About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday 26 January 2014

Sudah lama kan?

~Bismillah~


Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semuanya sihat di bawah lembayung cinta dan rahmat Allah.

Sebelum saya membuat lesson plan saya, suka saya untuk singgah sebentar di sini dan berceloteh dengan kamu. Maklumlah. Tangan ni terasa macam dah lama tak menulis. Berkongsi kata-kata hikmah dengan kamu. 

Sebenarnya, tak ada apa sangat yang nak diceritakan. Sekadar menyinggah untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang perkara-perkara yang baru saja berlaku sejak mutakhir ni.

Apa lagi kalau bukan perkahwinan.

Alhamdulillah... bulan ini saja dah ramai pasangan yang berkahwin, kan?
Cepat jodoh mereka datang menerpa...
Cepat kumbang-kumbang soleh ni membawa rombongan menyunting dan seterusnya menikahi bunga-bunga solehah.

Semoga Allah memberkati pasangan2 mempelai yang baru saja diijab kabulkan,
terutamanya buat kedua-dua sahabat saya dan pasangan masing-masing; Laila dan suami serta Abang Firdaus dan Kak Ara.

Tak sangka... masa berlalu dengan begitu pantas. 
Seolah-olah macam baru semalam bersama mereka dan berborak-borak panjang,
tiba-tiba dapat khabar mereka sudah bernikah.

Subhanallah... maha hebat kuasa Allah tu. Segala yang dirancang-Nya berjalan dengan begitu baik sekali.

Bila teringat pada sahabat-sahabat yang telah bernikah, saya jadi semakin ingat pada banyak ayat-ayat Allah dan kata-kata Rasulullah yang menekankan soal pernikahan.

Antara yang menjadi feveret saya adalah ayat-ayat dan hadis-hadis yang menjelaskan tentang rezeki yang Allah janjikan bagi seorang lelaki dan perempuan setelah bernikah. Contohnya:

1) Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah maha luas rahmat-Nya, lagi maha mengetahui. (Surah An-Nur:32)

2) Taat kepada Allah dalam perkara yang diperintahkan kepada kamu, iaitu perkahwinan. Allah pasti menunaikan janji-Nya kepada kamu, iaitu kekayaan. Allah menegaskan, "Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Hadis oleh Ibnu Abi Hatim)

3) Aku hairan mengapa masih ada orang yang ragu-ragu terhadap rezeki yang bakal diterimanya melalui pernikahan, Allah sudah berjanji seperti dalam ayat-Nya yang berbunyi, "Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Hadis oleh Al-Qurtubi)

... dan banyak lagi.
Tak tertaip dek jari-jemari ni.

Pendek kata, kalau kita lihat zaman sekarang ni, masih terdapat banyak golongan yang enggan bernikah, sebab mereka rasa mereka belum cukup mampu untuk menanggung pihak yang satu lagi ataupun takut rezeki mereka akan berkurangan. Sedangkan, dalam ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah di atas, mereka dah jelaskan dah bahawa sekiranya kita bernikah, Allah akan buka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya dan rezeki kita akan bertambah daripada kurnia-Nya. Bukan setakat pernikahan, malah apa saja kebaikan atau amalan soleh yang kita lakukan dalam hidup kita ni, perkara yang sama Allah akan lakukan, iaitu menambahkan kekayaan kita dengan kurnia-Nya sebab rahmat Allah tu terlalu luas. 

Walaupun sudah tahu kebenaran ni, tapi masih ramai lagi yang berdegil. Tidak mahu berkahwin. Mereka merasakan bahawa hidup bersendirian itu jauh lebih baik daripada berdua atau bertiga atau lebih.

Tak apalah. Setiap orang ada pendapat sendiri, kan?
Saya hormat sebab pernah suatu ketika dulu, saya turut merasakn benda yang sama.
Saya merasakan seolah-olah perkahwinan ni sesuatu yang membebankan dan menyusahkan.
... dan menyakitkan bukan membahagiakan.

Tapi setelah selak-selak dan semak semula ayat-ayat Allah dan kata-kata Rasulullah tentang pernikahan, persepsi buruk saya tentang pernikahan terus berubah. Kini, saya pandang pernikahan bukan lagi sebagai sesuatu yang hanya mendatangkan kesedihan, tetapi sebagai sebuah hadiah yang sangat istimewa yang Allah dan Rasulullah tawarkan buat kita semua.

Tidakkah kita berasakan bahawa kita ni adalah makhluk Allah yang paling beruntung?

Perkahwinan atau pernikahan, bagi saya adalah bentuk manifestasi cinta Allah terhadap semua hamba-Nya dan cinta Rasulullah saw terhadap umat baginda.

Sungguh saya rasa kita semua sangat beruntung sebab mendapat rahmat ini..

Jadi, usahlah ragu lagi. Just percaya dan yakin bahawa yang baik itu datang daripada Allah.
Kalau kita buat satu kebaikan hanya kerana Allah, beribu-ribu kebaikan yang Allah akan beri semula kepada kita sehingga kita tak terbayang bentuk-bentuk kebaikan yang Allah nak beri tu.

Pemurahnya Allah, kan?

Sama-samalah kita renungkan ya dan mari kita semua bermuhasabah.

Wallahua'lam.



Selamat pengantin baru untuk mereka yang baru bernikah dan tahniah saya ucapkan sebab anda sudah menjumpai mutiara yang paling mahal di dunia ini yang akan bersama-sama menarik tangan anda menuju Allah.

Insya-Allah 

:')

Nota kaki: menulis sambil tersenyum dengan lebarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails