Kalau engkau miskin
Sabar atau redhalah
Jangan meminta-minta
Meminta-minta itu jatuh maruah dan air muka
Kalau engkau kaya
Jadilah pembela orang-orang yang susah
Juga korbankan
Harta untuk fisabilillah
Kalau engkau pemimpin
Jadilah pelindung
Berilah kasih sayang
Kepada pengikut
Seperti bapa kepada anak-anaknya
Urus agama mereka
Berilah ilmu untuk penyuluh hidup mereka
Urus makan minum mereka
Berilah simpati di waktu susah
Seperti ziarah atau beri nasihat
Dengarlah pengaduan mereka
Mengadu itu cara mereka
Bermanja-manja
Kerana salah satu
Watak pemimpin
Itu adalah berwatak ibu
Ibu tempat anak-anak bermanja
Kalau engkau kawan
Utamakan kawan lebih dahulu dari dirimu
Bantulah di waktu dia kesusahan
Setidak-tidaknya tunjukkan simpati
Serta lahirkan rasa sedih di waktu kesedihannya
Bantulah lebih dahulu
Sebelum dia meminta
Tanda kita peka
Dengan kehidupan mereka
Bahkan keluarga mereka
Kena jagalah sama
Begitulah sifat atau watak
Kawan terhadap kawannya
Dinyanyikan oleh: Qathrunnada'
Nota:
- Semua tulisan yang dibesarkan dan diwarnakan ialah nasihat yang dapat Zmah korek daripada nasyid ni.
- Kadang-kadang kita terlepas pandang apa sebenarnya peranan dan tanggung jawab kita sebagai seorang sahabat kepada sahabat kita.
- Dalam Islam, sahabat (atau kawan) bukan sekadar sahabat. Sahabat ialah seseorang yang bersahabat dengan sahabatnya kerana Allah. Dalam erti kata lain, sahabat adalah perantaraan antara seseorang hamba untuk mendekati Tuhannya. Sahabatlah yang akan memimpin kita untuk menuju keredhaan-Nya.
- Seorang sahabat, perlu ada ciri-ciri yang disebutkan dalam nasyid di atas. Pembela, pelindung, pemberi, pendengar, sentiasa mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya, peka dengan kehidupan sahabatnya, bantu sahabat sebelum diminta, tunjuk rasa simpati dan paling penting sekali menuntunnya menjalani kehidupan yang diberkati Allah di dunia ni demi mencapai kebahagiaan di akhirat.
- Tapi sayang sekali, Zmah tengok dunia sekarang dah tak macam tu. Istilah "kawan makan kawan," "kawan tikam belakang kawan,"kawan pakai buang," dan sebagainya telah menceritakan kepada kita bahawa kawan-kawan yang baik sudah semakin pupus. Susah dah nak jumpa kawan yang betul-betul ikhlas membantu kita mencari hidayah Allah. Ada, tapi susah nak cari kalau tiada usaha.
- Jadi, marilah kita hargai sahabat-sahabat kita yang masih setia di sisi kita dan yang paling penting sekali, jadilah sahabat yang baik kepada mereka. Sahabat yang ketika berada bersamanya, mampu membuatkan diri kita terasa lebih dekat dengan Rabb.
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang antara mereka umpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh, sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Hadis riwayat Muslim)
"Seorang Muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinanya." (Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringatkan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kamu teringatkan mati."

p.s.: Terima kasih kepada sahabat-sahabat 'bulatan gembira' Zmah dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan Zmah kepada Allah. Zmah berdoa agar suatu hari nanti, kita akan dipertemukan semula di laman syurga yang indah. Sama-samalah kita mengharap pada Allah agar diberkati dan dikekalkan ukhuwah kita ni hingga yaumul akhirah. Zmah cintakan antum kerana Allah :')
No comments:
Post a Comment