Melihat seisi dunia
Di sekelilingku
Kabus tebal berarak perlahan di udara
Langit membiru membumbungi bumi
Matahari muncul dari ufuk timur
Memancarkan cahaya seperti selalunya
Hatiku damai melihat ciptaan-ciptaan Ilahi
Menyaksikan keindahan alam
Lantas fikiranku menerawang
Mengenangkan seseorang
Setiap detik yang berlalu
Kukira hingga ke penghujung waktu
Walau berjauhan di mata
Namanya sentiasa terpahat di kalbu
Tika dia di sisi menemani
Hanya ketawa hadir menghiasi
Bercerita tentang pahit manis hidupnya
Menambahkan pedoman di dalam dada
Aku bahagia
Dianugerahi insan sepertinya
Menjadi pendukung semangatku setiap masa
Saat aku memerlukan
Dia datang memimpin tanganku
Mengharungi setiap kepayahan bersama
Saat aku kegelisahan
Dia datang membawa sepasang telinga
Mendengar setiap luahan rasa
Adakalanya aku berfikir sendiri
Mengapa cinta tidak datang kepadaku
Ku berfikir, berfikir dan terus berfikir
Ternyata jawapannya sudah ketemu
DIA inginku menikmati
Percintaan dalam persahabatan
Yang kami bina
Atas titian redha-NYA
Setiap gadis punya impian
Bisa kukatakan impianku dan mereka
Tidak jauh bezanya
Mahukan diri disunting
Menjadi tulang rusuk
Bagi seorang pahlawan agama
Namun
Cinta tidak hanya terbatas
Antara lelaki dan perempuan sahaja
Malah cinta merangkumi semua
Dan cinta yang kunikmati kini
Lebih tinggi nilainya di mata ILAHI
Setiap bait kata
Kuadunkan menjadi sebuah tutur bicara
Inginku hadiahkan setiap butiran kata
Dalam puisi ini
Hanya untukmu, sahabatku
Kau hadir membawa cahaya
Menerangi hatiku yang gelap
Kau hadir membawa makna
Menyimpan setiap kenangan kita
Dalam kotak memori
Kau teristimewa
Kerana kau tidak pernah mengetahui
Bahawasanya dirimu
Memang sungguh istimewa
Bagiku
Nota: Puisi ini kutujukan khas buat mereka yang kuanggap sebahagian dari jasad dan jiwaku serta bagi mereka yang juga menganggapku sebahagian dari jasad dan jiwa mereka dan juga buat mereka yang mencintaiku sebagai sahabat mereka. Ketahuilah aku mencintai kalian untuk selamanya, insya-Allah :')
Sedikit luahan rasa sebagai pelengkap kata
Kamu punya sahabat? Tipulah kalau kamu katakan kamu tidak punya sahabat langsung! Setiap orang diciptakan Allah paling takpun seorang sahabat untuk menjadi pendamping hidupnya, tak kira di kala susah mahupun senang. Rasulullah s.a.w. juga bersahabat. Baginda bersahabat dengan semua orang, namun Abu Bakar tetap mendapat tempat yang paling istimewa di hati baginda. Meneladani Nabi s.a.w., aku juga punya sahabat, bukan seorang dua tapi ramai dan mereka semua mendapat tempat di hatiku.
"Hidup tanpa sahabat ibarat lumpuh sebahagian badan." Pernah dengar ungkapan ini? Ini ungkapanku sendiri. Bukan pinjaman atau hasil ciplak dari mana-mana ya (he he). Kenapa aku katakan demikian? Sebab bagiku, sahabat merupakan pelengkap kepada sebahagian dari diri kita. Jika diingat kembali, aku pernah meletakkan kata-kata ini (dalam versi Inggeris) dalam postku sebelum ini. Dalam entry berkaitan dengan pertunangan sahabatku --> klik sini untuk baca.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa sahabat. Adakah kita akan bahagia? Sahabat ialah mereka yang bukan saja menemani kita di saat kita mengecapi kebahagiaan dan mencicipi kemanisan hidup, bahkan sahabat ialah mereka yang sanggup mengorbankan kesenangan hidupnya demi mengharungi setiap kepayahan hidup bersama-sama kita. Contoh teladan yang wajib kita ikuti ialah Abu Bakar al-Siddiq. Lihatlah setinggi mana kesetiaannya kepada Nabi s.a.w. Tidak pernah walau sesaat beliau membiarkan Nabi s.a.w. menghadapi liku-liku perjuangan sendirian. Bukan itu saja, malah beliau sentiasa membenarkan kata-kata Nabi s.a.w. saat manusia mendustakan baginda. Beliau sanggup menahan perih disebabkan bisa yang menusuk ke dalam tubuhnya, demi cintanya yang tidak berbelah bagi terhadap sahabatnya, baginda Rasul s.a.w. Namun, jangan dipersoal, "Kapan kita bisa mendapat sahabat seperti Abu Bakar?", tapi tanyalah pada diri, "Mengapa tidak aku menjadi seperti beliau?"
Sebagai penutup entriku untuk hari ini, ingin sekali kukongsikan beberapa kata-kata hikmah tentang persahabatan yang aku temui setelah melewati beberapa laman sesawang tadi. Hayatilah dan amatilah setiap kata-kata di bawah. Selamat membaca!
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” - Mutiara kata
Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang kita tak dapat nyatakan kepada isteri sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan. - Hamka
What is a friend? I will tell you - it is someone with whom you dare to be yourself. - Frank Crane
The most beautiful discovery of true friends make is that they can grow separately without growing apart. - Elisabeth Foley
Without friends, no one would choose to live, though he had all other goods. - Aristotle
Wallahua'lam.
1 comment:
setelah sepi menyimpan bicara
setelah bicara menyulam sepi
setelah sepi membuku hati
setelah hati kembali menyapa...
salam wahai adik
yg lama ku tinggalkan....
moga dirimu baik2 saja dlm kebahagiaan....
Post a Comment