About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday, 19 January 2012

Selamat berjuang, sahabat!





Salam.

Inilah buah hati saya. Si cantik manis berjilbab hitam. Namanya, Yusfanadia Binti Yaakob atau lebih mesra dengan gelaran Kak Yusfa.

Bolehlah nak kata Kak Yusfa ni  kakak saya dan dalam masa yang sama, Kak Yusfa juga merupakan salah seorang sahabat karib saya di UIAM. Pelajar jurusan Psikologi sebab tu dia selalu psiko saya setiap kali saya dilanda masalah. Kak Yusfa orang Sungai Petani, Kedah Darul Aman, tapi cakap dengan saya pakai bahasa Melayu standard aje. Macam tahu-tahu saja saya ni lemah bab-bab loghat utagha ni. (gelak)

Macam mana kami kenal? Hmm...

First time kenal Kak Yusfa masa kami sama-sama jadi komiti bagi salah satu program, QYC, iaitu PASAK. Apa PASAK tu? PASAK ialah akronim bagi "Penghayatan Aqeedah Berlandaskan Sains dan Al-Qur'an." Masa tu Kak Yusfa memegang jawatan Public Relation (PR) dan saya pula Setiausaha (SU). Tapi sejujurnya, setiap kali datang meeting, tak pernah pun sekali kami bersembang bersama, sebab masa tu saya masih baru lagi dalam QYC. Dan muka-muka dalam meeting PASAK tu, semuanya muka-muka baru. Saya hanya kenal Kak Mustakizah saja dalam QYC masa tu sebab Kak Mustakizahlah yang promote saya untuk join program PASAK ni. Siapa sangka, di sini rupanya bibit pertemuan antara saya dan Kak Yusfa tercipta.

Dah banyak kali datang meeting pun, tapi still saya dan Kak Yusfa kelihatan awkward antara satu sama lain. Tak tahu macam mana nak mulakan perbualan sebab maklum sajalah saya ni SU, kan? Jadi, tak banyak sangat kena berurusan dengan orang lain. Berurusan dengan PM, APM, dan orang-orang tertentu sajalah. 

Cumanya yang paling saya ingat, saya dengan Kak Yusfa banyak berhubung melalui SMS saja. Pernah sekali tu, Kak Yusfa hantar SMS pada saya beritahu saya tentangs sesuatu. Sesuatu yang sangat menggelikan hati saya bila membaca SMS itu. Tapi tak nak cakap dekat sini, nanti mengundang salah faham orang kamu pula. (ngee)

Sampai saja pada hari kejadian, lepas habis saja program PASAK, semua komiti disajikan dengan sedikit juadah. Penat kerjalah katakan.  Masa ni, barulah kami semua dapat duduk bersama-sama dan saling mengenali diri masing-masing. Seorang lagi sahabat saya yang saya mula kenal melalui program yang sama ialah Kak Aan (nanti ada masa lain, saya cerita pasal Kak Aan pula ya). 

Masa makan-makan nilah saya dan Kak Yusfa mula berborak-borak, berjenaka, bergelak tawa bersama-sama, bajet macam dah lama kenal aje. Bila dah bersembang tu, barulah saya tahu yang Kak Yusfa ni pelawak juga orangnya. Kak Yusfa seorang yang penuh dengan sense of humor. Ada saja lawak-lawak yang direkanya untuk menghiburkan orang lain. Kadang-kadang, apa yang dicakapkannya tu bukanlah lawak sangat pun, tapi cara dia menyampaikannya kepada kami sangat kelakar dan memang sangat menggelikan hati. Kak Yusfa memang sangat pandai buat orang ketawa. Even orang seserius Kak Khaty pun boleh ketawa, apatah lagi orang-orang tak serius macam saya ni kan? (gelak)

Sejak itulah, kami mula rapat dan saling berbalas SMS.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sem berganti sem, akhirnya hubungan kami bertambah akrab. Lagi pula sejak Kak Yusfa naik jadi board QYC bagi tenure sesi 2010/2011, kami kerap berhubung dan bertemu. Selalu jugalah lepak sama-sama, makan sama-sama, borak sama-sama, tidur sama-sama, solat berjemaah sama-sama, sampaikan pernah sekali kami pakat untuk beli baju yang sama. Sweet, tak?

Oleh sebab Kak Yusfa ni bakal pakar psikologi, dia merupakan salah seorang sahabat yang banyak mendengar luahan hati saya. Kak Yusfa seorang pendengar yang baik dan setia. Dia pandai jaga rahsia sahabatnya. Setiap kali mendengar masalah dan cerita-cerita saya, Kak Yusfa akan sertakan sekali dengan nasihat-nasihat yang membina. Nasihat dia semuanya berguna untuk saya, dan saya ingat hingga ke detik ini. Bolehlah nak kata yang semua nasihat Kak Yusfa untuk saya telah menjadikan saya seorang Hazimah yang baru kini. Dulu, saya seorang yang lemah semangat dan sering menangisi takdir yang Allah tentukan untuk saya, tapi melalui Kak Yusfalah saya belajar untuk ingat kembali tujuan hidup saya yang sebenarnya. 

Bila saya ada masalah hati dan perasaan, nasihat Kak Yusfa yang paling lekat dekat dalam memori saya ni ialah, "... bila kita sukakan someone, kita tak boleh bagi hati kita sepenuhnya pada orang tu. Sebab nanti kita akan tersiksa. Sebaiknya kita bahagi-bahagikan hati kita pada Allah, Rasul, mak ayah, si 'dia' dan 3% untuk diri kita sendiri. Sebab, kalau kita beri semua hati kita pada si 'dia' tanpa tinggalkan sedikit pun perasaan cinta tu untuk diri kita, nanti apa yang tinggal untuk diri kita?" (saya paraphrase balik ayat Kak Yusfa. InsyaAllah, maksudnya masih sama)

Lebih kurang macam nilah nasihat Kak Yusfa untuk saya. 


Novel ini dihadiahkan oleh Kak Yusfa masa ulang tahun kelahiran saya.
Kak Yusfa sentiasa aware dengan kegemaran atau minat sahabat-sahabatnya.
Kak Yusfa tahu saya gemar baca novel, sebab tu dia hadiahkan saya sebuah novel oleh penulis favorite saya
Terima kasih, Kak Yusfa :)

Apa lagi ya pasal Kak Yusfa ni? Hmm... Haa! Kak Yusfa ni juga merupakan seorang sahabat yang sangat memahami. Dan sifatnya yang paling saya kagumi ialah dia pandai menjaga rahsia (aib) orang lain, suka menghormati orang lain dan sentiasa nampak keistimewaan orang lain. Pernah sekali saya tanya Kak Yusfa,

"Akak, Zimah ni jahat, akak. Zimah banyak kelemahan dan selalu sakitkan hati orang lain. Hinggakan kawan-kawan yang pernah rapat dengan Zimah dulu, seorang demi seorang pergi tingglakan Zimah. Dia orang dah tak nak kawan dengan Zimah lagi sebab tak tahan dengan perangai Zimah. Tapi, akak still mampu bertahan dengan Zimah. Kenapa, kak?" (masa ni memang tengah sedih sangat sebab saya ada konflik dengan beberapa orang sahabat saya dan saya luahkannya pada Kak Yusfa)

Lepas tu, Kak Yusfa jawab,

"Macam ni jelah Zimah. Akak kan, kawan dengan Zimah bukan sebab kebaikan atau kelebihan Zimah, tapi sebab kekurangan dan kelemahan Zimah. Sebab, kalau kita berkawan dengan orang sebab kelebihan dia, once kita nampak kelemahan atau keburukan dia, kita akan terus ada rasa tak nak berkawan dengan dia lagi dan kita akan cuba jauhkan diri kita dengan dia. Elak daripada berjumpa dengan dia. Sebab tulah, dalam bersahabat kita kena ikhlas. Bersahabat dan berkasih kerana-Nya semata-mata."

Terharu saya dengar jawapan Kak Yusfa. Pertama kali saya dengar istilah "berkawan (bersahabat) dengan orang kerana kelemahannya, bukan kerana kelebihannya..."

Dalam hidup saya, saya selalu merasakan yang diri saya ni nothing, tapi Kak Yusfa sentiasa membuatkan saya rasa yang saya ni something. Something kepada diri saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya, mahupun kepada ISLAM. 

Tak pernah sekalipun bila bersama dengan Kak Yusfa saya tak gelak. Saya sentiasa bahagia bila bersamanya. Sedih macam mana pun saya, marah macam mana pun saya, geram macam mana pun saya, moody  macam mana pun saya, saya Kak Yusfa tetap akan menghiburkan saya dengan lawak jenakanya yang jarang-jarang dijumpai di mana-mana. Gayanya bercakap, volume suaranya, ekspresi mukanya dan semua tentang Kak Yusfa membuat hati wajah saya tak pernah lekang dengan senyuman. Kak Yusfa tahu yang sya ni suka sangat masam, jadi dia berusaha buat saya ketawa dan akhirnya dia berjaya. 

Haii... kalau nak cerita tentang seseorang yang penting dalam hidup saya, alamat sampai ke pagi tak habis-habis. Tapi apa yang saya dapat simpulkan dekat sini ialah sejak masuk QYC, saya dah berjumpa dengan ramai orang-orang yang hebat, yang saya jadikan sebagai pendukung dan tulang belakang saya, yang sentiasa bagi sokongan pada saya dan sentiasa bersama saya tak kira masa. Dalam cerita kali ni, Kak Yusfa ialah salah seorang daripada mereka. Ada beberapa sahabat lagi yang mendapat tempat istimewa di hati saya dan insyaALlah akan saya ceritakan kemudian. (pasti)

Hanya ini yang mampu saya coretkan di laman ni. Yang lain, biarkanlah ia tersimpan rapi di dalam kotak memori saya sampai saya pergi meninggalkan dunia ini. Sebab, tak semua boleh diceritakan di sini. 

Apa-apapun, saya bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan kami dalam sebuah majlis ilmu. Dalam suasana yang penuh barakah. Dalam majlis yang mana kami sama-sama dinaungi oleh para malaikat yang sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah untuk kami. Sungguh, indahnya pertemuan kami ni.

Saya harap persahabatan ini kekal hingga kami bertemu lagi di syurga.

Wallahua'lam.


Ini hadiah untuk kamu! ^_^


"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri."- Imam Syafie


Nota: Tengahari tadi ada lunch date dengan Kak Yusfa dekat Restoran Ayam Penyet, Sri Gombak. Dari pukul 3 ptg sampai pukul 4 ptg. Kami makan, minum dan berborak bersama setelah sekian lama tak berjumpa. Bajet macam bertahun-tahun tak jumpa je.  Esok, Kak Yusfa akan bertolak ke Thailand untuk misi da'wah dengan sahabat-sahabat di sana. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan memberi perlindungan terbaik untuk mereka. Sayu sangat hati ni nak melepaskan Kak Yusfa pergi berda'wah di kawasan yang sedang bergolak. Tapi atas nama cintakan da'wah dan Islam, aku cuba ikhlaskan hati. Saya yakin, Allah sebaik-baik pelindung dan Dia akan sentiasa melindungi hamba-hamba-Nya yang berjuang menegakkan agama-Nya. Doa saya akan sentiasa bersama Kak Yusfa.


SELAMAT BERJUANG, SAHABATKU!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails