Picture taken from: http://popoks.deviantart.com/art/Consideration-246969176?q=gallery%3Apopoks%2F6047329&qo=146 |
Salam.
Apa khabar para pembaca yang setia menanti post-post terbaru saya di laman Curhat Zimah Zaiwani? Salam mahabbah saya ucapkan kepada yang masih sudi menatap bait-bait kata dalam laman ini, termasuk open readers dan silent reader. Semoga Allah memberkati kamu, ya.
Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu saya bercuti dan masa saya banyak saya habiskan di UIAM, universiti tercinta. Bukan apa. Ada sebab kenapa saya tidak duduk di rumah cuti-cuti ni. Disebabkan bayang tragedi lama masih terus menghantui, saya terpaksa membawa diri sampai ke UIAM ni. Dah tak berani nak duduk seorang diri di rumah. Maklum sajalah, setiap hari kes jenayah semakin berleluasa dan para penjenayah berada di mana-mana saja, hatta di rumah kita sendiri pun sudah tidak selamat lagi untuk diduduki pada siang hari. Itulah fitrah kehidupan di dunia. Dunia merupakan penjara bagi orang-orang yang beriman. Pernah dengar tak ungkapan ni?
Okeylah, tak mahu bercerita panjang mengenai kisah lama. Bacaan tiga Qul, al-Ma'thurat dan Surah al-Mulk sebagai pelindung diri tidak pernah ketinggalan (insya-Allah) dan sesungguhynya hanya kepada Allah saya berserah. Sebab Allah adalah sebaik-baik pelindung bagi orang-orang yang beriman.
Berbalik kepada tadi, dah hampir dua minngu saya bercuti. Hmm, agak-agak apa saja yang saya lakukan dan akan lakukan sepanjang cuti separuh bulan ni? Sebenarnya dah banyak juga perkara yang saya dah mulakan bagi memenuhi masacuti saya yang masih mentah ni dan (insya-Allah) akan ada beberapa kerja lagi yang sedia menanti sebelum buka semester baru nanti.
Masa cuti ni, macam biasalah masa saya memang banyak dihabiskan di hadapan laptop/komputer saja. Memang betul (boleh dikatakan) 24 jamlah saya online, tapi tidaklah 24 jam sepenuhnya tu saya duduk di depan skrin Asou tak bangung-bangun. Kewajiban, tetap kewajiban dan ia harus ditunaikan tak kira walau sibuk macam mana pun kita. Solat lima waktu sehari, jangan sesekali diabaikan. Solat sunat rawatib, dhuha, zikir, istighfar, al-Ma'thurat dan al-Qur'an jadikan amalan. Soal kerja rumah, haa yang ni special case sikit. Macam saya cakap tadi. Bila saya berada di rumah saja semua kerja rumah akan disiapkan, iaitu masa hari minggu. Hari Sabtu dan Ahad seboleh-bolehnya saya manfaatkan sebaiknya untuk menyiapkan segala kerja rumah yang tergendala masa hari bekerja. Tapi 'sakit' sikitlah sebab banyak permata hati yang datang ke rumah. Jadi,kena kuatkan semangat sikit. Faham-faham ajelah. Budak-budak comellah katakan. Hehe.
Selain tu, saya juga nak isi terluang saya dengan membaca novel. Al-maklumlah, ulat buku dan kaki novel, macam nilah. Ada masa senggang sikit, mesti novel (kadang-kadang buku,majalah atau komik) yang dicarinya. Tak ada benda lain dah. Surat khabar tak berminat pula nak membaca. He he. So, target saya masa cuti ni saya ingin habiskan membaca sekurang-kurangnya tiga buah novel termasuk dua versi (BM dan BI), iaitu Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin, 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah dan The Time of My Life karya Cecelia Ahern. Tiga-tiga buah novel ni boleh tahan banyak jugalah mukasuratnya, tapi kalau dah kak novel tu, insya-Allah takada masalah nak mengkhatamkannya (selagi mana semangat membaca ni masih terus berkobar-kobar) hehe.
Hah, sebelum terlupa,ada satu lagi kerja penting saya yang sudah tertangguh sejak sekian lama. Novel saya. Tahu cerita tak tentang novel saya, Aku Ingin Bahagia? Novel sulung saya tak bernasib baik setakat ni (belum lagi). Sudah tiga publisher menolak karya saya tanpa memberitahu sebab-sebab ia ditolak. Bila saya tanya apa kelemahan novel saya ni, mereka semua tak menjawab. Tak adalah, sekurang-kurangnya saya punya hak untuk tahu sebab karya saya ditolak. Hatta kalau cerita saya tak best sekalipun, merekaperlu menjelaskan kepada saya kenapa mereka menolak untuk menerbitkannya. Supaya senang sikit kerja saya nak menyunting dan memperbaiki semula hasil tulisan saya. Tapi tak apalah. Cikgu saya, yang juga merupakan seorang penulis buku pernah cakap yang selalunya buku yang banyak kali kena tolak dengan penerbit ni buku yang hebat dan akan menjadi rebutan syarikat penerbitan pada masa akan datang. Contohnya, siri Harry Potter karya J.K. Rowling. Oleh sebab kena reject sebanyak 13 kali lah akhirnya novel bersiri Harry Potter mendapat perhatian di mata dunia.
Tapi sebenarnya bukan itu pun yang saya inginkan. Apa yang saya mahukan ialah mesej novelsaya sampai kepada pembaca dan memberi kesan kepada hidupnya, biarpun hanya seorang yang dapat tapi sekurang-kurangnya terlaksana sudah kerja da'wah saya kepadanya. Itu lebih baik daripada berjuta orang baca novel kita tapi tak bisa mengutip mutiara yang sudah tersedia di dalamnya. Jadi, sasaran saya masa cuti ni, saya nak perbaiki semula novel sulung saya ni, dalam masa yang sama minta nasihat orang-orang yang pakar dari sudut gaya bahasa dan penceritaannya. Akhir sekali, barulah saya sendiri yang akan pergi syarikat penerbitan tertentu dan hantar karya saya untuk dianalisis oleh mereka sebelum mereka bersetuju untuk menerbitkannya. Semoga Allah memudahkan urusan saya (mohon doa semua ya).
Aktiviti-aktivi lain yang saya buat masa cuti ni, hmm macam biaslah, facebooking (sudah semstinya), blogging, dan e-mailing kawan-kawan yang belajar di seberang laut. Insya-Allah, saya akan cuba untuk mengupdate status FB dan post di blog saya dari semasa ke semasa, sebab saya tahu bila semester baru buka saja, agak tipis peluang saya untuk terus berkongsi rasa di sini. Tapi sesibuk mana pun saya nanti, saya akan berusaha juga untuk mencuri masa mencurhat di sini ya. Jadi, jangan risaulah. (senyum)
Okey, tadi tu lebih kepada aktiviti-aktiviti harian saya yang kecil-kecilan. Sekarang saya nak kongsi pula apa aktitivi atau kegiatan besar saya (bolehlah nak kata projek sederahana besar) yang akan saya buat masa cuti ni. Ni semua berkaitan dengan kelab yang saya sertai sejak di semester kedua menuntut di UIAM, iaitu Quranic Youth Club (QYC). Antara rancangan saya sebagai pembantu biro Penerbitan dan Informasi QYC ni adalah:
- Belajar menggunakan Adobe Photoshop dan membuat graphic untuk video dan poster (bersama dengan bekas guru al-Amin saya)
- Carta atau pelan perancangan biro PnI bagi semester hadapan (sem 2, 2011/2012) di atas kertas mahjong
- Adun sekurang-kurangnya tiga video QYC, termasuk video korporat QYC, video memperkenalkan barisan board baru QYC, video kenangan tenure QYC yang lepas dan video ucapan barisan board baru QYC (jika perlu)
- Buat poster main board QYC (beramai-ramai dan persendirian - dengan gaya bebas)
- Design poster dan banner untuk "Calling for committees", "Welcoming New Students of IIUM", promote QYC, dll (kalau ada)
- Tolong ketua saya untuk design juga carta organisasi QYC, planner, dan business card bagi setiap main board
- Update website QYC
- Hmm, tak berapa nak ingat yang lain tapi adalah (insya-Allah)
Haa, banyak kan aktiviti saya masa cuti ni? Harpanya saya mampulah beristiqamah dengan SEMUA yang saya rancangkan ni. Harapnya tak jadi macam sem-sem yang lepas; buat kerja sekerat jalan saja. Insya-Allah, kalau kita ikhlas Allah akan bantu permudahkan kerja kita. Perancangan tu yang paling penting, sebab bila kita dah ada perancangan untuk melakukan sesuatu sekurang-kurangnya dah jelas apa kita nak buat kemudian. Dapa siapkan 45% pun jadilah. Sebab manusia ni kan hanya mampu merancang, tetapi yang tentukan Allah. Betul, tak?
Okey, rasanya cukup itu saja untuk hari ini. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Sekadar ingin berkongsi perancangan saya masa cuti-cuti UNI ni. Saya yakin kamu semua pun ada perancangan cuti masing-masing, kan? Nasihat saya, cubalah untuk laksanakan apa yang telah dirancang. Jangan jadikan semua itu hanya sekadar tulisan di atas kertas mahupun di minda kita, tapi selagi kita berkemampuan ni kita cuba laksanakan. Yang penting, usaha. Manfaatkan masa cuti kita dengan sebaiknya, okey?
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BEKERJA JUGA!
p.s.: Post ini ditulis sebab minda masih belum dapat aktif sepenuhnya untuk mengupdate artikel-artikel ilmiah. Tolong doakan saya mendapat ilham untuk terus menulis dan berkarya di sini.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment