About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 10 June 2014

Puisi: Adakalanya

~Bismillah~


adakalanya
keadaan, masa dan orang-orang sekeliling
memaksa diri untuk mengalirkan mutiara-mutiara jernih
yang sudah bertakung lama sekitar bola mata

adakalanya
diri sangat-sangat memerlukan bahu
untuk menadah mutiara-mutiara jernih ini
namun, itu semua hanya anganan belaka

adakalanya
diri rasa diri sangat tak berguna
bagi sesetengah orang
diri dipandang hanya sebelah mata
diri tiada punya harga

adakalanya
diri rasa dah sampai masa diri berjauhan
dengan semua orang yang mengenali diri
baik dia mahupun mereka

adakalanya
alangkah lebih baik kalau diri hanya sekadar bayang-bayang
yang hanya bisa dilihat namun tak bisa disentuh atau dipegang

adakalanya
diri begitu ego untuk menagih cinta
dan meneguk kasih sesiapa
adakalanya
diri berasakan bahawa semua itu tak perlu

adakalanya
diri berasa mengasingkan diri itu lebih baik
adakalanya
diri berasa melarikan diri itu lebih baik
adakalanya
diri berasa hidup berseorangan di sebuah pulau itu lebih indah
bersahabat dengan alam semula jadi
menambahkan ketenangan hati dan kelapangan minda

adakalanya
adakalanya
adakalanya

ahh.. terlalu banyak pula adakalanya
yang membelenggu fikiran dan hati diri
sebab saat ini
hati diri begitu berat untuk menelan hakikat kehidupan

adakalanya
sesuatu itu perlu dirahsiakan
sehingga nyawa bercerai dari jasad


*adakalanya diri merasakan sudah sampai masanya diri membunuh diri (baca=menutup blog ini buat selama-lamanya) setelah mengetahui bahawa sudah tidak ada lagi insan yang membacanya. biarlah catatan-catatan di sini terkubur bersama diri ini di liang lahad nanti. adakalanya diri berasakan itulah yang terbaik saat tidak ada siapa merasa bahawa diri ini berharga baginya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails