Bersama Pengarah Teater: Cik Khaty |
Puisi 1: Harga Sebuah Air Mata
Ujian, dugaan
Tidakkan pernah lari
Dari hidup seorang manusia
Didatangi Tuhan
Demi menguji
Kebergantungan seorang hamba
Ke atas yang Maha Esa
Kata-kata nista manusia
Kadang begitu menyakitkan hati
Tajamnya ia
Bak menusuk kalbu ini
Namun
Bila hati dirundum rasa pilu
Kepada siapa akan kupalingkan wajah ini
Kalau tidak kepada Ilahi
Yang Maha Memahami
Lagi Maha Mengasihani
Air mata yang jatuh ke pipi
Disangkakan tanda kelemahan diri
Tetapi
Tidak akan ada yang mengetahui
Beban yang tertanggung
Yang sekian lama terpendam
Di dasar hati
Kakakku
Jika ada yang menyakitimu lagi
Dengan ketajaman lidah mereka
Hapuslah kesakitan itu
Dengan air matamu yang suci
Kerana hanya itu
Pengubat luka seorang wanita
Usah takut dikatakan lemah
Kerana air mata
Juga kekuatan seorang serikandi
Bagi menempuh ujian yang diberi
Nota: Puisi ini kunukilkan khas buat kakakku; Kak Khaty, yang sejak akhir-akhir ini dirundum rasa sedih.Kak Khaty banyak berkongsi masalah denganku tapi aku saja yang tak dapat tolong cari jalan penyelesaian yang tepat bagi setiap masalahnya. Maafkan adikmu ini, Kak Khaty. Apa-apapun, semoga puisi ini dapat bantu akak pulihkan rasa sakit di hati. Tak ada apa yang dapat Zimah lakukan untuk menghilangkan rasa sedihmu itu. Hanya sebuah puisi berjaya dituliskan sebagai pengganti diri. Semoga Allah beri kekuatan yang luar biasa kepada akak dalam menempuh ujian hidup ini. Zimah sayang Kak Khaty kerana Allah :')
Bersama Pelakon Utama Teater: Fatimah |
Puisi 2: Dirimu Umpama Bidadari Kayangan
Air mata
Teman sejatiku
Sejak kecil
Tika manusia meminggirkan
Tika manusia menghina
Tika manusia mencaci maki
Hanya air mata
Penawar mujarab hati
Di kala hatiku penuh amarah
Ia jadi tak keruan
Tiada mampu kutahan sendirian
Saat itulah
Kau hadir membawa ketenangan
Kau mendengar setiap luahan
Penuh kesabaran
Kau menyapu setiap titisan
Penuh kelembutan
Kau memegang erat tanganku
Penuh keyakinan
Kau mendakap tubuh longlaiku
Penuh kecintaan
Saat itu
Kurasakan dirimu umpama bidadari
Yang turun dari kayangan
Diutus Tuhan
Membawa pergi semua kedukaan
Yang menghimpit hati
Dalam dakapanmu
Kurasakan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya
Dalam dakapanmu
Kurasakan cas-cas ketenangan
Dialirkan dari tubuhmu ke tubuhku
Kakakku
Kau anugerah Tuhan buat diriku
Walau Tuhan mengujimu
Dengan ujian-ujian
Yang lebih hebat berbanding aku
Namun
Kau bisa melupakannya sebentar
Dan mengalihkan perhatianmu kepadaku
Sungguh kuterharu
Kerana saat ini
Kaulah yang pertama melakukan itu
Bersaksikan penduduk langit dan bumi
Aku amat mencintaimu
Kerana Tuhan amanahkan
Agar aku mencintai mereka
Yang tulus mencintai diriku
Nota: Setiap bait dalam puisi ini kuhadiahkan buat kakandaku yang berada di Kedah sana; Kak Chuma. Rasa terkilan sangat sebab tak dapat nak luangkan masa bersamanya sebelum cuti pertengahan semester bermula. Tapi apakan daya. Allah menginginkan semua ini terjadi. Namun begitu, aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku dapat menatap wajah comelnya sebelum dia berangkat pulang ke kampung. Kak Chuma merupakan orang pertama yang sangat concern pasal aku dalam QYC. Sungguh aku bersyukur bila Allah pertemukan kami berdua dalam redha-Nya. Semoga persahabatan kami akan terus kekal hingga ke syurga. Amin.
Bersama Pelakon Terbaik Teater: Mak Cik Ida |
Puisi 3: Kau Kakak Terbaikku
Setiap hari yang berlalu
Kujalani tanpa henti
Adakalanya
Ku ditinggalkan sendiri
Mengharungi cabaran studi
Ramai sahabat seumur denganku
Punya sahabat sendiri
Masing-masing melupakan diri ini
Seolah-olah tidak pernah wujud
Nama Hazimah dalam hidup mereka
Maafkan aku Tuhan
Andai aku bersu'uszhon
Tapi ini hanyalah luahan sekeping hati
Yang sering disakiti
Oleh tingkah manusia sendiri
Ada masa aku kesepian
Menyuap nasi ke mulut pun
Kadang-kala keseorangan
Tanpa teman
Namun siapa sangka
Dalam kesepian yang menguasai diri
Ada yang hadir sudi menemani
Dia seorang kakak
Yang aku kenali
Dalam jurusanku - Bahasa Inggeris
Dia kakak yang sangat baik hati
Dia kakak yang sangat lembut
Yang pernah kutemui
Kata-katanya mencairkan
Mana-mana hati yang mendengarnya
Ucapannya memujuk hati yang sedang berduka
Dia membuatku hidup dari kesepian ini
Dia membuatku hidup dari kesepian ini
Berdamping dengannya
Membuatku bahagia
Dan lebih mengenali diri
Kakakku
Kelembutanmu membelai jiwaku
Yang sering diasak kepiluan
Kau teman yang baik
Saat diri ini memerlukan
Kau sahabat yang baik
Saat diri ini kesusahan
Tiadakan dapat membalas kebaikanmu
Selain Tuhan
Kuharap akukan terus menjadi adikmu
Hingga ke hujung nyawaku
Nota: Namanya Kk Ida. Kak Ida ialah teman baikku dalam BENL. Macam aku cakap dalam puisi tu, aku tak ramai kawan dalam courseku, lebih-lebih lagi yang sebaya denganku. Sebab semuanya dah ada group dan colleague masing-masing. Ni buat aku rasa dalam UIA ni, aku keseorangan. Seolah-olah aku ni halimunan pada mata mereka. Tapi Kak Ida makes me alive. He he. Kak Ida ialah satu-satunya kakak yang sangat baik denganku dalam course aku. Setiap hari, jam 3.30, kami akan lepak bersama, bergossip dan curhat sama-sama kat Evoke atau Edu Cafe. Kak Ida juga adalah penyelamat teater kami, "Kronologi Cinta," sebab ada masa tu kami hadapi masalah dalam mencari orang yang sesuai untuk bawa watak mak Fatimah. Dan Kak Ida ialah bidan terhun itu. Terima kasih atas segala jasamu, kakakku.
No comments:
Post a Comment