Aku ibarat bayang-bayang
Ke mana saja dia pergi
Aku hanya bisa memerhatikan ia
Aku ibarat bayang-bayang
Yang melihat wajah itu tersenyum
Tapi tidak mampu melakukan apa-apa
Cuma memandang wajah itu
Sambil melemparkan sebaris senyuman
Yang tidak akan pernah dilihatnya.
Aku ibarat bayang-bayang
Hampir setiap hari aku bersamanya
Bukan di sampingnya
Hanya diberi peluang dari Kekasih
Untuk melihat lagi alur ketenangan di wajahnya
Membawa pergi semua keresahan hati.
Aku ibarat bayang-bayang
Namun aku tidak pernah jemu
Menjadi bayang-bayang itu
Walau kehadiranku tidak pernah disedarinya
Walau kehadiranku tidak pernah dirasainya
Tapi aku bahagia
Bahagia kerana masih bisa terus memerhatikannya
Tersenyum penuh bahagia
Kerana itu juga mengundang rasa cinta
Di hatiku.
Adakah ini cinta?
Persoalan yang sering mengundang hatiku
Jika memang benar ini dikatakan cinta
Aku lebih rela begini
Jangan disangka cinta bertepuk sebelah tangan itu
Hanya mengundang kekecewaan bagi empunya hati
Kerana menerusinya bahagia yang sedang kunikmati.
Aku ibarat bayang-bayang
Dan aku sudi untuk terus menjadi bayang-bayang itu.
p/s: Saya suka menjadi bayang-bayang :)
No comments:
Post a Comment