(Petikan daripada projek keduaku, Puisi Cinta Buat Permata Hati)
Mengimbas kembali kisah kita berdua
Pertama kali bersua muka
Kau dan aku
Dulu, kini dan selamanya
Ditakdirkan oleh-Nya
Sebagai sahabat hingga ke syurga
Saat daku teresak meratapi nasib diri
Akan setiap ujian yang datang bertimpa-timpa
Kau hadir membawa sinar bahagia
Menutupi setiap ruang kesedihan
Yang melanda hati
Saat orang ramai menyisihkan diri
Kau masih tetap setia menemani
Saat mereka menidakkan setiap tutur kataku
Kau satu-satunya insan yang membenarkannya
Kau ibarat Saidina Abu Bakar
Yang nyawanya rela terkorban
Demi kasihnya terhadap junjungan Rasul s.a.w.
Sebaik-baik sahabat Nabi s.a.w.
Yang begitu dicintainya
Bagiku
Kaulah Abu Bakar era kini
Yang sentiasa setia padaku
Yang membenarkan kata-kataku
Yang rela berkorban demiku
Tatkala aku mendengar
Kau bakal pergi menuntut ilmu di perantauan
Hanya DIA Maha Mengetahui
Betapa berat hati ini
Ingin melepaskan kau pergi
Namun
Saat diri berjauhan
Rindu yang bersarang di hati semakin menebal
Cinta yang bermukim di hati juga
Semakin menyubur
Dengan siraman ayat-ayat cinta
Dalam setiap bait-bait doaku
Kau permata hatiku
Yang sukar dicari ganti
Mahalnya dirimu ibarat sebutir mutiara di dasar lautan
Hanya mampu dicapai oleh insan yang benar-benar layak
Untuk memiliki dirimu
Mahalnya sebuah persahabatan
Andai ia diikat oleh satu tali yang menyatu
"Cinta kerana-Nya"
Demi redha-Nya
Persahabatan ini akan terus kekal
Hingga kita bertemu di laman syurga
Maaf andai diri ini sering terlewat
Menghadiahkan ucapan keramat itu
Sungguh kuterasa diriku tiada berguna
Namun satu yang kupinta
Biarlah kita jauh di mata
Tapi di hati kita tetap dekat
Dan semoga cinta kita akan terus berkembang
Dengan curahan rahmat-Nya
Aku sayang kamu
Duhai permata hatiku
p.s.: Selamat Hari Lahir, Ukhti Syidah. Semoga Allah merahmatimu. Maaf, hadiahnya lambat :)
No comments:
Post a Comment