ada kalanya apa yang ada dalam hati susah untuk diperjelaskan
bila diri tidak diberi peluang untuk memperjelaskan
semuanya akan jadi musnah
dan dua hati akan hidup dalam persangkaan dan persengketaan
yang semakin membuat diri merana
jika kata-kata yang keluar dari mulut
terus diambil bulat-bulat dan dibawa masuk ke dalam hati
tanpa sebuah interpretasi yang nyata
tanpa sebarang bukti yang kukuh
apakah perkataan-perkataan yang keluar itu
ialah kebenaran yang disahkan oleh hati?
tak tahu nak jelaskan macam mana lagi
tapi apa yang mampu diungkapkan ialah
mengasihi seseorang kerana kelemahannya
bukan kerana kelebihannya
mencintai sesorang bukan kerana rupanya
tapi kerana keindahan akhlaknya yang sangat menyenangkan hati
menyayangi seseorang biarlah setelah melalui liku-liku hidup dengannya
bukan hanya sekadar berhubung melalui gadget
dan terus jump into conclusion
terhadap semua yang diperkatakannya
No comments:
Post a Comment