya kasih
Wujudlah pula erti pengorbanan
Pengorbanan dilakukan
Kerana diri begitu kasih kerana-Nya
Tanpa rasa kasih
Tiadakan aman dalam bermahabbah

Sayang
Hanyalah ungkapan manis
Acap kali diungkapan oleh mulut manusia
Yang penuh kata nista
Tiadakan samanya dengan cinta dan kasih
Sayang hanyalah sementara
Ya memang benar
Kita digalakkan untuk saling menyayangi
Namun
Kerana sayang ramai diperlakukan
Tidak lebih seperti seorang bangsa asing
Seolah-olah tidak pernah wujud
Dalam kamus kehidupan
Rasa sayang tidak bisa menggerakkan hati
Agar bersedia berkorban apa saja
Kerana sayang itu
Hanya ucapan kosong
Yang hanya bisa diucap dek mulut
Tanpa rasa ikhlas
Rasa sayang tidakkan mampu menyubur
Dalam diri

Cinta, kasih dan sayang...
Apa pendapat anda?


5 comments:

cikpah said...

imah..u really make me thought about cinta, kasih dan sayang..baru terasa apa beza antara ketiga-tiganya..sangat bersetuju dengan kata2 imah dalam sajak ni..indah sekali bait2 katamu sayang..boleh buat akak jatuh cinta tau....

wan hazimah said...

dear akak, u know what, akak sorg je yg betul2 menghargai hasil2 tulisan imah ni kak. dlm byk2 org akak jelah yg imah tau tertarik dgn puisi2 yg imah nukilkan di sini. trm kasih akak. imah sgt2 hargai. tp apa yg imah tulis kat sini pndpt imah sndiri. mngkn org lain lain pula pandangannya. anyways, thanx for reading dear:)

lps ni, blhlah kte saling mengasihi krn Allah ya:)

cikpah said...

huhu..akak sangat suka baca tulisan2 imah..itulah turning point camne akak boleh jatuh cinta ngan awak ni..=)..rase cam sweet je luahan rasa hati awak tu..,mesti la akak akan selalu baca blog imah ni..aseef blog akak da x bersentuh dan bersawang..nnt akak story2 ye kenapa jadi macam tu..hehe..

insyaAllah..kita mmg saling mengasihi keranaNYA pun =)

NurFaizaini Abdullah said...

Assalamualaikum...

Zmah,
kalau akak baca puisi2 dalam blog ni, ia punya isi yg menarik...bagus..
zmah berbakat.
Kalau zmah perkemaskan lagi,
akak yakin pasti ramai lagi yg jatuh cinta dengan penulisan puisi zmah.

sayang kalau dibiarkan kebolehan yg ada.

kalau zmah mahu...akak boleh kongsi ilmu yg akak perolehi dari didikan Lim Swee Tin (beliau salah seorg sasterawan negara)...

maafkan akak kalau tersalah kata...
tiada niat lain melainkan diri ini hanya ingin menjadi seperti pokok yg ditumpang org untuk berteduh tanpa meminta sbarang balasan.

wallahualam.
honeynurfaiz@gmail.com

Zimah Zaiwani said...

salam syg kpd kak faizani.

first of all, zmah nk ucap byk2 trm ksh sbb sudi singgah blog zmah yg x seberapa ni.

insya Allah, boleh sj kalau akak nk share pape ngan zmah, s long s that thing is beneficial for all, esp for me. hehehe.. zmah terbuka sgt kak. dgn suka hatinya zmah trm prtolongan ikhlas akak. siapa tahu myb zmah blh asah lg bkt zmah.

smg Allah berkati akak sekeluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails