About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 9 August 2014

A 'restart' button has just been pressed

~Bismillah~

As time goes by and as we'll not in contact with each other for so long,
I shall reblog again about everything that happens in my life.
Well, thanks to your mood change, I've returned to my idle blog.

Fyi,
the 'restart' button has just been pressed
and it's processing all the stories that I wanna share with you.

Just wait and see.

Thank you  

Tuesday, 15 July 2014

Aku mahu jadi cantik!

~Bismillah~

Apa khabar sayang? Sihat? Alhamdulillah... kita dah nak masuk Ramadhan yang ke-17 kalau tak silap Zmah. Dah khatam Al-Quran? Atau masih berlumba-lumba untuk khatam? Atau masih merangkak-rangkak pulun sebanyak juzu' yang mungkin? Yang mana satu? Kalau anda tanya Zmah, Zmah termasuk dalam kategori yang ketiga. Masih merangkak-rangkak lagi nak kejar sampai setengah juz sebab memandangkan kita pun sudah berada dalam pertengahan Ramadhan. Harap-harap sempatlah ya. Insya-Allah.

Sepatutnya nak sambung lagi tadarrus Al-Quran. Tapi Zmah harap Allah izinkanlah Zmah menulis di sini sekejap, memandangkan Zmah pun dah lama sangat tak update cerita di sini, kan? Sekali-sekala curi masa untuk meluahkan rasa hati, apa salahnya? Moga Allah redha.

Entri kali ni bukan lagi luahan hati 'si anak kecil' tapi sedikit perkongsian yang Zmah rasa dah selalu sangat kita dengar tapi selalu juga kita lupakan. Sebabnya satu je. Sebabm kita jarang mengamalkannya. Tapi tak apa. Kalau hal ni tak terjadi, maka takkan wujudlah istilah tazkirah tu. Fungsi tazkirah tu sendiri adalah untuk mengingatkan orang-orang tentang kebaikan, kan? Jadi, dalam bulan yang mulia ni juga, Zmah tak nak ketinggalan menjadi salah seorang daripada mereka yang sume memberi peringatan dan kata-kata yang baik pada orang lain. Zmah harap, anda masih sudi membaca ya.

Kalau dilihat pada tajuk entri Zmah kali ni, "Aku mahu cantik!" yang si lelaki mesti rasa offended. "Entri ni mesti khas untuk wanita saja," kata hatinya. *senyum. Tidak semestinya, sayang. Cantik itu maksudnya sangat subjektif. Dari sudut pandangan pakar linguistik bahasa, "cantik" membawa erti lawa mahupun kacak. Maksudnya, "cantik" ni kita boleh gunakan untuk menjelaskan keadaan sesuatu benda atau seseorang manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Perkataan 'cantik,' tidak hanya untuk kaum hawa saja, malahan kaum adam pun boleh kelihatan cantik. Cuma, cara kita menonjolkan kecantikan kita masing-masing mungkin berbeza. Tapi, petua dan panduan untuk menjadi cantik itu sama saja sebenarnya dan petua-petua nak menjadi cantik tulah yang Zmah akan kongsikan dalam entri kali ni.

Sebenarnya, baru sebentar tadi Zmah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang hamba Allah yang berhati baik di dinding Facebook. Artikel itu sebenarnya berkenaan dengan mandi wajib. Alhamdulillah, Zmah tak ada masalah pemahaman tentang rukun-rukun dan cara-cara mandi mandi wajib yang betul. Jadi, benda tu hanya sekadar revision je untuk Zmah. Tapi apa yang lebih menarik perhatian Zmah ialah tips-tips tambahan yang dikongsikan tentang bagaimana ingin kelihatan atau tampak cantik dan menarik tanpa perlu berbelanja lebih.

Nak tahu? 
Teruskan membaca ya.

Antara tips-tips atau petua-petua menjadi cantik yang dikongsikan penulis ialah:-

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.   

(copy & paste)

Haa... senang tak nak jadi cantik? Senang, kan? Tak perlu keluarkan sesen pun. Tak perlu berbelanja mahal-mahal untuk menjadi seorang yang cantik sebenarnya. Tapi kalau kita masih nak beli produk-produk kecantikan diri, itu pilihan kita. Terpulang pada kita. Zmah pun masih beli dan pakai produk-produk kecantikan tertentu untuk tujuan kesihatan dan kecantikan sebagai salah satu usaha Zmah untuk tampil cantik dan sihat. Tak salah. Tapi, saranan Zmah, kita istiqamah amalkan petua-petua di atas juga ya supaya hasilnya lebih effektif. Tak salah cuba dua-dua cara ni. Dan jangan lupa jaga tingkah laku sebagai Muslim dan Muslimah yang baik. 

Selalulah pesan pada diri bahawa, "Aku membawa Islam dalam diriku." Tunjukkan imej Islam yang cantik itu dengan berpenampilan cantik yang tidak mendatangkan riya' dan 'ujub di hati. Dan lagi satu, katakan juga pada hati bahawa, "Aku adalah Al-Quran bergerak." Ke mana saja kita pergi, kita membawa mesej-mesej Al-Quran dalam hati kita. Tonjolkan mesej-mesej Al-Quran tersebut dengan mengamalkannya sehingga menjadai contoh teladan yang baik bagi mata-mata yang melihat kita di luar sana. Berakhlak dengan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah tercinta ialah salah satu bentuk da'wah terbaik yang akan memukau kebanyakan orang Islam untuk lebih mengenali Islam dengan lebih dekat.




Akhir kata dari Zmah untuk malam ni, jom sama-sama jadi cantik! 
Cantik di mata manusia, lebih cantik lagi di mata Allah swt.
"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."
Jadi, jangan segan dan jangan takut untuk menjadi cantik.
Allah lebih sayang... tapi dengan syarat, sentiasa perbaharui niat dan sentiasa jaga hati,

Wallahua'lam.

p/s: Tadarus, tadarus jugak. Pulun, pulun jugak. Tapi tadabbur ayat jangan lupa ya. Itu lebih penting.

Selamat meneruskan ibadah puasa :D

Tuesday, 1 July 2014

Latest updates - my girl

~Bismillah~

Hi, love! Sorry for not updating my blog for so long. I'm quite busy since I've been working as a teacher in a private school. I hope you don't mind. Anyways, I'm hoping that all of you are doing well. Oh and by the way, hope it's not too late for me to wish you, RAMADHAN MUBARAK! May Ramadhan this year is going to be a better Ramadhan than last year. Insya-Allah. Everyone is praying for the best.

Well, in this post, I'll not be writing so much. But yup, this entry is going to be put under the journal section. So, everything written here is basically going to be about myself, my life updates, specifically while becoming a teacher.

I'm just gonna tell you a bit about my students. Buah hati pengarang jantungku. Hehe.

To start with, there is a student of mine, a girl and she's now in her primary 3. All for this while, I thought she understood my teachings, especially on grammar and truthfully she didn't understand every single thing I taught her in the class. How sad is that? Sedih, kan? Coz every time I asked her whether or not she had any questions to ask me, all she did was shaking her head from left to right. Until our next meeting, as usual, it's been my routine to ask the students, "Do you understand, girls?" and she was among those who answered, "Yesssss!" confidently, although she wasn't actually clear about my elaboration on the grammar lesson that I was teaching them at that particular time. 

I was so sick with this kind of attitude of my students. I'm also not sure, whether they were too malu to ask questions simply because they thought that they would be laughed by their friends  or maybe they didn't want others to view them as 'not smart' and that could be the reason why she never asked me any questions regarding the matter in the class. However, I always expected that she could ask me after class about anything that she was not clear about and I always tell my students that my 'door' is always open for them and they're welcome to see me in my class anytime they want (as long as they are freelah), to talk to me about many things or to even tell me that they didn't actually understand a single bit of my teaching. Hee... seriously geram gila masa tu. But, what to do, a teacher needs to act cool. If not, the students will never trust us that we can actually make them understand our lesson.   

So, what I'm doing now is that I'm struggling so much, I'm working hard to make sure that she will get the best result in all tests, including the final exam, which will be ready to get them by the end of this year. I give her many exercises as her parents requested and try to create a great bondage between us. I really want her to enjoy my English class and I struggle to make her fall in love with the subject, thinking that this subject is the easiest subject to score. Because to me, it's nearly impossible for one to score the subject that she really hates or that she doesn't like it so much.Alhamdulillah, now I can see some sort of her improvements in English class. She can understand my teaching now, better than last time. To me, it's a great success to both of us. Not just me. Please don't get me wrong. 

I think, that's pretty much it about my female student. In my next post, I'll be writing about my male student plak. 

Insya-Allah, hopefully I'll have some time like you to update more about myself as long as I'm still working here.

Jana.
Sleep early okay!
Don't forget to take your sahur.

Happy fasting dearies <3 p="">

Sunday, 15 June 2014

Tawaran

~Bismillah~

Assalamualaikum Puan/Cik,

Tahniah dan terima kasih atas penyertaan anda di dalam Bengkel Andaman Muslimah 2014 pada 24 Mei, 2014 yang lalu.

Atas penyertaan tersebut, Reem Rias, Perancang Perkahwinan Islami ingin menawarkan kepada anda untuk menjadi Juru Andam Muslimah rasmi kami.

Walau bagaimanapun, tawaran ini dibuka setelah anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:
1. Mengemukakan 3 (TIGA) portfolio wajah yang telah anda andam/tatarias;
2. Mengemukakan resume/CV; dan
3. Menandatangani kontrak/perjanjian dengan Reem Rias.

Anda boleh mengemukakan maklumat pada no. 1 dan 2 ke emel kami reemrias@yahoo.com. Kontrak/Perjanjian akan dikemukakan selepas itu.

Bayaran khidmat bagi setiap sesi andaman ialah RM100.00 

Keperluan mekap bagi melaksanakan tugas sebagai Juru Andam Muslimah di bawah Reem Rias adalah disediakan.

Sekiranya anda berhasrat untuk membuat sewaan keperluan mekap dengan Reem Rias untuk tujuan persendirian, anda bolehlah berhubung terus dengan Puan Azwa di talian 017-8769737.

Harga untuk sewaan keperluan mekap untuk tujuan persendirian ialah RM50.00* dengan bayaran deposit sebanyak RM200.00
* Tertakluk kpd terma dan syarat

Sekian, terima kasih.

Reem Rias
Perancang Perkahwinan Islami
Syariat Diperlihara Rumahtangga Bahagia


*apa yang lebih membahagaiakan selain dapat melakukan sesuatu yang hati inginkan? alhamdulillah, kini diri sudah mula nampak jalan diri untuk ke masa depan kembali cerah. syukur kepada-Mu Kekasih.

Tuesday, 10 June 2014

Puisi: Adakalanya

~Bismillah~


adakalanya
keadaan, masa dan orang-orang sekeliling
memaksa diri untuk mengalirkan mutiara-mutiara jernih
yang sudah bertakung lama sekitar bola mata

adakalanya
diri sangat-sangat memerlukan bahu
untuk menadah mutiara-mutiara jernih ini
namun, itu semua hanya anganan belaka

adakalanya
diri rasa diri sangat tak berguna
bagi sesetengah orang
diri dipandang hanya sebelah mata
diri tiada punya harga

adakalanya
diri rasa dah sampai masa diri berjauhan
dengan semua orang yang mengenali diri
baik dia mahupun mereka

adakalanya
alangkah lebih baik kalau diri hanya sekadar bayang-bayang
yang hanya bisa dilihat namun tak bisa disentuh atau dipegang

adakalanya
diri begitu ego untuk menagih cinta
dan meneguk kasih sesiapa
adakalanya
diri berasakan bahawa semua itu tak perlu

adakalanya
diri berasa mengasingkan diri itu lebih baik
adakalanya
diri berasa melarikan diri itu lebih baik
adakalanya
diri berasa hidup berseorangan di sebuah pulau itu lebih indah
bersahabat dengan alam semula jadi
menambahkan ketenangan hati dan kelapangan minda

adakalanya
adakalanya
adakalanya

ahh.. terlalu banyak pula adakalanya
yang membelenggu fikiran dan hati diri
sebab saat ini
hati diri begitu berat untuk menelan hakikat kehidupan

adakalanya
sesuatu itu perlu dirahsiakan
sehingga nyawa bercerai dari jasad


*adakalanya diri merasakan sudah sampai masanya diri membunuh diri (baca=menutup blog ini buat selama-lamanya) setelah mengetahui bahawa sudah tidak ada lagi insan yang membacanya. biarlah catatan-catatan di sini terkubur bersama diri ini di liang lahad nanti. adakalanya diri berasakan itulah yang terbaik saat tidak ada siapa merasa bahawa diri ini berharga baginya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails